CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 5-5-2011 09:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 5-5-2011 21:56

Bab 4

JAM baru saja melangkah ke angka sebelas setengah malam.Namun, suasana di dalam pejabat masih lagi riuh dengan bunyi lagu-lagu yangkeluar dari corong komputer serta masih jelas lagi kelihatan lima enam orangpekerja yang sedang tekun di meja sambil asyik menyiapkan kerja masing-masing.Ada yang tengah khusyuk mengadap komputer, ada yang tengah berbincang dan adajuga dua tiga orang yang dari tadi asyik keluar masuk bilik sound denganvideo editing. Mungkin tengah bertungkus-lumus nak siapkan kerja-kerjaterakhir sebelum ditunjukkan pada pihak pelanggan. Begitulah keadaannya hampirsetiap malam. Jarang sekali ruang pejabat itu akan ditinggalkan sunyi tanpaberpenghuni melainkan waktu cuti hujung minggu. Setiap malam, ada saja pekerjayang akan pulang lewat dan membuat kerja lebih masa.

Begitu juga dengan Anum, sepanjang minggu nitak pernah sekali pun dia melangkah keluar dari pintu pejabat lebih awal darijam satu pagi. Tiap-tiap malam dia akan duduk berkampung dekat pejabat ni.Paling awal yang dia balik pukul tiga empat pagi. Memang sibuk memanjang! Harini pun dia sibuk sampai tak sempat nak makan langsung. Dari pagi sampai petangdia ikut krew shooting dekat luar. Sengaja nak pantau macam manabudak-budak tu shoot iklan ubat gigi. Nama aje iklan ubat gigi, tapi nakshooting sampai atas bukit sana tu. Bila petang sampai aje dekat ofis,dah ada pelanggan yang tunggu nak berbincang pasal projek iklan baru.Berjam-jam duduk dekat bilik mesyuarat tu. Sampailah sekarang ni dah nak masuktengah malam, tak habis-habis lagi nak buat kerja itu ini.

Adi! Commercial untukKementerian tu dah siap ke belum?”

Dari jauh lagi kedengaran suara Anum yangmelontarkan vokal nyaring dari muka pintu biliknya. Berdiri tegak sambilbercekak pinggang melontarkan pandangan pada jejaka awal dua puluhan yangberada kira-kira sepuluh meter jaraknya dari bilik Anum. Lelaki yang baru sajanak buka pintu editing beralih pandangan menoleh ke arah Anum.

“Belum. Tengah finalise ni ar… darisiang tadi I dok pulun nak siapkan sampaikan nak terkencing pun kena tahanberjam-jam. Ini dah keluar, baru legaaa…” balas lelaki dengan ketawa perlahan sebelummembuka pintu bilik dan terus masuk ke dalam bilik editing tersebut. Anummelangkah keluar dari biliknya lalu menurut jejak Adi masuk ke dalam bilik editing.

“Tak siap lagi? Tengah hari esok dah nakkena present dah kan? Kita dah janji by tomorrow commercial nidah ok kan?” soal Anum sebaik saja dia masuk ke dalam bilik suntingan tersebut.Mengambil tempat di sebelah Adi dan juga Fakhrudin, studio editor yangtengah asyik mengadap skrin komputer besar dihadapannya.

“Yup! Kalau ikutkan semua dah settle, tapibila I tengok balik macam ada kurang la dekat montage dia. So, Itouch up balik. Tambah mana-mana effect yang patut, letakgambar-gambar banyak sikit. Biarnampak gempak lagi la…”

“Naktambah apa benda lagi? Semalam I tengok yang you buat tu dah ok apa? Tak puashati lagi?” Anum membongkok. Menelek melalui skrin komputer hasil kerja pemudatersebut. Sesekali dia mengangguk-anggukkan kepala apabila melihat beberapa hasilsentuhan lelaki itu yang menarik pada pandangan matanya.

“BiasalahAd… selagi ada masa, selagi itulah ada saja benda yang nak ditokok tambah. Adasaja yang tak puas hati di mata ni ar… lagipun I tengok orang-orang dariKementerian tu macam cerewet sikitlah. Jadi sebelum dia orang komplenapa-apa esok, baik I buat something special biar dia orang puas hati.Kartun budak lelaki dengan perempuan yang tengah makan keropok ni nampak tak smoothla. Kalau ikutkan hati rasa macam nak suruh buat balik animation diani. Tapi tak cukup masa la pulak... Mintak-mintaklah dia orang ok esok,”

“Alah… sure ok punya… I tengok 3danimation yang you buat ni dah masuk kategori gempak dah. Kalau tengokiklan-iklan government yang keluar dekat tv tu bukannya powersangat pun…”

“Ish… bahaya statement you ni Ad…”celah Fakhrudin sambil menyengih.

