CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4093|Reply: 31

[Tempatan] Dulu jurutera, sekarang usahawan cili

  [Copy link]
Post time 23-6-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
23 Jun 2024 09:20am

A Srinath, 29, menunjukkan hasil cili merah yang ditanam di kawasan seluas 0.68 hektar yang disewa ketika ditemui di Batu 4, Changkat Jong. Foto Bernama

TELUK INTAN - Seronok berbudi pada tanah ketika bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu negara dilanda Covid-19 empat tahun lepas menjadi titik tolak seorang jurutera perisian meninggalkan kerjaya itu dan mengusahakan tanaman cili secara fertigasi.

Ternyata keputusan itu tepat apabila usaha A Srinath, 29, membuahkan kejayaan serta mendapat hasil lumayan dan paling menggembirakan, ia sedikit sebanyak membantu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Tenaga Nasional itu berkata, pada mulanya dia menanam 400 polibeg cili merah menggunakan sistem fertigasi bersama abang sulungnya berdekatan kediaman ibu bapa mereka di Changkat Jong di sini semasa tempoh PKP.

A Srinath menuai cili merah yang ditanam di kawasan seluas 0.68 hektar yang disewa ketika di temuramah di Batu 4, Changkat Jong.

"Selepas tamat tempoh bekerja dari rumah, saya pulang semula ke Subang Jaya, Selangor untuk bekerja di pejabat namun saya rasa seronok pula menjadi petani.

"Saya berbincang dengan ibu bapa nak tanam cili merah dalam skala besar dan saya mengambil keputusan meletak jawatan selepas tiga tahun bekerja sebagai jurutera dan balik ke sini untuk tanam cili," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Anak kedua dari tiga beradik itu menggunakan wang simpanan berjumlah kira-kira RM50,000 untuk membeli peralatan sistem fertigasi seperti polibeg, paip, pam air serta pembinaan stor untuk memulakan tanaman cili fertigasi berkenaan.
Menyedari dirinya tiada pengalaman luas dalam bidang pertanian, Srinath berkata dia mengikuti beberapa kursus yang dikelolakan Jabatan Pertanian Perak serta belajar antaranya cara semaian biji benih, bancuhan baja atau racun serangga perosak serta sistem fertigasi seperti pam dan paip.

Srinath yang menyewa sebidang tanah seluas 0.68 hektar milik individu persendirian telah menanam 2,500 polibeg cili merah jenis 'Kulai 461' dan mempunyai tiga pekerja untuk membantunya setiap hari.

A Srinath, 29, membungkus cili merah untuk dijual kepada pelanggan ketika ditemui di Batu 4, Changkat Jong. Foto Bernama

Dia kini dapat menarik nafas lega apabila jerih perihnya membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sekitar RM40,000 hingga RM50,000 dengan tuaian kira-kira lima tan semusim.

Menurutnya, cili merah itu dijual di sekitar daerah ini antaranya Pasar Besar Teluk Intan, pasar raya dan kedai runcit selain turut dijual kepada pemborong di Pasar Borong Selayang di Selangor dengan harga RM6 hingga RM11 sekilogram mengikut harga pasaran semasa.

Srinath berkata, penanaman cili merah memerlukan kesabaran tinggi kerana berhadapan beberapa cabaran antaranya serangan serangga perosak seperti hama merah, kutu trip, lalat putih atau terkena penyakit mozek.
Tambahnya, pokok cili yang dijangkiti penyakit mozek tidak boleh diselamatkan lagi dan perlu ditanam yang baharu, namun sekiranya pokok cili terkena serangan serangga, ia masih boleh dikawal dengan semburan racun serangga ke atas pokok cili tersebut.

"Saya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk mengusahakan tanaman cili secara fertigasi ini dalam skala yang lebih besar dan sudah tentu saya mahu usahakannya di tempat kelahiran saya di sini juga," katanya yang turut mengusahakan tanaman timun secara kecil-kecilan.

Menurut laman Facebook Jabatan Pertanian Malaysia, fertigasi adalah satu kaedah penanaman dengan pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm muka rizman designer tu je
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 04:57 PM | Show all posts
CIli antara tanaman paling susah nak jaga...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 23-6-2024 04:57 PM
CIli antara tanaman paling susah nak jaga...

Setujuuuuuu… SG byk kali tanam pokok cili padi dan ci besar. Mesti mati. Stress betul. Nasib baik pokok ambil je dr my mom. Asalnya x nak ambil, tp kena paksa rela tapi my mom tanam elokkk je jadi. Nak kata x reti tanam pokok, elok je pokok2 jenis lain hidup. But cili, SG surrender
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai ex engineer sejujurnya gaji engineer bukan byk manapun kalau bandingkan dgn pekerjaan degree lain mcm doktor atau peguam. This is me as ex-civil engineer la. Maybe die ni engineer bhgn IT gaji lebat lg kot (kalau ye mmg bg aku dunia ni tak adil)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 07:12 PM | Show all posts
Noh sihat gemok cili2nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk malaysia ni, brain drain lah, kerja x setimpal gaji, ada degree Malaysia kerja kuli Singapore, kerja lari bidang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
David beckham pencen jadi pacik bawang. Bela ayam juga.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 23-6-2024 04:45 PM
Mcm muka rizman designer tu je

Langkah makin jauh RR. Lady gaga perform kat las vegas busana RR. Tutup orat la skit walaupun nmpk mcm acik2 retis Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 24-6-2024 10:36 AM

Teringat masa aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang..sebagai seorang pelajar tamat dari sekolah harian biasa yang sambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Matrikulasi masukkan aku dalam aliran Sains Fizik sebab Fizik aku SPM dapat A2. Tapi Biologi aku dapat B3

Aku buat rayuan pada Kolej Matrikulasi minta tukar ke aliran Sains Hayat (Biologi).

