CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8563|Reply: 32

Sein, Nana bersatu kembali -

[Copy link]
Post time 11-4-2011 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Sorry kalau post ni dah ada...mintak tlg mod merge kan..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sein, Nana tak sanggup hidup solo




KALAU memang pemergian dan kehilangan ini sudah tersurat, dia reda dalam keterpaksaan. Tapi, dia mahu berusaha buat kali terakhir kerana, baginya masih ada ruang dan harapan untuk kasihnya pada isteri dan anak-anak kembali bertaut.
Biar getar terasa di jiwa namun digagahi juga mulut melontarkan kata-kata untuk bersama kembali.
“Saya sedar saat kami berpisah dulu disebabkan pemikiran masing-masing yang tidak matang. Cepat panas dan  buat keputusan drastik. Selepas berpisah dan hidup solo tanpa anak dan isteri di  sisi baru terasa kosong,” luah Sein, 28, saat bertemu empat mata dengannya pada   majlis doa selamat yang berlangsung di Masjid Attaqwa.
Menurut pemilik nama penuh Syed Hussein Syed Mustafa itu, dia menganggap perceraian lebih tiga bulan itu sebagai ujian daripada Allah kerana baginya ia telah disusun oleh-Nya.
Buat Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad, 27, pula, pada masa Sein melafazkan talak satu kepadanya, dia harus berjuang secara solo demi membesarkan dua orang cahaya matanya, Syed Taariq Alqudsy Syed Hussein, 4 dan Sharifah Inaiya Alqudsy Syed Hussein, 2.
“Masa itu saya fikir yang saya boleh jadi ibu tunggal dan membesarkan anak-anak dengan baik. Tetapi sebenarnya susah. Bukan mudah untuk menjadi ibu tunggal. Semua urusan anak perlu dibuat sendiri tanpa bantuan Sein. Sein memang banyak membantu dalam menjaga anak-anak,” kata Nana yang turut memberitahu,  Sein juga tidak kisah menukarkan lampin anak-anaknya.
Sepanjang proses perceraian, Nana akui beberapa kali air matanya  membasahi pipi. Air mata yang sengaja ditahan, akhirnya gugur juga saat terpandang wajah anak-anak dan mendengar  rengekan  anak yang menginginkan ayahnya. Mahu sahaja memeluk tubuh anaknya erat-erat demi meluahkan rasa bersalahnya. Mahu sahaja meluahkan kata-kata maaf atas apa yang berlaku.

SEIN menceraikan Nana dengan talak satu sebelum kembali memujuk isterinya itu untuk rujuk sebagai suami isteri semula pada 11 Mac lalu.



“Setiap malam, Taariq sering bertanyakan Sein. Kenapa papa tidak ada. Papa pergi mana,” katanya mengenai perihal anak sulungnya, Syed Taariq  yang masih tidak mengerti proses kehidupan manusia.
Namun begitu, menurut Nana, Sein sering kali bertemu dengan Taariq dan juga anak perempuannya, Sharifah Inaiya. Jika tidak dapat berjumpa, Sein akan menghubungi dia dan anak-anak untuk bertanya khabar.
Tambah zuriat
Menebak soalan kepada Nana bagaimana Sein mengajukan soalan rujuk kepadanya dan bagaimana reaksinya, Nana memberitahu, pada awalnya dia meminta Sein memberikannya ruang untuk berfikir.
“Dalam tempoh dua bulan lebih selepas bercerai Sein sudah beri petunjuk tentang hubungan kami. Akhirnya, Sein berjumpa dan bercakap tentang rujuk, namun saya minta padanya untuk berfikir,” kata Nana.
Namun kerana tidak mahu terlepas peluang keemasan disebabkan perkara-perkara yang tidak dijangka akan datang, dia mula memikirkan permintaan bekas suaminya pada waktu itu.
TUMPANG GEMBIRA. Antara rakan selebriti  dalam program Sehati Berdansa, (dari kiri) Anita Baharom dan suami, Ismadi serta anak mereka, Syifa Dhia Nurina dan Minarwan Nawawi hadir memberi sokongan kepada Sein dan Nana.



Bagi dirinya, masa begitu berharga. Lebih mahal jika dibandingkan dengan emas dan permata. Jika tersilap membuat pertimbangan atau terlewat beberapa saat, pasti dia akan menyesal seumur hidup.
“Akhirnya, saya setuju untuk bersama Sein semula demi anak-anak dan juga perasaan kasih sayang yang masih menebal kepadanya,” kata Nana jujur.
Kini, jelas kedua-dua pasangan sejoli itu  akan perbaiki segala kesilapan yang dilakukan. Lebih memahami dan bertolak-ansur, mereka juga tidak akan cepat melatah dalam membuat apa jua tindakan.
Saat diajukan soalan kepada Sein dan Nana sama ada mereka akan pergi berbulan madu atau ingin menambahkan zuriat, Nana memberitahu, buat masa ini tiada lagi perancangan.
“Buat masa ini, Sein masih lagi belum memindahkan barang-barangnya di rumah sewanya. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Kami juga ingin memupuk semula hubungan yang pernah terputus sebelum ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 11:56 AM | Show all posts
dah ada lain lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 11:57 AM | Show all posts
bapa byk thread mau bukak daa...smbung je la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 11:59 AM | Show all posts
jangan jadi cam si abby normiang dahla ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 12:03 PM | Show all posts
ni berapa kali nak bukak thread............ orang dah berbuih bincang pasal nih lahh.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 3# Alxeydiena3699

Sorry, aku dah mintak tlng mod utk merge kan...jgn mere.. saya  budak baru belajo!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2011 12:05 PM | Show all posts
x marah....nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 01:33 PM | Show all posts
buah cempedak di ampang jajar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 01:38 PM | Show all posts
mmg dah hada pon..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 04:55 PM | Show all posts
+1 . TQ
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 09:44 AM | Show all posts
dah ada nih .. lama dah khen ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 09:57 AM | Show all posts


anita baharom mengandung anak kedua lah..... tahniah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:11 AM | Show all posts
jangan jadi cam si abby normiang dahla ..
samshik Post at 11-4-2011 11:59

untung jadi anak org kaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:14 AM | Show all posts
untung jadi anak org kaya ni
ruffleen Post at 12-4-2011 10:11



    beb .. lagu ko mek dah dapat .. ko hantor lagi yang best2 gini leh tak kat gmail aku .. tapi 1 email satu file laaa.. aku dok ulang2 lagu tu jer nie haaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:14 AM | Show all posts
Reply 14# samshik

orettt..aku send lagu2 indon dulu ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:19 AM | Show all posts
hehehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 10:24 AM | Show all posts
Reply  samshik

orettt..aku send lagu2 indon dulu ekkk
ruffleen Post at 12-4-2011 10:14



    aku menanti dengan setia .. paling busuk pun ko anto dalam 5 lagu.. lebih lagi oraittt
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:24 AM | Show all posts
alhamdulillah...demi anak2 yg masih kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:30 AM | Show all posts
demi anak2 ker....x sanggup hidup susah...oppsss
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 10:31 AM | Show all posts
harap ambil pengajaran daripada apa yg telah berlaku..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.197433 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list