|
F*i*a??
Feika?
Mm..brapa agaknya upah samseng ni eh?
Tapi rasanya retis tu ada hak juga nak ...
jetrofa Post at 9-4-2011 10:46
mungkin artis tu cuak nak guna lawyer sebab dah commit beli kereta murah...dah tahu risiko tapi nak deal jugak... beli je la kat kedai...selera tinggi sangat kot... mungkin dugaan utk dia sebab tak bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap production house rafiena ni Darkwave Pictures Sdn Bhd... banyak jugak drama dia buat...tapi jalan citer tak kuat la... |
|
|
|
|
|
|
|
x silap carly, dia ni pernah jd GF roy azman awal2 tahun 2000 dulu.....
carly_lah Post at 8-4-2011 17:10
laa ye ke... takde jodoh la tu, cepat betul dia dapat pengganti... status skarang masih janda atau dah kawen? ada sape2 boleh check ke? |
|
|
|
|
|
|
|
search google terjumpa link ni...
Salam untuk semua warga putera ,
Pihak Darkwave Pictures sedang melakukan pencarian untuk bakat2 baru dalam bidang lakonan.Sesiapa yang berminat boleh hadir untuk ujibakat/casting.Bawak 2 keping gambar(kalau ada) dan yang lain2 isi borang je kat sana.
Nama : Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Alamat : No 32-2B 2nd Floor , Jalan UP1/7 Ukay Perdana , 68000 Ampang Selangor.(atas Restoran Hanna)
No tel : 03-41074473
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tarikh : Terbuka (Isnin -Jumaat)
Sila bawa bersama 2 keping gambar.Pemohon yang berjaya akan dihubungi apabila ada watak yang bersesuaian.Bergantung pada kesesuaian watak. |
|
|
|
|
|
|
|
panas...panas.....rafiena dah tak janda la wehh....baru 2 bulan kawen...masih mood honeymoon pun nak upah gangster heheh...
buktinya...jeng jeng jeng...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kes buku bertemu ruas la ni.... 60K tu.. bukan 6 hinggit.. padan la muka broker tu.. dia nak kenakan org,kan dah terkena btg idung sendiri.. what u give, u get back kot... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes buku bertemu ruas la ni.... 60K tu.. bukan 6 hinggit.. padan la muka broker tu.. dia nak kena ...
ruazz Post at 9-4-2011 18:01
kita tak tahu ujung pangkal toksah nak tuduh kot... broker tu dah bgtau status kereta...kalau buyer tak nak beli...dia pun tak jual... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# chep
hehehe... fukimawati anak hanjeng mana? |
|
|
|
|
|
|
|
faradhiya ker??speku jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku x kenal pon rafiena ni |
|
|
|
|
|
|
|
kes dah setel kot ni...tutup je la |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijrah.auto at 26-6-2011 06:45
tuan punya badan dah minta maaf..dapat email
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt,
Kepada semua pembeli-pembeli yangpernah berurusan dengan saya, semoga sentiasa berada didalamrahmat-Nya. Alhamdulillah, kita semua masih diberi kesempatan untukmenikmati kehidupan dan rezeki dari Allah Yang Maha Pemurah didalamdunia yang bersifat sementara ini. Mahu atau tidak mahu, kehidupanwajib kita teruskan, Allah menyeimbangi nikmat-nikmat tadi dengandiberikan ujian-ujian hidup agar manusia benar-benar tunduk dan rasarendah diri. Sebenarnya kita tidak mempunyai apa-apa melainkanamalan-amalan yang kita lakukan sepanjang kehidupan didunia ini.Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dari melakukan dosa dankesalahan, kerana manusia itu bersifat lemah, manusia diberikan nafsudan akal untuk menilai sesuatu yang baik dan buruk. Kadangkala nafsulebih menguasai diri kita, lalu kita terjerumus dalam dosa. Tetapimanusia tidak boleh berputus asa dengan rahmat Allah, manusia wajibkembali bertaubat kepada Allah dengan mengakui dosa dan kesalahanyang telah dilakukan, semata-mata kerana kita ini hanyalah hambaAllah, kita mengharapkan keredhaan Allah di hari kebangkitan atauhari pembalasan.
