CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dilaOHdila

RAKANRAKAN SHAH ALAM V5

  [Copy link]
Post time 20-12-2011 10:52 AM | Show all posts
hai anyone can help me..
Sape tau mane2 restaurant/kedai mkn best yg boleh mkn utk 30pax budget below RM30 kt area shah alam ni. Utk lunch... or buffet ke... anyone...


plsssss help me..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 02:34 PM | Show all posts
hai anyone can help me..
Sape tau mane2 restaurant/kedai mkn best yg boleh mkn utk 30pax budget bel ...
mizz_arenum Post at 20-12-2011 10:52


Aku ni jarang masuk Shah Alam untuk berJJCM, aku lebih pada beli kupon online saja. Tapi dengan bajet kamu rm30 tu aku rasa buffet adalah terbaik, terutama kalau dapat steamboat dan bbq sekali. Aku dulu pernah bbq steamboat di Intekma dan rasanya kos rm30 sahaja sekepala termasuk air minuman, tapi aku baru saja google rasanya sudah naik tapi cubalah telefon untuk info selanjutnya mana tahu ada harga promosi beli 5 percuma 1.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:14 PM | Show all posts
salam sapa2 nak wat grilll ke gate ke awning ker..atau apa2 je kimpalan besi pm la kita..kpd customer bakal  naik umah baru.ada hadiah untuk anda.harga berpatutan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:06 AM | Show all posts
dewan kt area shah alam mana yang ade ekon eh ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 07:23 PM | Show all posts
huhuhu, check-in jap... Dulu iolls penah duduk apartment perdana sec 13... Ada satu peristiwa  tak leh lupa... Masa tu shah alam banjir teruk... Kereta iolls masuk air... Huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 12:31 PM | Show all posts
Assalamualaikum warga s.alam...
seronok duduk s.alam...tp rumah2 kat s.alam mahai
butterfly_23s Post at 18-10-2011 15:21


Yup! Tau tkpe! Rose pn br transfer keja kt Shah Alam ni dlm 1 1/2 bulan... sblm ni keja kt HQ kt Jln Pahang, KL.Ingatkn keja kt Shah Alam ni nk stay Shah Alam... survey umah punya la mahei! Flat kt area Padang Jawa pn RM680.00.Tk mampoooo den! So brulang je la ke Shah Alam ni dr Puchong nun!  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2012 12:32 PM | Show all posts
dewan kt area shah alam mana yang ade ekon eh ....
juju_amin84 Post at 23-12-2011 01:06


Dewan nk buat apa?! Untuk majlis wedding, konvo...
Kt ofis Rose kt Wisma PKPS ni ada dewan ber'aircond'... bole utk disewa bg majlis2 mcm tu!  
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 08:53 AM | Show all posts
Cuti tahun baru ni aku habiskan masa mencari rumah sewa, sampailah aku di kawasan Seksyen 20 sana. Tengok ada cawangan baru Monrods di buka, jadi aku singgah menjamu selera. Aku ambil set nasi ayam Istana dengan ice blended Monrods special, 2 rakan aku ambil set lamb chop dan chicken chop yang percuma air lemon. Sangat kecewa sebab nasi ayamnya sudah lah sejuk, ayam pula sudah liat dan rentung seakan sudah 2-3 kali di panaskan didalam ketuhar mungkin?.

Dengan harga rm8 untuk nasi ayam ianya bagi aku biasa untuk restoren terkenal macam tu dan kira murah juga, tapi patutnya servis juga perlu bagus dan hidangkan makanan yang segar setanding dengan harganya. Sekadar sup saja yang panas, nasi dan ayam dalam tahap lemau, sejuk dan tidak segar. Di harap masa akan datang mereka boleh tingkatkan servis mereka, sebab cawangan di Seksyen 13 aku pernah pergi nasi ayamnya dihidang panas. Ice blended Monrods tu hanyalah oreo saja, patutnya kalau special menggunakan nama restoren ianya sudah menjadi signature maka patutnya perlu cari kelainan walau bagaimana pun ice blended dia tu sedap mungkin harga sedikit mahal singat aku rm7-8 juga sama dengan harga nasi ayam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 09:07 AM | Show all posts
hai anyone can help me..
Sape tau mane2 restaurant/kedai mkn best yg boleh mkn utk 30pax budget bel ...
mizz_arenum Post at 20-12-2011 10:52


Tahun baru ini aku ada menjamu selera di kawasan seksyen 13 Shah Alam bersama rakan, kami pergi menjamu selera di kawasan Laman Seri? ianya deretan blok baru di seberang jalan. Semasa lalu di kawasan sana aku ada ternampak 2 restoren steamboat buffet, 1 Tupai-Tupai harga rm30 nett seorang dan sebelahnya D'Kayangan rm23.90++. Aku perhatikan di Tupai-Tupai lebih ramai pelanggan dan meriah, tapi di D'Kayangan tak kurang juga meriahnya dan aku ada nampak mereka sediakan kambing golek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Dr R ni pandai menulis
boleh buat Journal......
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:16 AM | Show all posts
Tahun baru ini aku ada menjamu selera di kawasan seksyen 13 Shah Alam bersama rakan, kami pergi  ...
dr.R Post at 4-1-2012 09:07



    tq so much dr.R.. actually aritu kami buat kt Nyonya kitchen, Plaza Masalam, seksyen 9.
food dia mmg best...so far berbaloi...
next time leh try tupai2 lak...tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:30 AM | Show all posts
tq so much dr.R.. actually aritu kami buat kt Nyonya kitchen, Plaza Masalam, seksyen 9.
  ...
mizz_arenum Post at 4-1-2012 11:16


