CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90960|Reply: 2533

JOZAN MaNSioN v.3!! ~ Vote T-Shirt JOZAN@Cari ! (link di page 96)

   Close [Copy link]
Post time 30-4-2011 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 11:40
















Yayy umah ketiga sudaaa...~!



                                               

        

        
                             


                                                      

  





JOZAN @ MAHARAJA LAWAK



MINGGU 1






MINGGU 2





MINGGU 3




MINGGU 4



MINGGU 5


MINGGU 6



Dengan doa dan harapan mudah2an Johan & Zizan:

- mengekalkan hubungan baik sbg sahabat yang sgt cute bila berdua tu



- meningkatkan prestasi dari segi mutu persembahan



- mendapat lebih byk job tak kira melawak, pengacaraan, filem, drama dan lain2



-
menjadi juara Maharaja Lawak



- dijauhkan dari segala kontrovesi yang boleh menjejaskan nama baik JOZAN yang tgh kat atas skg nie



- kekal bahagia bersama keluarga masing2

amin ya rabbal alamin...



Doa credit to: viscose


AHLI-AHLI JOZAN MANSION

(Nama & No.Keahlian)


001- JOZAN (JOHAN/ZIZAN)
002- JOZAN (JOHAN/ZIZAN)
003- SaVilara
004- Tashu
005- Dermawan
006- Viscose
007- maxim
008- airuszzdy
009- auni2011
010- cloudnine_mm
011- Gnola83
012- jejahcomel
013- kakleen
014- alyssasarah
015- wunny
016- wizardly_boy
017- mafaz
018- kurusss
019- choolakaw
020- lepapilon
021- fredbok87
022- hyun
023- izat123
024- rose_weedy
025- nia07
026- Warda
027- amyainsamad
028- Ha_Neul
029- adikmanis
030- cemp
031- Abob
032- As_Qein
033- caricari
034- Sueida87
035- anchak
036- IoriYagami
037- syasyafina
038- manganini
039- msrosse
040- FlowerGirl
041- ziee
042- cmf_conan
043- DULUVS
044- black_dahlia
045- cmf_lie
046- wulan_cinta
047- ihtisyam
048- dideal_2004
049- meea_dameea
050- petrolaffy
051- tabasco
052- AmaniGafimmers
053- zi_trone22
054- Leha_Johnson

055- seroja23
056- farah85
057- mawarkhayalan
058- juezairi
059- zuranura
060- AlienGurlz
061- ren0_0
062- bloomy
063- dhia_khumairaa
064- FanCT
065- illa

066- azwandyazizan
067- talapia
068- baby_shy04
069- jingga007
070- ayu611
071- sufiprint

072- pinklollipop

073- narcolepsy
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2011 09:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:22

BIODATA JOZAN










Nama: Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz  (Johan)

Asal: Ampang, Selangor

Tarikh Lahir: 13 June 1984 (Gemini)

Agama: Islam

Keturunan: Malay/ Chinese

Tinggi: 169 cm

Hobi: Futsal, Jogging & Video Games


Pencapaian:

1) Second runner-up untuk Raja Lawak Astro Musim Pertama

2) Mewakili Selangor dalam Pertandingan Drama Peringkat Negeri (Anugerah Watak Terbaik)

3) Juara Karaoke tahun 1994 & 1996


Telemovie: Hang Pa La Hantu, Papaku Rock, Osman Berani, Halimah Jongang, Nak Balik Raya, Duyong & Dugong, Loklak dan Awekku Bukan Awekmu.


Drama / Episod: Chaparela, Pasrah, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Semanis Janji (RTM), Oh Yeah, Redah Kasi Pecah dan Raja Lawak.


Teater: Siti di Alam Fantasi



Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Libas, Raya Tak Jadi, Bohsia, Bujang Terlajak, Ponti vs Omi, Along Bukit Beruntung, Berani Punya Budak dan Uncle Usin.


Pencapaian tertinggi didalam hidup:
Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama dan Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular).


Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.


Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak:

Youtube, isteri, buku, keluarga, internet dan persekitaran.


Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.


Komen Astro mengenai JOHAN: "The 3rd Place winner of ASTRO Raja Lawak proves that he deserves to be one of the finalists. Yazid or better known as Johan is able to make anyone laugh with his spontaneous remarks and jokes. Johan can also be considered as the Jack of all Trades as he varies his ability to do things. Apart from doing comedy, he is able to host TV programs, events, and even sing."









