CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111128|Reply: 2491

JOZAN MansioN!! (JoHaN & ZiZaN) ~ Fakhrul, Musalman & Baby!!

   Close [Copy link]
Post time 7-4-2011 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by SaVilara at 20-4-2011 18:52

                                                








                                            
     
                                                      

Dah tiba masanya duo pelawak paling gempak, paling happening n paling comey nih ada cawangan umah sendirik kat sini kanz



                                               

        

        
                             


                                                      
* GIF kredit pd Tumbler Maharaja Lawak




JOZAN @ MAHARAJA LAWAK



MINGGU 1








MINGGU 2








MINGGU 3


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2011 01:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 11-4-2011 01:06

GAMBAR-GAMBAR JOZAN




        
          

Antara artikel2 sal keserasian JOZAN yg iols pernah jumpa

Quote dari JoZan sendirik di interviu Kosmo:


*Kalian berdua selalu digandingkan. Sejauh mana keserasian kalian sebenarnya?

Johan: Serasi bersama (ketawa). Memang serasi, misalnya kalau kami bersama, selalunya Zizan selalu 'tarik' saya kalau saya pergi begitu jauh. Begitu juga saya, kalau Zizan lihat saya sudah merapu, dia cover saya.

Zizan: Keserasian berkait pada pemahaman. Kami berkenalan pun masa uji bakat Raja Lawak. Kami sama-sama layan lawak masing-masing. Pemikiran kami selari. Dari situ timbul keserasian malah di luar dunia kerja, kami juga berkawan baik.



Quote dr Zizan:

"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin", ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini - Mangga Online



Lagi quote Jijan bout Johan (dpt dr website):

* Anda biasanya digandingkan dengan Johan. Jika tanpa Johan apakah anda boleh membawa karakter ataupun lakukan lawak seorang diri?

-Sebelum ini saya di Raja Lawak pun memegang tiket pelawak solo. Tapi setelah keluar dari Raja Lawak saya banyak digandingkan bersama. Tak kisah pun, orang kata berdua lebih baik gitu...!

Kalau berdua idea tu lebih banyak dan ada kesinambungan yang berterusan bila berlawak. Tidak timbul rasa selesa atau tidak, kerana Johan juga berbakat. Kalau dinner show saya pun ada buat lawak solo. Tengok keadaanlah. Kalau saya kena buat solo, saya kena buat banyak persiapan mental dan mencari idea yang lebih sebab idea kena fikir sendiri. Kalau berdua, bolehlah kita berkongsi idea.


* Mana lebih selesa, lawak solo ataupun dengan Johan?

- Dua-dua suka dan dua-dua tak ada masalah.



Ketika ditanya komennya apabila terus digandingkan dengan Johan, Zizan berkata; pasangannya itu paling serasi sama ada di dalam atau luar rancangan yang diacarakannya.

Dia juga mendapat maklum balas positif daripada para penonton Raja Lawak yang mahukan agar gandingannya bersama Johan diterus pada masa akan datang.

"Setakat ini Johan paling serasi berlawak dengan saya di atas pentas atau mengacarakan Raja Lawak. Saya belum jumpa lagi pelawak lain yang boleh begitu serasi selain Johan.

"Kadangkala sewaktu mengacarakan Raja Lawak kami saling tidak boleh menahan gelak sampaikan saya selalu terpaksa buat 'muka ketat' (menahan) kerana gelagatnya itu.

"Malah, kami juga mempunyai gaya dan rentak tersendiri kerana sudah faham dan tahu dialog atau topik apa yang hendak disampaikan," katanya. - Utusan Online





Zizan turut menjelaskan dia begitu serasi bekerja dengan Johan dan jika di luar bidang kerja juga mereka sentiasa serasi."Jika dilihat kerja kami di Raja Lawak, kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk berinteraksi... ini kerana kami memang serasi dan biasa kerja bersama."Bila di luar bidang kerja juga, kami memang begini, tidak boleh jika tidak melawak, bergurau dan tidak tahu duduk diam. - mStar Online

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 01:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 8-4-2011 03:38

ARTIKEL 1

credit to: mStar online

Isnin Februari 21, 2011
Keserasian Mantapkan Lawak Zizan & Johan

Oleh WAHIDUZZAMAN






BAGAI raja di pentas, gandingan dua bakat komedi ini licik mengatur bicara dan jenaka sehingga memukau peminat komedi. Tanya saja pada sesiapa pun, pasti ramai yang tidak mampu menidakkan penangan gandingan Johan dan Zizan.

