CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27794|Reply: 36

Cerpen : Cintaku Semerbak Polo Black![U] * Komen diperlukan ^_^*

[Copy link]
Post time 7-4-2011 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 8-4-2011 15:34

  

CINTAKU SEMERBAK POLO BLACK






QUESEIRA mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg,  dengan segera jari jemarinya mendail nombor seseorang yang dia tunggu sedari tadi. Satu keluhan berat dilepaskan.
Sedari tadi dia menunggu, sehingga terasa lenguh kakinya berdiri. Matanya melilau melihat kesesakan orang yang membeli barang-barang di pusat beli belah itu.
        “Awak kat mana? Penat saya tunggu!” tengking Queseira. Di corong telefon dia terdengar suara seseorang ketawa sembari memohon maaf.
        “Dari tadi on the way, cepat sikit. Don’t you know that I’m tired?” bebel Queseira lagi. Sejurus itu, dia meletak telefon. Geram benar hatinya, bagaikan dibakar pula. Queseira pantang menunggu seseorang itu terlalu lama.
        Biarlah orang lain menunggunya lama, tetapi jangan dia menunggu seseorang itu dalam jangka masa yang lama.Itulah prinsipnya. Matanya tertancap pada kedai minyak wangi yang terletak lebih kurang lima puluh meter dari tempat dia berdiri.
        Segera dia mengatur langkah dan bergerak ke kedai minyak wangi tersebut. Beberapa saat kemudian dia telah sampai ke kedai minyak wangi yang besar itu. matanya melilau melihat sekeliling kedai.
        ‘Boleh tahan, design kedainya cantik,’ komen Queseira di dalam hati. Sedang dia bermonolog sendirian, tiba-tiba sahaja dia ditegur oleh salah seorang pekerja disitu.
        “Ya kak? Boleh saya bantu? Akak cari perfume jenis apa ni?” soal pekerja tersebut dengan sopan. Queseira memandang pekerja tersebut dari atas ke bawah. Bibirnya diketap.
        “Hello? Saya belum tua lagi. Tak payah nak mengada-ngada panggil saya kakak.” Komen Queseira, pedas. Mulutnya memang begitu, sentiasa bercakap lepas. Tidak pernah menjaga bahasanya.
        Pekerja tersebut tersengih sembari menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Queseira menjeling pekerja tersebut dengan tajam.  
        “Sorry.. Saya tak sengaja.” Pohon pekerja tersebut. Queseira menunjukkan telapak tangannya.
        “Talk to the hand.” Dengan segera Queseira mengatur langkah, keluar dari kedai tersebut. Gayanya yang sombong itu diperhatikan oleh pekerja kedai minyak wangi tersebut dengan kebilan berat yang sukar dikendali.
****
ANDY masih lagi mengemas peralatan di kedai minyak wangi Donut Perfume House, fikirannya terimbau pada peristiwa petang tadi. Dengan tiba-tiba sahaja wanita yang berpakaian elegan itu menjelingnya. Apakah salahnya?
        Sebelum ini dia pernah juga tersalah jangka usia seseorang itu, dia dengan tidak sengaja memanggil wanita yang lebih muda darinya kakak, tetapi tidak pula wanita itu melenting dan menjelingnya seperti wanita tadi. Lain manusia, lain ragam. Ada sahaja rentaknya.
        “Andy! Kerja dah settle belum? Asyik termenung aje? Ingat girlfriend ke?” tegur Nash dengan suara yang lantang. Fikiran Andy terus mati. Serta merta dia memandang Nash yang sedang mencempung lengan kekasihnya dengan mesra.
        Inilah yang paling Andy tidak gemari tentang sikap Nash yang tidak segan silu bersentuhan antara bukan muhrim di hadapannya. Bukanlah Andy mahu berlagak baik, tetapi sebagai seseorang yang mempunyai agama, Nash harus sedar akan dosa dan pahala.
        Apa pula yang bakal dikatakan oleh orang yang memerhatikannya? Tidakkah nanti Nash akan dikritik hebat?
Pernah juga dia meluahkan perkara tersebut kepada Nash, tetapi nampaknya sahabatnya itu tidak mendengar langsung nasihatnya. Apa yang dikatakan hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tidak memberikan apa-apa kesan langsung!
        Jika diikutkan mahu sahaja Andy memarahi Nash di hadapan khalayak ramai, tetapi dia sedar maruah seseorang itu harus dijaga juga. Justeru, dia hanya menasihati Nash dengan cara yang baik. Tetapi nampak gayanya, sahabatnya itu tetap tidak berubah.
        “Dah nak siap. Nak apa?” soal Andy, acuh tak acuh. Bukanlah maksud dia cemburu dengan kemesraan antara dua kekasih di hadapannya itu, cuma dia kurang berkenan dengan aksi mereka yang bagaikan orang yang sudah mempunyai ikatan yang sah sahaja.
        “Nak ajak kau makan. Nak ikut tak?” pelawa Nash sambil mencubit pipi kekasihnya. Andy segera menggeleng. Malas pula Andy mahu mengikut. Tidak pasal-pasal aje pahalanya berkurang hari ini. Eloklah kalau dia duduk sahaja di kedai ini.
        “Okey. nak kirim apa-apa?” soal Nash lagi. Buat kali kedua Andy menggeleng, dan Nash segera mengatur langkah, meninggalkan Andy yang sedang sibuk menyusun minyak wangi yang baru sahaja sampai pagi tadi.
****

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2011 06:49 PM | Show all posts
“THAT guy memang gilalah.. ada ke dia panggil aku kakak?” bebel Queseira dengan muncung yang panjang. Fatihah ketawa, sembari ketawa mengekeh.

     “You look too old, maybe.” Sampuk Fatihah, masih lagi dengan tawanya. Queseira mengetap bibir.

Ada sepupu, sepupu pun join sama kutuk aku. Tak guna! Getus Queseira di dalam hati. Sebal hatinya. Dengan tidak semena-mena dia mencubit peha Fatihah. Fatihah mengaduh kesakitan, tetapi tawanya masih belum reda.

“Macam mana muka dia? Is it your taste?” soal Fatihah, ingin tahu. Queseira mendengus kasar. What a question?

“Hello? Gila ke? Aku dah ada Jack. Kau ingat aku ni suka curang ke?” soal Queseira sambil menjegilkan matanya. Fatihah menekup mulut.

“Aku tanya aje. Tak suruh pun kau curang dengan boyfriend kau yang berlagak tu. Huh!” kutuk Fatihah selamba. Queseira menjeling Fatihah dengan tajam.

Kadang kala sepupunya ini suka cakap lepas, tidak pernah hendak berselindung. Dia tidak pernah peduli dengan perasaan orang lain. Tapi mujurlah Queseira tidak pernah ambil hati. Dia tahu perangai sepupunya itu.

Fatihah menarik selimut ke paras dadanya, hari ini dia bermalam di rumah Queseira memandangkan orang tuanya masih belum pulang dari Mauritius. Rajin benar keluarganya itu melancong, mujur dia tidak seperti itu.

Fatihah lebih suka duduk di rumah, justeru dia meminta kebenaran dari orang tuanya untuk tinggal di rumah Queseira.

Queseira mencampakkan bantal yang berada bersebelahan dengan kerusi yang didudukinya. Jaraknya dengan Fatihah lebih kurang dua meter.

“Woi! Nak tidur? Tak payah. Tunggu dulu. Teman aku.” Jerit Queseira. Cepat benar sepupunya itu tidur. Jam baru sahaja menunjukkan ke angka dua belas. Awallah tu! Tak akan dah mengantuk? Bebel Queseira.

“Pagi esok aku nak berjogging. Kau apa tahu?” marah Fatihah, sambil bantal kecil yang berada berdekatannya dicapai. Lantas dilekap kedua belah telinganya.

“Alahh.. Relax dulu. Baru pukul berapa. Teman akulah. Aku nak cerita pasal pakwe aku.” Bersungguh-sungguh Queseira menuturkan. Sambil ototnya mulai mekar mengukir senyuman.

“Pakwe, pakwe, pakwe.. tak ada benda lain ke nak cerita? Please la.. Aku tak minatlah nak dengar semua tu,” sindir Fatihah dengan sinis.

Queseira mencebik. Eleh.. Tak suka  ada pakwe konon. Walhal dalam rekod dia dah bercinta dengan lebih sepuluh orang lelaki dah. Tu lepas habis belajar. Waktu kat universiti? Lagi bertengkel-tengkel kekasih si Fatihah tu. Playgirl!

Fatihah menarik selimut ke paras bahu dan mengatup matanya. Tetapi fikirannya masih menerawang pada kata-kata Queseira sebentar tadi. Entah-entah mamat yang panggil Eira tu kakak kawan aku kot? Manalah tahu.. Fikir Fatihah di dalam hati.

Kemudian dia bingkas bangun, dan Fatihah mendapati Queseira masih lagi duduk di kerusi sambil membaca novel Rachel Gibson, Nothing But Trouble. Huh! Kena sangatlah tu.. Tak ada apa-apa selain masalah..

“Eira..” panggil Fatihah. Eira mengangkat muka. Sambil mengangkat kedua belah keningnya.

“Apa dia? Tadi ya, ya sangat kata nak tidur la, itu la, ini la. Pergi la tidur sana. Yang tergedik panggil aku lagi buat apa?” bebel Queseira dengan muncung yang panjang. Buku ditangannya terus ditutup. Fatihah menjeling.

“Over la kau ni. Nak tanya sikit,” Fatihah malas mahu membalas kata-kata Queseira itu. Queseira berkalih, dari kerusi terus ke katil. Tak lain sepupunya yang sorang ni ada benda nak digosipkan. Tak ada benda lain...

“Tanya apa?” soal Queseira kembali sambil memeluk tubuh. Fatihah ketawa. Nak tanya ke tak nak erk? Nanti kalau tanya dia kata aku nak kenal dengan lelaki tu.. Hurm.. Fikir Fatihah, fikir...

“Mamat yang panggil kau kakak tu, muka dia hensem tak?” soal Fatihah. Pecah ketawa antara mereka berdua. Queseira jungkit bahu.

“Kenapa pulak kau tanya ni? Minat? Nak masuk line ke?” tebak Queseira.

“Aku? Nak masuk line? Dah rosak ke kau punya nerve cell?” ujar Fatihah sambil ketawa. Alat kawalan jauh pendingin hawa dicapai, lantas diperlahankan sedikit.

“Nerve cell tu tak berapa nak rosak, tapi hampir rosak... Ni semua bahana si mamat tadi panggil aku kakak la! Pitam aku empat ratus tahun!” bersungguh-sungguh Queseira menuturkan. Fatihah tergelak.

“By the way, budak mana yang panggil kau kakak ni? Nak jugak aku try test pergi kedai tu, mana tahu dia panggil aku adik ke.. Maklumlah muka aku kan comel macam budak kecik.. Babyface gitu..” Fatihah berseloroh. Queseira menjelirkan lidahnya sembari membuat mimik muka tanda menyampah.

“Donut Perfume House tu. Cubalah pergi. Tak silap aku kedai tu baru bukak. Before this pergi tak pernah nampak pun. Tapi design kedai dia memang cantik, attractive. Tu yang buat aku nak masuk kedai tu. Tapi tak sangka pulak yang aku kena panggil kakak once aku step in dalam kedai tu.. Hampeh betul!” bebel Queseira.

Fatihah terjeda. Hatinya meronta kuat, memaksanya bertandang ke kedai tersebut. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang perlu dia rungkai, walau hakikatnya dia sendiri tidak tahu apa perkara yang harus dia rungkaikan. Otaknya kusut memikirkan.

“Hoit.. Beranganlah tu.. Tak ada kerja lain. No wonder pimples tumbuh lagi. Padan muka!” ejek Queseira. Fatihah mencebik. Fatihah akui yang sepupunya itu mempunyai wajah yang bersih tanpa ada kesan jerawat. Lihatlah sahaja barangan yang dipakai oleh Queseira. Semuanya berjenama.

Ibu dan ayah Fatihah pula cukup bersederhana dalam berbelanja. Segala perbelanjaan akan disekat. Wang hanya digunakan apabila perlu sahaja. Oleh sebab itu Fatihah sudah biasa dengan keadaan dirinya yang seolah-olah terkongkong untuk membeli sesuatu perkara yang digemarinya.

“Tak beranganlah. Kau cakap perfume tadi, teringat perfume aku dah habis. Tapi..” Fatihah mengeluh. Queseira memandang sepupunya.

“Tapi apa? Duit tak cukup? Mintalah ayah kau.. Email dia. Abang kau ke,” usul Queseira. Queseira sudah dapat membaca apa yang terlintas di kepala sepupunya itu.

Fatihah mengeluh lagi, lantas menggeleng. Queseira terdiam, itu bermakna Fatihah tidak berani untuk meminta wang pada abang dan ayahnya itu. terjentik rasa kasihan pada diri Queseira atas Fatihah.

Bagi Queseira, keluarga Fatihah terlalu kedekut. Masakan tidak mahu mengeluarkan wang untuk anak sendiri? Tambahan pula, Fatihah satu-satunya anak bongsu mereka. Masakan tidak mahu membelanjakan sedikit wang untuk Fatihah? Orang kaya kedekut, itu tanggapan Queseira.

“Macam nilah.. Kau pakai duit aku dulu.. Nanti ada duit kau bayar semula kat aku. Boleh?” kata Queseira. Fatihah berfikir. Ragu-ragu rasanya. Bimbang ibu dan ayahnya mendapat tahu akan hal ini, pasti dia akan ‘susah’!

“Boleh ke?” Fatihah meminta kepastian. Queseira mengangguk. Fatihah tersenyum meleret.

“Thanks!”

****

ANDY sedang melakar sesuatu di atas kertas, beginilah hobinya di waktu lapang. Pintu bilik tiba-tiba sahaja diketuk. Kertas lakaran terus disembunyikan di bawah bantal.

Andy mencapai buku karya Mitch Albom yang diletakkan di tepi katil. Segera Andy menyandar pada katil, seolah-olah dia sedang membaca dengan penuh khusyuk.

“Andy..” suara Datin Fitrah memecah kesunyian di dalam bilik. Andy mengangkat muka memandang wajah Datin Fitrah tepat-tepat, sembilan puluh darjah.

“Ya mama?” Sejurus itu dia kembali menatap buku yang sedang dipegangnya. Datin Fitrah berjalan perlahan-lahan merapati anak lelakinya itu.

“Tak tidur lagi?” soal Datin Fitrah. Andy sekadar menggeleng sembari menghembus nafas perlahan. Datin Fitrah mengangguk sahaja. Datin Fitrah hanya duduk sahaja di sisi katil, memerhatikan anak lelakinya itu sehingga Andy merasa rimas.

“Mama tengok Andy macam nak makan aje. Kenapa ni?” Tanya Andy. Datin Fitrah ketawa.

“Tak ada apa-apalah. Rindu aje dengan anak mama sorang ni.. Dua hari mama tak ada kat rumah, dua harilah mama rindu anak mama tau!” ujar Datin Fitrah.