Nama Penuh: Mohd. Razizan Bin Abdul Razak
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tempat Lahir: Dungun KT
Tarikh Lahir: 15 April 1984 (Aries)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Tinggi: 170 cm


Pencapaian: 1) First Runner-up untuk Raja Lawak Astro Musim Pertama.

2) Favourite TV Personality SHOUT! Awards

3) Bintang Komedi Paling Popular  2010


Filem: Uncle Usin, Kapoww! Atoi The Ajaib Boy, KL Gengster, Hantu Bonceng dan Bohsia 2: Jalan Kembali.


Teater: Tengku Dalam Kalsom, Ngilu dan Mayang Ngoyang.


Program TV: Citra Warna 2001, Radio RTM, Cinta.com, Pasrah, Gaia, AC Di Sini, Fulus Mania, Jozan Show (Musim 1), Raja Lawak (Musim 2 - 5) dan Idola Kecil 2009.


Host: Zizan Show, Idola Kecil, AC DiSini, Anda Ada 60 Saat, Remaja Ekstrem dan Jangan Betulkan TV Anda (Singapura), Melodi, Anugerah Bintang Popular BH 2010.


Pencapaian tertinggi didalam hidup: SPM.


Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Bila lawak menjadi.


Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Diri sendiri dan orang sekeliling.


Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Mendidik masyarakat dalam lawak.


Komen ASTRO mengenai ZIZAN: Zizan of Raja Lawak does not only has the charm, he also has the tongue for comedy. Razizan was the first runner-up for Raja Lawak Astro in 2007. Apart from comedy, his resume shows that Zizan loves acting as he has acted in several TV shows and theatres.




* Maklumat dipetik dari website Raja Lawak 2008 & Maharaja Lawak 2011..dan tambahan maklumat sendiri hasil dari Google

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 9-5-2011 03:24

GAMBAR-GAMBAR JOZAN



        
            

HASIL KARYA JOZANNURSE


by: wunny



  


by: Tashu


    


by: SaVilara











Antara artikel2 sal keserasian JOZAN yg iols pernah jumpa

Quote dari JoZan sendirik di interviu Kosmo:


*Kalian berdua selalu digandingkan. Sejauh mana keserasian kalian sebenarnya?

Johan: Serasi bersama (ketawa). Memang serasi, misalnya kalau kami bersama, selalunya Zizan selalu 'tarik' saya kalau saya pergi begitu jauh. Begitu juga saya, kalau Zizan lihat saya sudah merapu, dia cover saya.

Zizan: Keserasian berkait pada pemahaman. Kami berkenalan pun masa uji bakat Raja Lawak. Kami sama-sama layan lawak masing-masing. Pemikiran kami selari. Dari situ timbul keserasian malah di luar dunia kerja, kami juga berkawan baik.


Quote dr Zizan:

"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin", ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini - Mangga Online


Lagi quote Jijan bout Johan (dpt dr website):

* Anda biasanya digandingkan dengan Johan. Jika tanpa Johan apakah anda boleh membawa karakter ataupun lakukan lawak seorang diri?

-Sebelum ini saya di Raja Lawak pun memegang tiket pelawak solo. Tapi setelah keluar dari Raja Lawak saya banyak digandingkan bersama. Tak kisah pun, orang kata berdua lebih baik gitu...!

Kalau berdua idea tu lebih banyak dan ada kesinambungan yang berterusan bila berlawak. Tidak timbul rasa selesa atau tidak, kerana Johan juga berbakat. Kalau dinner show saya pun ada buat lawak solo. Tengok keadaanlah. Kalau saya kena buat solo, saya kena buat banyak persiapan mental dan mencari idea yang lebih sebab idea kena fikir sendiri. Kalau berdua, bolehlah kita berkongsi idea.


* Mana lebih selesa, lawak solo ataupun dengan Johan?

- Dua-dua suka dan dua-dua tak ada masalah.


Ketika ditanya komennya apabila terus digandingkan dengan Johan, Zizan berkata; pasangannya itu paling serasi sama ada di dalam atau luar rancangan yang diacarakannya.