Jika dihitung hayat pembabitan mereka di pentas hiburan, perjuangan dua jejaka yang sinonim dengan jolokan Jozan, hasil gabungan nama mereka itu sebenarnya masih terlalu ‘hijau’.

Mula membina nama selepas menyertai program Raja Lawak Astro musim pertama (RL1) pada 2007, Johan dan Zizan terus mengorak langkah sehingga berjaya memahatkan nama sebagai pelawak dan pengacara pelapis paling efektif hari ini.

“Sebenarnya, keserasian itu sudah terjalin sejak kami dalam RL1 lagi. Walaupun ketika itu kami adalah pesaing, Johan sering berkongsi idea dan pandangan tentang persembahan mingguan kami.

“Selepas tamat RL1, saya dan Johan diberi peluang untuk menerajui program Lawak King. Dari situ, pihak penerbitan melihat keserasian kami dan terus ditawarkan sebagai pasangan pengacara RL musim kedua sehinggalah hari ini,” imbas Zizan.

Melihatkan aksi lucu mereka yang lancar dan spontan di pentas, pasti terdetik di hati kita tentang rahsia di sebalik keserasian itu. Gandingan Johan dan Zizan bukan sahaja serasi berpadu, malah lebih istimewa lagi, persefahaman itu diperakui berkesan pada mata umum.

Mengulas tentang perkara itu, pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abd Razak, 26, (Zizan) menyifatkan keserasian mereka berlaku secara semula jadi atas dasar persefahaman dan keikhlasan.

“Asas kepada keserasian kami adalah keikhlasan dan persefahaman. Selain sering berkongsi idea tentang sesebuah persembahan yang dijayakan, kami juga saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Semuanya berlaku secara spontan dan semula jadi sebenarnya. Selalunya, jika Johan memberikan sesuatu idea lawak, saya akan faham sendiri petanda yang diberikannya dan sambut serta kembangkan jenaka itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas empat tahun bekerjasama, dia dan Johan sentiasa bantu-membantu, tetapi jauh sekali untuk cuba membayangi satu sama lain ketika di pentas.



Gambar: Penampilan Johan dan Zizan selalu menggamitkan suasana

“Tiada istilah siapa lebih atau siapa kurang dalam setiap persembahan kami. Sebaliknya, kami sentiasa bantu-membantu bagi mengimbangi kekuatan dan kekurangan masing-masing.
“Sejujurnya, walaupun kami sentiasa merancang sesebuah persembahan itu, ironinya apabila berada di pentas, kebanyakan jenaka yang keluar adalah bersifat spontan dan tidak mengikut perancangan asal.

“Mujurlah kebanyakannya menjadi dan mendapat respons yang baik daripada penonton,” katanya yang kerap berbincang dengan Johan tentang perancangan masa depan karier masing-masing.

Bagi Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 26, keserasian mereka bertitik-tolak daripada toleransi dan profesionalisme. Akui suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini, walaupun mereka hanya rapat ketika bekerja, persefahaman itu tersemai secara semulajadi bertitik-tolak daripada sikap tolak-ansur dan saling memahami.

“Realitinya, saya dan Zizan tidak begitu rapat apabila berada di luar. Namun, apabila bekerja memang kami akrab dan serasi. Keserasian ini bagaimanapun terbina atas sikap toleransi dan persefahaman yang kami amalkan sejak mula bekerjasama. Apabila kami mengadakan sesebuah persembahan, kami memang amalkan teknik ‘beri dan terima’, dan setakat ini Zizan faham dengan cara saya dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Bercerita tentang lawak jenaka mereka, Jozan mengakui mereka sentiasa peka pada sensitiviti bahan jenaka yang dipersembahkan kepada umum. Bagi mengelakkan jenaka yang disampaikan itu menyinggung mana-mana pihak, mereka sentiasa berpesan dan mengingatkan antara satu sama lain.

“Kami memang sentiasa peka tentang perkataan-perkataan atau isu-isu sensitif ketika berlawak. Perkara-perkara berkaitan agama, bangsa, seks dan berbaur lucah memang akan kami elakkan,” kata Johan.

“Sebab itu kami perlu saling ingat-mengingati dan berfikir sebelum berlawak. Kami bukan membuat lawak kosong tanpa berfikir. Sebolehnya, setiap jenaka itu mempunyai mesej tersirat untuk kebaikan semua, cuma ia disampaikan dalam bentuk yang santai,” ulas Zizan pula.

Mengekalkan momentum lawak dalam setiap persembahan ternyata bukan tugas mudah. Setiap pelawak di atas dunia ini pun sering mengalami pasang surut dan kekeringan idea.