Anum juga turut ketawa kecil. Suka-suka hatidia aje nak kutuk-kutuk hasil kerja orang lain kan?

“Mula-mulakalau ikut storyboard, commercial ni seminit je. Tapi bila masuk postproduction boleh terlebih pulak. So now I nak adjust manayang patut. Pendekkan montage dia sikit ke, buang mana-mana part yangtak penting ke, biar jadi tak panjang sangat. Tapi dalam waktu yang sama nak touchup biar tambah smooth lagi…” Kali ini Fakhrudin pula yang memberisedikit penerangan walaupun tidak diminta oleh Anum.

Anum mengangguk-angguk lagi. Begitu berpuashati dengan penerangan mereka berdua. Hasil kerja Adi, memang selalunya bagus.Walaupun baru aja habis belajar dan menyandang jawatan sebagai 3d animator taksampai setahun di sini, tapi ternyata dia memang berbakat. Dan Fakhrudin pulatak payah ceritalah. Dia dah lama berkecimpung dalam bidang editing.Sebelum kerja sini lagi dia dah pernah makan gaji dekat tempat lain mengedithasil kerja orang lain. Jadi pendek kata, nasib baik syarikat ni dapat duapekerja yang bagus macam mereka. Yang sorang senior penuh denganpengalaman, yang sorang tu pulak junior yang punya masa depan cerah.

“Sempatke? Sekarang ni pun dah nak masuk dua belas malam dah ni…” Anum menyatakankegusaran. Nak buat benda ni bukannya sekejap. Kerja-kerja post production nikadang-kadang makan masa jugak. Risau kalau-kalau tak sempat nak bentang tunjukhasil kerja yang lengkap dan menarik depan pelanggan esok.

“Kalauterpaksa, tidur ajalah dekat ofis malam ni. Janji benda kena siap! Kalau esok clientpuas hati, tak tidur satu malam pun berbaloi…” balas Adi dengan sedikitsenyuman terukir di bibirnya.

Setakat nak over night dekat pejabat,bukanlah satu perkara yang asing baginya. Malah bagi ramai lagi para pekerja di sini. Pejabat ni dah macam rumahkedua bagi mereka. Silap-silap haribulan bukan rumah kedua dah, patut digelarrumah pertama lagi layak. Lebih banyak duduk dan tidur dekat pejabat dari tidurdalam bilik sendiri dekat rumah. Lebih-lebih lagi bila ada kerja yangbetul-betul dah nak sampai dateline. Memang lagi tak cukup masa nakberkejar balik rumah. Duduk ajalah dekat pejabat sampai kerja siap! Nak balikmandi pun tak sempat.

Nasib baik dekat ofis ni memang dahdisediakan satu bilik rehat. Bilik yang dipanggil oleh budak-budak ofis heavenroom. Mana taknya, dalam bilik tu siap ada bilik mandi, sofa bed dengantv. Nak tengok cd dengan karaoke pun boleh. Bilik yang direka khas oleh Danny untukpara pekerjayang tak sempat nak balik rumah, tapi nak merehatkan matabarang seminit dua. Nak lepaskan lelah. Bilik yang disediakan tu rasa macamlebih
best dari bilik sendiridekat rumah. Cantik gila! Danny – memang bos paling best!

Anum juga senyum sedikit bila dengar keluhandari Adi tentang over night di pejabat. Tidak pulang ke rumah, dia sendiri sudah lali sangat dengan perkara tusemua. Kerja lebih masa ataupun over time memang sudah menjadi makanansejak dari mula-mula kerja sampailah sekarang. Selagi pelanggan tak puas hati,selagi dateline belum sampai, selagi itulah kena berperang dengan masa,bersengkang mata untuk menyiapkan kerja. Jadi, bagi sesiapa yang bercita-citahendak bekerja sebagai designer ke, pereka grafik ke, animator ke atauada pasang impian nak terjun dalam bidang pengiklanan atau animasi,bersiap-sedialah dengan bantal dan tilam di pejabat ya? Selagi kerja taksiap, jangan harap dapat nak melingkar atas katil dekat rumah. Duduk melekatajalah atas kerusi depan komputer tu…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 09:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 12:54