Maaf kerana muqaddimah yang terlalu panjang, namun itulah luahan dari hati saya yang benar-benar ikhlas bukan bermaksud untuk 'bermain wayang' atau mengambil hati tuan-tuan. Allah lebih mengetahuinya. Pertamanya saya ingin mohon seribu kemaafan dari tuan-tuan semua kerana saya telah menyepikan diri selama lebih kurang 3 bulan. Ini bukan sebab kerana takut atau ingin lari dari masalah, tetapi diatas sebab kejadian yang berlaku pada saya yang mungkin tuan-tuan tak tahu.
Pada 20 Mac 2011, saya telah diperasugut oleh seorang pembeli kereta disebabkan kes sama iaitu kereta tidak keluar selepas 4 bulan dalam KASTAM. Ini merupakan pertama kali saya diperasugut dan dikelilingi oleh kaki kaki pukul seramai hampir 15 orang yang mengugut saya untuk membayar separuh dari jumlah wang yang telah dibayar iaitu RM60,000. Saya perlu membayar RM30,000 dalam masa 3 jam. Jika saya gagal berbuat demikian atau saya melawan, saya pasti pergaduhan yg besar akan berlaku dan mungkin saya akan diculik. Ketika ini, isteri dan anak2 saya berada didalam kereta dan tidak menahu hal ini. Sebelum kejadian, saya datang berjumpa orang ketiga untuk mengadu masalah ini dan menjelaskan perkara sebenar, saya ingin menyelesaikan cara baik. Tetapi pembeli itu mengambil keputusan untuk menggunakan cara kasar jadi saya terpaksa deal situasi ini. Saya berjaya mendapatkan pertolongan rakan saya yang bekerja sebagai pegawai Kastam untuk datang membantu. Kami membayar RM23,000 tunai dan sebiji kenderaan Pajero 4x4 bernilai sekitar RM30,000-RM35,000 pada malam itu. Saya terpaksa meminjam duit dari kawan-kawan lain untuk membayarbalik pembeli. Kawan Kastam saya datang bersama dengan Chief Inspector JSJK Bukit Aman untuk memastikan tidak berlaku pergaduhan. Kami membuat perjanjian bersama untuk melangsaikan baki dalam masa seminggu ( kawan Kastam saya yang cadangkan seminggu). Dalam tempoh seminggu, kami berusaha untuk mengadakan wang, termasuklah kawan Kastam saya membuat personal loan tetapi tidak lepas, manakala saya memang sudah kehabisan modal disebabkan banyak kereta-kereta tender kastam yang saya telah booking tapi masih belum keluar. Seandainya semuanya berjalan lancar, saya jangka memang boleh membayarbalik semua jumlah itu dengan mudah. Setelah sampai masanya 28 Mac, saya telah memberitahu kawan Kastam saya yang saya tidak akan bertemu dengan pembeli ini disebabkan perasaan fobia saya dan isteri. Andaikata saya bujang, saya akan bertekad untuk berjumpa dan membawa geng2 kakipukul saya pula. Tetapi disebabkan atas nasihat isteri yang sarat mengandung, saya ambil keputusan untuk menyembunyikan diri buat sementara waktu. Ketika ini memang kami buntu dan terasa down gila-gila. Kami banyakkan bersabar dan merenung kembali tentunya ada dosa dan kesalahan yang kami lakukan sehingga diuji sebegini. Dipendekkan cerita, selama dua bulan ini kami mengumpul kekuatan dengan muhasabah diri semula, rupa-rupanya apa yang saya buat selama ini adalah satu kesalahan jenayah dan dosa disisi Allah. Saya banyak merujuk dan mendengar hal-hal agama dan salah satunya berkenaan rasuah. Sila rujuk sini : http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=62#more-62 Alhamdulillah, kami telah bertaubat, kalau dulunya kami lebih pentingkan urusan jualbeli kereta sehingga lalai tanggungjawab sebagai orang Islam, kami telah insaf dan berazam untuk berubah dan mengerjakan sebanyak mana kebajikan yang boleh. Allah Maha Besar, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang perancangan Allah. Akibat dari perbuatan rasuah ini (banyak lagi jerung2 lain yg rasuah) semua sedia maklum baru-baru ini SPRM telah menyerbu jabatan Kastam, ramai yang kene tahan, banyak kes-kes dapat dikesan dan 2 orang pegawai kastam yang berurusan dengan saya telah ditahan dan disiasat serta dibekukan aset dan digantung kerja. Saya melihat ini sebagai ujian yang kita tidak dapat hindarkan. Apa yang saya ingin nyatakan disini, membeli kereta Singapore atau kereta lari finance memanglah murah dari harga pasaran. Semua orang nak untung, semua orang nak yang berkualiti dan murah. Memang hakikatnya kerajaan Malaysia dilihat sebagai zalim kerana mengenakan cukai yang tinggi. Namun kita mesti lihat semua rakyat di Malaysia terpaksa bayar cukai ini dan mengikut undang-undang. Kita tidak boleh menjadikan cukai yang tinggi ini sebagai alasan untuk membeli kereta murah yang tidak legal, tetapi mahu dilegalkan dengan merasuah pegawai2 kastam dan JPJ bagi kepentingan kita. Allah menyedarkan saya hakikat ini. Sebelum ini saya hanya pentingkan diri sendiri, saya yakin tuan2 juga begitu, mesti tuan2 dah selidiki kenapa kereta murah, datang dari mana. Semua saya telah jelaskan, macamana boleh murah, apa cara utk legalkan. Perkataan kowteam itu sendiri melambangkan rasuah, membolehkan apa yang tidak boleh. Memang kita nampak kes ini kecil, tapi berat dosanya disisi Allah kerana kita telah mengambil hak yang bukan hak kita dengan kuasa duit. Berapa juta rakyat Malaysia yang 'ditindas' membayar cukai tetapi kita cuba mengelakkan diri dari membayarnya. Sekiranya Malaysia ini zalim, kita perlu menggunakan saluran yang betul iaitu pilihanraya. Jika pilihanraya gagal, kita berhak mengguling kerajaan sepertimana yang berlaku di Mesir. Demonstrasi adalah hak setiap rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Saya ingin menegaskan kepada semua tuan-tuan yang budiman, tujuan saya buat bisnes ini semata-mata ingin meneruskan kehidupan yang dulunya pernah ditipu juga dalam bisnes pertanian, saya buntu untuk mencari duit. Allah menguji saya dan saya gagal dalam ujian ini disebabkan kejahilan saya. Saya mempunyai degree Mekanikal Engineering dan pernah bekerja selama 4 tahun. Kalau nak diceritakan perjalanan hidup saya memang terlalu panjang cukuplah sekadar saya beritahu disini, saya tidak ada niat langsung menipu sesiapa. Saya hanyalah orang tengah. Saya bukan broker yang menguruskan kemasukan kereta Singapore. Saya hanya berurusan dengan orang tersebut. Saya mencari pembeli di malaysia. Jika tiada pembeli, maka tentu saya tak buat bisnes ini. Saya tahu semua orang nak pakai dgn cara selamat, melegalkan kereta itu, dan saya melakukan tugas saya untuk mencari orang yang boleh melegalkan. Saya