Dia juga mendapat maklum balas positif daripada para penonton Raja Lawak yang mahukan agar gandingannya bersama Johan diterus pada masa akan datang.

"Setakat ini Johan paling serasi berlawak dengan saya di atas pentas atau mengacarakan Raja Lawak. Saya belum jumpa lagi pelawak lain yang boleh begitu serasi selain Johan.

"Kadangkala sewaktu mengacarakan Raja Lawak kami saling tidak boleh menahan gelak sampaikan saya selalu terpaksa buat 'muka ketat' (menahan) kerana gelagatnya itu.

"Malah, kami juga mempunyai gaya dan rentak tersendiri kerana sudah faham dan tahu dialog atau topik apa yang hendak disampaikan," katanya. - Utusan Online




Zizan turut menjelaskan dia begitu serasi bekerja dengan Johan dan jika di luar bidang kerja juga mereka sentiasa serasi."Jika dilihat kerja kami di Raja Lawak, kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk berinteraksi... ini kerana kami memang serasi dan biasa kerja bersama."Bila di luar bidang kerja juga, kami memang begini, tidak boleh jika tidak melawak, bergurau dan tidak tahu duduk diam. - mStar Online

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 9-5-2011 02:49

ARTIKEL  

  


credit to: mStar online

Isnin Februari 21, 2011
Keserasian Mantapkan Lawak Zizan & Johan

Oleh WAHIDUZZAMAN







BAGAI raja di pentas, gandingan dua bakat komedi ini licik mengatur bicara dan jenaka sehingga memukau peminat komedi. Tanya saja pada sesiapa pun, pasti ramai yang tidak mampu menidakkan penangan gandingan Johan dan Zizan.

Jika dihitung hayat pembabitan mereka di pentas hiburan, perjuangan dua jejaka yang sinonim dengan jolokan Jozan, hasil gabungan nama mereka itu sebenarnya masih terlalu ‘hijau’.

Mula membina nama selepas menyertai program Raja Lawak Astro musim pertama (RL1) pada 2007, Johan dan Zizan terus mengorak langkah sehingga berjaya memahatkan nama sebagai pelawak dan pengacara pelapis paling efektif hari ini.

“Sebenarnya, keserasian itu sudah terjalin sejak kami dalam RL1 lagi. Walaupun ketika itu kami adalah pesaing, Johan sering berkongsi idea dan pandangan tentang persembahan mingguan kami.

“Selepas tamat RL1, saya dan Johan diberi peluang untuk menerajui program Lawak King. Dari situ, pihak penerbitan melihat keserasian kami dan terus ditawarkan sebagai pasangan pengacara RL musim kedua sehinggalah hari ini,” imbas Zizan.

Melihatkan aksi lucu mereka yang lancar dan spontan di pentas, pasti terdetik di hati kita tentang rahsia di sebalik keserasian itu. Gandingan Johan dan Zizan bukan sahaja serasi berpadu, malah lebih istimewa lagi, persefahaman itu diperakui berkesan pada mata umum.

Mengulas tentang perkara itu, pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abd Razak, 26, (Zizan) menyifatkan keserasian mereka berlaku secara semula jadi atas dasar persefahaman dan keikhlasan.

“Asas kepada keserasian kami adalah keikhlasan dan persefahaman. Selain sering berkongsi idea tentang sesebuah persembahan yang dijayakan, kami juga saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Semuanya berlaku secara spontan dan semula jadi sebenarnya. Selalunya, jika Johan memberikan sesuatu idea lawak, saya akan faham sendiri petanda yang diberikannya dan sambut serta kembangkan jenaka itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas empat tahun bekerjasama, dia dan Johan sentiasa bantu-membantu, tetapi jauh sekali untuk cuba membayangi satu sama lain ketika di pentas.



Gambar: Penampilan Johan dan Zizan selalu menggamitkan suasana

“Tiada istilah siapa lebih atau siapa kurang dalam setiap persembahan kami. Sebaliknya, kami sentiasa bantu-membantu bagi mengimbangi kekuatan dan kekurangan masing-masing.
“Sejujurnya, walaupun kami sentiasa merancang sesebuah persembahan itu, ironinya apabila berada di pentas, kebanyakan jenaka yang keluar adalah bersifat spontan dan tidak mengikut perancangan asal.