“Don’t worry Adi. You takkan over night sorang-sorang malam ni. Fakhrudin akan temankan you. In fact, ramai lagi yang dekat luar tu kena duduk mengadap komputer sampai pagi. I gerenti…” kata Anum masih lagi diiringi dengan sedikit senyuman untuk menyedapkan hati Adi. Terangguk-angguk Fakhrudin mendengarnya.
     “Oklah. Sambung baliklah kerja you all. I saja tanya tadi…” tambah Anum sebelum melangkah keluar dari bilik editing dan masuk semula ke dalam biliknya. Baru saja dia hendak menyandarkan badan ke kerusi, terdengar ketukan perlahan di pintu bilik.
      “Ad, you dah email ke file yang orang Holland tu nak?” muncul wajah lelaki India pertengahan tiga puluhan di sebalik pintu sebaik saja ketukan kedengaran. Dengan baju kemeja yang sudah dikeluarkan dari perut seluar, tali leher yang dilonggarkan dan cermin mata yang sudah melorot ke hidung, jelas membuktikan bahawa lelaki itu seperti orang tidak cukup tangan hendak menyiapkan segala kerja.
     “I’m still on it.  File yang nak upload ni besar sangat! Kenapa you tak suruh Nani compress size dia sebelum bagi dekat I? Nak email satu file aja dah makan masa dekat setengah jam. Apa lagi kalau nak hantar sampai sepuluh file. Next time you remind her, ok?”
     “I’ve told her already. Maybe dia lupa kut. But don’t worry, I remind her again. So you please sent the entire file by tonight, ya? They need it as soon as possible,”
     “No problem…”  Anum berjanji. Membariskan senyuman pada lelaki yang mempunyai saiz badan yang agak gempal dan tinggi sebelum wajah lelaki itu kembali menghilang di sebalik pintu bilik yang tertutup rapat.
      “Huh! Sibuk aja tanya pasal file tu dah hantar ke belum. Kerja aku, aku tahulah nak buat!” Rungut Anum sebaik saja senyumannya kering.
      “Apalah yang nak risau sangat? Macam aku ni tak tahu nak buat kerja! Mentang-mentang projek buat cd interaktif dari syarikat Belanda ni dia yang dapatkan, heboh betul….” Rungutnya tak putus-putus. Rasa menyampah apabila Big, atau nama sebenarnya Nadesan anak lelaki Ganasegaran tak putus-putus bertanyakan hal atau soalan yang sama sejak dari petang tadi.  Dalam sepuluh soalan yang dia tanya, lebih dari separuh semuanya berkaitan dengan projek dari Syarikat Belanda ini. Rimasnya!
Anum menyandarkan badan ke kerusi empuknya sebentar. Memejam mata sambil menghela nafas seketika. Namun kemudiannya, dia menyambung semula kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Baru ingat nak lelap mata seminit dua, tapi bila teringat kerja yang berlambak ni, langsung tak jadi. Dia perlu menyemak dan menandatangai pelbagai jenis dokumen dan kertas sementara menunggu fail-fail yang dihantar melalui email siap diterima.
      Sejak-sejak dia dinaikkan pangkat menjadi naib pengerusi syarikat ini, begitu banyak sekali kertas-kertas serta dokumen yang memerlukan tandatangan darinya. Begitu banyak sekali fail yang perlu ditelitinya. Penatnya, jangan cakaplah! Bagaikan ada satu batu besar yang sedang dibebani dibahunya ketika ini. Kalaulah dia tahu begini banyaknya kerja yang harus digalas, baik awal-awal lagi dia serahkan saja jawatan ini pada orang lain. Tak payah susah-susah macam sekarang ni.
      Kerja lamanya sebagai designer dulu lagi bagus. Tak payah pening kepala macam sekarang. Sekarang ni semua hal-hal pejabat jatuh ke bahunya. Dari kerja jabatan grafik, sumber manusia hinggalah ke bahagian akaun syarikat, semua dia perlu ambil tahu. Apa yang berlaku pada setiap jabatan syarikat semua dia kena selidik. Kalau ada masalah semua dia kena cari jalan untuk selesaikan. Tambah-tambah lagi syarikat ni dah kira masuk kategori syarikat yang semakin lama semakin maju dan membesar, semakin banyak projek dan semakin ramai para pekerja. Memang letih nak memikirkan semua benda. Kalau dulu kepala ni hanya serabut nak fikir nak kejar dateline aja, sekarang ni berserabut pasal semua benda pula. Hai… Kenapalah si Danny tu tak pilih saja Big untuk jawatan ni? Kan bagus?
      Memikirkan hal tersebut, Anum menghentikan seketika kerjanya. Dia menongkat dagu dan berfikir sejenak. Di antara dia dan lelaki India itu, rasa-rasanya mungkin ramai yang akan lebih suka dan gembira jika bukan dia yang dipilih menjadi naib pengerusi syarikat. Dia tahu, pasti ramai yang mengatakan bahawa Big jauh lebih layak berbanding dengan dirinya. Sama ada dari segi kelayakan akedemik mahupun pengalaman dalam bidang advertising ini.
     Big mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Menggenggam ijazah business management dari Universiti luar Negara. Walaupun Big baru bekerja di sini selama tiga tahun, tetapi sebelum ini dia sudah lima belas tahun menimba pengalaman bekerja di beberapa buah syarikat lain. Kelayakan akedemik pun bagus, pengalaman bekerja pun banyak… jadi sudah tentu sangat sesuai dan layak untuk dijadikan orang kanan Danny. Berbanding dengan seorang gadis muda yang bernama Anum Danisha? Hmmm…
     Hanya segulung diploma dari kolej tempatan dan juga tidak langsung mempunyai apa-apa pengalaman bekerja di tempat lain. Habis saja belajar, terus Danny menawarkan pekerjaan di sini. Tak sempat nak cari pengalaman di tempat lain dahulu. Bermula dengan hanya bertugas membuat storyboard background, character development dan kemudiannya sedikit demi sedikit dinaikkan pangkat hingga menjadi studio art director. Dan sekarang ini sudah tujuh tahun dia menabur bakti di syarikat ini. Tak pernah merasa suasana kerja di tempat lain pun. Bukan macam Big yang dah banyak makan garam di tempat lain. Jadi, kalau dilihat dari dua aspek tersebut, sudah tentulah Big lagi layak untuk menjadi orang kedua tertinggi di syarikat ini, kan? Bukan si Anum Danisha yang sering kali digerlar singa betina ni…
      Kenapa ya si Danny tu menaikkan pangkatnya dan bukan lelaki itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 09:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 12:58