pernah ditipu beberapa broker yang cakap boleh legalkan tapi akhirnya lesap entah ke mana. Biar Allah yang membalas sebab saya tahu bergelumang dalam kerja macam ini Allah tak berkati, so tak perlu saya nak tegakkan benda yang tak betul. Kalau ikut hati memang boleh cari dan upah gangster tapi saya dah bertaubat. Untuk pembeli yang membeli geran total loss, saya ingin tegaskan sesungguhnya geran2 tersebut saya beli dari broker india iaitu pihak yang berurusan dengan pegawai JPJ Alor star yang saya kenali sebagai 'anak mami'. Beliau orang kedua tertinggi di JPJ Alor Star mengikut kata broker india tu. Kalau la betul saya nak menipu anda semua, PASTI anda takkan dapat geran tersebut. Saya jujur untuk menolong anda melegalkan kereta2 anda. Saya nak tegaskan disini, saya juga ditipu oleh pegawai tersebut yang mengatakan geran tersebut boleh ditukar nama kepada nama pembeli. Saya hanya orang tengah yang percayakan pegawai berkenaan kerana mereka yang buat kerja bukan saya. -
Berapa ramai yang telah beri kepercayaan kepada saya,sanggup serah duit dulu sebelum dapat kereta dan geran total loss, saya tunjuk IC sebenar, duduk makan semeja, kenalkan anak bini, saya yakin ini bukan ciri2 penyangak atau penipu, saya ikhlas membantu anda semua. saya bukannya mengambil untung sampai puluhan ribu, walaupun ikutkan saya boleh mark-up gila-gila sebab harga pun masih murah. saya pun faham sebab risiko yang ditanggung tinggi. takkan saya nak untung gile2 sedangkan dokumen belum settle secara sah. ada juga pembeli yang saya dahulukan duit dokumen menggunakan duit saya sendiri. tapi bila kesudahannya macam ini, anda semua boleh meletakkan 100% kesalahan keatas saya. Saya bukan Malaikat atau Rasul yang maksum dan diberi kelebihan untuk menguruskan sesuatu perkara. dan kene ingat urusan kita ni adalah menyalahi agama. Saya harap tuan-tuan sedar dan insaf serta menyakini apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah yang pasti ada hikmah. Bukan hanya dalam bisnes ini, malahan bisnes lain juga, mungkin tuan2 terdedah dengan gejala rasuah ini, elok hindar dari awal sebelum mendapat kemurkaan Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sehinggalah saya bertemu dengan dua orang kawan saya yang boleh dipercayai. Sampai sekarang kami masih berbaik dan berhubung. Sukar untuk saya jelaskan disini, macam yang saya beritahu tadi, walaupun pegawai yang berurusan itu betul buat keje dia, dan tiada unsur penipuan, namun kalau dah bende ni tak betul, dan Allah mengkehendaki kesudahannya begini, tiada siapa dapat menghalang. Kepada sesiapa yang telah terlanjur membeli kereta macam ni, saya pun sukar nak nasihatkan macamana. Dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan bekas Mufti Perlis, Dr Asri untuk membincangkan hal ini. Mudah-mudahan Allah memberikan jalan penyelesaian terbaik. Kalau ikutkan perancangan saya, andai kata kereta2 kastam saya keluar, saya ingin menjual dan kemudian membayar hutang kepada anda semua. Namun saya agak khuatir sebab sumber duit itu juga dari cara yang salah, dan saya mesti merujuk kepada Dr Asri dan beberapa tokoh agama lain.
