CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23772|Reply: 107

Dahlia & Sheahnee Bahagia Bergelar Muslimah

[Copy link]
Post time 20-4-2011 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mixed at 20-4-2011 09:29

Buat pertama kalinya MW menggabungkan dua orang personaliti NTV7 sebagai penghias muka depan. Punya aura yang tersendiri, kedua-duanya merupakan saudara baru selain bergelar ibu kepada anak-anak yang comel dan keletah. Baik Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan Sheahnee Iman Lee keduanya nyata cukup bahagia selepas bergelar muslimah.

Saat berbicara dengan Dahlia, terpancar citra bahagia di wajah wanita keturunan Kadazan ini. Mengakui bahawa bertukar agama bukan satu perkara besar yang pernah dilakukan dalam hidupnya, dia masih lagi belajar sedikit demi sedikit tentang agama Islam.

Ya, saya rasa tenang dan damai selepas memeluk agama Islam. Saya bertukar agama bukan kerana sesiapa. Saya lakukannya dengan ketulusan hati, demi diri dan masa depan saya. Alhamdulillah, ia adalah pengalaman yang paling indah dan sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata.

Semuanya berlaku dengan cepat dan saya sememangnya merasakan bahawa agama Islam itu dekat dengan diri saya. Saya masih ingat detik-detik saya terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Ketika itu saya berada di Taj Mahal, India kerana menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan.

Ketika bersiar-siar di sana dan lalu di hadapan sebuah masjid, hati saya tersentuh dan terbuka untuk memeluk Islam. Ia berlaku secara tiba-tiba malah semua rakan terkejut apabila saya menyuarakan hasrat saya bertukar agama. Dengan bantuan beberapa orang rakan, saya telah memeluk Islam di sana. Selepas pulang ke Malaysia, barulah saya mendaftarkan pengislaman saya,?cerita Dahlia yang tidak menafikan bahawa di sana jugalah dia terbuka hati untuk bergelar isteri kepada Azmi Abd.Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe yang turut bersamanya ketika berada di Taj Mahal.


Bukan Sebab Mahu Berkahwin- Dahlia

Menurut pengacara ini, Joe merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepadanya, namun keputusan memeluk agama itu datang tanpa sebarang paksaan daripada suaminya.

Bagi saya Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya. Syukur kepada Allah selepas memeluk agama Islam kes saya dengan bekas suami yang ketika itu masih dalam perbicaraan telah digugurkan. Inilah rahmat dari Allah yang tidak terhingga pada diri saya.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa saya memeluk agama Islam semata-mata kerana ingin berkahwin tetapi saya punya alasan yang tersendiri. Sebenarnya takdir yang telah mendekatkan diri saya dengan agama Islam.

Bagi pun keluarga ibu saya juga merupa kan campuran yang unik, datang daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Ia membuatkan kami sentiasa saling menghormati terhadap kepercayaan agama- agama lain. Maka sebab itulah apabila saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam, keluarga dapat menerima keputusan saya,?ujar Dahlia yang telah memeluk agama Islam pada pertengahan Disember 2010.


Idamkan Anak Kedua
Menceritakan detik-detik perkahwinan keduanya, langkah pertama yang dilakukan oleh Dahlia ialah mengikuti kursus perkahwinan di bumi kelahirannya, Sabah. Walau pun pada mulanya pasangan ini merancang untuk bersatu pada April nanti kerana banyak perkara yang perlu diuruskan namun Allah telah memudahkan segala urusan.

Memang ketika itu saya dan Joe langsung tiada persediaan untuk bernikah tetapi apabila pihak pejabat pendaftar perkahwinan menyatakan yang kami boleh terus dinikahkan, kami semua macam terkejut. Kadang-kadang saya rasa macam tak percaya yang saya kini telah menjadi isteri Joe.

Majlis pernikahan saya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Nasib baiklah ketika pulang ke Sabah saya bawa bersama baju kurung. Sebenarnya baju kurung itu saya bawa pulang untuk dijahit manik tapi ia kemudian menjadi baju pernikahan saya.

Walau pun perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua bagi kami, saya tetap mengharap kan agar kebahagiaan yang saya kecapi ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dan saya juga berharap agar kami dapat memperoleh zuriat bagi memperkukuhkan lagi ikatan perkahwinan yang telah dimeterai,?jelas Dahlia yang kini sedang belajar bersolat dan membaca Al-Quran dengan seorang ustaz selain dibantu oleh suaminya.


Solat Menenangkan Jiwa
Berbicara tentang anaknya yang berusia empat tahun kata Dahlia memang dari awal lagi dia menunjukkan minat dengan Islam walau pun masih kecil. Malah katanya, dia tidak pernah sama sekali melarang Isobel mengikut pembantu rumahnya menunaikan solat.


