CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: net_level

Nurul AF2 Nikah 28 Mei Ini (UPDATE: Dah Nikah 23 April lepas)

  [Copy link]
Post time 27-5-2011 01:40 PM | Show all posts
ru farah AF..pun dah nak kawen
800214 Post at 27-5-2011 10:48


ha ye la...Farah...isk..confius forever . lol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 01:44 PM | Show all posts
Reply  amyainsamad


    khenn.. tu yang aku stress kan tadi.. bukan ape, kalau kat thailand tu  ...
nuryakmal Post at 27-5-2011 11:47



kan dah disahkan oleh hakim syarie ulu langat..perkahwinan mereka sah..tunggu daftar je...
apa2 pun tahniah nurul..moga kekal hingga anak cucu cicit..aku suka nurul ni...time af dulu comei je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 02:05 PM | Show all posts
xde ke gmbar nurul dgn laki dia??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 02:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by indahkasturi at 27-5-2011 14:07

apa salah kalau dia nikah dekat thailand?
tak sah ke?
mungkin dia harap ayah kandung akan berubah hati last minute
bila ayah tetap enggan, terpaksa lah carik alternative lain
mak kesian kat nurul ni...sebab mak dulu pun nikah wali hakim
bukan senang ye....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:08 PM | Show all posts
cogratz...=)
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:44 PM | Show all posts
tahniah yer.. mnunggu update gambo plak *kepochi*
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 03:53 PM | Show all posts
apa2 pun halnya, tahniah dan selamat pengantin baru..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 07:30 PM | Show all posts
selamat pengantin baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 11:18 PM | Show all posts
pic dorang klu ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 01:27 AM | Show all posts
congrats...!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 02:01 AM | Show all posts
korang cite gedebuk gedabak.. drong punye nikah dah sah pun kan..

ada la masalah dalaman yang kita tak tahu tuh yang smpai ke thailand nikahnya..


so kita (yang blum nikah ni) muhasabah diri jangan la ada keluarga yang sampai mcm tuh skali.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 09:27 AM | Show all posts
Keluarga Nurul AF2 terkilan
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

KUCHING: “Dia tahu di mana ibu dan ayah kandungnya tinggal. Keluarga angkatnya juga tahu. Jadi mengapa dia perlu nikah di Thailand,” kata Latifah Zawawi, 42, kakak kandung bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul yang berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand pada 23 Mei lalu.

Menurut Latifah, ayahnya, Zawawi Ali, 82 dan ibu, Dara Kipli, 69, masih sihat serta tinggal di rumah asal mereka iaitu tempat Nurul dilahirkan 29 tahun lalu di Kampung Sungai Bedil Besar, Kuching.

Latifah berkata, keluarganya terkilan apabila Nurul mendakwa pernikahan terpaksa dilangsungkan di Thailand kerana timbul masalah wali berikutan keengganan ayah kandungnya menjadi wali.

“Ayah dan ibu tidak pernah bertemu Nurul sejak dia diambil keluarga angkatnya, jadi bagaimana boleh timbul cerita kononnya ayah tidak mahu menjadi wali.


“Dia boleh datang ke rumah berjumpa ayah kandungnya meminta menjadi wali, tetapi itu tidak berlaku sebaliknya ayah saya diberitahu Nurul perlukan wali untuk bernikah daripada orang tengah yang dilantik keluarga angkatnya,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

-metro-
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:25 AM | Show all posts
sudaahh....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 01:13 PM | Show all posts
tahniah nurul and hubby!

hubby dia ni junior kat uni dulu...bukan calang-calang orangnya....very brilliant...and pernah jadi Timbalan Pendakwaraya sekejap and dlm masa sama amik master...lepas tu jadi lecturer...skrg ni nk sambung phD pulak...

semoga bahagia akhir hayat dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:51 PM | Show all posts
credit fb dayang norlida
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 05:41 PM | Show all posts
dah selamat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 06:20 PM | Show all posts
Nurul AF2 Mahu Selesai Cara Baik

Biarpun bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul atau Nurullah Abdul Hamid, 29, sudah pun selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Mohd Munzil Muhammad, 29, pada 23 Mei lalu, namun keluarga kandungnya masih lagi mempertikaikan tentang pernikahannya itu.

Semuanya gara-gara kerana alasan yang diberikan oleh Nurul AF2 kepada pihak media sebelum ini bahawa pernikahannya itu terpaksa dilakukan di Thailand kerana ayah kandungnya engga menjadi walinya.

Padahal menurut keluarga kandungnya, mereka langsung tidak diberitahu apa-apa tentang perkahwinannya itu, jauh sekali menghubungi ayahnya untuk meminta menjadi walinya.

Begitupun, Nurul AF2 yang telah dibesarkan bersama keluarga angkatnya sejak kecil memberitahu tidak mahu memperbesarkan tentang perkara tersebut lagi dan bakal menyelesaikannya dengan cara yang baik.

"Jika boleh saya mahu masalah ini diselesaikan secara baik dan tak mahu bermusuhan dengan mana-mana pihak. Apapun yang penting, sekarang ini majlis perkahwinan saya sudah berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya .


Nurul berkata dia pernah cuba bertemu ibu bapa kandungnya namun hasrat itu tidak tercapai disebabkan masalah yang wujud di antara keluarga angkat dengan keluarga kandungnya.

"Sebenarnya, majlis pernikahan saya boleh dibuat di sini, namun disebaakan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin di Thailand," tambanya lagi.


Nurul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rasa tidak puas hati yang telah disuarakan oleh ibu bapa dan keluarga kandungnya.

Apa yang pasti pernikahan Nurul dan suami telah pun disahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah sewaktu mereka membuat pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada Khamis lalu.

Mereka juga telah pun mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran di Kompleks Tourism Sarawak, kelmarin.


kredit: MURAI
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 07:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 31-5-2011 19:19

Tua nya bapa kandung dia

anak angkat rupanya... patutlah masa AF2 dulu derang tunjuk adik beradik dia dtg tgk konsert semua rupa lain dari dia

apapun Selamat Pengantin Baru dan Semoga berkekalan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 12:07 PM | Show all posts
Reply  loveakfe


    mase aku kawin pun ayah aku cakap suruh aku pakai wali hakim, tapi aku tak ...
nuryakmal Post at 27-5-2011 11:31 AM


ko tuh bkn pakai wali hakim...ayah ko cume suruh kadi tuh wakilkan je..mebi sbb ayah ko malas nk akadkan ko...atau ade ke ayah ko takde mase ko nikah....wali hakim nih mmg ayah takmo langsung nikahkan....ayah die taknak sain segala borang sume...kalau ayah wakilkan kadi nikahkan, itu bkn wali hakim namanye...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 12:05 PM | Show all posts
mula2 baca berita ckp keluarga kandung tu tqah dh konpius dh. berbeza betul dia dlm keluarga kandung dgn angkat. kalau dlm keluarga angkat, dia anak sulong. dlm keluarga kandung, dia anak bongsu. bulan april hri tu tqah ada jugak jumpa nurul ni. dia dtg KB, nak bg kad2 kahwin kat keluarga belah laki. hensem laki dia, sama padan dgn nurul yg comel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.065489 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list