CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: net_level

Nurul AF2 Nikah 28 Mei Ini (UPDATE: Dah Nikah 23 April lepas)

  [Copy link]
Post time 8-7-2011 04:05 PM | Show all posts
melalui JAIS....melalui KETUA KAMPUNG....kenapa x pegi rumah terus?konfius di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2011 04:22 PM | Show all posts
melalui JAIS....melalui KETUA KAMPUNG....kenapa x pegi rumah terus?konfius di situ
mimi77 Post at 8-7-2011 16:05



haha.. kalau pergi mampos la dikerjakan oleh adik beradik dia yg alimmmmmmm ulamak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply 342# ayiebest06

ouh....alasan tu leh digunapakai ek dalam urusan mcm tu...takut kene blasah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 12:52 AM | Show all posts
laki Nurul ni ada gaya retis, kalah pelakon tambahan

La, baru tgk ulangan Melodi, dia anak angkat, agaknya zaman dulu susah, 13 beradik, ayah dia kayuh sampan cari rezeki..

harap dpt diselesaikan dengan cara kekeluargaanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 12:59 AM | Show all posts
kecoh arr famili kandung nurul, kalo alim bagai dikata, x perlu lyn melodi tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 01:45 AM | Show all posts
pada aku,kenapa nurul tak jumpa ayah dan mak dia time nak minta tandatangan tu?? kenapa harus berenti takat rumah penghulu??? and bila aku tgk ulangan melodi tadi..aku rasa memang patut pun family nurul buat dia mcm tu.....and bg sesiapa yg rasa cara family dia bercakap tu kasar dan ayat pun kasar jugak.....jgn menilai takat tu jerr ok......kemungkinan ada sbb2 nya mereka cakap begitu.....ada org maybe boleh diam bila mak bapak dia org di fitnah...tp ada org tak dpt then lawan balik,tak kira la org alim or tidak...

aku kesian tgk makbapak kandung Nurul..sbb sakit taw kalau dah rindu kat anak tu sesangat,tp anak tak nak jumpa langsung mak bapak kandung bcoz of makbapak kandung tidak kaya and malu nak ngakuk makbapak kandung sbb anak tu dah glemer...sedeh taw...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2011 01:48 AM | Show all posts
apasal family dia kat melody kata nikah kat Thailand yek....
huhuhuu...grand jek majlisnyer.....

huhhuhuhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 02:12 AM | Show all posts
nak salah sepenuhnya kat nurul pun tak boleh...saya paham perasaanya sbb masa nak kawin dulu pun mcm ni lah jugak kes nya tp saya bernasib baik sbb keluarga kandung dan family angkat tak bergaduh...sbg anak kalau boleh tentulah kita tak mo bg sesaper pun terasa hati...tp family pun kesianlah kat anak tuh..dah lah korang kasi dia kat family angkat,,ingat senang ker nak syg family kandung yg kita tak pernah jumpa mcm kita syg  family yg jaga kita dr kecik ,mana boleh sama..walaupun tak melahirkan..tp syg kita mesti lebih pd family angkat jg akhirnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2011 02:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by aazetha at 9-7-2011 02:43
haha.. kalau pergi mampos la dikerjakan oleh adik beradik dia yg alimmmmmmm ulamak tu
ayiebest06 Post at 8-7-2011 16:22



hahaha. betul la tu. jumpe penghulu sbb nak mntak tolong smpaikan hajat kt family kandung dia nak bg tau yg keluarga mertua nak dtg jmpe dorg. tapi.....xtau la nak cakap mcm mane.

senang cakap aku memang kesian dgn nurul sebab jadi mangsa keadaan. aku agak tau la jugak hal sebenar. tapi ni hal keluarga kan. benda ni dah jadi perbalahan sejak dulu. jadi memang tak elok nak diceritakan. pusing2 pun akan memalukan both side, baik family angkat. baik family kandung. apa lagi dua2 family ade pertalian keluarga. harap2 benda ni bole setel baik2 la. jangan la adik beradik dia yang lain garang sangat macam tu kalo jumpa nurul nanti. aku pon takut tgk dorg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by iqbalkhan at 9-7-2011 12:22

Kalau tibe2 tak penah2  dan diam-diam tunggu 29tahun lepas tu keluar stkabar kata bapak aku tak nak jadi wali aku pun marah...tak bagus...imej bapak yang tak nak jadi wali ni...satu malaysia kena announce...

kita semua sebagai pemerhati boleh fikirkan guna logik akal dah..

aku tak nak lah listkan point2 "peguam" aku kat sini sebab ni bukan hal aku kan..

tapi story ni memang menarik lah. untuk difollow. sebab dua2 pihak tak nak mengalah. sedangkan senang je. jumpe je lah keluarga tu. kena belasah kena belasah lah... dari seumur hidup bergaduh / kawin tak sah atau apapeje lah. kita ni bukan ada dunia je akhirat ade jugak..terutama pada yang ambik anak org jadi bini tu..ni bukan orang lain nak ajak berdebat. ni keluarga kandung.

ape pun, hanya org yang terdekat dan keluarga je tahu...sape salah sape betul.