Isobel terlalu muda untuk memahami semua ini tetapi apabila dia memerhatikan pembantu rumah saya solat dan cuba meniru dengan sejadah mininya, itu adalah momen yang cukup manis buat diri saya sebagai seorang ibu. Mungkin semua ini telah dirancang oleh Allah.


Kebetulan pula pembantu rumah saya seorang muslim jadi dialah yang menunjukkan kepada anak saya cara kehidupan Islam. Langsung saya tidak terganggu dengan caranya. Malah saya bersikap terbuka terhadap pelajaran yang positif yang diberikan kepada Isobel," ujar Dahlia.


Sebagai permulaan untuk mempelajari solat, Dahlia merujuk kepada nota yang ditampalkan pada dinding. Malah sejak mendirikan rumah tangga dengan Joe, mereka sering melakukan solat berjemaah dan percaya amalan tersebut adalah salah satu kunci untuk memperkukuhkan ikatan dalam perkahwinan.


Setiap kali menunaikan solat berjemaah dengan suami, saya rasa cukup tenang. Amalan solat berjemaah ini dapat mengeratkan lagi ikatan antara suami dan juga isteri. Suami tidak pernah memaksa saya melakukan sesuatu perkara, contohnya memakai tudung kerana dia sentiasa memberi ruang kepada saya untuk melakukannya dengan rela hati.

Paling penting, saya utamakan yang wajib terlebih dahulu dan saya akan lakukannya secara perlahan. Syukur suami dan ahli keluarga banyak memberi sokongan kepada saya. Hingga ke saat ini saya seperti tidak percaya sudah bergelar isteri kepada Joe kerana bermula sebagai rakan kongsi, akhirnya kami menjadi pasangan suami isteri. Doakan yang terbaik untuk kami berdua,?jelas Dahlia merupakan hos NTV7 untuk program Bella.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2011 09:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 20-4-2011 09:26

Shaehnee Suri Rumah Yang Sibuk

Bagi diri Sheahnee Iman Lee pula sejak bergelar sebagai seorang suri rumah, kehidupannya lebih sibuk berbanding ketika bekerja. Dia saat ini hanya berkhidmat sebagai pembaca berita bahasa Inggeris secara separuh masa di NTV7 selepas meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu. 揝aya tidak pernah menyesal berhenti kerana selama lapan tahun bekerja, saya sudah cukup selesa dengan pencapaian diri saya. Kini sudah tiba masanya untuk saya menumpukan perhatian kepada anak saya, Zara Aaliyah yang sudah menginjak usia setahun.

Saya meletak jawatan selepas melahirkan Zara. Dahulu saya pernah mengalami keguguran ketika hamil kali pertama dan ia amat menyedihkan kerana waktu itu saya hamil bayi kembar. Walau pun sedih dengan kehilangan tersebut, saya dan suami redha dengan ketentuan Ilahi,?ujar isteri Nazrudin Habibul Rahman atau lebih dikenali sebagai Naz yang juga seorang pengacara dan pelakon.

Usahawan On-Line

Bergelar seorang suri rumah bukan bermakna dirinya boleh goyang kaki, sebaliknya, ibu berusia 32 tahun ini sedang sibuk mengusahakan perniagaan secara on-line yang telah dibangunkan sejak awal Januari lalu.

Sebenarnya idea untuk menjalankan perniagaan secara on-line datang secara spontan. Saya menjual barang-barang keperluan bayi seperti pakaian, permainan selain baju untuk ibu menyusu. Saya juga sedang mereka beg kertas untuk perniagaan saya ini.

Bagi saya sebagai wanita, kita perlu bijak menjana pendapatan kerana perniaga an secara on-line membolehkan saya bekerja dan dalam masa yang sama saya boleh mendidik anak saya dengan tangan saya sendiri. Kalau saya keluar menghantar barang kepada pelanggan saya akan bawa sekali Zara.

Bekerja dari rumah adalah kerja yang paling fleksibel terutama dari segi masa. Lagi pun hidup di bandar besar memerlukan kos sara hidup yang tinggi jadi melalui perniagaan on-line ini sedikit sebanyak saya dapat membantu Naz. Insya-Allah saya akan mengadakan pelancaran bisnes on-line saya pada Mei nanti,?jelas Sheahnee yang merancang untuk hamil anak kedua memandangkan dia dan Naz bercadang untuk memiliki empat orang cahaya mata.