Kata Johan, mereka sering bereksperimen dalam setiap persembahan yang dilakukan. Kebiasaannya, mereka akan menonton semula rakaman persembahan yang dijayakan bagi mengenal pasti lawak yang mencuit hati penonton.

“Selalunya saya dan Zizan akan rancang bahan jenaka sebelum melakukan persembahan tetapi kami tidak pasti sama ada ia menjadi atau tidak. Untuk melihat keberkesanan lawak yang disampaikan, saya akan menonton semula rakaman persembahan itu dan mencatat bahagian dan perkataan jenaka mana yang boleh buat penonton gelak. Seandainya, kami mengalami kekeringan idea sebelum sesebuah persembahan, biasanya kami akan lakukan jenaka secara spontan sahaja,” jelasnya.

Mengeratkan lagi ikatan itu, Johan dan Zizan turut disatukan dalam program bual bicara Jozan Show yang bersiaran di Astro Prima. Bagaimanapun, kesibukan jadual seni masing-masing menyebabkan rakaman musim baru program itu sering tertangguh sehingga hari ini.

Gandingan mereka yang kini boleh ditonton sebagai pengacara RL5 akan kembali bersatu dengan nama Jozan dalam persaingan program Maharaja Lawak di Astro Warna tidak lama lagi.

Melengkapi profil gandingan itu, Johan dan Zizan dijangka turun ke lokasi penggambaran filem komedi aksi arahan Syamsul Yusof, April depan. Dalam filem yang masih belum diketahui judul rasminya itu, mereka akan bergandingan buat julung kalinya sebagai teraju utama.

“Saya dan Johan akan bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem ala penyiasatan itu. Belum ada perbincangan rasmi dan kami pun belum melihat skripnya lagi tetapi yang pasti ia sebuah filem bergenre komedi aksi,” kata Zizan.

Manisnya, selepas empat tahun membina nama bersama, segala usaha dan komitmen mereka kian diiktiraf ramai. Jika pada November lalu, Zizan memenangi Anugerah Personaliti TV Kegemaran di Shout! Awards 2010, mereka terus melakar populariti apabila masing-masing tersenarai sebagai finalis Artis Lelaki Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung pada April depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 01:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 8-4-2011 07:03

TELEMOVIE LAKONAN JOZAN
BABAK 105 KAMPUNG PRIMA



















HANG PA LAH HANG 2




NAK BALIK RAYA






















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 8-4-2011 05:37

BIODATA JOZAN










Nama: Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz  (Johan)

Asal: Ampang, Selangor

Tarikh Lahir: 13 June 1984 (Gemini)

Agama: Islam

Keturunan: Malay/ Chinese

Tinggi: 169 cm

Hobi: Futsal, Jogging & Video Games


Pencapaian:

1) Second runner-up untuk Raja Lawak Astro Musim Pertama

2) Mewakili Selangor dalam Pertandingan Drama Peringkat Negeri (Anugerah Watak Terbaik)

3) Juara Karaoke tahun 1994 & 1996


Telemovie: Hang Pa La Hantu, Papaku Rock, Osman Berani, Halimah Jongang, Nak Balik Raya, Duyong & Dugong, Loklak dan Awekku Bukan Awekmu.


Drama / Episod: Chaparela, Pasrah, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Semanis Janji (RTM), Oh Yeah, Redah Kasi Pecah dan Raja Lawak.


Teater: Siti di Alam Fantasi



Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Libas, Raya Tak Jadi, Bohsia, Bujang Terlajak, Ponti vs Omi, Along Bukit Beruntung, Berani Punya Budak dan Uncle Usin.


Pencapaian tertinggi didalam hidup:
Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama dan Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular).


Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.


Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak:

Youtube, isteri, buku, keluarga, internet dan persekitaran.


Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.


Komen Astro mengenai JOHAN: "The 3rd Place winner of ASTRO Raja Lawak proves that he deserves to be one of the finalists. Yazid or better known as Johan is able to make anyone laugh with his spontaneous remarks and jokes. Johan can also be considered as the Jack of all Trades as he varies his ability to do things. Apart from doing comedy, he is able to host TV programs, events, and even sing."









Nama Penuh: Mohd. Razizan Bin Abdul Razak
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tempat Lahir: Dungun KT
Tarikh Lahir: 15 April 1984 (Aries)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Tinggi: 170 cm


Pencapaian: 1) First Runner-up untuk Raja Lawak Astro Musim Pertama.

2) Favourite TV Personality SHOUT! Awards

3) Bintang Komedi Paling Popular  2010


Filem: Uncle Usin, Kapoww! Atoi The Ajaib Boy, KL Gengster, Hantu Bonceng dan Bohsia 2: Jalan Kembali.