****
“I need someone that I can really trust. Someone yang betul-betul akan sentiasa berada di sisi I walau apa pun yang akan berlaku pada syarikat ni,” Ujar Danny ketika dia mengajukan pertanyaan mengapa dia yang dipilih. Sewaktu mereka makan malam bersama selepas kenaikan pangkatnya.
     “Big bagus dan memang banyak bawa keuntungan pada syarikat. Cuma, I mahukan orang yang boleh I percaya seratus-peratus untuk terus majukan syarikat ni. Doesn’t mean I’m not trust him, but not as much as I trust you…” tambah Danny lagi.
     “I know you love this company as much as I do. You adalah orang yang masuk dalam syarikat ni masa I tak ada apa-apa lagi. Dari kosong kita merangkak hinggalah sekarang ni kita masih lagi mampu bertahan. Lagipun… you sendiri tahu kan yang company ni wujud pun sebab you. Kalau dulu you tak beria-ia bagi idea dekat I untuk bukak company advertising, sampai bila-bilalah I takkan berani nak berdikari sendiri dan sampai bila-bilalah I masih lagi kerja bawah orang. You berani dan percaya yang kita boleh berjaya. So, you deserved it! Siapa lagi yang layak untuk jadi naib pengerusi syarikat I melainkan you, Ad... My dear Anum Danisha…” bersungguh-sungguh dan panjang–lebar Danny berkata-kata. Nampak begitu ikhlas sekali. Membuatkan Anum berasa sedikit terharu.
     “Tapi bukan I sorang aja… Melinda pun orang lama dekat syarikat tu. Dulu masa dekat kolej pun bukan I sorang yang bagi idea supaya you bukak business sendiri. Si amoi tu pun mainkan peranan pujuk you jugak kan? So, kenapa you tak pilih dia tapi pilih I?” Anum sekadar ingin menduga lagi.
     Danny tersenyum lebar. Meneguk sedikit minuman lalu memandang ke wajah Anum. Redup dan tenang.
     “Ada dua sebab…” Danny mengangkat dua jari kanannya.
     “Satu… sebab you lebih komited dari Melinda, lebih talented dan lebih bersungguh-sungguh dari dia. Melinda tu banyak main-main…”
     Anum senyum mendengarkan pujian tersebut.
     “Dan yang kedua…” Danny menyambung ayat.
     “Yang keduanya dah tentu you tahu… I memang sengaja pilih you sebab I sukakan you dan nak ambik hati you. Mana tahu lepas naik pangkat ni hati you bertambah-tambah sayang dekat I and you will love me more…”
     Wekk!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 09:59 PM | Show all posts

****

ANUM tergelak sendiri mengenangkan kata-kata itu.Sambil menyandarkan badan, dia mula berangankan wajah dan perangai si Danny.Lelaki merangkap kawan dan bos. Selamba saja Danny meluahkan perasaan padanya.Memang dasar lelaki yang tak tahu malu. Dari dulu sampailah sekarang, itulahperangai Danny. Sangat-sangat tak tahu malu dan selamba. Especially tangnak mengorat awek. Biar awek tu tak layan, tak pandang dan biar awek tu buatbodoh. Dia tetap juga terhegeh-hegeh nak mengorat. Teringat pula zaman RomeoDanny masa belajar dulu-dulu.