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:05 AM | Show all posts
Nurul perjelas isu nikah

PERNIKAHAN Munzil dan Nurul sudah disahkan Mahkamah Syariah Hulu Langat.

PENYANYI genit kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua ini tidak pernah berdepan cerita panas. Wajah naif dan kadangkala pucat itu sering menghadirkan rasa yang tenang dan terkadang kasihan.

Nurul atau nama berdaftar Nurullah Zawawi, 29, baru-baru ini membikin gempar apabila bernikah di Narathiwat, Thailand.

Lokasi itu sering dipilih oleh pasangan apabila menghadapi masalah di negara sendiri. Narathiwat tidak asing bagi lelaki yang tidak mendapat restu isteri pertama tetapi kes Nurul sedikit berbeza. Dia tidak mendapat restu keluarga.

Muncul dalam satu sidang akhbar pada Rabu lalu di pejabat Global Advisory Consultancy Sdn. Bhd., Nurul dan suami, Mohd. Munzil Muhamad tampil memberi penjelasan tentang gempar yang mereka lakukan.

Mereka memberi penjelasan setelah ada hati yang terluka melihat pasangan ini berkahwin tanpa sebarang pemberitahuan. Lebih tepat lagi pasangan yang berkahwin pada 23 April ini tidak mendapat restu wali pengantin perempuan.

Kontroversi timbul selepas keluarga kandung Nurul di Sarawak memberikan kenyataan bahawa penyanyi berusia 29 tahun itu tidak menjemput mereka ke majlis perkahwinannya termasuklah bapa kandungnya, Zawawi Ali.

Membuka mulut mewakili isteri yang menjadi mangsa fitnah di Internet, Munzil bersuara:

“Saya tahu Nurul anak angkat ketika kami bertunang pada 4 Februari lalu. Sebelum kami bernikah, ada usaha dilakukan bagi menjejaki keluarga kandungnya di Sarawak dengan bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak.

“Selepas percubaan itu gagal, saya serta isteri dan kedua-dua ibu bapa saya terbang ke Kuching untuk mencari keluarga Nurul dan ada berjumpa dengan penghulu tempat tinggal keluarganya namun, percubaan itu juga gagal atas sebab-sebab tertentu,” ujar Munzil yang membuat empat laporan polis berhubung laporan berunsur fitnah sebuah portal berita Internet.

Sebagai ketua keluarga, Munzil banyak bersuara menghadapi masalah yang datang menerjah pada awal perkahwinan mereka.

Katanya, mereka mengambil keputusan bernikah di Narathiwat dan menggunakan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab. Rahman sebagai wali hakim berikutan usaha untuk mendapatkan kerjasama keluarga kandung Nurul gagal.

Nurul dan Munzil tertekan berikutan hari bahagia mereka sudah dekat tetapi isu nikah masih tersimpul.

“Bukan kami tidak berusaha untuk mendapatkan kerjasama mereka tetapi percubaan kami gagal. Saya tidak mahu masalah keluarga diperbesarkan, apa yang penting pernikahan kami telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat,” kata Munzil lagi.


Nurul yang setia mendengar di samping suami yang membuka mulut memberitahu bahawa dia kini bersedia bertemu keluarga sebenar dan amat menghormati mereka sebagai keluarga kandung.

Niatnya ikhlas iaitu mahu menjernihkan suasana yang kelihatan keruh di mata khalayak dan di jiwa keluarganya.

“Saya memang tidak pernah berjumpa dengan mereka dan hanya mengenali wajah kedua-dua ibu bapa kandung ketika disiarkan sebuah saluran gosip televisyen.

“Ini masalah keluarga dan bapa angkat yang banyak mengetahui cerita sebenar pula sudah meninggal dunia,” ujar Nurul yang menafikan dia menukar nama sebenarnya Nurullah Zawawi kepada Nurullah Abdul Hamid dalam setiap urusan rasminya.

“Saya dan suami akan berjumpa mereka kerana mereka tetap keluarga saya,” kata Nurul lagi.


Tidak pernah berdendam dengan keluarga kandung dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam polemik ini, dia berharap agar tidak timbul sebarang persoalan berhubung status perkahwinannya.

“Apa yang penting sekarang, majlis perkahwinan saya sudah berjalan dengan lancar dan sempurna,” tambah Nurul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 09:27 AM | Show all posts
Elok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 01:13 PM | Show all posts
Anak angkat, Narathiwat & laporan polis

Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR


NURUL menunjukkan bukti yang dia masih menggunakan nama Nurullah Zawawi.