Andy hanya tersengih. Dia akui, dia memang dimanjakan di dalam keluarganya memandangkan dia anak bongsu dan abang serta kakaknya semua sudah mendirikan rumahtangga. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal.

Justeru, kasih sayang ditumpahkan sepenuhnya kepada Andy. Andy pula tidak banyak meminta, hanya menurut sahaja perintah orang tuanya. Datin Fitrah bangun lantas mencium dahi anak lelakinya itu.

“Tidur sayang.. Dah lewat malam ni. Esok mama nak ajak Andy keluar,” arah Datin Fitrah, lembut. Dahi Andy berkerut. Keluar ke mana pulak? Tingkap yang dibuka luas telah memberikan peluang kepada sang angin untuk berhembus mesra.

“Pergi mana mama?” soal Andy. Datin Fitrah hanya tersenyum.

“Esok nanti Andy tahu. Sekarang tidur.” Ulang Datin Fitrah lagi, lantas menutup lampu tidur dan melangkah keluar. Andy akur. Dan suasana biliknya terus menjadi gelap. Dia memandang siling biliknya.

Hatinya disoal pelbagai soalan. Sesungguhnya dia sendiri tertanya-tanya ke mana mamanya itu ingin membawanya esok. Esok dia perlu masuk ke tempat kerja dengan lebih awal.

Bagaimana ya? Hurm..  Sedang Andy berfikir, tiba-tiba sahaja matanya terkatup, membawa rohnya mengembara ke alam mimpi, meninggalkan jasadnya statik di atas katil.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:49 PM | Show all posts
“THAT guy memang gilalah.. ada ke dia panggil aku kakak?” bebel Queseira dengan muncung yang panjang. Fatihah ketawa, sembari ketawa mengekeh.

     “You look too old, maybe.” Sampuk Fatihah, masih lagi dengan tawanya. Queseira mengetap bibir.

Ada sepupu, sepupu pun join sama kutuk aku. Tak guna! Getus Queseira di dalam hati. Sebal hatinya. Dengan tidak semena-mena dia mencubit peha Fatihah. Fatihah mengaduh kesakitan, tetapi tawanya masih belum reda.

“Macam mana muka dia? Is it your taste?” soal Fatihah, ingin tahu. Queseira mendengus kasar. What a question?

“Hello? Gila ke? Aku dah ada Jack. Kau ingat aku ni suka curang ke?” soal Queseira sambil menjegilkan matanya. Fatihah menekup mulut.

“Aku tanya aje. Tak suruh pun kau curang dengan boyfriend kau yang berlagak tu. Huh!” kutuk Fatihah selamba. Queseira menjeling Fatihah dengan tajam.

Kadang kala sepupunya ini suka cakap lepas, tidak pernah hendak berselindung. Dia tidak pernah peduli dengan perasaan orang lain. Tapi mujurlah Queseira tidak pernah ambil hati. Dia tahu perangai sepupunya itu.

Fatihah menarik selimut ke paras dadanya, hari ini dia bermalam di rumah Queseira memandangkan orang tuanya masih belum pulang dari Mauritius. Rajin benar keluarganya itu melancong, mujur dia tidak seperti itu.

Fatihah lebih suka duduk di rumah, justeru dia meminta kebenaran dari orang tuanya untuk tinggal di rumah Queseira.

Queseira mencampakkan bantal yang berada bersebelahan dengan kerusi yang didudukinya. Jaraknya dengan Fatihah lebih kurang dua meter.

“Woi! Nak tidur? Tak payah. Tunggu dulu. Teman aku.” Jerit Queseira. Cepat benar sepupunya itu tidur. Jam baru sahaja menunjukkan ke angka dua belas. Awallah tu! Tak akan dah mengantuk? Bebel Queseira.

“Pagi esok aku nak berjogging. Kau apa tahu?” marah Fatihah, sambil bantal kecil yang berada berdekatannya dicapai. Lantas dilekap kedua belah telinganya.

“Alahh.. Relax dulu. Baru pukul berapa. Teman akulah. Aku nak cerita pasal pakwe aku.” Bersungguh-sungguh Queseira menuturkan. Sambil ototnya mulai mekar mengukir senyuman.

“Pakwe, pakwe, pakwe.. tak ada benda lain ke nak cerita? Please la.. Aku tak minatlah nak dengar semua tu,” sindir Fatihah dengan sinis.

Queseira mencebik. Eleh.. Tak suka  ada pakwe konon. Walhal dalam rekod dia dah bercinta dengan lebih sepuluh orang lelaki dah. Tu lepas habis belajar. Waktu kat universiti? Lagi bertengkel-tengkel kekasih si Fatihah tu. Playgirl!

Fatihah menarik selimut ke paras bahu dan mengatup matanya. Tetapi fikirannya masih menerawang pada kata-kata Queseira sebentar tadi. Entah-entah mamat yang panggil Eira tu kakak kawan aku kot? Manalah tahu.. Fikir Fatihah di dalam hati.

Kemudian dia bingkas bangun, dan Fatihah mendapati Queseira masih lagi duduk di kerusi sambil membaca novel Rachel Gibson, Nothing But Trouble. Huh! Kena sangatlah tu.. Tak ada apa-apa selain masalah..

“Eira..” panggil Fatihah. Eira mengangkat muka. Sambil mengangkat kedua belah keningnya.

“Apa dia? Tadi ya, ya sangat kata nak tidur la, itu la, ini la. Pergi la tidur sana. Yang tergedik panggil aku lagi buat apa?” bebel Queseira dengan muncung yang panjang. Buku ditangannya terus ditutup. Fatihah menjeling.

“Over la kau ni. Nak tanya sikit,” Fatihah malas mahu membalas kata-kata Queseira itu. Queseira berkalih, dari kerusi terus ke katil. Tak lain sepupunya yang sorang ni ada benda nak digosipkan. Tak ada benda lain...

“Tanya apa?” soal Queseira kembali sambil memeluk tubuh. Fatihah ketawa. Nak tanya ke tak nak erk? Nanti kalau tanya dia kata aku nak kenal dengan lelaki tu.. Hurm.. Fikir Fatihah, fikir...

“Mamat yang panggil kau kakak tu, muka dia hensem tak?” soal Fatihah. Pecah ketawa antara mereka berdua. Queseira jungkit bahu.

“Kenapa pulak kau tanya ni? Minat? Nak masuk line ke?” tebak Queseira.

“Aku? Nak masuk line? Dah rosak ke kau punya nerve cell?” ujar Fatihah sambil ketawa. Alat kawalan jauh pendingin hawa dicapai, lantas diperlahankan sedikit.

“Nerve cell tu tak berapa nak rosak, tapi hampir rosak... Ni semua bahana si mamat tadi panggil aku kakak la! Pitam aku empat ratus tahun!” bersungguh-sungguh Queseira menuturkan. Fatihah tergelak.

“By the way, budak mana yang panggil kau kakak ni? Nak jugak aku try test pergi kedai tu, mana tahu dia panggil aku adik ke.. Maklumlah muka aku kan comel macam budak kecik.. Babyface gitu..” Fatihah berseloroh. Queseira menjelirkan lidahnya sembari membuat mimik muka tanda menyampah.

“Donut Perfume House tu. Cubalah pergi. Tak silap aku kedai tu baru bukak. Before this pergi tak pernah nampak pun. Tapi design kedai dia memang cantik, attractive. Tu yang buat aku nak masuk kedai tu. Tapi tak sangka pulak yang aku kena panggil kakak once aku step in dalam kedai tu.. Hampeh betul!” bebel Queseira.

Fatihah terjeda. Hatinya meronta kuat, memaksanya bertandang ke kedai tersebut. Entah mengapa, dia merasakan ada sesuatu yang perlu dia rungkai, walau hakikatnya dia sendiri tidak tahu apa perkara yang harus dia rungkaikan. Otaknya kusut memikirkan.

“Hoit.. Beranganlah tu.. Tak ada kerja lain. No wonder pimples tumbuh lagi. Padan muka!” ejek Queseira. Fatihah mencebik. Fatihah akui yang sepupunya itu mempunyai wajah yang bersih tanpa ada kesan jerawat. Lihatlah sahaja barangan yang dipakai oleh Queseira. Semuanya berjenama.

Ibu dan ayah Fatihah pula cukup bersederhana dalam berbelanja. Segala perbelanjaan akan disekat. Wang hanya digunakan apabila perlu sahaja. Oleh sebab itu Fatihah sudah biasa dengan keadaan dirinya yang seolah-olah terkongkong untuk membeli sesuatu perkara yang digemarinya.

“Tak beranganlah. Kau cakap perfume tadi, teringat perfume aku dah habis. Tapi..” Fatihah mengeluh. Queseira memandang sepupunya.

“Tapi apa? Duit tak cukup? Mintalah ayah kau.. Email dia. Abang kau ke,” usul Queseira. Queseira sudah dapat membaca apa yang terlintas di kepala sepupunya itu.

Fatihah mengeluh lagi, lantas menggeleng. Queseira terdiam, itu bermakna Fatihah tidak berani untuk meminta wang pada abang dan ayahnya itu. terjentik rasa kasihan pada diri Queseira atas Fatihah.

Bagi Queseira, keluarga Fatihah terlalu kedekut. Masakan tidak mahu mengeluarkan wang untuk anak sendiri? Tambahan pula, Fatihah satu-satunya anak bongsu mereka. Masakan tidak mahu membelanjakan sedikit wang untuk Fatihah? Orang kaya kedekut, itu tanggapan Queseira.

“Macam nilah.. Kau pakai duit aku dulu.. Nanti ada duit kau bayar semula kat aku. Boleh?” kata Queseira. Fatihah berfikir. Ragu-ragu rasanya. Bimbang ibu dan ayahnya mendapat tahu akan hal ini, pasti dia akan ‘susah’!

“Boleh ke?” Fatihah meminta kepastian. Queseira mengangguk. Fatihah tersenyum meleret.

“Thanks!”

****

ANDY sedang melakar sesuatu di atas kertas, beginilah hobinya di waktu lapang. Pintu bilik tiba-tiba sahaja diketuk. Kertas lakaran terus disembunyikan di bawah bantal.

Andy mencapai buku karya Mitch Albom yang diletakkan di tepi katil. Segera Andy menyandar pada katil, seolah-olah dia sedang membaca dengan penuh khusyuk.

“Andy..” suara Datin Fitrah memecah kesunyian di dalam bilik. Andy mengangkat muka memandang wajah Datin Fitrah tepat-tepat, sembilan puluh darjah.

“Ya mama?” Sejurus itu dia kembali menatap buku yang sedang dipegangnya. Datin Fitrah berjalan perlahan-lahan merapati anak lelakinya itu.

“Tak tidur lagi?” soal Datin Fitrah. Andy sekadar menggeleng sembari menghembus nafas perlahan. Datin Fitrah mengangguk sahaja. Datin Fitrah hanya duduk sahaja di sisi katil, memerhatikan anak lelakinya itu sehingga Andy merasa rimas.

“Mama tengok Andy macam nak makan aje. Kenapa ni?” Tanya Andy. Datin Fitrah ketawa.

“Tak ada apa-apalah. Rindu aje dengan anak mama sorang ni.. Dua hari mama tak ada kat rumah, dua harilah mama rindu anak mama tau!” ujar Datin Fitrah.

Andy hanya tersengih. Dia akui, dia memang dimanjakan di dalam keluarganya memandangkan dia anak bongsu dan abang serta kakaknya semua sudah mendirikan rumahtangga. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal.

Justeru, kasih sayang ditumpahkan sepenuhnya kepada Andy. Andy pula tidak banyak meminta, hanya menurut sahaja perintah orang tuanya. Datin Fitrah bangun lantas mencium dahi anak lelakinya itu.

“Tidur sayang.. Dah lewat malam ni. Esok mama nak ajak Andy keluar,” arah Datin Fitrah, lembut. Dahi Andy berkerut. Keluar ke mana pulak? Tingkap yang dibuka luas telah memberikan peluang kepada sang angin untuk berhembus mesra.

“Pergi mana mama?” soal Andy. Datin Fitrah hanya tersenyum.

“Esok nanti Andy tahu. Sekarang tidur.” Ulang Datin Fitrah lagi, lantas menutup lampu tidur dan melangkah keluar. Andy akur. Dan suasana biliknya terus menjadi gelap. Dia memandang siling biliknya.

Hatinya disoal pelbagai soalan. Sesungguhnya dia sendiri tertanya-tanya ke mana mamanya itu ingin membawanya esok. Esok dia perlu masuk ke tempat kerja dengan lebih awal.

Bagaimana ya? Hurm..  Sedang Andy berfikir, tiba-tiba sahaja matanya terkatup, membawa rohnya mengembara ke alam mimpi, meninggalkan jasadnya statik di atas katil.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:50 PM | Show all posts
“QUE! Bangun!” jerit Fatihah sambil bercekak pinggang. Queseira melekapkan kedua bantal kecil pada telinganya. Selimut ditarik dengan kuat. Fatihah menggeleng-gelengkan kepalanya. Liat betul!

“Bangunlah! Solat subuh! Susah betul nak kejutkan kau ni. Tiap-tiap pagi macam ni!” dengus Fatihah. Queseira hanya ‘memekakkan telinga’. Sesungguhnya Queseira tidak kisah langsung jika Fatihah mahu membebel sampai tahun depan sekali pun. Apa yang penting, dia mahu menyambung mimpinya yang indah itu.

Ouh Prince Charming!

Fatihah mengetap bibir, masuk kali ini sahaja sudah enam kali dia mengejutkan Queseira. Namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan yang sepupunya itu akan bangun dari katil.

Fatihah bergerak ke bilik air, mencapai cawan kecil yang diletakkan di dalam bilik mandi untuk berkumur. Lantas air paip diisi ke dalam cawan itu.

Setelah itu, Fatihah bergerak semula ke katil. Tanpa riak bersalah, Fatihah perlahan-lahan menuang air paip yang terisi di dalam cawan kecil itu tepat-tepat pada wajah Queseira. Bagaikan kucing yang terkena kejutan elektrik, serta merta Queseira bangun. Fatihah menahan tawanya.

“Kurang asam punya budak!” dengus Queseira. Fatihah hanya tersenyum.

“Bangun sekarang, solat subuh. Lepas tu, kalau kau nak tidur balik, lantak kaulah. Yang penting kau bangun sekarang!” arah Fatihah. Queseira melemparkan tubuhnya kembali ke atas katil.

“Tak makan saman langsung! Bangunlah! Kau ni.. Aku rakam jugak semua ni, kasi dekat boyfriend kau. Baru kau tahu!” ugut Fatihah. Mata Queseira menjadi segar, serta-merta. Fatihah tergelak.

“Tahu kau takut! Baru ugut sikit tu!” ujar Fatihah, masih dengan tawanya. Queseira menarik muncung panjang, geram dengan tindakan sepupunya itu. baru sahaja dia hendak menyambung pengembaraannya mencari putera idaman! Aduh!