Danny – lelaki yang nak kata putih, takputih, nak kata hitam tak hitam sangat, kalau kata coklat cair boleh ke? Ah,lantaklah! Kulit dia tak penting, yang penting dia merupakan senior Anumdari zaman sekolah menengah lagi. Danny seorang pelajar yang bolehdikategorikan sebagai pelajar yang popular di sekolah. Terkenal keranawajahnya, terkenal kerana keramahannya dan juga terkenal kerana kedudukankeluarganya yang agak berada. Berbanding dengan Anum yang langsung berbeza.Jangan kata terkenal, silap-silap orang tak tahu pun kewujudannya di sekolahitu. Tidak suka bergaul dan pendiam. Sifat Anum dan Danny, macam langit denganbumi.

Sebenarnya masa di alam persekolahan tu,mereka tak pernah berkawan pun. Berbual pun tak pernah. Berjumpa sekali-sekala ketikaada perjumpaan rumah sukan ataupun mesyuarat persatuan. Kebetulan pulakedua-dua-duanya menjadi ahli rumah hijau dan juga sama mendaftar dalam persatuanpengangkap sekolah. Tapi bilaberjumpa tu tak pernahlah pulak nak bertegur-sapa. Sekadar senyum dan berbalasanggukan aje. Lebih-lebih lagi taraf mereka ni berbeza. Danny tu pengawas,ketua rumah hijau dan pengerusi pengakap. Dia ahli biasa yang hanya layakmengangkat tangan waktu nak mengundi calon yang bertanding aje. Mana boleh nakbergaul sangat. Kiri kanan orang yang duduk keliling Danny semuanya budak-budakyang sama level macam dia. Macam Anum ni, masuk benda-benda tu semua punsebab kena ikut peraturan sekolah. Benda wajib. Kalau takat-takat perkaramakruh aje dah tentu dia malas nak join benda alah persatuan ni semua.Tak minat langsung!

Sebabtu asal ada perjumpaan, mesyuarat ataupun aktiviti, dia akan hadir dengan mukamasam mencuka. Bila bertembung dengan Danny, dia senyum sikit. Itupun sebab siDanny yang selalu senyum dulu dekat dia. Dah memang orangnya peramah sangat.Kalau dalam perjumpaan tu ada seratus orang, dekat seratus orang tu jugaklahDanny akan bagi senyuman manis dia tu. Berbanding dengan Anum? Balassenyuman orang pun sebab terpaksa, apalagi kalau nak berkawan dengan orang. Takkuasa!

Jadi waktu di sekolah, memang mereka takpernah berkenalan dengan lebih dekat. Lebih-lebih lagi apabila Anum masuk ketingkatan tiga, kelibat Danny langsung tidak dilihat lagi kerana dia sudahmelanjutkan pelajaran di IPT. Dah habis SPM, takkan nak duduk dekat sekolahmenengah lagi kan? Pergilah sambung belajar tempat lain pulak.

Nak dijadikan cerita, waktu Anum mula-mulamenjejakkan kaki di kolej, semasa hari pendaftaran, wajah Danny adalah wajahpertama orang yang dia kenali di situ. Tak sangka pula dia akan melanjutkanpelajaran di kolej yang sama dengan lelaki itu. Berkerut-kerut juga Anum hendakmengecam lelaki itu kerana wajah Danny sudah agak berbeza. Dulu masa di sekolahtak pakai cermin mata, sekarang dah pakai. Dulu rambutnya pendek, tapi sekarangrambut dah lebih dari kolar baju. Dulu gelap sikit sebab kuat main sukan tapisekarang semakin cerah. Nampak laindari dua tahun sudah sewaktu di bangku sekolah.

Yang tetap sama hanyalah kekacakannya. Wajahitu tetap hensem dan mengancam. Apa lagi dengan penampilandia yangsentiasa saja bergaya. Pergi kelas pun pakai baju yang berjenama. Paling-palingkurang T-shirt Polo yang disarungnya. Setakat jenama FOS tak mainlah! Tang bauminyak wangi pulak, walaupun sebatu kita duduk jauh dari dia pun, semerbak bauHugo dia tu tak hilang-hilang lagi. Agak-agaknya dia mandi pun pakai air perfumekut? Sebab 24 jam sentiasa harum aje.. Hai… muka boleh tahan, badan wangisemerbak sentiasa, stylo lagi. Jadi, macam manalah si Danny ni taktergolong antara jejaka paling popular di kolej?

Tak sangka pula Anum yang Danny masihmengingatinya. Ingatkan orang yang terkenal macam Danny tu tak perasan langsungkelibat halimunan macam dia ni. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Soalanpertama yang keluar dari mulut Danny sewaktu mendekatinya pada hari pendaftarantersebut ialah awak ni dulu budak sekolah Taman Baiduri kan? lantas Anummengangguk. Patutlah macam kenal… Anum Danisha kan? Wah… Siap nama penuhlagi mamat tu ingat?! Tiba-tiba boleh jadi bangga la pulak…

Lalu, dari situ bermulalah lembaran baru episodpersahabatan mereka. Persahabatan di antara junior dan senior, danjuga persahabatan di antara dua bekas rakan sekolah yang sama. Lebih-lebih lagisewaktu di kolej mereka mengambil jurusan yang sama. Dulu-dulu rumah sukan dengan persatuan sama,sekarang ni course belajar pun sama jugak. Jadi bila dah ambil jurusan yangsama ni, selalu juga mereka duduk semeja sambil-sambil berbual tentang tugasanmasing-masing. Apa yang Anum tak faham, tak tahu, semuanya diajukan padaDanny. Mana-mana tugasan yang Anum tak boleh nak lakukan seorang diri, pastiDanny akan sedia membantu. Menghulurkan apa saja bantuan.