“Mujurlah kebanyakannya menjadi dan mendapat respons yang baik daripada penonton,” katanya yang kerap berbincang dengan Johan tentang perancangan masa depan karier masing-masing.

Bagi Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 26, keserasian mereka bertitik-tolak daripada toleransi dan profesionalisme. Akui suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini, walaupun mereka hanya rapat ketika bekerja, persefahaman itu tersemai secara semulajadi bertitik-tolak daripada sikap tolak-ansur dan saling memahami.

“Realitinya, saya dan Zizan tidak begitu rapat apabila berada di luar. Namun, apabila bekerja memang kami akrab dan serasi. Keserasian ini bagaimanapun terbina atas sikap toleransi dan persefahaman yang kami amalkan sejak mula bekerjasama. Apabila kami mengadakan sesebuah persembahan, kami memang amalkan teknik ‘beri dan terima’, dan setakat ini Zizan faham dengan cara saya dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Bercerita tentang lawak jenaka mereka, Jozan mengakui mereka sentiasa peka pada sensitiviti bahan jenaka yang dipersembahkan kepada umum. Bagi mengelakkan jenaka yang disampaikan itu menyinggung mana-mana pihak, mereka sentiasa berpesan dan mengingatkan antara satu sama lain.

“Kami memang sentiasa peka tentang perkataan-perkataan atau isu-isu sensitif ketika berlawak. Perkara-perkara berkaitan agama, bangsa, seks dan berbaur lucah memang akan kami elakkan,” kata Johan.

“Sebab itu kami perlu saling ingat-mengingati dan berfikir sebelum berlawak. Kami bukan membuat lawak kosong tanpa berfikir. Sebolehnya, setiap jenaka itu mempunyai mesej tersirat untuk kebaikan semua, cuma ia disampaikan dalam bentuk yang santai,” ulas Zizan pula.

Mengekalkan momentum lawak dalam setiap persembahan ternyata bukan tugas mudah. Setiap pelawak di atas dunia ini pun sering mengalami pasang surut dan kekeringan idea.

Kata Johan, mereka sering bereksperimen dalam setiap persembahan yang dilakukan. Kebiasaannya, mereka akan menonton semula rakaman persembahan yang dijayakan bagi mengenal pasti lawak yang mencuit hati penonton.

“Selalunya saya dan Zizan akan rancang bahan jenaka sebelum melakukan persembahan tetapi kami tidak pasti sama ada ia menjadi atau tidak. Untuk melihat keberkesanan lawak yang disampaikan, saya akan menonton semula rakaman persembahan itu dan mencatat bahagian dan perkataan jenaka mana yang boleh buat penonton gelak. Seandainya, kami mengalami kekeringan idea sebelum sesebuah persembahan, biasanya kami akan lakukan jenaka secara spontan sahaja,” jelasnya.

Mengeratkan lagi ikatan itu, Johan dan Zizan turut disatukan dalam program bual bicara Jozan Show yang bersiaran di Astro Prima. Bagaimanapun, kesibukan jadual seni masing-masing menyebabkan rakaman musim baru program itu sering tertangguh sehingga hari ini.

Gandingan mereka yang kini boleh ditonton sebagai pengacara RL5 akan kembali bersatu dengan nama Jozan dalam persaingan program Maharaja Lawak di Astro Warna tidak lama lagi.

Melengkapi profil gandingan itu, Johan dan Zizan dijangka turun ke lokasi penggambaran filem komedi aksi arahan Syamsul Yusof, April depan. Dalam filem yang masih belum diketahui judul rasminya itu, mereka akan bergandingan buat julung kalinya sebagai teraju utama.

“Saya dan Johan akan bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem ala penyiasatan itu. Belum ada perbincangan rasmi dan kami pun belum melihat skripnya lagi tetapi yang pasti ia sebuah filem bergenre komedi aksi,” kata Zizan.

Manisnya, selepas empat tahun membina nama bersama, segala usaha dan komitmen mereka kian diiktiraf ramai. Jika pada November lalu, Zizan memenangi Anugerah Personaliti TV Kegemaran di Shout! Awards 2010, mereka terus melakar populariti apabila masing-masing tersenarai sebagai finalis Artis Lelaki Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung pada April depan.