“Cepatlah.. Dok termenung lagi tu pasai apa? Cepat-cepat!” arah Fatihah, lagaknya seperti mama Queseira pula. Queseira hanya mengeluh. Dalam hatinya dia menyesal mengajak sepupunya itu tidur di biliknya. Argh!

****

“MANA KEDAI TU?” soal Fatihah. Queseira memuncungkan mulutnya ke arah kedai yang mempunyai rekabentuk seperti sebiji donut itu. tertera nama kedai dengan simbol utama mereka, Donut Perfume House.

Fatihah mengangguk, kakinya segera melangkah ke arah kedai tersebut. Sementara Queseira masih lagi leka memandang pelbagai jenis anak patung beruang yang dijual di kedai yang berhampiran dengan Donut Perfume House.

Setelah mendapati Fatihah telah berlalu pergi, Queseira meletak kembali anak patung yang dipegangnya. Baru sahaja dia berniat untuk membeli anak patung tersebut. Semuanya gara-gara Fatihah, tidak sabar-sabar hendak pergi ke kedai minyak wangi tersebut.

Bahu Fatihah segera Queseira cuit. “Laju aje kau berjalan ea? Aku tercongok aje kau tinggalkan..” gerutu Queseira. Fatihah tergelak. Masakan sepupunya itu terasa hati. macam pelik pun ada juga. Selalunya Queseira susah untuk merajuk macam ni.

“Kau tu syok sangat tengok anak patung. Aku jalanlah.. Que.. Mana mamat tu?” soal Fatihah. Anak mata Queseira berkelintar ke seluruh kedai, mencari susuk tubuh yang pernah dia marahi, yang pernah dijeling sinis olehnya. Di mana agaknya dia?

“Tak adalah Faty.. Mana entah dia. Kut kena berhenti kerja agaknya..” Queseira mengagak.

“Kau ni pandai-pandai aje propa.” Komen Fatihah.  Queseira tergelak. Sedang mereka memerhatikan pelbagai minyak wangi yang ada di kedai tersebut, seorang lelaki yang berkulit putih datang dengan membawa risalah.

“Yes miss. May I help you,” soal lelaki itu. Seulas senyuman terbit di bibir Queseira. Fatihah memandang Queseira, manakala Queseira memandang Fatihah, pandangan mereka silih berganti sehingga jurujual yang bernama Nash itu jadi bingung.

“Nak tanya. Mana jurujual yang satu lagi tu?” Queseira main agak sahaja. Nash menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jurujual mana pulak ni?

“Which one?”

“Ada yang putih-putih.. Rambut spiky sikit. Last time I datang sini dia ada,” beritahu Queseira. Keterangannya langsung tidak membantu Nash mengenalpasti siapa jurujual yang dimaksudkan.

“Andy?” tebak Nash, kerana setahunya hanya ada tiga orang jurujual dan seorang cashier sahaja yang ditugaskan untuk menjaga cawangan di sini. Yang lain tidak pula Nash tahu.

“Yalah kut.. Mana dia?” soal Queseira, beria-ia. Seolah-olah dia kenal benar dengan lelaki yang bernama Andy itu.

“Dia belum sampai.. Ada masalah rasanya,” beritahu Nash, tanpa berselindung. Tapi hatinya disapa pelbagai soalan. Siapa dua perempuan dihadapannya ini? Mengapa pula kedua-dua mereka ini beria-ia mahu bertanya mengenai Andy. Terdetik perasaan cemburu di hati Nash.

“Boleh saya tahu.. Cik berdua ni siapa?”

“Tak ada siapa-siapa. Eh.. Saya nak cari perfume Escada..” Fatihah menukar topik. Dengan segera Nash membawa Fatihah ke arah rak minyak wangi perempuan. Queseira hanya berjalan sembari melihat rak minyak wangi lelaki.

Sebuah botol minyak wangi yang berwarna hitam telah berjaya menarik perhatian Queseira. Segera Queseira mengecilkan anak matanya, melihat jenama minyak wangi tersebut. Sebelum ini tidak pernah dia mengetahui tentang kewujudan minyak wangi ini.

Polo Black.

Botolnya simple sahaja tetapi baunya sudah cukup memukau kalbu. Sungguh baunya menawan hati. Sebelum ini Queseira hanya mengetahui jenama Giorgio Armani dan Issey Miyaki sahaja. Itupun kerana papanya serta teman lelakinya memakai wangian jenama itu. Jika tidak, langsung dia tidak tahu!

“Que!” panggil Fatihah, Queseira tersentak. Baru sahaja dia hendak melihat minyak wangi yang lain. Huh! Queseira mendengus. Fatihah ni memang tak boleh nak tengok aku senang sikit! Bebel Queseira di dalam hati.

Sebuah botol minyak wangi dipegang oleh Fatihah. Queseira hanya memerhatikan, Fatihah mengukir senyuman nipis segaris. Keningnya diangkat sedikit, menunjukkan isyarat pada Queseira.

“Apa?” soal Queseira, tidak mengerti dengan isyarat yang ditunjukkan oleh sepupunya itu. Demam ke apa? Getus Queseira di dalam hati.

“Bayarlah..” Pendek sahaja kata-kata Fatihah. Queseira mengerti. Baru dia teringat janjinya pada Fatihah semalam. Kad kredit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan, lantas dihulurkan kepada jurujual yang bernama Nash itu.

Setelah selesai membuat bayaran, Queseira dan Fatihah sama-sama melangkah keluar. Tidak sampai seinci mereka keluar dari kedai itu, Nash memanggil mereka berdua. Serentak, mereka berpaling.

“Ada apa?” Serentak juga mereka bertanya.

“Cik nak pesan apa-apa pada Andy?” soal Nash. Queseira memandang Fatihah, Fatihah jungkit bahu. Kemudian mereka memandang Nash semula.

“Tak ada. Pesan kat dia suruh pakai contact lens atau spectacles je time nak kerja. Rabun mengalahkan babun.” Ujar Queseira lantas berlalu pergi. Fatihah pula hanya mampu tertawa mendengar sindiran sepupunya itu. Nash terkedu.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:50 PM | Show all posts
“KITA nak pergi mana ni mama?” soal Andy pada Datin Fitrah yang sedang memandu. Datin Fitrah hanya tersenyum. Belum tiba masanya dia membuka mulut untuk memberitahu destinasi yang bakal mereka berdua pergi.

Soalan Andy tidak dijawab, hanya senyuman yang menjadi jawapan. Andy diam membisu lagi.

Anak matanya kembali menancap buku tulisan Audrey Niffenegger. Itulah hobi Andy, tidak kira dimana-mana sahaja, dia akan membawa sebuah buku dan memastikan masanya terluang dengan membaca. Membaca itu jambatan ilmu.. Bukan begitu?

“Andy masuk kerja pukul berapa?” soal Datin Fitrah. Andy memandang Datin Fitrah.

“Kenapa mama tanya?” soal Andy pada Datin Fitrah, dahinya berkerut.

“Tak ada apa. Sebab maybe kita lama sikit. Why not Andy mintak cuti je hari ni?” saran Datin Fitrah.

“Tak boleh mama. Andy kena pergi. Banyak kerja kena buat.” Kata Andy lagi. Datin Fitrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Habis air liur sahaja bila bercakap dengan anak lelakinya ini.

Semuanya dia hendak buat sendiri, tak mahu dibantu. Alasan Andy cuma satu, dia mahu berdiri di atas kaki sendiri dan belajar berdikari. Justeru Datin Fitrah sangat tidak bersetuju dengan tindakan anak lelakinya yang senang-senang sahaja meletakkan jawatan sebagai CEO di syarikat milik suaminya itu.

Sudahlah meletak jawatan, malah Andy memohon menjadi jurujual pula di kedai minyak wangi. Semakin sebak Datin Fitrah memikirkan keadaan anak lelakinya itu. terngiang-ngiang kata-kata Andy sebelum memulakan hari pertamanya di kedai minyak wangi itu.

“Andy nak belajar dari bawahlah mama. Mana ada manusia terus senang dari atas. Mula dari bawah, nanti sampai ke puncak. Please ya mama..”

Hurm.. Hanya anggukan yang mampu dilakukan oleh Datin Fitrah. Itu sudah kehendak Andy, apa mahu buat? Belajar tinggi-tinggi sekalipun, tiada guna. Ada sahaja alasan yang akan diberikan oleh anak lelakinya itu sebaik sahaja dia menyuruh anaknya itu mencari pekerjaan lain.

“Yalah. Mama cuba cepatkan. Andy ni fanatik sangat kerja dekat situ. Mama tak faham apa benda yang menarik sangat kerja dekat situ,” bebel Datin Fitrah. Andy hanya diam membisu. Bibir terasa berat untuk membalas bebelan mamanya itu. Biarlah..

****

RUMAH yang seakan istana itu tersergam indah di atas bukit. Datin Fitrah menekan pedal minyak dan memasuki halaman rumah yang persis di dalam kayangan itu. pelbagai jenis kereta tersusun kemas. Lamborghini, bugatti, Ferrari, sebut sahaja, semuanya ada.

“Rumah siapa ni mama?” pantas Andy bertanya.

“Kawan mama. Dah. Jom turun.” Jawab Datin Fitrah. Perlahan-lahan mereka berdua mengatur langkah, masuk ke dalam rumah. Di pintu besar, seorang wanita yang agak berusia menanti Andy dan Datin Fitrah.

Tanpa membuang masa, Datin Fitrah memeluk wanita tersebut dan mencium kedua belah pipi wanita tersebut.  Andy sekadar memerhati. Dia sendiri tidak mengerti dengan apa yang berlaku sekarang. Siapa wanita yang dipeluk oleh mama ini?

“Ni ke Andy? Dah besar panjang.. Segak pulak tu.. Dah, dah.. Mari kita masuk..” puji wanita itu. andy terkedu lagi. Bagaimana pula dia boleh mengetahui nama aku? Soalan terus berputar di kepalanya.

Hati terus mendesak, bibir pula terasa ringan sahaja hendak bertanya tetapi Andy mengurungkan niatnya itu. sebentar lagi pasti mama akan menjelaskan tentang perkara yang sebenar.

****

“SELAMBA badak aje kau sindir mamat tu,” kata Fatihah sambil mengunyah kentang goreng Mc’D. Queseira memusingkan bebola matanya ke atas.

“So? Ada aku kisah?” jawab Queseira, pantas.

“Ada aku kata engkau kisah ke? Aku kata kau selamba aje sindir mamat tu. Tak faham bahasa betul minah sorang ni,” kutuk Fatihah lantas ketawa. Queseira mengetap bibir.

“Whatever,” Queseira menghirup air minuman McFizznya. Fatihah menjeling sepupunya tajam.

“Kau ni quite annoying jugakkan?  Macam manalah boyfriend kau boleh tahan dengan kau ni.. Kalau akulah, dah lama aku tinggalkan kau. Biar kau terkulat-kulat menangis,” spontan Fatihah berkata.

Queseira mengangkat muka, memandang wajah sepupunya itu tepat-tepat, 90 darjah, perpendicular! Matanya membara, seakan mahu sahaja dia menelan Fatihah yang baru sahaja mengatakan sesuatu yang menyakitkan hatinya.

“Kau ingat aku heran sangat ke kalau kena tinggal pun? Hello? Satu pergi, sepuluh yang datang tau..” kata Queseira meniru dialog seniwati Sarimah di dalam filem 3 Abdul. Fatihah mencebik.

“Kalau sepuluh yang mari tu semua macam kongkang buat apa!” Sindir Fatihah. Queseira mengetap bibir.

Fatihah memang sengaja mencari fasal pada hari ini, sudah agak lama dia tidak mengusik Queseira. Jadi, biarlah masa yang ada sekarang ini diisi dengan mengusik sepupunya yang dikenali dengan sikap yang sensitif itu!

“So? Ada aku kisah?” kata-kata itu mematikan bicara Fatihah. Sungguh si Queseira ini sudah tidak ada kata-kata lainkah? Asyik ulang kata-kata yang sama sedari tadi. Meluat pula rasanya.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:50 PM | Show all posts
“KAK MAH, tolong sediakan minuman.. Ada tetamu,” laung wanita yang agak berusia itu. Seketika itu dia memerhati wajah Andy. Andy memalingkan wajahnya ke arah lain. Sungguh dia rasa tidak selesa jika diperhatikan sebegitu rupa.

Datin Fitrah pula sedari tadi hanya tersenyum meleret. Andy masih terus menunggu penjelasan dari mamanya itu. Apa semua ni? Itu yang terlintas di kepalanya sejak dari tadi. Soalan yang sama berulang-ulang. Selagi jawapan tidak dicapai, selagi itu perasaan Andy tidak tenang.

“So, macam mana ni Fit. You dah bincang dengan suami you?” Wanita itu bersuara. Datin Fitrah laju sahaja mengangguk.

“Tuan punya badan?” soal wanita itu lantas memandang Andy yang sedang menaip sesuatu pada Blackberrynya. Merasakan dirinya diperhatikan oleh wanita itu, Andy mengangkat muka.

“Cubalah Kak Engku tanya sendiri,” ujar Datin Fitrah sembari menepuk bahu Andy dengan perlahan.

Andy semakin hairan. Dia merasakan dirinya seperti patung pula kini. Satu patah perkataan yang dituturkan oleh wanita itu dan mamanya langsung tidak difahami. Apa semua ni? Soalan itu berulang lagi. Entah buat kali ke berapa.

“Andy, ni auntie nak tanya.. Andy dah ada girlfriend?” Wanita itu terus bertanya. Andy tersentak.

Akalnya memikirkan sesuatu. Kenapa wanita itu bertanya? Adakah mama mahu menjodohkan aku dengan wanita yang berusia di hadapan aku ini? Oh tidak! Hati Andy menjerit nyaring, namun hanya dirinya sendiri sahaja yang dapat mendengar.

“Kenapa?” Soalan dibalas dengan soalan.

“Auntie nak tanya aje. Ada kaji selidik..” kata wanita itu lagi.

“Andy..” Datin Fitrah bersuara. Anaknya itu kelihatan ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Pasti juga anak lelakinya itu akan berbohong tentang statusnya sekarang ini. Sama ada sudah berpunya ataupun belum.

Andy melihat wajah mamanya, lantas dia menggeleng. Wanita yang duduk di hadapan Andy itu mengucapkan syukur, begitu juga dengan Datin Fitrah. Andy semakin keliru. Apa yang sedang direncanakan oleh mereka sebenarnya ini?

“Andy.. Ni Tengku Zila. Mama kenalkan, dia kawan mama.” Akhirnya Datin Fitrah memberi penjelasan. Tengku Zila hanya tersenyum.

Andy mengangguk. Sekarang ini barulah jelas. Jika tidak, dari tadi dia hanya termangu mendengar perbualan dua orang insan yang bergelar wanita di hadapannya ini.

“Begini Andy.. Auntie rancang..”