Kepada mereka yang merasakan saya telah menipu anda, saya benar-benar ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, bukan niat saya untuk menipu kalian, sesungguhnya saya juga manusia yang lemah, pentingkan dunia, mungkin saya telah melampaui batas-batas agama,..Sekarang saya telah diberikan kekuatan untuk menghadapi situasi ini, saya telah didik jiwa saya menjadi pasrah dan sabar dengan ujian. Disini saya ingin menyatakan, saya hanya takutkan Allah sahaja. Memandangkan saya telah melakukan kesalahan, yang mana dunia dan akhirat kepunyaan Allah, saya sanggup menerima hukuman dari pemerintah. Namun biarlah saya berjumpa dengan Dr Asri terlebih dahulu dan beberapa pegawai polis dan peguam dalam hal ini. Allah memberikan kita akal untuk membuat pertimbangan. Mudah-mudahan hukuman saya diringankan. Saya taknak menjadi suami dan ayah yang diburu orang dan pemerintah. Cukuplah selama ini saya menyorok dari public, sanggup tidak berkenderaan, saya pun tak pernah terlintas menghadapi semua ini, dengan anak2 perlu ke sekolah. Biarlah Allah saja yang mengetahui dan menjadi saksi, sejak ujian ini kami benar2 yakin bahawa Allah itu sebaik-baik pelindung jika kita menyerahkan diri dan urusan kepada-Nya. Kesenangan dan kemewahan dunia tidak menjaminkan apa-apa untuk kita diakhirat sekiranya masih bergelumang dengan dosa-dosa. Biarlah kita susah sikit kat dunia ini tapi diberkati, Allah menjamin kebahagiaan di akhirat, yang kekal abadi. Cuba tuan-tuan bayangkan kalau tuan-tuan berada dalam situasi saya. Saya juga ada anak isteri untuk ditanggung.
Sesiapa yang ingin membuat laporan polis keatas saya, saya tidak dapat menghalang. Namun saya juga ingin berpesan, Allah menjadi saksi, anda juga tahu yang membeli kereta seperti ini juga satu kesalahan, adalah berdosa sekiranya anda meletakkan 100% kesalahan ke atas saya. Saya hanya seorang broker ( orang tengah ) yang mengambil sedikit untung dari penjualan, adakah adil untuk anda menghukum saya untuk membayar semua gantirugi? Mana saya nak cari duit? Maka dengan ini, saya sanggup dihukum dari pemerintah kerana saya jugak taknak bersubahat jika saya membayar gantirugi semata2 nak bersihkan nama. Kat dunia kita boleh elakkan dari hukuman, tapi akhirat Allah akan bongkar jugak. Lebih baik saya menyerah dan bertaubat. Seperti semua sudah sedia maklum, perkara ni melibatkan terlalu banyak pihak. Saya hanya orang tengah. Saya menjual kerana ada pembeli. Bukan saya yang buat kerja2 dalam kerana semuanya sudah saya serah kepada pegawai kastam untuk menguruskannya. Saya memang bersalah kerana terlalu mengejar duit yang dari jalan salah tapi saya akui kesalahan saya. Kalaupun saya dihukum, saya pasti anda semua masih tidak berpuas hati kerana duit anda yang telah hilang. Jadi terpulanglah kepada anda untuk merenung kembali segala yang berlaku adalah ujian dari Allah kerana kealpaan kita sendiri. Bersyukurlah kerana kita diberi kesempatan untuk bertaubat sebelum ajal mendatangi kita.
Saya harap tuan-tuan dapat memahami apa yang saya cuba luahkan. Saya mohon maaf sekali lagi kerana kehilangan saya selama ini merisaukan tuan2. Saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Isteri saya InsyaAllah akan melahirkan anak kami yang ke 4 dalam bulan 7. Saya harap dia akan memberi sinar baru kepada kami sekeluarga. Sama-sama kita doa semoga rezeki kita dimurahkan selepas ini. Saya tidak keberatan untuk membayar balik sebahagian kerugian tuan2 jika ianya dibenarkan Syarak ( akan merujuk ) mana tahu Allah memurahkan rezeki saya akan datang, kita tidak tahu. Allah Maha Kaya, lebih kaya dari yang terkaya didunia ini. Tapi Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-An'am ayat 32 . "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? Janganlah kita mengejar kekayaan yang keterlaluan, kita perlu utamakan akhirat dalam masa yang sama tidak meninggalkan urusan dunia. Wallahua'lam.
Wassalam.
Yang ikhlas,
aurafx |
|
|
|
|
|
|
|
penjual keta busukkk!!!
padan muka kena dgn artis tuh. dah terkena baru nak ingat tuhan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|