ARIES & GEMINI Compatibility


ARIES (Zizan, 15 April)
GEMINI (Johan, 13 Jun)
These folks won’t bore each other due to the fact both really like to talk. (It’s a close contest, but Gemini should in all probability win.) And they give a special compatibility, for Gemini is as restless and keen to try new issues as Aries is. There are no inhibitions on either side. Gemini is clever enough to circumvent if Aries’s do dominate. Gemini may look for additional outdoors stimulation, but is discreet about it.Their minds mesh effectively; Aries is dynamic and intelligent, Gemini is versatile and ingenious. The indicators are absolutely go.

This lively, energetic set can be good friends as well as good lovers. These folks thrive on activity, adventure, and range; enjoy each other’s humor; and like social life. Aries will possibly make the choices due to the fact Gemini has problems in that area. Aries’s domineering streak will offer Gemini the advice it needs-and Gemini’s occasional wanderings from the straight and slim could hold Aries on its toes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:26

TELEMOVIE LAKONAN JOZAN



BABAK 105 KAMPUNG PRIMA













HANG PA LAH HANG 2




NAK BALIK RAYA











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:27

JOZAN @ YOUTUBE


Kau Ingat Kau Cantik Sangat



Kau Ingat Tarian Kau Bagus Sangat

   (1:27 Dengar sore Zizan gelak kat belakang time Johan wat lawak )

Smart Store



Spa 'U (episod 2 - "melenggang2 padi huma"






Akademi Bomoh


DVD and DVD


Zamina-mina hey, hey!



'MUZIK VIDEO SONGSANG'

Aku Nak Ayam - Fubulus Frog



Skim Cepat Kaya - Blues Prihatin Daerah Kemaman



Cinta Kereta - Garlic Butter Prawn


Your Money - Wonder Boys



Aku Tak Mahu Kahwin Kau Sebab Kau Kurang Pandai -Azman and the Computer



Ku Cinta Si Hitam Si Hitam Manis - Joe Fri Frow feat. Lady Kaka




JOZAN @ BEST OF RL5







(4:15 ke atas paling lawak)


JOZAN @ ALKISAH RL5








to be continued...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 9-5-2011 02:31

VIDEO EKSKLUSIF JOZAN
Ni vid masa adegan tiup kek, shweet feluks2 & declaration mampoo beraniey matiey oleh JIJAN terhadap JOHAN



Ni time depa duet together2 lagu Pak Sedare JOHAN, 'GALI LUBANG' (xdo lagu lain ko )




all vid credit to: MrRaya999

MiG Online - Maharaja Lawak Zizan +Bday Zizan


video konsert terima kasih harian metro


Konsert kemuncak Harian Metro.. (JoZan buat kacau time Shahir nyanyi..)





Pantun Minggu ke Minggu  (part 1 )

by: Gnola


Minggu 1


Goyang-goyang goyang kepala goyang

Sketsa warm up JOZAN diminggu pertama

Mendapat kritikan pedas dari setiap orang

Sampai menanah telinga kami mendengarnya


Juri Mamat Khalid sound setepek

Tapi dibekap Ahmad Idham

Johan dan Zizan buat2 rilek

Hanya mengangguk tanda paham



Minggu 2


minggu kedua JOZAN menyengat

membawa kesah sol dan papa

semua pakat gelak tak hengat

haters sibuk cari mana yg tak kena


Sol dan papa watak diberi

Hanya sekadar suka-suka

Takde isu yg nak dikontroversi

Relax-relax je tgk sudahlaaaa



Minggu 3


komedi muzikal paling ditunggu

baby baby baby la kau

Jozan bijak menyelit lagu

sampai semua org terpukau


baby ku itu baby mu jua

Fakrul dan Musalman telah diperdaya

oleh baby yg agak berusia

yg sesuai dgn AC Mizal saja  (maaf maaf maaf!!)



Minggu 4


basri dan jaya rakan bersubahat

didakwa mencuri tabung surau

lawak kreatif sambil main light

terselit nasihat dalam bergurau


Ikhlas si Jaya hanya tiga puluh

Basri asingkan masuk dlm poketnya

Disoal dilokap sampai berpeluh

Takpe, dlm lokap pun ada surau juga!