****
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2011 06:50 PM | Show all posts
FATIHAH menarik lengan Queseira dengan kuat, memasuki sebuah butik pakaian yang berjenama di pusat beli belah itu. Queseira hanya menurut. Mujurlah dia juga seperti Fatihah, jika tidak pasti Fatihah akan berasa bosan sepanjang keluar bersamanya. Fikir Queseira.

“Tak penat ke?” soal Queseira.

Fatihah menggeleng. Mana taknya, masuk ini sahaja sudah berapa kali Fatihah singgah minum. Sebab itulah tidak terasa penat.

Nampak sahaja restoran, mereka akan berhenti. Nampak sahaja kafe minuman, mereka berhenti. Sehinggakan perut Queseira terasa senak hari ini. Terlalu banyak makanan yang dimakannya hari ini.

Sepatutnya hari ini Queseira tidak dibenarkan untuk menyentuh nasi mengikut apa yang telah dijadualkan oleh dirinya sendiri. Tidak sangka pula hari ini dia telah tergoda dengan ajakan Fatihah untuk menjamah nasi. Bukan sekali, tapi dua kali!

Sepasang mata Queseira mengecil tatkala melihat seorang lelaki yang turut berada di dalam butik tersebut. Hatinya terbakar tiba-tiba. Sungguh tak disangka! Ini rupanya yang kau balas dekat aku! Kutuk Queseira di dalam hati.

Air minuman Chocolate Latte masih berada dalam genggaman tangan, kakinya laju mengorak langkah mendekati lelaki tersebut. Dengan segera dia menuang air minuman yang dipegangnya itu ke baju lelaki itu. Rasakan kau!

“Damn it! Kau apasal hah!” maki lelaki itu. Queseira berlagak selamba.

“Eh mamat.. Agak-agaklah. Kau dah kaut duit aku, lepas tu kau boleh laburkan duit kau dengan minah ni?” Queseira menuding jarinya pada wanita yang berada dalam pelukan lelaki itu.

“Itu hak aku. Dah jadi milik aku. Bukan masalah kau,” tengking lelaki itu lagi. Fatihah yang sedang asyik memilih pakaian tiba-tiba sahaja tersentak. Dari jauh dia memerhatikan Queseira yang berdiri bagaikan mahu menumbuk lelaki di hadapannya.

Tunggu sekejap! Lelaki tu! Teman lelaki Queseira! Teman lelaki Queseira yang sombong itu! benarlah! Itulah dia! Hati Fatihah menjerit-jerit.

Lelaki itu memandang Queseira dengan tajam. Mereka menjadi perhatian umum kini. Semua yang berada di dalam butik tersebut terjeda seketika, memerhatikan ‘drama swasta’ yang berlaku secara spontan dan tanpa skrip itu.

“Kau dengar sini eh Que. Mula hari ni.. Kita putus!” jerkah lelaki itu. queseira membuat memek muka tanda mengejek.

“Ada aku kisah ke Jack? Kau tu aje yang tak boleh hidup tanpa aku sebab kerja kau tu mengikis harta perempuan aje. Dasar pisau cukur..” jawab Queseira dengan suara yang kuat. Wajah lelaki itu sudah berbahang, terasa malu dengan kata-kata Queseira itu.

Segera Jack dan teman wanita barunya itu berlalu keluar dari butik tersebut. Baju yang mahu dibeli diletak begitu sahaja. Queseira tersenyum puas. Di sebalik kegembiraan itu, terdetik juga perasaan sedih dalam dirinya.

Queseira merasakan dirinya dipermainkan. Patutlah selama ini Jack banyak memberi alasan untuk keluar bersama-sama. Sungguh menyakitkan hati! memang semua lelaki begitu ke? Hati Queseira menjerit. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia gagal dalam percintaan!

Melihat kekerutan pada wajah sepupunya itu, Fatihah memeluk bahu sepupunya itu dan berlalu keluar dari butik berkenaan. All she needs is a cool drink. Getus hati Fatihah. Risau dia melihat keadaan Queseira yang tampak berpura-pura mengukir senyuman itu.

Fatihah sendiri faham dengan keadaan yang menimpa Queseira ini. Perkara seperti ini memang selalu berlaku. Oleh sebab itulah seseorang pasangan itu harus mengenali hati budi pasangannya sebelum menjalinkan hubungan cinta.

Jika cinta dinilai dari faktor rupa, beginilah jadinya. Queseira learnt from her lesson. Mereka berdua berhenti di sebuah kafe minuman yang berdekatan dengan butik tersebut. Queseira memegang kepalanya. Terasa ingin sahaja dia menghentak kepalanya itu ke atas meja. Dia menyesali dengan apa yang pernah berlaku

“Faty.. Bodoh sangat ke aku?” Queseira menyoal sepupunya itu. fatihah menggeleng.

“Tak. Kenapa kau tanya ni?”

“Aku bodoh sebab percayakan dia! Aku bodoh sebab belanjakan duit aku dekat dia. Aku tak tahu yang dia sebenarnya cintakan duit aku aje. Bukan aku!” Queseira merintih, airmatanya gugur. Fatihah mengeluarkan tisu yang disimpannya di dalam beg, laju sahaja dia menyeka airmata sepupunya itu.

“Sabar Que.. Anggap semua ni dugaan. Lepas ni kau kena lebih berhati-hati. belajar mengenali hati budinya dulu.” Fatihah memberikan nasihat.  Queseira merasa sebak.

“Aku serik nak bercinta Faty. Aku tak percaya pada lelaki. Aku benci!” ujar Queseira lagi. Fatihah menggosok-gosok bahu Queseira dengan perlahan.

“Jangan cakap macam tu Que. Kau kena tahu yang setiap manusia di muka bumi ni perlu berkahwin. Kahwin itu tuntutan agama. Macam mana kalau kau nak kahwin tapi kau tak percaya pada lelaki? Sedangkan lelaki itu perlu untuk kita mendirikan rumahtangga. Persepi kau salah Que. Tak semua lelaki tu jahat. Ada juga yang baik. Cuma aku minta kau ubahlah cara kau menilai seseorang tu. Kau jangan nilai luarannya Que. Kau kena pastikan dia benar-benar sukakan kau.  Aku tak nak tengok lagi kau macam ni,” panjang lebar Fatihah berkata. Queseira hanya mendiamkan dirinya. Betul juga apa yang dikatakan tadi itu.

Perbualan mereka terhenti saat pelayan membawa dua gelas minuman miik mereka berdua. Setelah menghirup air minumannya Queseira kembali memandang wajah Fatihah.

“Pendapat kau sekarang ni apa?” soal Queseira.

“Forget about loves. It will invite you, soon. Kau kena bersabar.” Saran Fatihah. Queseira mengangguk. Sudahlah, selepas ini dia tidak mahu membebankan kepalanya dengan cinta. Biarlah cinta itu datang sendiri, ikhlas dari hati.

Why is love so complicated! I hate it that he can’t seem to understand what I feel. He melts my heart and now he left me? Awesome! Suara hati Queseira berbunyi lagi.

****

Andy hanya diam membisu di dalam kereta. Dia hilang kata-kata. Apa lagi dia mahu katakan? Gila.. Rancangan gila mama! Huh.. Apalah daya hendak membantah, memang sedari dulu lagi mamanya itu akan mengatur urusan hidupnya. Hendak membantah, pasti akan dianggap derhaka. Andy mengeluh.

“Andy tak setuju ke dengan rancangan mama tu?” soal Datin Fitrah. Pantas Andy memandang wajah mamanya itu yang sedang memandang jalanraya. Andy tersenyum tawar.

“Tak ada pun. Setuju je..” jawab Andy, nada suaranya mendatar. Datin Fitrah memandang anak lelakinya sekilas.

“Kalau Andy tak setuju, cakap je dengan mama. Andy jangan simpan dalam hati. tak elok. Kan mama dah ajar,” Datin Fitrah memberi nasihat. Andy tersenyum. Dia merasakan dirinya terlalu dimanjakan.

Andy sudah berusia dua puluh sembilan tahun, dan dia juga merupakan bekas pramugara dan bekas CEO. Tapi Datin Fitrah memintanya untuk meletak jawatan sebagai pramugara kerana Datin Fitrah bimbangkan keselamatan anak lelakinya itu. Andy akur dengan arahan mamanya.

Buat kesekian kalinya, dia rasakan dia mahu membantah apa-apa sahaja tindakan mamanya itu. tidak salah bukan? Sampai bila dia mahu dikawal oleh mamanya? Dia sudah dewasa, dia mahu belajar berdikari. Susah sangatkah?

“Ma..” Andy bersuara. Datin Fitrah mengangguk.

“Apa dia Andy?” soal Datin Fitrah.

“Andy nak mintak tolong sesuatu kat mama boleh tak?” lirih sahaja nadanya. Datin Fitrah memandang jalanraya dengan dahi yang berkerut.

“Tolong apa dia?”

“Mama tolong jangan anggap Andy macam budak-budak lagi boleh tak ma? Andy bukan bermaksud nak kurang ajar ke apa ke.. Tapi please mama.. At least give me a chance to stand with my own two feet. Boleh?” yakin sekali Andy berkata. Datin Fitrah tersentak.

Baru kali ini anak lelakinya itu bersuara. Adakah aku terlalu mengongkong kehidupannya sehingga dia rasa tertekan? Adakah aku seorang ibu yang terlalu mendesak? Datin Fitrah bermonolog.

“Kenapa Andy cakap macam tu?” Lembut Datin Fitrah bertanya. Andy memandang ke luar tingkap.

“Tak adalah mama. Andy nak belajar berdikari.. Please mama. Andy tak nak bergantung terus macam ni ma..” Andy mengeluh. Datin Fitrah tersenyum tawar. Seingatnya baru kali ini anak lelakinya itu tampak gundah.

Mungkin selama ini Andy banyak mendiamkan diri dan tidak meluahkan apa-apa kepada aku. Fikir Datin Fitrah. Andy lebih banyak memendam perasaanya sendiri, anak lelakinya itu tidak pernah meluahkan keresahan yang bersarang di dalam hatinya itu.

Andy berbeza dengan anak sulungnya, Iveena.. Iveena sering merungut andai Datin Fitrah merancang sesuatu untuknya, ada sahaja yang dibantah oleh Iveena. Tetapi Andy tidak begitu, apa yang disuruh oleh mamanya itu, begitulah dia akan ikut. Jika A, A lah.. Kalau B, B lah..

“Mama bukan bermaksud nak kongkong hidup Andy. Tapi at least Andy fahamlah kenapa mama buat macam ni dekat Andy. Mama nak tengok Andy hidup bahagia. At least, for the last time.. Andy tolong dengar cakap mama. Lepas ni kalau mama dah tak ada kat dunia ni, Andy ikutlah kata hati Andy sendiri.. mama tak akan ada nak atur hidup Andy.” Sayu sahaja Datin Fitrah berkata. Andy jadi sebak.

Perasaan bersalah menyergah dirinya kerana membuatkan mamanya berkecil hati. andy tidak senang duduk. Seharusnya dia tidak berkata begitu pada Datin Fitrah. Andy menyesal.

“Mama.. Andy minta maaf.” Perlahan Andy menuturkan. Datin Fitrah menahan alur sebak di wajahnya.

Dia juga terasa bersalah pada anak lelakinya itu. Selama ini dia terlalu menyekat hala tuju Andy. Sedangkan Andy lelaki, seharusnya dia menyekat apa yang Iveena lakukan, tapi kali ini terbalik pula.

“Tak apa Andy.. Lepas ni.. Mama janji dah tak aturkan hidup Andy. Andy buatlah cara Andy. Ni last time mama minta.. penuhi permintaan mama okey?” pinta Datin Fitrah. Andy hanya mengangguk.

Air liur ditelan. Pahit rasanya. Namun walaubagaimana pahit sekalipun, dia harus akur pada rancangan mamanya. Semuanya telah dibincangkan.

Andy terasa geram juga kerana sebelum ini mamanya tidak pernah membicarakan apa-apa mengenai hal ini, tidak alih-alih sahaja dia dibawa berjumpa dengan Tengku Zila. Semuanya terlalu cepat!

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:51 PM | Show all posts
“ASSALAMUALAIKUM,” Queseira menolak daun pintu dan mengatur langkah menaiki anak tangga. fatihah hanya mengekori langkah sepupunya yang lesu itu. Tengku Zila yang sedang memberi ikan peliharaannya makanan di akuarium memandang anak perempuannya itu sekilas.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Segera Tengku Zila meletakkan makanan yang dipegangnya tadi di atas meja dan pantas dia berlari anak, mengejar Queseira dan Fatihah.

“Eira!” panggil Tengku Zila. Queseira berpaling, anak tangga baru beberapa tapak dinaiki.

“Apa dia bonda?” soal Queseira dengan suara yang perlahan. Matanya kelihatan sembab. Tengku Zila merapati anak perempuannya itu.

Tersentak juga Queseira memerhatikan bondanya yang tiba-tiba sahaja berada di rumah. Seingat Queseira, bondanya itu mempunyai mesyuarat dengan persatuan wanita hari ini. Bagaimana pula boleh berada di rumah? Hati Queseira tertanya-tanya.

“Mata tu kenapa? Eira menangis ke tadi?” duga Tengku Zila. Queseira pantas menggeleng. Masakan dia mahu menceritakan apa yang telah berlaku di pusat beli belah tadi pada bonda? Ah gila!

Fatihah bijak menukar topik, dengan segera Fatihah memeluk mak cik saudaranya itu dan menyandarkan bahunya dengan manja.

“Auntie..  Faty terasa nak makan spaghetti bolognese la.. Apa kata auntie masakkan? Dah lama tak rasa masakan auntie.. Mesti makin meletup.” Puji Fatihah.

“Nanti dulu Faty. Nak puji auntie pun nanti-nanti la.. Tunggu dulu. Biar auntie interrogate Eira ni dulu.” Kata Tengku Zila, tegas nadanya. Fatihah hanya diam sejurus Tengku Zila berkata begitu.

Queseira mengeluh. Hish bonda ni.. Dahlah tengah penat.. Takkan nak soal siasat benda-benda macam ni? Lecehlah... dengus Queseira di dalam hati.

“Eira terpicit sos cili sampai kena kat mata, masa kat KFC tadi, sebab tu mata Eira nampak macam lebam sikit. Tak ada benda lain,” Queseira memberi alasan. Tengku Zila mengangkat sebelah keningnya, terasa sukar hatinya untuk mempercayai kata-kata anak perempuannya itu.

“Alasan tak munasabah langsung.” Kata Tengku Zila. Queseira mengeluh.

“Bonda .. Please la.. Orang penat ni.. Nak tidur.. Nak rehatkan diri..” keluh Queseira. Tengku Zila menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Jangan tidur dulu. Bonda ada benda nak bincang dengan kamu berdua,” tegas sekali nada Tengku Zila. Queseira menggaru kepalanya yang tidak gatal sembari mengeluh buat kali kedua. Fatihah hanya diam membisu.

“Yalah.. Kasi orang dengan Faty mandi dulu.” Queseira memberi alasan. Tengku Zila hanya mengangguk. Langkah diatur kembali menuju ke akuarium. Ikan-ikan kesayangannya itu perlu diberi makan.