Teater: Tengku Dalam Kalsom, Ngilu dan Mayang Ngoyang.


Program TV: Citra Warna 2001, Radio RTM, Cinta.com, Pasrah, Gaia, AC Di Sini, Fulus Mania, Jozan Show (Musim 1), Raja Lawak (Musim 2 - 5) dan Idola Kecil 2009.


Host: Zizan Show, Idola Kecil, AC DiSini, Anda Ada 60 Saat, Remaja Ekstrem dan Jangan Betulkan TV Anda (Singapura), Melodi, Anugerah Bintang Popular BH 2010.


Pencapaian tertinggi didalam hidup: SPM.


Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Bila lawak menjadi.


Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Diri sendiri dan orang sekeliling.


Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Mendidik masyarakat dalam lawak.


Komen ASTRO mengenai ZIZAN: Zizan of Raja Lawak does not only has the charm, he also has the tongue for comedy. Razizan was the first runner-up for Raja Lawak Astro in 2007. Apart from comedy, his resume shows that Zizan loves acting as he has acted in several TV shows and theatres.




* Maklumat dipetik dari website Raja Lawak 2008 & Maharaja Lawak 2011..dan tambahan maklumat sendiri hasil dari Google

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 01:53 PM | Show all posts
hello jozan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2011 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by Dermawan at 7-4-2011 14:07

JOZAN best !!!!

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:04 PM | Show all posts
JoZan...!!!  JoZan...!!!  JoZan...!!!

JoHaN + ZiZaN



Tahniah Savilara bukak umah nie
Thanks coz merealisasikan impian kami


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 02:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by viscose at 7-4-2011 14:55

Dengan doa dan harapan mudah2an Johan n Zizan

- mengekalkan hubungan baik sbg sahabat yang sgt cute bila berdua tu
- meningkatkan prestasi dari segi mutu persembahan
- mendapat lebih byk job tak kira melawak, pengacaraan, filem, drama dan lain2
- menjadi juara Maharaja Lawak
- dijauhkan dari segala kontrovesi yang boleh menjejaskan nama baik jozan yang tgh kat atas skg nie
- kekal bahagia bersama keluarga masing2

amin ya rabbal alamin
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:12 PM | Show all posts
Wahh ada jiran baru.....hi uols!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:27 PM | Show all posts
Wahh ada jiran baru.....hi uols!!
kakleen Post at 7-4-2011 14:12


hai leen...salam perkenalan
jom join sekali meriahkan umah baru kami nie
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:37 PM | Show all posts
hahahha finally terbukak jugak umah neh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:38 PM | Show all posts
jgn lupa sumbat video ni

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:40 PM | Show all posts
akhirnya ade gak umah JOZAN ..baru best nk diskusi n komen2 diorg yg mmg best n mantop...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:43 PM | Show all posts
Hallu Sume
Jom vote JOZAN


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum.....

Pak Ali bela biri-biri..
Saya datang lapor diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2011 02:46 PM | Show all posts
JoZan...!!!  JoZan...!!!  JoZan...!!!

Tahniah Savilara bukak umah nie ???
Thanks coz merealisasikan impian kami

viscose Post at 7-4-2011 14:04


Atas support n galakan uols sume fans JoZan yg besh n sporting nih gaks ::segan:: huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 02:49 PM | Show all posts
Dengan doa dan harapan mudah2an Johan n Zizan

- mengekalkan hubungan baik sbg sahabat yang sgt cute bila berdua tu ?
- meningkatkan prestasi dari segi mutu persembahan ?
- mendapat lebih byk job tak kira melawak, pengacaraan, filem, drama dan lain2 ?
- dijauhkan dari segala kontrovesi yang boleh menjejaskan nama baik jozan yang tgh kat atas skg nie ?
- kekal bahagia bersama keluarga masing2 ?

amin ya rabbal alamin
viscose Post at 7-4-2011 14:11


Sukaaaaa ~! ^_^

(Balik kang nak ulas lagik, ni pun menyambil2 jek nih sambil keja, huhu)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 02:51 PM | Show all posts
Wahh ada jiran baru.....hi uols!!
kakleen Post at 7-4-2011 14:12


Kak Nanoooo~ ^_^
Follow Maharaja Lawak x?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 02:52 PM | Show all posts
Atas support n galakan uols sume fans JoZan yg besh n sporting nih gaks ::segan:: huhuhu
SaVilara Post at 7-4-2011 14:46


Tahniah Lara !!! ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.589366 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list