Minggu 5


kete lama remote je yang baru

dibayar cash hanya duit muka

mail lambung sudah berbulu

dibawa surat RO nak tarik kereta


rupanya bakal abg ipar empunya kereta

adiknya rozey tiger bakal tunangan

pantas mail lambung bertukar rupa

menjadi sopan dalam hati bertaman



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:30

JOZAN's GIF (credit to wunny, choolakaw & anchak)

PART 1



1. Baby, Justin Bieber


2. Pupus, Dewa


3. Bukannya Aku Takut, Juliette



4. Lelaki Ini, Anuar Zain


5. Naluri Lelaki, Samsons



6. Noktah Cinta, Hafiz



7. Jahat, Stacy (featuring AC gelang)


------------------------
TAMMAT (featuring ac gelang juga)



Johan: Hei MusalmanZizan: Fakhrul!!




Zizan: Rozaimi, Rozaimi, Rozaimi (pause)

eh, Fakhrul!



Johan: Hari tu dia keluar dengan Osman, Adlin
Zizan: Lagi..
Johan: Aman
Zizan: dan juga Ramli?








kredit to tumbler MRL


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:35

JOZAN's GIF (credit to wunny, choolakaw & anchak)

PART 2


JOZAN@ RL



            



      

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:42

JOZAN's GIF (credit to wunny, choolakaw & anchak)

PART 3



JOZAN @ BEST OF RL2


    


    






JOZAN @ BDAY ZIZAN

  

  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 21:51

JOZAN's GIF (credit to wunny)

PART 4
BROMANCE



    


    



    




KOLEKSI GIF SENTAP

          
         




Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:29 PM | Show all posts
umah baru bestnyer....kaya jozan mansion
asik pindah umah....hehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:35 PM | Show all posts
CHECK IN
wow...i'm 3rd...i cant believe ittttt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:36 PM | Show all posts
nak duduk kat pes page jugak
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by dideal_2004 at 30-4-2011 21:43

CheckEd in....ML week 5 jozan plg best...definitely
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 09:41 PM | Show all posts
yay~~...masuk umah baru..
kaya kita byk umah...(tiba2... )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 10:31 PM | Show all posts
yaay umah baru...online fm fone...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2011 10:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 30-4-2011 22:37



ANALISA KEKUATAN / KELEMAHAN JOZAN (oleh rose_weedy)




INDIVIDU




JOHAN

kelemahandulu arr.. kuikui~ Johan ni. terlalu selamba, selesa, relax & etc. Dia tau kekuatan dia. Dimana, tanpa mimik suara dia, karektor dia, lawak tu xleh jadi kelakar sesgt. So, adakalanya dia akan bangga diri. TRUE. Dia memang jack of all trades bak kata astro. semua dia boleh. he can control the audience. he had the power to. itulah yang buat dia kadang2 lupe, dia berada dalam pertandingan maharaja lawak tu. But, kejap je. the next week masa gelanggang kedua. there u go! thats the real JOHAN. PAPA SOL kembali mengganas~. kelemahan dia lagi... bila dia cuba bagi lawaknya... but takda respon dari partner dia. dia akan terus sedih. but beza dari Zizan yang memang terpampang nampak kerisauan tu. dia jenis... ahh.. lupakan. lagi satu, dinama dalam lawak2 Johan, dia akan mintak partner dia mulakan dulu. baru dia bagi. kiranya dia tu killer la. But then Zizan pun killer.. macamana tu..hehe.Disebabkan dia ni anak buah Abg jem tu, So, Kita akan tengok dia ni sama je ngan pakcik kesayangan dia tu. ada karektor, boleh buat mimik suara.

Kekuatan ~ Dia ni, sebab Jack of all trades kan.. so letak la dia kat apa2 situasi pun. dia boleh handle. Maybe orang tgk kat galaxy sharp tu, dia xmenyerlah... yelah, time tu, muke baru lepas kena baling gelas la gamaknya. harus merundum terus. padahal iols tgk cite tuh ok jah~hehe. Johan ni, maybe orang tak pernah tgk lakonan dia kat mana2 selain hantu kak limah, halimah jonggang & chapalrela. But I really hope you did follow alang menanti malang or maybe his next tv series. Dia damn kelakar man~! alang mananti malang tu, bayangkan si hitler tu terus baling skrip dia n gelak kuat3 sebab xtahan perangai Johan yang asyik nak buat kelakar dalam keadaan direktor pun xdapat nak jangka. And in Maharaja Lawak, nampaknya dia masuk pertandingan tu untuk berjuang secara sihat. xnampak pun dia nak menang so dia buat lawak selamba badak dia. and thats kekuatan JOZAN pun. lawak selamba. Lawak terbaik Johan.. ada banyak... but seems like lawak Ah Chai, Papa Sol, Fazilah Kamtumi sgt disukai & melekat di hati penonton~