Belajar Memasak

Menyentuh tentang kehidupan berkeluarga, ujar Sheahnee, Naz seorang suami dan bapa yang ringan tulang. Walau pun dia sibuk bekerja, jika ada masa terluang, dia tidak lokek tenaga untuk membantunya menguruskan anak.

Bila saya keluar bekerja, Naz akan jaga Zara. Kami jarang dapat menghabiskan masa bersama memandangkan jadualnya yang sentiasa padat. Jadi bila ada masa terluang, kami selalunya akan keluar makan bersama Zara sambil berbual.

Mungkin bagi pasangan lain ia perkara biasa yang dilakukan pada waktu hujung minggu tetapi bagi kami peluang begini jarang diperoleh jadi kami akan gunakannya sebaik mungkin. Selain itu hingga ke saat ini, saya masih belajar cara memasak makanan kegemaran suami iaitu ayam masak kicap.

Mungkin masakan ini mudah bagi segelintir orang tetapi bagi saya untuk mendapatkan rasa masakan yang sama seperti yang dimasak oleh ibu Naz itulah yang sukar sebenarnya. Lagi pun Naz memang suka makan di rumah,?ujar Sheahnee yang sudah tiga tahun melayari hidup bersama Naz.

Ingin Bertudung Selepas Tunai Haji

Berkisar tentang kehidupannya sebagai salah seorang saudara baru, sejak dari awal lagi Sheahnee telah belajar mendalami agama Islam. Selama dua tahun sebelum memeluk agama Islam, Sheahnee telah mengikuti kelas agama.

Islam menjadikan hidup saya lebih tenang dan damai. Bagi saya agama Islam ialah satu agama yang cukup indah dan murni. Malah selepas memeluk agama Islam saya dapat merasakan bahawa kehidupan saya menjadi lebih bermakna.

Apabila saya sudah benar-benar bersedia, barulah saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam sebab tanggungjawab sebagai seorang muslimah amat besar. Saya pergi kelas agama seminggu sekali dan belajar tentang Islam melalui seorang ustazah. Apabila sudah memeluk Islam, kita perlu menjadi seorang muslimah yang sejati.

Insya-Allah saya bercadang untuk menunaikan umrah bersama Naz dan kemudian menunaikan haji. Niat saya selepas saya menunaikan haji nanti, saya akan memakai tudung. Mungkin dua tahun lagi selepas saya selesai belajar membaca al-Quran dan belajar Jawi,?akhiri Sheahnee.


credit to mingguan wanita
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:26 AM | Show all posts
lawa je dua2
p/s rajinnya TT ubah kaler tulisan sume...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply 3# awan_kelabu


    hehe aku tgh borink nk bt keja opis
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply 4# mixed

oh aku faham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:32 AM | Show all posts
dr apa yg di baca cam bini Naz ni mendengar kata orgnya...semoga bahagia Shenea & dahlia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 09:36 AM | Show all posts
alhamdulillah...mudah2an Allah permudahkan urusan mereka berdua ni menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah, isteri dan ibu yang solehah.... amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:43 AM | Show all posts
alhamdulillah... sejuk perut ibu mengandung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 09:45 AM | Show all posts
Semoga bahagia dan tidak jemu mendalami Islam serta mengerjakan suruhan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:45 AM | Show all posts
pandai hasben diorang bimbing...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:47 AM | Show all posts
apsal anak2 lebih nampak pesen muka makcik2 berbanding maknya?



fotografer ni mesti muka garang. pasal tu budak2 ni masam ja tamau senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:50 AM | Show all posts
awat muka 2-2 budak ni jebek je????penat ke??huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:50 AM | Show all posts
Reply 11# chazey


    kheen anak Naz lagik muka cam nk nagis
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:50 AM | Show all posts
rajin dan semangat shahneen nk belajo jawi...quran tu mmg patut ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:55 AM | Show all posts
ALHAMDULILLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply 13# mixed

personally, aku memang lebih suka sheahnee berbanding daphne. she and her husband are blessed to have each other.

dia memang nampak ikhlas dan bersungguh. lagipun dia bersih dari kontroversi.


daphne? can't say the same.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 10:01 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:03 AM | Show all posts
aku dulu suka tgk naz dan dahlia ni..harap diorg akan kawen sbb diorg kawan baik kan.. tp masa tu dahlia lum masuk islam maybe naz nak cari org islam kot...  tup tup naz kawen dgn mualaf juga... then dahlia pulak dah masuk islam skrg... bagus sgt sbb dahlia dan bini naz bole bersama2 belajar mengaji.

dahlia ni cantik, bijak dan pandai..alhamdulliah akhirnya masuk islam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:10 AM | Show all posts
Mrs Naza tu lak ape cite?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:14 AM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.786925 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list