Semua yang buat rayuan tu dihimpunkan atas dataran. Pensyarah nasihatkan "Fikir baik², negara perlukan ramai jurutera. Jangan terlalu fikir nak jadi Doktor je. Sains fizik masa depannye cerah, banyak kursus yang boleh dipilih di Universiti"

Tapi aku tetap pilih masuk Sains Hayat. Dan memang sangat berat untuk aku bawa sampai menangis dalam toilet malam2... Praktikum pula ramai perempuan, memang cemburu dgn Aliran Sains Fizik sebab ramai kawan lelaki.

Tapi tamat juga aku matrikulasi dgn CGPA nyawa² ikan, aku  ambil Perladangan di UiTM.

Bila aku baca artikel ni. Aku rasa aku tak buat silap dalam perjalanan pendidikan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:06 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 24-6-2024 03:04 AM
Teringat masa aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang..sebagai seorang pelajar tamat dari sekolah harian  ...

hehe ingat lagi masa minggu orientasi kat U, memasing tanya dapat kos apa. Masa tu sapa dapat kos yang bukan pilihan dipanggil kos lelong, ala2 secara tersiratnya nak kata orang tu bodo la kan. Padehal ok je dapat kos apa pun, janji kita boleh bawak. Agittewww
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jurutera kalau keje dgn gomen, mmg la gaji ciput. Cuba masuk swasta. Lebat. Tu pun tgk jugak la jurutera bidang apa. Jurutera proses pun kalau keje kau bagus, x smp 10 tahun, gaji da jejak 5 angka. Yg penting keje dgn company multinational, rajin upgrade diri (mcm amik six sigma smp black belt), office politics pun kena pandai gak (jgn ingat keje gomen je ada office politics, sbb geng2 type c ni ramai masuk HR)
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 23-6-2024 05:05 PM
Setujuuuuuu… SG byk kali tanam pokok cili padi dan ci besar. Mesti mati. Stress betul. Nasib baik ...

Eh.. Eh.. Sama.
Amik pokok cili padi kt kg 2x both times mmg mati kering pokoknye.
Anak pokok cili besar yg semai dr benih pn xdan bbuah rosak pokok.
Pdhal meols siram n baja ikot time (mcm ane nih tok laki setup fertigation)
Givap terus.
Tp pokok lada benggala dh 3x dpt hasil.
Yg meols pelik kt kg pokok cili xbjaga pon lebattt bbuah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw..
Seronok tgk org bertani.
Especially skala komersil cm ni.
Auto ensem
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 24-6-2024 06:08 AM
Eh.. Eh.. Sama.
Amik pokok cili padi kt kg 2x both times mmg mati kering pokoknye.
Anak pokok cili ...

Kannnnn… menyampah juga kekadang. Mcm bela kucen. Kalau pokok tu mati, sedih la juga… tp betul lah kat kampung, x berjaga sangat pon elokkk subur byk cili …last2 balik kampung ambil je stok cili. Settle
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:29 AM | Show all posts
Actually, tanam cili fertagasi ni tak susah pun.. simple and autonomous. Jaga timing air dan baja. Cukup masa buka penutup UV tu untuk agen pendebungaan masuk.

In fact, tak perlu pun utk resign dari kerjaya hakiki. Mostly yg resign dan fokus pada penanaman cili ni disebabkan pulangan yg dapat tu berganda2 daripada pendapatan kerja hakiki.

Setiap tahun Mardi ada je provide free training utk sesiapa yg nak attend course utk pertanian dan perladangan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 09:33 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 24-6-2024 03:04 AM
Teringat masa aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang..sebagai seorang pelajar tamat dari sekolah harian  ...

uitm jengka ke ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tanam cili mmg untung. sbb permintaan sentiasa ada dan tk pernah putus demand.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 24-6-2024 10:39 AM
zuraidah1 replied at 24-6-2024 09:33 AM
uitm jengka ke ni


Saya dari Matrikulasi setahun terus ambil degree perladangan di UiTM Shah Alam.

Ramai juga kawan2 Degree dari laluan DPIM dari Jengka, Arau dan Kota Kinabalu. Tapi diorg pun untung dapat pendekkan pengajian setahun untuk degree..so tempoh pengajian diorg cuma 2 tahun.

Yang dari diploma kiranya pangkat abang dan kakak saya, diorg tua setahun dari saya. Sempatlah berangkat angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran i pun tanam cili. Dia ckp pakai racun organik dia buat sendiri. Iols dulu tanam gak, lepas asyik kena serang dgn bena putih, jadi malas pula.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8399 Replies : 37
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77196 Replies : 3179
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 9962 Replies : 48
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11689 Replies : 89
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266593 Replies : 6676
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9658 Replies : 44
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13038 Replies : 17
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 5151 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.509258 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list