****

“AWAL balik hari ni Andy?” soal Dato’ Ikram. Datin Fitrah mengambil tempat, duduk bersebelahan suaminya yang sedang membaca suratkhabar itu. andy hanya senyum tawar, sembari menyandar lehernya pada sofa yang empuk itu.

“Andy tak kerja hari ni.. Mama bawak dia pergi jumpa seseorang,” beritahu Datin Fitrah. Dato’ Ikram angkat muka, suratkhabar yang dipegang terus dilipat.

“Kak Engku?” tebak Dato’ Ikram. Datin Fitrah mengangguk.

“Dah tanya pendapat Andy la ni?” ramal Dato’ Ikram lagi. Datin Fitrah mengangguk lagi. Andy pura-pura tidak mendengar perbualan antara mama dan papanya. Matanya dipejam rapat.

“Andy?” panggil Dato’ Ikram. Andy membuka matanya.

“Ya papa?” Kedudukannya di kerusi dibetulkan sedikit. Datin Fitrah hanya tersenyum.

“Setuju?” soal Dato’ Ikram. Andy mengangguk, perlahan. Dato’ Ikram  mengangguk sembari tersenyum.

Dia tahu anak lelakinya itu mendengar kata, memang sejak dari dulu lagi dia sudah mendidik Andy supaya mendengar apa yang disuruh oleh orang tua. Justeru, sehingga kini Andy tidak pernah membantah apa yang disuruh olehnya.

Itu tanggapan Dato’ Ikram. Dia tidak tahu yang anak lelakinya itu rasa terkongkong. Dia akan menyuruh anaknya itu mengikuti segala arahannya. Sedari dulu, hingga kini, Andy hanya menurut tanpa membantah.

“Andy dah pernah jumpa dia belum?” soal Dato’ Ikram. Dahi Andy berkerut.

“Jumpa siapa?” soal Andy.

“Perempuan tu la..” kata Dato’ Ikram lagi. Andy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.

“Bila nak jumpanya?” soal Dato’ Ikram lagi. Andy jungkit bahu.

“Aish budak ni.. Takkan semua tu nak tunggu papa dengan mama uruskan jugak? Ni soal masa depan Andy..” bebel Dato’ Ikram. Belum sempat dia meneruskan bebelannya, Datin Fitrah menyampuk.

“Tak apa.. Nanti mama tolong jumpakan Andy dengan budak perempuan tu.” Dua pasang mata yang berada di hadapan Datin Fitrah memandang Datin Fitrah dengan tepat. Datin Fitrah berlagak selamba.

“Siapa nama dia?” Andy membuka mulut. Seingatnya sejak dari tadi dia mendiamkan diri, seperti kurang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Baru sekarang terasa ringan sahaja mulutnya ingin bertanya.

“Risya.” Jawab Dato’ Ikram dan Datin Fitrah serentak. Andy sekadar mengangguk. Dia pantas berdiri dan meminta diri untuk naik ke biliknya.

Langkah longlai diatur, dia mahu mengerjakan solat, dia mahu meminta petunjuk. Mungkin juga jodohnya sudah sampai dan tidak boleh dielak lagi. Ya Allah, jika benar ini jodohku, aku redha ya Allah. Doa Andy di dalam hati.

****

SEMUA yang berada di meja makan memandang Queseira dan Fatihah yang turun agak lewat untuk makan malam. Mereka berdua menjadi perhatian berpasang mata yang ada di ruang makan.

Dahi Queseira berkerut. Semua yang ada kat meja ni macam tak nak makan makanan yang terhidang, semuanya nampak macam nak makan aku je! Gumam Queseira di dalam hati.

Sebaik sahaja melabuhkan punggungya di atas kerusi makan yang diimport dari luar negara itu, Queseira mengukir senyuman plastik.

“Kenapa semua tengok orang ni?” soal Queseira.

“Awalnya turun?” sindir Tengku Qhasha. Queseira mencebik. Jam di tangannya dikerling sekilas. Setahunya, dia lewat turun tidak sampai sepuluh minit. Itupun salah ke? Bukannya aku lakukan jenayah besar pun! Rungut Queseira.

“Tadi cari barang yang hilang,” Queseira memberi alasan. Fatihah langsung tak berkata apa-apa. Seeloknya dia mengambil langkah berdiam diri, ini urusan keluarga Queseira.

“Sudahlah tu.. Qayyum, baca doa..” arah Tengku Zila. Meleraikan pertengkaran antara anak lelakinya itu dan anak perempuannya. Jika tidak dilerai, nescaya akan berlarutan.

Usai sahaja doa dibaca, masing-masing diam menjamu selera. Seketika kemudian Tengku Zila bersuara lagi.

“Eira. Dengar sini apa yang bonda nak cakap.” Tegas sekali nada Tengku Zila. Dahi Queseira berkerut. Kedengaran serius sahaja nada yang dituturkan oleh bondanya itu.

“Apa dia bonda?” soal Queseira.

“Lagi enam bulan, bonda nak adakan majlis perkahwinan Eira.” Lancar sahaja Tengku Zila berkata. Hampir sahaja Queseira tersedak. Kahwin? Dengan siapa? Dia baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Jack!

“Are you kidding bonda?” anak mata Queseira tajam memandang bondanya itu. Raut wajah Tengku Zila serius. Pantas Tengku Zila menggeleng.

“Bonda has no time to make a joke.” Ujar Tengku Zila lagi, ibu tunggal yang lembut, tetapi tegas. Tidak hairanlah semua anak-anaknya tidak berani angkat muka jika Tengku Zila bersuara.

“Bonda, orang tak ada calon lagi. Orang baru je putus!” bantah Queseira. Gila ke apa mahu mencari calon suami dalam waktu enam bulan?  Tengku Zila tersenyum nipis.

“Ada bonda suruh kamu cari calon ke? Bonda dah ada calon.” Kata Tengku Zila. Qayyum, Qhasha, Qaniah hanya diam membisu mendengar bondanya berbicara. Tidak pula mereka menyampuk. Anak mata Queseira membulat.

What? Calon sendiri? Bonda nak tetapkan siapa calon suami aku? No way!  For sure nanti rumahtangga tak bahagia! Rungut Queseira di dalam hati.

“Tak naklah bonda,” kata Queseira. Qayyum menelan liur. Berani benar kakaknya itu membantah kata-kata bondanya. Tengku Zila menjegilkan matanya.

“Bonda dah arrange semuanya. Whether you like it or not, you have to follow on what I have planned. Titik!” arah Tengku Zila. Queseira mendengus kasar, meja makan terus ditinggal, hanya sedikit sahaja makanan yang dijamah. Fatihah terpinga-pinga.

****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2011 06:51 PM | Show all posts
SUDAH sejam Tengku Zila menunggu kehadiran Datin Fitrah bersama Andy. Tengku Zila bersama dengan Queseira dan juga Fatihah sudah bosan menunggu. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg, Tengku Zila mendail nombor telefon Datin Fitrah.

Beberapa minit kemudian, panggilan dijawab. Suara Datin Fitrah kedengaran di corong telefon.

“Maaf kak Engku. Dah ada depan mall ni.. Tadi jalan sesak.” Kata Datin Fitrah. Sejurus itu talian dimatikan. Beberapa minit kemudian, Datin Fitrah terkocoh-kocoh masuk ke dalam restoran Secret Recipe itu.

Mata Queseira melilau, ke mana pulak anak mak cik ni? Tadi bonda beria benar suruh aku jumpa dengan anak mak cik ni. Tapi sekarang tak nampak pun batang hidungya. Huh! Keluh Queseira lagi.

Sebaik sahaja Datin Fitrah duduk, Tengku Zila mengarahkan anak perempuannya dan Fatihah menyalam Datin Fitrah. Datin Fitrah tersenyum manis.

“Eh, mana anak you?” soal Tengku Zila.

“Dia pergi toilet kejap.” Serentak dengan itu Tengku Zila, Fatihah dan Queseira mengangguk. Sejujurnya Queseiralah orang yang paling tidak sabar. Dia ingin tahu bagaimana rupa lelaki yang mahu bonda jodohkan bersamanya itu.

Hensem sangatkah? Sehinggakan bonda sibuk benar memaksa dirinya berkahwin dengan lelaki itu atas faktor perjanjian keluarga. Nonsense!

Sedang asyik Datin Fitrah dan Tengku Zila berbual, dan ketika itu Fatihah dan Queseira hanya sekadar melayan perasaan masing-masing, tiba-tiba sahaja suara milik seorang lelaki menegur mereka berempat. Queseira tersentak.

Bau ini! Inilah bau yang dia sukakan di Donut Perfume House itu! bau yang sangat memikat jiwa perempuannya. Dengan segera Queseira mengangkat muka. Alangkah terkejutnya dia pabila melihat wajah lelaki itu.

“Engkau.. Eh.. Awak?” tegur Queseira.

“Cik?” tegur Andy pula. Fatihah yang sedang ralit mendengar lagu di iPodnya tidak dapat mendengar langsung perbualan antara Queseira dan juga Andy. Bahu Fatihah disentuh oleh Queseira, segera Fatihah bangun.

Buat kali kedua, Fatihah terkejut bukan kepalang! This have gone so far! Tak mungkin boleh terjadi! Ni semua kebetulan! Suara hati Fatihah merintih. Sungguh.. dia merindui wajah itu!

“Andy.. Ni anak auntie, Queseira Batrisya. Boleh panggil Que, Eira, Isya. Depends on Andy la. Andy nak panggil dia sayang pun boleh,” usik Tengku Zila. Wajah Queseira sudah membahang.

“Ni la dia Andy.. Farish Hazzwandy. “ Tengku Zila memperkenalkan Queseira kepada Andy. Pandangan mata Queseira dan Fatihah masih lagi melekat pada wajah Andy.

“Awak?” tegur Andy. Mereka berdua terus tersedar.

“Duduklah.” Arah Datin Fitrah kepada anaknya itu. andy menurut sahaja.

“So.. Agenda kita nak perkenalkan dua orang bakal pengantin ni.” Kata Tengku Zila. Datin Fitrah mengangguk. Seketika hati Fatihah pula luluh pabila mendengar ibu saudaranya itu berkata begitu. Sakit benar hatinya. Arghhh!

Sepanjang perbincangan, Queseira mencuri cium bau wangian Polo Black. Sungguh bau itu membuatkan Queseira rasa tenang. Queseira hanya sukakan baunya sahaja, bukan orangnya!

Huh! Mahal lagi perfume Escada dengan Bvlgari aku! Rungut Queseira, hatinya masih tidak mahu mengalah. Seperti biasa, dia mahu dirinya sahaja yang lebih daripada orang lain. Jika dia mendapati orang lain lebih bagus darinya, dia akan merasa kurang senang.

“Eira.. Ni Andy..” Tengku Zila memperkenalkan Andy kepada anak perempuannya itu. Andy cuma memapar riak hambar dengan senyuman plastik di bibir. Dia sendiri berasa kekok dengan situasi ini.

Selain hati Andy tidak henti-henti merungut tentang pertemuan ‘kurang bijak’ ini. Pertemuan yang menemukannya dengan wanita yang menjelingnya ketika di Donut Perfume House itu. asyik sekali Andy mengelamun, tiba-tiba sahaja dia terdengar wanita itu bersuara.

“You ni yang kerja dekat kedai perfume baru bukak tu kan? As apa? As a salesman? Erghh..” sindir Queseira sembari memusingkan anak matanya tanda meluat. Tengku Zila mencubit paha kiri anaknya itu. Dia terasa malu dengan perbuatan Queseira yang seperti tidak menghormati maruah orang lain.

Andy tersenyum sinis. Kepalanya didongakkan sedikit. “Ya... Memang saya. Akak yang masa tu tak jadi nak beli perfumekan?” sindir Andy dengan seulas senyuman manis. Queseira mengetap bibir

Tak jadi? Dia ingat aku sengkek sangat ke? Aku boleh beli la! Setakat perfume murah kat kedai macam tu, sepuluh botol aku boleh beli la! Dengus suara hati Queseira. Hatinya membara tiba-tiba pabila melihat wajah Andy yang tersenyum manis tetapi menyakitkan jiwa itu.

Queseira akui, senyuman Andy memang menawan dan boleh mengetarkan jiwanya. Tetapi apa yang paling penting sekarang ialah, hatinya sakit melihat senyuman itu! kalau itu senyuman yang benar-benar ikhlas, itu tidak mengapa, tetapi itu hanyalah senyuman menyindir! Argh!

“You guys dah kenal ke?” Fatihah menyampuk. Tengku Zila dan Datin Fitrah hanya memerhati sedari tadi. Mereka langsung tidak terlintas untuk menyampuk perbualan anak-anak mereka.

“Faty, ingat tak yang I cakap dengan you hari tu? Tentang mamat yang...” Queseira sengaja tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mahu menyakitkan hati Andy. Biar Andy rasa tertekan dengannya. Fatihah hanya mengangguk dan menundukkan wajahnya.

“Bagus kalau dah kenal, Andy, Eira... Bonda rasa dah tak susah dah kerja bonda. Tak begitu Fitrah?” kata Tengku Zila kepada Datin Fitrah. Datin Fitrah hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

Air Mocha yang sudah tinggal separuh itu dihirup sedikit oleh Queseira. Sekurang-kurangnya sejuk sedikit hatinya. Bonda ni memang selalu menyeksa aku! Tak cukup-cukup lagi ke nak aturkan hidup aku? Huh! Dengus Queseira di dalam hati.

Sejam kemudian, masing-masing sudah mahu beredar. Segala perbincangan sudah selesai. Nampaknya kedua-dua pihak telah mencapai kata putus.

Andy hanya berlagak selamba. Sungguh dia tidak kisah langsung dengan perkahwinan  ini. Senang bagi dirinya kerana dia tidak mempunyai sesiapa di dalam hatinya.

Pintu hatinya belum diketuk, justeru tidak berpenghuni, hanya sepi dengan sawang. Andy tersenyum meleret. Sebelah matanya dikenyitkan sedikit ke arah Queseira. Queseira menjeling tajam.

“So.. Fitrah, rasanya semua dah settle. Nanti kita buat je list-list barang. Biar Andy dengan Eira yang pergi beli semuanya. Macam mana?” cadang Tengku Zila. Datin Fitrah hanya mengangguk.

“Boleh jugak tu.. Andy? Boleh?” soal Datin Fitrah, memandang anak lelakinya. Andy hanya mengangguk dan tersenyum.

“Andy tak kisah mama. Kena tanya dengan Risya la..”

“Hello? it’s Que.. Bukan Risya,” laju sahaja Queseira menyampuk. Andy tergelak dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sorry, my mistake. Que.. So? Macam mana?” Andy menyoal semula, keningnya diangkat. Fatihah  hanya terlongo.

Tengku Zila dan Datin Fitrah tersenyum-senyum memerhatikan anak mereka berkomunikasi. Teringat pula mereka pada zaman mereka muda-muda dahulu. Indahnya kenangan lama. But those days were gone..