ZIZAN




KELEMAHAN ~ xbanyak sangat kelemahan Zizan sebab kelemahan dia selalunya ditutupi oleh kekuatan dia. Kelemahan Zizan ialah dia jenis xleh nak cover ekspresi. kalau dia tgh risau, dia tunjuk. kalau dia tgh sedih dia tunjuk n kalau dia tgh gembira dia tunjuk. which is actually not too good for a perfomer. especially time dia risau lawak dia tu menyinggung perasaan individual lain. terus off mood dia. aduhyai.. wahai mohd razizan... you should know.. that, its ok to make people laugh. just relax a bit. chill.~ but jangan over ye razizan.~hehehe. KElemahan Zizan yang kedua, dia tak berapa lawak jika dia "DISKRIPKAN" , "DICOMBINEKAN dengan sesiapa selain JOHAN", "DISOLOKAN". diskripkan meaning, dia ni dipaksa patuh ngan skrip yang ada. contoh RL5 tema silent comedy part nazmi. bila dia pegang skrip, memang dia ikut je la. terikat sikit lawak dia. And kita tgk jugak kat tempat2 lain filem terutamanya, dia tak kelakar pun bila ikut skrip. but, in Charalrela, I believe, every scene anjang ngan jali, not scripted... sebab tu bengong jah lawaknya. hahahaha. Bila Zizan dicombinekan ngan orang lain. dia kan TENGGELAM. enuf said. sebab Johan je yang pandai control dia n vice versa. contoh time Mereka campur Jozan with another perso nabil ke sesiapa ke.. senyap terus dia. contoh lain masa minggu first ML... AC Mizal cakap "dah2 lepas ni... aku ngan dia je (tunjuk kat johan.. antu kak limah tu..) Zizan... terus lost. And bila Zizan 'Disolokan' xberapa nak menjadi but still boleh diterima.. contoh his hosting skills~..ZIZAN mempunyai semangat nak menang yang sangat tinggi. itu kelemahan dia yang nyata. haha. so as fans.. kita kena realisasikanla.. apa lagi.. ML20 JOZAN la & antar ke 32999~

KEKUATAN ~ kekuatan anak pak razak ini, ialah wajahnya. ye, gadis2... wajahnya. percaya atau tidak... bolos saja dinding itu. haha. wajah xberapa nak pan-asia dia tu.. memang boleh jual. itulah kekuatan dia. Zizan mempunyai aset iaitu Hidungnya. orang boleh melawak pasal hidung dia and orang juga boleh menyukai hidungnya itu. wah~hahaha. kira pakej Zizan ni memang ada untuk market seni kita ni. Kekuatan lain pada zizan ialah, dari Raja Lawak 1, Zizan memang terkenal dengan slapstik dia. Zizan sangat suka menggunakan gerak tubuh dia dalam melawak. itu gaya dia. some of us may think ia x senonoh n etc. but itulah cara dia dapat duit. LOL~ benda tu lawak, sebab struktur badan dia yang kurus. Zizan pun sangat alert ngan isu semasa, sebab tu kot dia jadi pengacara. sebab benda2 macam tu sangat penting. Jenis yang mintak maaf setiap kali buat kesalahan, and sentiasa rendah diri ngan peminat2 dia membuatkan dia ni sentiasa diminati. Dalam Maharaja lawak, lawak terbaik Zizan buat ialah sewaktu... minggu ke 3... masa dia menukar2 nama Johan.. fakrol, amri... etc. Johan pun xtahan nak gelak.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 10:37 PM | Show all posts
lapor diri .. yeahh.. tgh layan konsert akademi fantasia.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2011 10:38 PM | Show all posts
nak jd ahli..ahhaahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.214454 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list