Danny memang sentiasa setia dan tidak lokekhendak menerangkan segala kemusykilannya. Begitu juga sebaliknya. Kalau-kalauDanny tak sempat nak siapkan tugasan tepat pada masa, dengan senang hati Anumakan membantu menyiapkannya. Danny tolong buatkan assignment Anum, Anumpula siapkan assignment Danny. Masa Danny final year dan nak kenacari pembantu untuk siapkan final projek, Anumlah yang kena jadi toyoldia. Siang malam kena tolong orang tu buat kerja. Dan bila tiba giliran Anum,Danny pulalah yang jadi mangsa kerahan tenaga bertungkus-lumus nak siapkan finalproject yang gempak untuk final presentation. Memang semakin harisemakin rapat perhubungan mereka. Macam belangkas pun ada jugak.

Tapi rapat sebagai kawan ajalah. Tak lebihdari tu… sebabnya, masa zaman kolej tu adalah merupakan zaman kegemilangan Dannybertukar-tukar perempuan. Kejap couple dengan awek ni, kejap tupulak dah bercinta dengan minah lain pulak. Kadang-kadang tu Anum pula yangjadi tukang posmen tolong sampaikan salam Danny pada mana-mana gadis yang diaminat. Dan pernah juga sekali dua tu Anum dipaksa menyamar jadi tunang ta yapa wau Danny sebagai alasan untuk Danny meminta putus dari kekasihnya itu.Konon-kononnya mereka berdua telah ditunangkan oleh keluarga masing-masing dankerana itulah Danny terpaksa memutuskan percintaannya. Asal nak mintak clashaje Anum kena menyamar jadi tunang. Asal dia dah bosan aje, Anum juga yangkena berlakon jadi makwe dia. Itu adalah sebahagian assingment yangditugaskan oleh Danny pada Anum.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 10:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 13:00

Kisah Danny bertukar-tukar makwe samalah macam makan mee Maggie. Bila dah rasa bosan makan Maggie perasa kari, tukarlah perasa tomyam pulak. Minggu ni perasa asam pedas, minggu depan perasa ayam pula. Hai… sebab tulah awek dia terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum. Melayu ada, Cina ada, India ada, kacukan mat salleh pun pernah, malahan orang Siam pun ada jugak. Menepati konsep 1 Malaysia. Tinggal orang kulit hitam atau Negro aja yang dia tak sempat nak mengorat sebab dekat kolej tu tak ada bangsa tu. Kalau ada, silap-silap itu pun dia boleh sapu…
     Sebab tu Danny digelar Spacky Romeo. Biar berkaca mata, tapi tetap mampu mencairkan hati aweks-aweks dengan panahan matanya yang coklat cair tu. Apa lagi dengan kelebihan hidung mancung macam hero Hindustan dia tu. Lagilah bertambah naik saham dia. Tak payah susah-susah nak pasang ayat. Dia senyum sikit, kenyit mata sekali dan cakap hai saja, terus cair loleh minah-minah tu semua. Ish… ish… ish…
     Cuma yang peliknya, masa zaman belajar bukan main Romeo si Danny ni, tapi bila dah habis belajar dan masuk ke alam pekerjaan, terus pula berubah perangai. Tak pernah pula ada makwe. Jangan kata nak mengorat perempuan, nak senyum miang macam selalu pun dah tak ada dah… orang perempuan yang mengorat pun dia tak layan. Dah terbalik pulak. Sekarang ni dia pula yang buat bodoh sombong. Deeeeek aje macam orang tak ada perasaan. Ingatkan sampai ais dekat gunung antartika tu cair pun perangai tukar-tukar perempuan dia takkan berubah. Akhirnya insaf juga mamat spacky tu…
     Anum senyum sendiri lagi. Seronoklah pula bila teringat kisah-kisah Danny dengan bekas-bekas dan ex-ex girlfriend dia dulu. Macam-macam karenah. Tapi sayanglah tak boleh nak diceritakan kisah tu dekat sini sebab sekarang ni, tika dan saat ini, lamunan Anum sedang diganggu oleh suara telefon yang menjerit-jerit minta untuk diangkat. Selagi tak angkat, selagi itu telinga ni pekak mendengar lagu Fame dari Irene Cara. Walaupun sedap dan merdu, tetap juga merimaskan apabila ia berbunyi tak henti-henti. Nak tak nak kena juga dimatikan bunyi tersebut dengan menjawab panggilan yang sedang masuk. Memekak betul time orang nak berangan nih!
     “Yes girlfriend?” terus saja Anum menyoal begitu setelah melihat nama Melinda Khoo yang membuat panggilan.
     “Babe, jom pergi supper!” dari hujung talian Anum mendengar suara Melinda sedikit kuat. Mungkin cuba melawan suara bising yang datang dari belakangnya. Entah dekat mana minah ni sekarang. Bising betul!
     “Aku tengah busy ni. Next time lah!” Anum menolak pelawaan Melinda untuk makan lewat malam bersama.
     “Alah… jomlah babe. Kalau kau busy pun takkan sampai tak boleh temankan aku makan. Jomlah… Aku sanggup tunggu!”   Melinda, seperti kebiasaannya memang takkan mudah untuk menerima bulat-bulat kata-kata Anum. Pasti akan ada pujukan dan rayuan daripadanya.
     “Rugi Ad kalau kau tak datang… ada somebody special yang tengah tunggu kau dekat sini…” Melinda ketawa kecil.
     “Yelah tu!” Anum tidak percaya kata-kata Melinda itu. Itu semua kata-kata tipu daya dan ayat-ayat memujuk untuk dia segera tergoda hendak mengikut ajakannya.
     Sekali lagi Melinda ketawa. “Cepatlah! Kau nak datang ke tak? Aku tunggu…”
     “Sejam. Kau sanggup tunggu?” Anum menduga.
     “No sweat!”
     “Ok then… Kau tunggu sampai aku habis kerja, baru aku jumpa kau dekat sana. Kau dekat mana ni?”
     Terdengar Melinda ketawa dan terus saja maklumat lokasi diberitahu. Anum meletakkan telefon dan dengan tidak membuang masa meneruskan agenda kerjanya yang terbengkalai dek kerana sibuk mengenangkan pelbagai hal. Cepat siap, cepatlah dia boleh pergi berjumpa Melinda. Dengar macam happening aja tempat Melinda berada sekarang…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 10:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 13:12