“Tak kisah la.. Ikut je. Dah bonda suruh ikut. Ingat saya nak ikut sangat?” kata Queseira perlahan, namun  kata-katanya itu sudah mampu didengari oleh Tengku Zila yang berada hanya berapa inci darinya. Tengku Zila menjegilkan matanya.

“Fine.. Pick me up pukul lapan pagi. Minggu depan, ahad.” Queseira mengarahkan.

“Awak tak pandai bawak kereta ke? Kenapa tak pergi sendiri je? Saya tunggu awak dekat mall.” Kata Andy. Queseira mengetap bibir. Hampeh punya mamat!  Ni bukan date namanya kalau masing-masing keluar sendiri! rungut Queseira.

Tengku Zila dan Puan Fitrah sekali lagi membisu. Entah buat kali ke berapa, Fatihah menjadi Tugu Negara, dia hanya tercongok di situ memerhatikan perbualan antara Queseira dan Andy yang tampak sungguh-sungguh melakonkan watak mereka di hadapan keluarga masing-masing.

“Pandai. Saya ada kereta Lamborghini, Bugatti. Awak ada?” sindir Queseira sinis. Tengku Zila memandang anaknya dengan tajam, memberi amaran dengan kata-kata anaknya yang berbaur riak itu.

“Saya manalah berpoket tebal macam  awak. Saya salesman je dekat kedai tu. Sebab tu saya malu nak ambik awak dekat rumah. Saya pakai kereta lembu. Malu je nanti. Jatuh saham awak,” kata Andy merendah diri.

Puan Fitrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sesi sindir menyindir nampaknya sudah bermula. Fatihah menahan gelak. Kata-kata Andy itu kedengaran lucu baginya.

“Sudahlah tu. Nanti Andy ambik Que minggu depan. Andy ingat lagikan rumah auntie?” soal Tengku Zila. Andy mengangguk.

“Dia pernah datang rumah kita ke bonda?” soal Queseira kepada Tengku Zila.

“Ya.”

“Okey.”

“See you soon dear,” usik Andy. Queseira mengetap bibir. Sejurus itu, kedua-dua keluarga membuka langkah meninggalkan pusat beli belah tersebut. Andy tersenyum lagi. Kalau dah jodoh, nak buat macam  mana? Terima je.. Lagi pun ni pilihan mama! Visik Andy sendirian. Mindanya sudah berputar ligat mengatur rencana.

Dia tahu Queseira tidak menyukainya kerana peristiwa yang lepas. Benarlah kata orang, kerana mulut badan binasa.  Tapi hendak buat bagaimana lagi? Andy sendiri tidak sedar keterlanjuran kata-katanya itu.

Ahh.. Biarlah.. Lambat laun nanti mesti dia okey. Andy bersangka baik. Queseira! Namanya dah macam lagu yang ditulis oleh Jay Livingston dan Ray Evans. Que Sera Sera..Whatever Will Be, Will Be! Getus Andy di dalam hati.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:51 PM | Show all posts
“KAU tak payah nak pegang tangan aku boleh tak?” tajam sahaja suara Queseira. Andy tersenyum manis. Pegangan tangannya dileraikan sedikit.

“Okeylah fine.. Sombong la..” ujar Andy sembari mengenyitkan sebelah matanya pada Queseira. Queseira menjeling langit. Dia sudah muak dengan kenyitan Andy itu. Sudah basi!

“Tak payah nak mengada-ngada la.. Geli la aku..” kata Queseira lagi. Andy pura-pura tidak mendengar lantas menarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya.

“Sama ada awak suka atau tak, awak nak jerit ke.. Kita dalam mall. Kalau awak jerit, awak malu.. Mana awak nak,” bisik Andy pada telinga Queseira.

Queseira mengetap bibir. Sungguh sejak seminggu lepas mereka diijabkabulkan, hatinya terasa sakit sekali dengan tingkahlaku Andy! Ada sahaja perkara yang mahu dikenakan oleh lelaki itu! Huh!

“Kau ni memang sengaja cari fasal dengan aku kan? Kau jangan cabar aku.. Aku jerit naya je kau..” ugut Queseira.

“So? Ada saya kisah?” balas Andy dengan senyuman meleret. Tangannya semakin erat memegang tangan Queseira. Queseira semakin bengang.  Membara hatinya. Jika diikutkan kembali, menyesal pula dia menerima pelawaan Andy untuk ke pusat beli belah.

Jika aku tahu, lebih baik aku duduk di rumah dan layan Facebook! Sekarang ni jiwa aku pulak yang dah terseksa! Argh!! Jerit Queseira di dalam hati.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke Pelangi Seafood . Andy mengambil tempat bertentangan dengan Queseira. Queseira memalingkan badannya ke arah lain. Andy menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Awak perasan tak sesuatu?” soal Andy dengan lembut. Queseira diam.

“Awak perasan tak.. Bila awak marahkan.. Makin saya rasa geram je tengok awak.. Terasa macam nak cium je awak depan orang ramai ni,” selamba sahaja Andy berkata. Serta merta Queseira memandang Andy dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang membunuh!

“Kalau kau betul-betul nak rasa pelempang Johor, cubalah!” bebel Queseira.

“Tengok tu.. Mulut tak henti nak membebel.  Awak jangan.. Awak macam cabar saya je. Nak saya buat betul-betul ke?” usik Andy lagi, masih dengan senyumannya yang meleret. Queseira sudah tidak senang duduk.

Perbualan mereka terbantut seketika saat pelayan restoran tersebut tiba membuat pesanan. Andy mengangkat muka. Belum sempat Andy membuat pesanan, Queseira sudah bersuara.

“Stewed Beef dengan chocolate latte.” Pesan Queseira. Andy terpempam.

“Macam mana awak boleh tahu apa yang saya nak order ni?”’ soal Andy. Queseira memusingkan matanya ke atas.

“Jangan nak perasanlah. Itu makanan aku. Huh!” jawab Queseira. Andy malu sendiri. tapi walaubagaimana sekalipun, dia tetap terkejut dengan makanan yang dipesan oleh Queseira itu. Sama dengannya!

Pelayan tersebut hanya memerhati sahaja. “Encik nak makan apa?” soal pelayan itu.

“Tak payah. Dia orang kampung. Mana reti makan benda macam ni,” sindir Queseira. Andy senyum sahaja. Bersabarlah Andy. Sabar..

“Hurm.. Bagi saya sambal petai dengan air kosong.” Pinta Andy dengan selamba. Segera Queseira memandang Andy. What? Biar betul! Pelayan itu mengerutkan dahinya.

“Makanan tu tak ada kat sini encik.. Western food je.”

Andy mengerakkan bibirnya, membuat mimik wajah yang melucukan. “Ala.. Saya orang kampung. Mana saya pandai makan western food. Hmm..” ujar Andy, seketika dia sempat melirik pada Queseira. Queseira mengetap bibir.

Sajalah tu nak sindir aku! Bentak Queseira di dalam hati. Pelayan itu masih lagi menunggu dengan sabar.

“Bagi saya makanan sama dengan mak cik ni la eh?" pinta Andy dengan senyuman nakal. Wajah Queseira sudah membahang. Pelayan tersebut mengangguk dan tersenyum, sejurus itu berlalu pergi.

“Kau ni!!” Queseira memandang Andy dengan tajam.

“Saya ni apa? Kacak? Well.. I am. Husband siapakan?” Andy berseloroh. Queseira menjeling tajam.

“Tolong jangan masuk lif tekan sendiri boleh tak? Tak sukalah.” Kata Queseira, datar sahaja nadanya. Andy sekadar mengangguk.

“Lagi satu..”

“Apa dia sayang?”

“Tambah! Lagi dua!”

“Dua ke.. Tiga ke.. Saya tak kisah,” kata Andy sembari mengangkat keningnya.

“Don’t call me sayang. Lagi satu.. Jangan pakai perfume Polo Black tu banyak sangat.” Queseira memberi amaran.

“Kenapa jangan banyak sangat? Kenapa? Awak tergoda ey? Rasa nak peluk saya ey? Kalau awak malu nak peluk masa saya tengah sedar, awak peluk je saya masa saya tengah tidur. Saya tak kisah!” usik Andy lagi. Queseira memegang dadanya.

“Perfume tu murah. Memalukan je. Mahal lagi Escada dengan Bvlagari aku tu.” Selamba sahaja Queseira mengutuk.

“Yalah.. Nanti saya tak pakai lagi. But.. Nak tanya sikit.”

“Tanya apa?”

“Awak ada peluk sayakan semalam? Betul tak?” soal Andy.

“Andy!!!!” Andy tergelak.

****

“QUE... Tolong ambil air untuk saya boleh tak?” pinta Andy dengan manja. Wajahnya tampak pucat, tidak bermaya. Mungkin juga keletihan kerana seharian berada di pejabat. Semenjak berkahwin dengan Queseira, Dato’ Ikram telah mengarahkan anak lelakinya itu untuk mengambil alih syarikatnya. Andy akur.

Queseira yang sedang ralit menonton televisyen rasa terganggu. “Tak boleh ambil sendiri ke? Ada tangankan? Ada kakikan? Leceh la..” rungut Queseira. Sudah dua bulan mereka mendirikan rumahtangga. Namun mereka tidak tidur sebilik.

Hari-hari beginilah kehidupan mereka, jika di hadapan ibu bapanya atau ibu bapa Andy, Queseira akan berlagak seperti seorang isteri mithali. Mengurut Andy dengan penuh kasih, tapi itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya tak larat ni. Tolong la.. Ada banyak kerja tadi.” Ujar Andy.

“So? Ada aku kisah? Siapa yang suruh buat kerja tu. Huh!” jawab Queseira lantas mengunyah biskut. Matanya masih lagi tertancap pada skrin televisyen. Apa yang Andy pinta langsung tidak dia endah.

Dengan langkah lesu, Andy bangun dari sofa dan berlalu ke dapur. Langkah gontai diatur, perlahan-lahan. Setelah itu, Andy kembali semula ke sofa. Queseira menjeling suaminya dengan sinis.

“Boleh pun bangun. Tadi kata sakit. Mengada je.” Sindir Queseira. Andy malas mengambil pusing. Matanya dilelapkan. Terus sahaja dia berlalu ke alam mimpi.

****

BEBERAPA hari berikutnya, Andy kembali seperti sediakala. Seperti biasa, jika dia sihat sahaja dia akan mengusik Queseira. Ada sahaja modalnya untuk mengusik. Sehingga kadang-kadang bergema suara milik Queseira di segenap penjuru rumah.

Malang bagi Queseira kerana pada hari ini Datin Fitrah akan bermalam di rumah mereka berdua. Justeru Queseira harus menjaga tingkah lakunya di hadapan mertuanya itu. paling penting hari ini dia harus berlakon sebaik yang boleh!

Petang itu, seperti yang dijanjikan. Queseira menjemput ibu mertuanya itu di hadapan rumah. Wajah Datin Fitrah tampak tidak bermaya sahaja. Sugul. Mungkin juga penat. Tebak Queseira.

“Mama. Sorang je ke? Tak datang dengan papa?” soal Queseira, lembut. Segera dia menyalam tangan ibu mertuanya itu lantas membawa barang yang dibawa oleh Datin Fitrah itu. Datin Fitrah tersenyum nipis.

“Papa tak dapat datang. Outstation. Andy mana?” soal Datin Fitrah.

“Belum balik kerja mama. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa.” Queseira hanya senyum sahaja.

Setelah masuk ke dalam rumah sahaja, Queseira melangkah ke biliknya. Manakala Datin Fitrah pula hanya duduk menyandar di sofa. Beberapa ketika kemudian, Queseira turun semula dengan memakai baju yang lain.

“Que nak pergi mana ni?” soal Datin Fitrah. Queseira hanya tersengih.

“Nak jumpa kawan jap mama. Sekejap je. Lepas tu, nak terus pergi jumpa abang Andy.” Kata Queseira, memberi alasan. Sengaja dia menggunakan nama Andy sebagai tiket untuknya keluar.

“Jangan lama sangat. Elok-elok bawak kereta tu.” Pesan Datin Fitrah. Queseira mengangguk.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:52 PM | Show all posts
“LATELY ni kau macam menjauhkan diri kau je dengan aku. Kenapa Faty?” soal Queseira kepada Fatihah. Fatihah membuat wajah kelat.

“Tak ada apa-apa. Perasaan kau je tu. Aku okey je. Busy sikit ni..” jawab Fatihah sambil matanya masih lagi menyemak fail-fail di hadapannya. Queseira mendengus.

“Itu je alasan kau. By the way, aku tengok Andy pandang kau lain macam je.. Dia minat kau kut?” kata Queseira. Fatihah tersentak.

“Kau gila ke? Dia suami kau la.” Marah Fatihah.

“I don’t love him la. Kalau kau nak, kau ambik je la dia. Nanti aku mintak fasakh,” laju sahaja bibir Queseira menuturkan. Wajah Fatihah sudah merah.

“Mind your own word la Que! Aku tak suka la kau cakap macam tu! Kau tolong la.. Aku mintak sangat dengan kau. Kau jaga je la Andy tu. He’s your husband. Dah, jangan ganggu aku!” tengking Fatihah.

Queseira tersentak. Sungguh dia tidak sangka Fatihah akan menengkingnya sehingga sebegitu rupa. Sebelum ini tidak pernah pula Fatihah menengkingnya. Dengan segera Queseira berlalu keluar. Apa boleh buat, orang dah halau. Takkan nak tercongok sahaja?

****

ANDY memarkir keretanya di halaman rumah. Matanya melilau mencari kereta milik isterinya itu. kemana perginya Queseira? Hati Andy tertanya. Badannya terasa lesu sekali. Lantas Andy mengatur langkah, tombol pintu dipulas.

“Mama?” ujar Andy. Datin Fitrah menyeka air matanya. Segera Datin Fitrah bangun dari sofa dan meluru ke arah anaknya itu. Lantas Andy dipeluk. Andy kaku, terjeda. Kenapa ni?

“Kenapa ni mama?” soal Andy. Datin Fitrah menangis bagaikan anak kecil. Tidak mampu menahan sebak di dada. Setelah berfikir, akhirnya Andy mengerti.

“Dahlah mama. Semua tu takdir. Mama sabar je okey? dah.. Mama rehat..” pinta Andy sambil mengusap bahu Datin Fitrah dengan lembut. Andy menghadiahkan senyuman manis. Akhirnya Datin Fitrah akur, sambil ditemani oleh Andy, Datin Fitrah merehatkan dirinya di bilik tetamu yang disediakan di rumah milik Andy dan Queseira.

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Andy segera meninjau di balik tingkap. Queseira. Nampaknya isterinya itu sudah balik. Andy malas mengambil pusing. Dia sekadar duduk sahaja di sofa.

Queseira masuk ke dalam rumah dengan langkah yang laju. Belum sempat dia menaiki tangga, Andy memanggilnya.

“Que.. Hari ni saya nak ajak awak keluar. Kita makan luar ey?” ajak Andy dengan senyuman manis di bibir.