Ok lah kalau macam tu, aku pun rajin juga turun ke Plaza Masalam tu sejak dah berubah wajah sekarang ni. Dulu nak masuk pun tak lalu, sekarang ni dah cantik dan kat tingkat bawah tu dah pelbagai sekarang dengan makanan segera yang lebih gah berbanding dengan dulu contoh dah ada Nando's, Tutti Fruity, Papa John. Barulah meriah dan menarik ramai pengunjung terutama pelajar-pelajar disekitar sana, maklumlah sejak adanya I-City ni kawasan lain di sekitar Shah Alam nampak sedikit kurang meriah.

Nyonya Kitchen tu pernah juga niat nak mencuba, tapi bila lalu saja setiap kali restorennya lengang jadi rasa kurang selesa pula sebab bila kita saja pelanggan yang ada maka semua pekerja tertumpu pada kita jadi aku kurang suka situasi macam tu. Lain kali aku nak cuba juga makanan di sana, kamu boleh senaraikan tak menu apa yang patut aku cuba? maklumlah kali pertama mencuba orang kata biarlah memberikan pengalaman yang manis.

Aku dah mencuba restoren menyajikan makanan arab di sana tidak silap aku namanya Kashmir Tent? Sahara Tent? lebih kurang lah namanya, sejujurnya aku tak suka makanan yang mereka sajikan dengan harga yang sedikit mahal tapi tahap rasanya seperti D'Arab saja (tapi ianya subjektif mengikut citarasa masing-masing bukan?). Baru ini aku mencuba restoren Zam-Zam dan berdekatan dengan Plaza Masalam tu saja, menu yang lebih kurang sama tapi harga lebih murah dan rasanya pun juga lebih sedap dengan persekitaran lebih menarik. Lain kali kalau buat gathering di sini pun bagus juga, tapi aku tak tahulah kalau restoren ini ada sediakan buffet atau tidak tapi kalau kita usulkan bajet untuk buat gathering dan buffet sudah tentu boleh saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:39 AM | Show all posts
tq so much dr.R.. actually aritu kami buat kt Nyonya kitchen, Plaza Masalam, seksyen 9.
  ...
mizz_arenum Post at 4-1-2012 11:16


Aku bukan lah penggemar makanan steamboat ini, jadi aku tak berapa minat. Tapi kalau untuk gathering berkumpul bersama rakan dan keluarga mungkin ianya tempat terbaik, ialah nak bising-bising pun tak kisah berbanding sesetengah restoren yang ratanya tempat mereka kita perlu jaga sedikit percakapan dan tingkah laku anak-anak kecil. Aku pernah ada pengalaman semasa menjamu selera di Mc Donald dan masa itu juga ada 1 family buat majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya yang kecil seingat aku usia 3 tahun, dan ramai juga lah ahli keluarga yang hadir. Sepertinya terasa janggal pula dan kurang selesa buat pengujung yang lain, sudah lah mereka membuat bising seperti bercerita di pasar malam dengan nada suara yang tinggi sambil memekik melolong marah anak yang berlari-lari langgar meja pengunjung lain.

Jujurnya aku pun tidak selesa dengan keadaan tu, jadi pada mereka yang nak buat gathering tu seeloknya pilih la tempat yang lebih selesa dan tak menyusahkan orang lain (kita bukan saja jangan memikirkan soal orang perlu faham situasi kita tapi kita juga perlu faham situasi orang lain). Masa budak-budak tu berlari ke sana ke sini, ada yang menyorok bawah meja pelanggan lain dan sudah tentu orang akan memberikan senyuman tawar saja (palsu semata). Pendapat aku perlu cari tempat yang lebih terbuka atau outdoor kalau melibatkan anak-anak kecil, tapi kalau melibatkan rakan sekerja dan sebagainya itu tidak kisah sebab hanya perlu menjaga adab dan perihal sendiri saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 06:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ucu at 5-1-2012 18:28
hai anyone can help me..
Sape tau mane2 restaurant/kedai mkn best yg boleh mkn utk 30pax budget bel ...
mizz_arenum Post at 20-12-2011 10:52


Ucu baru je buat birthday party tuk baby, buat kat Pak Su Corner Seksyen 16.
Ada private room.
Min 30 pax for rm25 je. Air panas, sejuk, buah2an, kuih, - menu ikut kita.
Standard la.. lagi byk food order - tambah lah rm nyer..
Yg ni confirm, nak tonggeng pun no hal, petugas Pak Su Corner tak kacau punyer.
Dah namanye private room kan..