****
“MEMANG siut betullah kau ni, Mel…” Anum mendengus. Dipandang tajam pada Melinda lalu disapu mukanya sekali. Membetulkan duduk dan menyisir rambut dengan jari-jemari. Mulutnya tak habis-habis dibentukkan sebagai menunjukkan rasa protes.
     Melinda tayang gigi. Matanya yang sudah sememangnya sepet kelihatan semakin kecil apabila dia senyum lebar. Langsung tidak tergugat dengan pandangan-pandangan tajam yang datang dari Anum serta omelan-omelan berupa rungutan dari mulut gadis itu. Yang dia tahu hanya ketawa dan menyengih dari tadi.
    “Kalau aku tahu, aku tak datang tadi!” sekali lagi suara Anum kedengaran. Kali ini disertai dengan wajah yang masam mencuka. Buat penat aja dia cepat-cepat siapkan kerja tadi, tahu-tahu bila sampai sini si Melinda ni sudah rancangkan agenda untuknya. Kalau tahulah tadi, biar sampai pagi dia duduk mengadap kerja dekat ofis lagi bagus. Lagi tak sakit hati macam sekarang.
    “Relaxlah Ad… you acting like you never meets him before. Just calm down, ok?” Melinda masih lagi tersengih-sengih.
     Anum mendengus. Memanglah ini bukan kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu. Dah banyak kali. Dah berpuluh-puluh kali, beratus-ratus kali dan dah beribu-ribu kali. Tapi masalahnya, kalau boleh dia tak nak jumpa atau tengok muka lelaki tu sekarang. Kalau dia nak jumpa, dah tentulah dia takkan mengelak dari lelaki tu sepanjang hari ni. Malah panggilan telefon dan pesanan yang dihantar ke telefon bimbit pun dia tak layan. Ini si Melinda pula yang pandai-pandai ajak orang tu join sekali. Bikin panas ajalah!
      “I tak tahu apa perang yang dah meletus antara you dengan dia dekat rumah Hatta malam tu. Tapi apa yang I tahu, I cuma nak baikkan you all berdua aja. Tak elok bergaduh lama-lama tau…” Melinda ketawa mengekek. Tayang muka selamber dek bila Anum tak berkelip memandangnya.
     “Sorry ladies, lama sikit pergi toilet tadi…”
     Anum mengangkat muka. Tinggi sedikit melihat paras orang yang sedang berdiri di sebelah lalu duduk di kerusi kosong di sebelahnya. Menjeling apabila batang tubuh tersebut menarik kerusi supaya rapat dengannya seraya membariskan senyuman.
     “Baby… sampai bila nak merajuk lagi ni? Dengan I pun you nak tarik muka masam lama-lama…” gerangan lelaki yang duduk tadi mulai mengeluarkan suara untuk memujuk.
     Dari tadi, dari masa mula-mula sampai sampailah mereka dah habis melantak beef steak sepinggan sorang, gadis itu tetap membisu. Diam tanpa suara walaupun dah berkali-kali dia cuba hendak berbual. Membuat lawak-lawak bodoh yang tentunya orang akan ketawa kerana lawaknya yang tidak jadi dan bukan kerana lucu. Tapi Anum Danisha tetap juga diam macam patung tugu Negara. Hai… susah betul kalau nak memujuk minah sorang ni. Nak mengorat sepuluh awek pun tak sesusah nak memujuk dia seorang.
     “Baby, come on… I call you tak angkat, mesej tak jawab, nak jumpa dekat ofis pun you tak layan. Janganlah macam ni. Senyum sikit boleh? Hari ni satu hari you tak senyum kat I tau. Kalau dengan orang lain boleh pulak. I rindulah nak tengok lesung pipit dekat pipi tu bila you senyum…” pujuknya lagi.