“Penatlah. Lagipun siapa nak teman mama kat rumah?” kata Queseira pula. Datin Fitrah yang berada di dalam bilik menyampuk.

“Tak apa. Mama berani sorang-sorang. Que pergi la dengan Andy sana.” Arah Datin Fitrah. Queseira mengetap bibir. Huh! Malas betul nak keluar! Rungut Queseira. Sekilas dia menjeling Andy. Seperti biasa, Andy mengenyitkan sebelah matanya pada Queseira.

****

“SEDAP jugak ek makanan dekat sini. Air pun manis je. Macam awak.” Puji Andy. Queseira hanya diam.

“Awak..” panggil Andy.

“Nak apa?” soal Queseira.

“Awak sayang saya tak?” soal Andy pula.

“Tak.”

“Jawab la jujur.”

“Jujur la ni. Serius aku tak sayang. Degil la kau ni,” marah Queseira lagi. Andy tergelak. Kali ini tawanya kedengaran berbeza. Seolah-olah tawa yang dibuat-buat.

“Kalau saya kahwin lain?” Andy menyoal lagi. Queseira mengangkat sebelah keningnya.

“So? Ada aku kisah ke?” Andy tersenyum nipis.

“Mananya awak pernah kisah fasal saya. Kalau saya kena campak kat laut, kena makan dengan jerung pun belum tentu awak kisah. Kan?” perlahan Andy menuturkan, nasi disua ke dalam mulut.

Hati Queseira bergetar tiba-tiba. Mengapa Andy berkata begitu? Mungkinkah Andy sakit hati dengan tingkah laku aku selama ini? Queseira berteka teki dengan hatinya sendiri.

“Tahu tak apa.”  Jawab Queseira. Kemudian mereka berdua diam. Seolah-olah tiada topik untuk dibualkan.

“Awak...” panggil Andy setelah lama berdiam diri.

“Nak apa? Kau ni. Rimaslah aku..”

“Untuk sesaat dalam hidup saya. Bilalah boleh saya dengar awak panggil saya abang ek?” kata Andy. Wajahnya tampak kelam.

“Huh? Mungkin lepas kau mati kut,” ujar Queseira dengan nada bergurau.

“Macam suka je kalau saya mati.” Kata Andy.

“Sikit kut.” Kata Queseira lagi. Andy senyum sahaja.

“Saya nak cakap..”

“Cakap je la.”

“Cinta saya mungkin tak seharum perfume Escada yang selalu awak pakai tu.. Mungkin juga tak seperti wangian Bvlgari yang selalu awak agung-agungkan. Tapi percayalah.. Saya ikhlas mencintai awak. Kalau nak dibuktikan cinta saya sekalipun, terlalu sulit dan sukar.. Hum tumhe pyar karte hae.. I really meant it.” Dengan satu nafas Andy menuturkan. Queseira menahan gelak.

“Sejak bila kau tengok cerita Hindustan ni? Lawak la..” ujar Queseira.

“Saya serius ni awak..” wajah Andy serius. Queseira tergelak lagi.

“Malas aku layan kau. Aku nak pergi toilet kejap.” Queseira meminta diri. Andy mengeluh.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:52 PM | Show all posts
QUESEIRA terpaksa tidur bersama-sama dengan Andy di dalam bilik hari ini. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya tika ini! Jantungnya berdegup kencang. Sungguh hatinya tak keruan. Jika diberi pilihan, mahu sahaja dia terjun dari bangunan.

Andy hanya berlagak selamba di atas katil. Matanya sesekali memandang Queseira yang bagaikan cacing kepanasan di depan almari bajunya. Andy menahan gelak. Kasihan melihat keadaan isterinya itu.

“Awak.. Tidur je atas katil ni. Saya tidur sofa,” kata Andy, mendatar nadanya. Queseira memandang Andy.

“Betul?”

“Yalah. Takkan saya nak tipu awak. Dah, tidurlah.” Kata Andy. Queseira mengangguk. Pantas dia merebahkan tubuh badannya di atas katil Andy dan melelapkan matanya. Andy pula sudah berada di atas sofa. Sejurus itu, lampu tidur ditutup.

Beberapa minit berikutnya, Queseira tersentak. Entah bagaimana dia merasakan pinggangnya dipeluk erat. Mahu sahaja dia menjerit. Wajahnya dipalingkan. Andy berada di sebelahnya!

Penipu! Andy memang penipu! Dia kata dia tidur atas sofa! Kenapa sekarang sebelah aku pulak? Bentak Queseira di dalam hati.

“Kau! Kenapa tidur sini!” marah Queseira, sembari merenggangkan pelukan Andy yang erat dan kemas itu. Andy hanya tersenyum nakal.

“Saya takut tidur sorang.” Jawab Andy. Queseira mencubit lengan Andy dengan kuat. Tindakan Queseira itu membuatkan Andy melekapkan bibirnya pada bibir Queseira. Queseira hilang kata-kata.

“Jangan jerit. Awak tahu apa jadinya kalau awak jeritkan? Mama saya ada kat luar. Tentu awak tak nak dia tahu.” Bisik Andy penuh romantis pada anak telinga Queseira. Queseira mengetap bibir.

Selebihnya dia hanya mampu pasrah dengan apa yang berlaku seterusnya. Sungguh Queseira rasa ingin menangis! Sampai hati Andy! Tapi akhirnya Queseira sedar, apa yang mereka lakukan ini tidak salah kerana mereka berdua pasangan suami isteri yang sah.

Malam ni akan jadi malam terakhir aku tidur sini! Suara hati Queseira berbisik. Menyesal kerana terpaksa tidur bersama-sama dengan Andy!

****

HARI ini cuaca kelihatan cerah, Andy tidak pergi ke pejabatnya. Hari ini dia terlewat bangun, Queseira yang sama-sama tidak bekerja hari ini terkejut melihat kelibat Andy yang berada di rumah.

Sejak peristiwa malam itu, Queseira bertindak untuk tidur di bilik tetamu bersama-sama dengan ibu mertuanya. Queseira juga berazam untuk tidak lagi menjejakkan lagi kakinya ke bilik Andy!

Saat Queseira hendak ke dapur, dia terserempak dengan Andy yang hanya memakai boxer dan singlet. Wajah Andy tampak pucat. Seperti biasa, Queseira sudah dapat mengecam kehadiran Andy dengan haruman Polo Black yang dipakai oleh suaminya itu.

“Asal tak pergi kerja?” soal Queseira. Andy hanya diam.

“Awak? Kenapa tak pergi kerja?” Andy kembali menyoal Queseira.

“Ikut suka akulah..” jawab Queseira, acuh tak acuh.

“Kau boleh tak bila aku cakap baik-baik dengan kau, kau hormat aku? Aku dah lama sabar. Aku suami kau. At least, show some respect!” suara Andy meninggi. Mujur sahaja Datin Fitrah sudah pulang ke rumahnya dua hari lepas.

Queseira tersentak. Belum pernah lagi dia mendengar Andy menengkingnya hingga sebegitu rupa. Tapi Queseira tetap tidak mahu mengalah.

“Peduli apa aku.” Jawab Queseira, dingin. Andy mengangkat tangannya, mahu melempang Queseira.

“Nak apa? Kau nak lempangkan? Lempang.. Cepat! Aku tunggu. Ingat aku kisah sangat ke?” jerit Queseira. Andy beristighfar.

“I’m sorry. Saya mandi dulu.” Dengan tiba-tiba Andy meminta diri.  Queseira dibiarkan terkulat-kulat di ruang tamu.

****

ANDY memandang siling dengan hati yang walang. Jika dia tersilap langkah tadi, pasti sahaja tangannya sudah menyentuh pipi Queseira. Dia meraup wajahnya. Sesungguhnya dia sudah tidak mampu bersabar. Kesabarannya ada batas.

Andy bangun dari katil, kepalanya terasa pening, tiba-tiba. Segera dia menuju ke almari, membuka almari tersebut dan mengambil kotak yang disembunyikan dari bawah baju.

Setelah itu, Andy mengatur langkah, menuju ke bilik mandi. Sejurus daun pintu bilik mandi ditolak, Andy merasakan badannya  seakan hilang tenaga. Entah bagaimana, dia rebah. Kelam.

****

‘DIA ingat dia bagus sangat ke? Ingat aku kisah sangat ke dia marah aku macam tu? Husband aku? Ada aku kisah?’ dengus Queseira dengan wajah masam yang mencuka. Bantal yang berada di tangan di tumbuk-tumbuk. Eiiii!! Geram!

Lamunannya terhenti tiba-tiba apabila loceng rumahnya berbunyi. Queseira menyelak langsir. Gulp! Bonda! Apa kerja bonda datang sini pagi-pagi? Soal Queseira dengan muncung yang panjang.

Rumahnya yang berselerakan itu segera dikemas. Itu tidak penting.. Apa yang penting sekarang, dia harus berbaik-baik dengan Andy di hadapan bonda! baru sebentar tadi dia bertegang lidah dengan suaminya itu. Suami? Heh....

Pintu rumah dibuka, Queseira mengukir senyuman plastik.  Wajah Tengku Zila berseri-seri pagi ini. Mungkin paginya terasa ceria. Apatah lagi dapat bertemu dengan anak perempuannya itu. sudah hampir sebulan Tengku Zila tidak berjumpa dengan anak perempuannya itu.

Queseira menunduk, menyalam bondanya dengan hormat. Tengku Zila tersenyum. Senang hatinya melihat keceriaan Queseira. Pasti rumahtangga anak perempuannya itu ceria selalu. Tengku Zila bersyukur.

“Apa angin bonda datang sini pagi-pagi?” soal Queseira. Tengku Zila datang sehelai sepinggang. Hanya ditemani oleh Qaniah, adik perempuan bongsu Queseira. Pemandu mereka menunggu di luar rumah.

“Engkau ni memang tak nak bonda datang ke apa Eira?” tanya Tengku Zila. Queseira tersengih.

“Tak adalah.. Bonda ni tiba-tiba je datang. Tak ada angin, tak ada ribut. Mananya tak terkejut.” Ujar Queseira. Qaniah ketawa.

“Ke memang kakak tengah romantik-romantik dengan abang Andy?” usik Qaniah. Queseira memandang adiknya tajam.

“Jangan mengarut la Qaniah! Kakak cubit pipi tu baru tahu! Tak padan dengan kecik!” marah Queseira. Tengku Zila tertawa. Mulut anak perempuannya yang kecil itu memang petah, ada sahaja perkara yang hendak dibualkannya.

“Andy mana Que?” tanya Tengku Zila. Anak mata Tengku Zila beralih ke tempat letak kereta. Kereta Nissan FairLady milik Andy ada di  tempat letak kereta.

“Ada dekat atas..” jawab Queseira. Tengku Zila mengangguk.

“Andy tak kerja ke hari ni Que?” soal Tengku Zila lagi. Queseira menjadi rimas dengan soalan-soalan yang dilontarkan oleh bondanya itu. Queseira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Tak kut. Entah..” jawab Queseira lagi.

“Jadi isteri apa engkau ni Eira? Tak ambil tahu langsung?” bebel Tengku Zila. Queseira mendengus.

“Manalah orang tahu. Takkan bonda nak suruh orang jaga semuanya. Dari singlet ke seluar dalam semua?” selamba sahaja Queseira menjawab.

“Bonda tak ajar Eira cakap macam tu. Belajar dari mana ni?” pandangan Tengku Zila tajam, seakan mahu membunuh anak perempuannya itu sahaja. Queseira mengeluh.

“Bonda ni nak marah je. Dahlah..” Queseira berasa bosan. Alat kawalan jauh televisyen dicapai, lantas televisyen dibuka.

“Pergi panggil Andy. Mama nak cakap dengan dia.” Arah Tengku Zila. Queseira mencebik. Baru sahaja dia hendak menonton rancangan televisyen kegemarannya. Hendak tak hendak terpaksa juga dia mendengar arahan bondanya itu.

Dengan langkah perlahan, Queseira menaiki anaktangga. Sejurus berada di hadapan pintu bilik Andy sahaja, hati Queseira berbelah bahagi. Tidak silap dia sudah berazam untuk tidak menjejakkan kaki ke bilik Andy lagi!

Apa aku buat depan pintu bilik dia ni? Queseira menyoal dirinya sendiri. Akhirnya Queseira nekad, pintu bilik Andy ditolak. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati susuk tubuh Andy yang terbaring tidak sedarkan diri di hadapan pintu bilik mandi.

Queseira panik.

“Bonda!!! Abang Andy tak sedarkan diri!” jerit Queseira dengan kuat. Hatinya tidak keruan. Sama ada risau atau pun gusar, dia sendiri tidak pasti. Tapi sekarang dia berasa cemas. Sangat cemas!

Tengku Zila terkocoh-kocoh naik ke atas dengan wajah yang panik. Sama juga seperti Queseira. Kepala Andy diangkat sedikit. Ada darah yang mengalir dari hidungnya.

“Eira! Telefon ambulance sekarang!” arah Tengku Zila.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:52 PM | Show all posts
Tengku Zila dan Datin Fitrah berada di luar bilik pembedahan. Keadaan Andy kritikal! Semua anggota keluarga menunggu dengan sabar. Fatihah turut ada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan Fatihah ketika ini. Bergelora ibarat dilanggar dengan tsunami yang maha dahsyat!

Queseira pula sedari tadi hanya membisu. Dia seakan-akan menyesali perbuatannya. Mungkinkah Andy jadi begitu kerana perbuatannya tadi? Queseira merasakan dirinya yang bersalah di dalam hal ini.

Fatihah memegang bahu Queseira. Queseira mengangkat muka.

“Kau nak tahu kenapa aku jauhkan diri dari kau?” soal Fatihah. Queseira mengangguk, lemah.

“Andy tu bekas teman lelaki aku. Aku sayang sangat dekat dia. Dia lelaki yang baik. Aku jauhkan diri dari kau sebab aku tak sanggup tengok engkau bahagia dengan dia. Dalam hati aku tak habis-habis menyumpah kau. Maafkan aku. Tapi aku memang tak dapat nak kawal perasaan aku. Kau beruntung Que. Kau beruntung sebab memiliki Andy. Tapi aku tengok kau seolah-olah mengabaikan je dia. Sebab tu haritu aku naik angin dengan kau. Kau ingat?” panjang lebar Fatihah berkata. Queseira tergamam.

“Ada suatu hari tu aku jumpa Andy. Aku cakap dengan dia, aku nak hubungan aku dengan dia kembali macam dulu. Aku tahu dia tak ada perasaan dekat kau. Sama jugak macam kau. Kau nak tahu apa jawapan Andy?” Soal Fatihah, airmatanya bergenang.

“Dia cakap yang dia sayangkan kau. Dia takkan biarkan kau berseorangan sebab dia tahu kau pernah ditipu oleh lelaki. Jadi dia tak nak macam tu. Dia nak miliki kau. Dia cintakan kau Que. Kau tak perasan ke tu?” kata Fatihah lagi. Queseira tunduk membisu.