SAYA nak tanya ada tak pihak media tahu nama sebenar Nurul? Saya pasti pihak media dah buat research dulu sebelum datang ke sidang media ini,” kata Mohd Munzil Mohamad yang juga merupakan suami kepada penyanyi Nurul AF2.

Ya, umum cukup mengenali nama sebenar Nurul adalah Nurullah Abdul Hamid. Nama yang memperkenalkan anak kelahiran Sarawak ini di pentas populariti. Dan dengan nama itu juga tidak ada siapa yang tahu cerita di sebaliknya.

Cukup rumit masalah yang melanda mereka sejujurnya. Daripada satu perkara ke satu perkara lain saling berkait rapat sehinggalah menyebabkan kebanyakan wakil media yang hadir pening kepala dengan cerita yang disampaikan.

Cerita perkahwinan Nurul dan Munzil bukan lagi cerita baru. Ramai yang mengetahui pasangan ini telah berkahwin di Narathiwat, Thailand pada bulan April yang lalu.

Namun semua itu kembali hangat apabila ada beberapa pihak yang memanaskan keadaan dengan menyebarkan cerita yang kurang enak tentang pasangan ini.

Enggan menamakan secara terperinci siapakah yang dimaksudkan oleh pasangan ini, mereka mahu isu yang timbul ini tidak berpanjangan seterusnya membersihkan nama kedua-dua pasangan ini.

“Tujuan saya memanggil anda semua adalah untuk menjelaskan perkara sebenar. Banyak sangat cerita yang kurang enak tentang saya dan isteri yang bermain di internet sejak kebelakangan ini sampai menyebabkan kami dicemuh.

“Empat perkara yang saya nak umumkan supaya semua pihak faham dan tahu apa yang berlaku. Pertama pasal nama sebenar Nurul. Nama sebenar Nurul adalah Nurullah Zawawi sama seperti yang tercatat di dalam kad pengenalan Nurul.

“Sepanjang hidup Nurul dia belum pernah menukar nama dalam kad pengenalan kepada Nurullah Abdul Hamid biarpun umum mengenalinya dengan Nurullah Abdul Hamid.

“Nurul sebenarnya anak angkat kepada Abdul Hamid. Anak yang diserahkan selepas lahir itu dijaga oleh Abdul Hamid dan dibesarkan oleh keluarga angkatnya sehingga hari ini. Jadi tidak timbul isu Nurul sudah menukar kad pengenalan dengan berbintikan Abdul Hamid seperti dakwaan sesetengah pihak,” jelas Munzil satu persatu.

Berbalik kepada isu kedua, Munzil yang juga merupakan peguam mahu tarikh nikah mereka dibetulkan. Ramai yang percaya mereka telah bernikah pada 23 Mei 2011 sedangkan tarikh sebenarnya pada 23 April 2011.

Isu ketiga pula, Munzil sekali lagi mahu membetulkan cerita bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa kandung Nurul semasa mahu bernikah.

“Ada beberapa berita yang tersalah lapor soal ini. Memang kami mahu berjumpa dengan keluarga kandung Nurul untuk urusan pernikahan. Nak minta bapa kandung Nurul jadi wali tetapi hajat itu tak terkabul.

“Kami ada minta Jabatan Agama Islam Sarawak untuk mempertemukan kami. Tapi semua itu tak menjadi kenyataan. Banyak sangat halangan bila kami nak berjumpa dengan keluarga kandung.

“Lebih sebulan kami mencari tetapi gagal mendapatkan mereka. Kalau ada yang kata saya tak bersungguh, saya dah buat segalanya. Saya dan kedua ibu bapa pernah terbang ke Kuching untuk berjumpa dengan mereka.

“Tapi usaha kami gagal apabila bertemu dengan Penghulu Kampung. Tak boleh saya nak cerita apa yang dah berlaku sebab ini melibatkan masalah keluarga. Tak kan saya nak buka cerita lama sebab saya pun orang baru dalam keluarga mereka.

“Isu keempat pula melibatkan nikah di Selatan Thailand. Saya nak beritahu yang pernikahan kami adalah sah dan sudahpun didaftarkan di Mahkamah Syariah Hulu Langat,” katanya lagi.

Turut bersama mereka dalam sidang media tersebut termasuklah Mohamed Azlin dan Nik Nazri yang juga merupakan peguam syariah kepada pasangan ini.

Dalam kenyataannya Mohamed Azlin menjelaskan anak guamnya sudah dua kali dipanggil memberi keterangan di mahkamah berhubung pernikahan mereka di Narathiwat tersebut.