Asalnye nak buat dia segi steamboat tu - dah derang kerek sgt tak layan.. padan lah muka..
in future sorry, dah tak nak bagi bisnes lagi.
Segi steamboat ni takde private room. Pun tak selesa gak kalo nak nyanyi2 lagu birthday tu.. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 06:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ucu at 5-1-2012 18:38
dewan kt area shah alam mana yang ade ekon eh ....
juju_amin84 Post at 23-12-2011 01:06


Dewan bkt jelutong tmpt ustaz akhil hay & sape nama pompuan tu ntah - sampai lupe Ucu..
tempt derong sanding tu - ada ekon tak..
sorry tanya soalan balik..
harap Mod Juju tak hangin ngan ucu..

Dewan MBSA confirmed ada ekon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 06:43 PM | Show all posts
huhuhu, check-in jap... Dulu iolls penah duduk apartment perdana sec 13... Ada satu peristiwa  tak l ...
budakgraphic Post at 28-12-2011 19:23


huhuhu... tu lah tak jangka2 kan.. kawasan cam tu leh banjir.
Ucu dulu penah merasa harung banjir paras leher - tu dah abis jinjing kaki dah tu..
kat taman sri muda. Keseluruhan taman perumahan.
Terpaksa keluar gak rumah - tinggalkan tanpa berkunci.
Sbb kalo tak keluar - nak makan apa - air minum pun takde.
Time tu bukan seme org ada enpon.. nak calling2 - payah la.
Dah tak bule nak buat apa.
Kereta seme abis.. harta bende apalah lagi.
Pastu banjir lagi.. aduhhh.. koser betullah duduk tmn sri muda ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 06:52 PM | Show all posts
huhuhu... tu lah tak jangka2 kan.. kawasan cam tu leh banjir.
Ucu dulu penah merasa harung ban ...
Ucu Post at 5-1-2012 18:43



    Rasanya bulan 11 tahun lepas pun sri muda ada banjir lagi, kan? tapi tak serius sgt ar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:33 PM | Show all posts
Dewan bkt jelutong tmpt ustaz akhil hay & sape nama pompuan tu ntah - sampai lupe Ucu..
tempt  ...
Ucu Post at 5-1-2012 18:35


Baru-baru ni aku ada pergi kawasan sekitar TTDI - Jelutong tu, dimana letaknya pawagan MBO baru tu. Tujuan menemankan rakan serumah aku yang nak berkahwin buat tempahan pelamin dan sebagainya, di sana sekarang ni ada buat pameran pelamin, baju pengantin dan pakej catering dan sebagainya. Boleh tahan juga besarnya tempat tu, tapi lecehnya tiada jambatan di tengah dewan tu yang melecehkan kita nak menyeberang ke sebelah. Tak banyak lagi kedai dan cafe yang buka, tapi aku ada ternampak signboard Subway dan Tutti Fruity mungkin akan di buka tak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:39 PM | Show all posts
huhuhu... tu lah tak jangka2 kan.. kawasan cam tu leh banjir.
Ucu dulu penah merasa harung ban ...
Ucu Post at 5-1-2012 18:43


Tak sangka ye teruk sampai macam tu sekali, tak jadi lah cari rumah sewa sekitar sana. Aku waktu makan tengahari rajin juga lalu ke kawasan blok kedai di sana, memang meriah tapi susah sangat nak dapat parkingnya. Esok jumaat kan ada pasar malam, sampai sekarang aku tak pernah lagi pergi ke meronda sebab aku tak minat pasar malam sebab sesak dengan asap dan berhimpit tu. Tapi sesekali aku nak juga pergi, tapi memang leceh bab nak cari parking tu. Agak-agak kamu apa makanan yang perlu aku cuba?, sebab aku perasan besar juga pasar malam tu dan menyebabkan aku tak mahu lalu jalan tu setiap petang jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 01:36 PM | Show all posts
Baru-baru ni aku ada pergi kawasan sekitar TTDI - Jelutong tu, dimana letaknya pawagan MBO baru  ...
dr.R Post at 5-1-2012 23:33


Dekat je tu.. tak calling2 Ucu.   
Mula2 launching Space U8 tu Ucu badget seme dah siap, sbb hari2 balik tengok kereta byk aje.
Skali bila pegi - aduyaiiii kosong lagi, hape pun takde.
Kipas dia wehhh... tu kalo jatuh atas kepala org.. amit2 la..
Betullah, kena bina jembatan tengah2 so takde lah buat round yg besar kalo nak kemana2 dlm space u8 tu.
Mmg hepi la sbb at least kalo nak tengok wayang tu takde lah gi jauh2, dulu paling dekat kat Subang parade - UA Cinema.
Pastu tutup & ada pulak kat JJ Bkt Raja - TGV.
Skang dah takyah gi jauh2.. tp bila masa lak nak pegi...   menjak ada baby ni payah skit.
Penah bawak skali - dia mengarok pulak dlm panggung tu.
Sib baik org tak ramai. Sebesar2 panggung tu ada 10 org jek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.277388 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list