“Engkau tak tahu satu benda lagikan?” Fatihah menyoal Queseira. Queseira menggelengkan kepalanya.

“Dia ada penyakit barah otak. Sebab tu aku sedih sangat sekarang ni. Aku dapat tahu ni pun dua hari lepas. Mama dia yang beritahu. Dia tak nak orang lain tahu. Dia tak nak orang lain bersedih sebab dia. Kau tak tahu benda tu?” perlahan sekali Fatihah menuturkan.

“Aku cuma minta kau doakan dia sihat. Semoga dia tak apa-apa sekarang ni,” pinta Fatihah, bersungguh-sungguh.

Queseira terjeda. Airmatanya sudah tumpah. Dia menahan sebak. Entah bagaimana dia merasakan benteng hatinya yang degil itu mulai rapuh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh menangis.

Sebaik sahaja seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan, masing-masing menerpa doktor wanita itu dengan seribu pertanyaan. Doktor wanita itu bijak mengatur keadaan.

“Pesakit berada dalam keadaan tak stabil. Dia berada dalam keadaan koma. Saya rasa Datin sendiri dah tahu tentang penyakit anak Datin ni. Dia menghidap barah otak tahap empat. Memang sukar untuk sembuh, tapi kuasa Allah, tak siapa yang tahu. Doakanlah keadaan dia kembali seperti sediakala.” Ujar Doktor Byla dengan wajah yang manis.

Saat itu terdengar tangisan Datin Fitrah, Fatihah, Tengku Zila dan paling mengejutkan Queseira! Dato’ Ikram hanya mampu berselawat sahaja, mendoakan keadaan anak lelakinya itu kembali seperti sediakala. Doktor Byla memeluk Datin Fitrah, menenangkan wanita itu sembari meminta wanita itu banyak berdoa.

****

QUESEIRA menunggu di wad unit rawatan rapi (ICU) dimana Andy ditempatkan. Setiap hari beginilah rutinnya. Setiap hari juga tangannya memegang erat jari jemari milik Andy. Andy dibantu dengan alat bantuan hospital. Queseira menjadi sebak.

Saat Andy begini, barulah Queseira sedar yang dia merindui lelaki itu. Dia cuma berharap Andy akan sedar semula dan mengusik dirinya, setiap hari! Sumpah! Dia tidak kisah kalau perlu tidur sebilik dengan Andy!

“Andy.. Please.. Wake up!” bisik Queseira perlahan pada cuping telinga Andy. Air matanya gugur.

“Puan..” panggil Doktor Byla. Senyuman nipis dihadiahkan.

“InsyaAllah dia akan kembali seperti sediakala. Berdoalah.” Kata Doktor Byla lantas memegang bahu Queseira yang tampak lesu itu.

“Doktor. Saya nak tahu.. Macam mana dia boleh kena penyakit ni?” tiba-tiba sahaja Queseira bertanya. Doktor Byla menarik nafas dalam-dalam.

“Begini.. Tanda-tandanya memang dah ada dari awal. Entahlah. Sebelum ni saya memang rawat Andy. Tak ada pula apa-apa tanda. Tapi semua tu dapat saya kesan bila Andy mengadu dekat saya tiga bulan lepas. Andy ada kata dia hilang daya imbangan terutamanya bila dia sakit kepala.

Saya rasa macam tak kena, so saya buat diagnosis. Hasilnya, saya dapati Andy menghidap penyakit barah otak tahap empat.  Terus terang saya cakap, saya memang terkejut. Saya tahu harapan untuk Andy memang tipis. Tapi.. Puan jangan putus asa. Allah sentiasa ada.” Panjang lebar Doktor Byla memberitahu. Queseira tertunduk lemah.

****

SUDAH empat hari Andy ditempatkan di dalam wad ICU. Hari ini hari keempat Queseira menjaga suaminya itu dengan sabar. Setiap hari dia akan membacakan puisi pada suaminya itu.

Hari ini, dia akan membacakan puisi lagi. Seperti tiga hari sebelumnya. Pada waktu pagi, dan juga waktu malam.

“Saya ingin kembali ketawa akan gurauan abang, saya ingin menatap pandangan mata abang, saya dahagakan belaian jemari abang, saya kepingin mendengar alunan bisikan cinta abang.

Maafkan saya andai lewat memahami erti cinta. Beri saya peluang untuk menggapai cinta abang. Biar cinta tertanam di bawah kerak bumi, biar cinta tinggi di puncak gunung, biar cinta di celahan pohon berduri seribu.. saya akan jejak cinta abang.. jangan pergi tinggalkan saya saat ini.

Abang mengajar saya cara mencari cinta, tapi abang belum mengajar saya cara melupai cinta.” Airmata Queseira jatuh menitis. Dia cuma berharap Andy dapat mendengar segala yang dikatakan olehnya.

****

SEMINGGU berikutnya, Queseira masih lagi meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Di samping berdoa, dia tidak henti-henti berbual dengan Andy. Walaupun Andy tidak memberi apa-apa respons.

“Cinta tulus abang cahaya hidup saya.. hanya sebutir bintang di langit,saya rasakan ia menerangi sepanjang malam.. tanpa cinta abang kini, biar sejuta bintang malam bertaburan, biar bulan terpancar terang, cahayanya belum mampu menyinari malam sepi saya.. Bangunlah abang. I miss you..” ucap Queseira. Seperti biasa, Queseira hampa.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:52 PM | Show all posts
QUESEIRA tersentak saat Andy memegang kepalanya. Senyuman paling manis dihadiahkan buat suaminya itu.

Siapa yang tidak gembira apabila melihat suaminya sudah bangun dari koma! Dua bulan Queseira sabar menunggu. Mungkin tidak sesabar sikap Andy melayani tingkah lakunya dahulu!

Facemask yang membaluti wajah Andy dibuka, seperti yang dipinta oleh Andy. “Ya abang?” soal Queseira. Sejuk hati Andy saat Queseira memanggil dirinya dengan panggilan itu. Memang ini yang dinantikannya, sebelum matanya terkatup erat.

“Abang nak air..” pinta Andy dengan suara tersekat-sekat. Queseira memegang jari jemari suaminya dengan erat. Queseira menuang air mineral yang berada berdekatan dengannya dan memberikan pada Andy. Wajah Andy tampak pucat.

“Sayang..” panggil Andy. Queseira tersenyum.

“Nanti bukak almari abang dekat rumah ya?” pinta Andy.

“Kenapa abang?”

“Ada buku. Baca ya?” pinta Andy lagi.

“Yalah. Abang rehat dulu. Saya nak panggil doktor. Check keadaan abang,” Queseira meminta diri. Tangan Queseira dipegang erat oleh Andy.

“Tak payahlah. Abang nak tidur. Tak payah. Abang tak nak kena ganggu. Okey sayang?” kata Andy dengan suara tersekat-sekat. Queseira hanya mengangguk. Rambut suaminya itu dibelai penuh kasih. Andy merasa bahagia.

Saatnya telah tiba. Andy menarik nafas dalam-dalam, dia seakan sudah nampak cahaya yang hadir dari jauh. Dengan perlahan-lahan dia mengucap dua kalimah syahadah. Queseira sama sekali tidak menyedari keadaan suaminya itu.

“Abang..Alih tidur atas bantal ni. Nanti sakit leher,” kata Queseira dengan manja. Andy hanya diam membisu. Tiada reaksi. Dada Queseira berdebar. Katakan semuanya tidak!

Dia memegang dada suaminya, pergelangan tangan suaminya. Mata Andy terkatup erat, sambil sebelah tangannya memegang jari jemari Queseira dengan kuat, seakan tidak mahu melepaskan isterinya itu pergi.

Airmata Queseira tumpah. Inalillah..Akhirnya tiba masa suaminya itu menghadap Illahi. Queseira akur dengan ketentuan Tuhan. Dia mengucup dahi suaminya buat kali terakhir. Wajah suaminya itu tampak tenang sahaja, seakan orang yang sedang tidur.

Benarlah apa yang diminta oleh Andy sebentar tadi, dia tidak mahu diganggu. Dia mahu tidur. Inilah dia. Tidur buat selama-lamanya. Queseira bangun dari katil, dengan niat ingin memberitahu jururawat tentang keadaan suaminya itu. Entah mengapa, dia rebah!

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 06:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by ShahGraphixer at 7-4-2011 18:54

Queseira berasa ralat. Dia menyesal dengan segala tindakannya dahulu. Dia tidak pernah menghargai Andy saat Andy masih ada. Dan kini, saat Andy tiada. Barulah dia merasa kehilangan. Benar-benar kehilangan.

‘Cinta abang ibarat pelita di malam hari, menerangi hati saya yang sunyi.. Kelam tanpa bintang, bulan pun bersembunyi di balik awan. Hembusan nafas abang menenangkan jiwa saya. Tapi.. Semua tu sudah tak ada lagi..

Di manakan saya cari pengganti. Sesuci cinta abang semurni hati abang.. Adakah kita bakal bertemu lagi di alam sana? Saya tetap cintakan  abang walaupun saya tidak berada bersama-sama dengan abang.’ Suara hati Queseira berbisik.

Laci almari suaminya itu dibuka. Dia tidak sempat untuk memberitahu Andy tentang berita gembira untuk mereka berdua. Suka dan duka. Queseira hamil dua bulan. Tapi apalah ertinya jika Andy tiada disisi?

Buku nota yang berada di dalam laci tersebut dikeluarkan. Terdapat beberapa contengan Andy yang begitu kreatif di atas kertas putih itu. Lakaran wajah Queseira turut ada. Hati Queseira dipagut rasa sayu. Sungguh dia merasakan ilalang yang berpendaran turut sama-sama mengiringi sebak di dadanya.

andyloveseira.blogspot.com – my personal blog <3

Queseira tanpa membuang masa mencapai netbooknya dan segera menekan ikon Mozilla Firefox. Alamat yang ditulis di dalam buku conteng tersebut ditaip. Tidak sabar hatinya ingin mengetahui apa yang ada di dalam blog itu.

Sejurus sahaja membuka blog tersebut, hati Queseira menjadi sayu. Baris kata Andy membuatkan dirinya menjadi lemah. Lagu yang menjadi background blog ini membuatkan hati Queseira menjadi sayu. Lagu dendangan Samsons yang bertajuk Luluh seakan-akan sama benar dengan jiwanya kini.

Untuk Queseira..

Awak..awak nak tahu tak , walau macam mana pun awak tak suka saya tapi saya tetap suka awak sebab awak permata hati saya.. Lagi satukan , walau mcm mana pun awak benci saya tapi saya tetap sayang awak sangat-sangat sebab teman hidup saya!

Lagi kan awak.. Walau macam mana sekali kita gaduh pun kan , saya tetap takkan ambil hati sebab saya tak nak hubungan saya dengan awak hancur.

Awak.. Awak kalau awak sedih awak sebutlah nama saya ya awak? Sebab saya selalu doa yg awak akan sentiasa bahagia ,ni ada lagi ni awak..Kalau saya matikan awak ..Awak jangan nangis ya. Nanti orang ejek awak cengeng. ;p

Awak nak tahu kenapa saya tak suruh awak nangis? Sebab Allah dah takdirkan mungkin sampai sini je hubungan kita ni tau , sebab kalau awak nangis..Saya pun sedih sebab saya susah la bila tengok awak bersedih. Saya tak nak tengok airmata awak tu jatuh. Mahal tu. Macam minyak wangi Escada dengan Bvlgari awak kan? ;)

Last skali kan awak kan , saya tulis ni sebab nak blog ni tau satu saja awak , kalau la Allah izinkan saya dengan awak kekal hubungan kita ni awak kan , saya nak cakap yang saya sayang sangat-sangat kat awak.

Nanti masa saya dah tak ada kat bumi ni kan awak.. Awak simpan la ayat ni kalau awak nak.. Sebab saya takut yang Allah akan tarik balik nyawa dan hubungan kita ni awak , terima kasih awak sebab sudi jadi teman hidup saya ya.. Saya sayang awak.. Tu je saya nak awak tahu.

Saya nak awak tahu jugak,  saya akan tetap mencintai awak.. Walau ke planet Neptun awak pergi, walau saya ada di Bumi, saya akan setia menanti. Biarkan saya terbang di luar lingkup kawasan graviti, asal hati saya dan hati awak bersatu. Seperti intimnya matahari dan bulan. Seperti akrabnya bintang dan awan..

Queseira tidak dapat membendung perasaan sedihnya. Airmatanya jatuh berguguran bagaikan hujan. Di dalam bilik ini, dia dapat menghidu aroma wangian yang sering Andy gunakan. Polo Black. Wangian tersebut menusuk hidungnya.

Seakan-akan Andy ada berkeliaran di sekelilingnya. Queseira menyeka airmatanya. Perkara yang lalu usah dikenang.. Selalunya Andy akan mengusiknya dengan pelbagai kata-kata yang lucu dan sindiran. But those days were gone..

‘Cinta Andy akan aku bawa walau aku harus bergadai nyawa. Biar halilintar membelah bumi, biar aku dipanah petir, biar aku tercampak ke gunung berapi. insyaAllah, aku akan setia padanya.’

Queseira memegang perutnya.

“Mama akan jaga anak mama, inilah satu-satunya harta yang papa tinggalkan pada mama.” Queseira memeluk baju yang sering dipakai oleh Andy. Hatinya mengumam.

Life is so unpredictable, tidak selalunya berakhir dengan ceria. Queseira telah belajar dari kesilapan. Hargai orang yang menyayangi kita saat hayatnya masih ada. Jangan sakiti hatinya. Andai masa mampu diundur, Queseira mahu memperbaiki dirinya. Tetapi semua itu telah terlambat.

Biarlah aku hidup dengan memori yang baru. Memori bersama dengan Andy akan aku sisipkan kemas di dalam diari hidupku. Tapi ini janjiku, aku akan jaga anakku hingga dewasa. Biar dia sempurna, seperti papanya juga. Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan pada aku.. Amin..

Queseira melelapkan matanya, kini dia beralih ke alam mimpi. Semoga sahaja dia bertemu dengan Andy di dalam mimpi nanti. Mudah-mudahan. Bagi Queseira, cinta Andy tiada tolok tandingan. Jika Shah Jehan mendirikan Taj Mahal buat Mumtaznya, Andy lebih besar dan agung cintanya. I love you, Andy..

TAMAT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 08:07 PM | Show all posts
kenape andy perlu mati
i'd give my precious teddy bear for a guy like that..:cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 09:33 PM | Show all posts
sdeynyer ingtkn akhirnya dorg bhagia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 10:30 PM | Show all posts
Reply 16# phiyya

huhu kak phiyya, tak semua cerita berakhir dengan happy ending right?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 10:32 PM | Show all posts
Reply 17# nanopiko


    huhu.. its a fairytale if abis dengan happy ending.. mesti ada obstacle pye dlm hidup huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 11:23 AM | Show all posts
ya.....!!!!! cinta ku mmg semerbak polo dabel black...........
ku suka...........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.200395 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list