Dan pada 26 Mei yang lalu, mahkamah telah mengesahkan perkahwinan mereka adalah sah yang berwalikan hakim di sana serta boleh didaftarkan sekali gus menafikan cakap-cakap orang yang pasangan ini melakukan perkara yang menyalahi agama.

Rentetan daripada apa yang telah berlaku, jelas Munzil mereka telah membuat empat laporan polis baru-baru ini. Namun, butirannya tidak mahu didedahkan lagi memandangkan peguam sivil pasangan ini masih lagi sedang mengkaji kes berkenaan.

Sambil diasak adakah mereka mahu menyaman pihak yang mengeluarkan cerita mereka sebelum ini, Munzil enggan menjawab.

Lalu soalan yang sama ditanyakan kepada Nurul, adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga kandung yang memberikan komen dalam sebuah rancangan tv baru-baru ini, kata Nurul dia tak mahu mengulas lanjut.

“Saya tak boleh dedahkan apa isi laporan polis yang telah dibuat. Lagipun salinan laporan tu tak ada di tangan saya sekarang dan berada pada peguam saya. Semua dokumen tu ada. Saya tak mahu cakap sebab takut tersalah fakta sahaja.

“Apa-apa pun awak boleh tanya pada peguam saya. Bagi pihak saya dan Nurul kami hanya mahu membuat penjelasan ini sahaja,” jelas Munzil lagi.

Mahu selesai segera

TIDAK banyak bicara yang dituturkan oleh Nurul tempoh hari. Dia yang banyak memberikan ruang kepada suaminya untuk menjelaskan hal yang berlaku mahu perkara ini diselesaikan segera.

Bagi Nurul tindakan untuk bernikah di Narathiwat dilakukan apabila bapa kandungnya enggan menjadi wali dalam perkahwinannya. Tidak mahu terus menunggu masa yang lama sedangkan persiapan kahwin sudah dibuat, mereka tekad bernikah di sana.

“Sekali lagi Nurul tegaskan perkahwinan Nurul memang menggunakan nama bapa kandung. Tak pernah pun Nurul bernikah menggunakan nama bapa angkat Nurul. Tapi kenapa ramai yang tuduh Nurul macam tu?

“Perkara ni perlu di selesaikan segera. Nurul serah pada Allah sahaja walau terpaksa dedah segala benda. Bukan tak malu bila terpaksa cerita apa yang dah berlaku pada keluarga kami.

“Ini merupakan cabaran baru pada tahun ini. Tak pernah lagi Nurul terima ujian sebegini getir sebegini. Kami dah berusaha untuk buat apa sahaja tetapi semuanya tak berhasil seperti mana yang kami harapkan.

“Nurul mahu berehat seketika dalam bidang hiburan ni. Lepas raya nanti, Nurul akan ke New Zealand untuk temankan suami yang akan menyambung Phd di sana,” kata Nurul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 01:29 PM | Show all posts
“Bukan kami tidak berusaha untuk mendapatkan kerjasama mereka tetapi percubaan kami gagal. Saya tidak mahu masalah keluarga diperbesarkan, apa yang penting pernikahan kami telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat,” kata Munzil lagi.

macam mana pihak melodi cari family nurul senang je tapi suami nurul dan family cari tak jumpa??????
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 02:21 PM | Show all posts
kesian juga, sudahlah diserahkan selepas lahir, dah besar begini pula jadinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply 354# hanuma

“Tapi usaha kami gagal apabila bertemu dengan Penghulu Kampung. Tak boleh saya nak cerita apa yang dah berlaku sebab ini melibatkan masalah keluarga. Tak kan saya nak buka cerita lama sebab saya pun orang baru dalam keluarga mereka.


kita x faham apa yang berlaku dalam keluarga mereka, mungkin dh lama bermusuhan, jadi bila org dtg nk jumpa, lama la skit masa yg diperlukan utk proses situasi tu, yg si nurul ni plak, nk cepat sbb semua persiapan dh buat. xpayah la kita nk menunding siapa salah siapa betul. nurul pun dh janji akan berjumpa dgn keluarga kandung dia balik. cukup la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 05:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by damia76 at 10-7-2011 17:56

bagi aku tindakan famili kandung Nurul membenarkn meLOYAdi buat coverage cita nie ada lah silap..kalo ye pun nak carik org tengah biarla dr pihak Jabatan Agama Islam ataupun ketua kaum....

am not at Nurul's side..bila cita mcmnie terdedah kat public - Nah!!! amik suma cita dlm kelambu keluar.. yg malu kedua2 belah pihak jugak...

Harap sgt lepas nie Nurul pegi jumpa keluarga kandung - ambil yg jernih buang saja yg keruh..berhati2 dgn pihak yg cuba jd batu api yg berhajat sgt nak memutuskn hubungan silaturahim nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074577 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list