     Anum menjeling. Tambah tajam apabila mendengarkan suara Melinda ketawa mengekek. Huh! Apalah yang amoi sorang ni seronok sangat nak ketawa?
     “Baby, please…”
     “Danny…” Anum berpaling sedikit. Memandang betul-betul ke arah muka Danny yang tersenyum manis menayangkan gigi padanya.
     “First of all, please don’t call me baby coz I’m not your baby. And secondly, don’t try to persuade me coz you know… I tak makan dipujuk,”
     “Tapi Baby… I tak suruh you makan pujuk, I suruh you makan beef steak tadi,”
     Sekali lagi ketawa Melinda meledak. Sementara Anum tambah rasa menyampah. Kenapalah budak pandai macam Danny ni boleh buat lawak bodoh tahap bangang lagi ngok ni? Tak kelakar langsung!
     “Oklah… oklah…” Danny mengangkat kedua-dua belah tangannya apabila Anum kembali berpaling dari memandangnya sambil membawa satu jelingan yang maha tajam. Kerusinya ditarik supaya jauh dari kedudukannya dengan Danny sekarang.
     “Sorrylah kalau semalam masa parti dekat rumah Hatta tu I ada buat you marah. I tahu you pergi sana nak enjoy, nak hilangkan tension, tapi I pulak membebel pasal Nash dengan Nani. I’m sorry…” Danny menarik kerusinya supaya kembali rapat. Lebih rapat daripada tadi. Hinggakan peha mereka saling bersentuhan.
    “Dan pasal ayah you pun I mintak maaf jugak. You tengah marah, I sibuk-sibuk nak jadi motivator tak berbayar pulak. Next time I will behave myself. I takkan membebel-bebel macam atuk tua lagi. Ok baby? Ops! Sorry, you tak kasi panggil baby. Ok honey?”
     Anum diam. Tidak bereaksi. Matanya meliar memandang sekeliling restoran.
     “Oh, Come on… please forgive me my sweetheart, my darling, my honey, my intan payung, my –”
     Danny diam apabila Anum menoleh. Hampir-hampir berlaga hidung kedua mereka lantaran kedudukan badan mereka yang terlalu rapat.
     “Kalau I maafkan you, you akan berhenti dari cakap perkataan-perkataan yang mengarut macam ni tak?” Anum menjengkilkan mata. Menolak sedikit muka Danny dengan hujung jari telunjuk agar wajah itu jauh darinya. Naik juling matanya nak tengok dekat-dekat macam tu.
     Danny ketawa. Laju saja dia mencapai jari Anum yang menunjal dahinya tadi.
     “So now you forgive me already or not? Baik cakap ya, kalau tak I gigit-gigit jari you ni…” katanya dengan sedikit nakal.    Diangkat jari-jemari Anum tinggi separas mulutnya lalu dia menganga seolah-olah hendak menggigit jari-jemari halus tersebut.   Anum cuba untuk menarik semula tangannya namun masih lagi teguh dipegang oleh Danny. Berkali-kali dia cuba, tak juga berjaya. Iyalah, dengan badan kurus melidi macam dia ni manalah mampu nak lawan tenaga dengan lelaki badan macho macam si Ahmad Dhani Bin Dato’ Mazlan nih. Last-last kena surrender ajalah!
     “Yelah… yelah… I forgive you, Mr. Danny yang suka mendesak…” Anum mengalah dengan kata-kata. Ditarik kasar tangannya apabila Danny sudah mulai melonggarkan gengaman tangannya. Urgh! Tangan dah la sasa macam tu, pegang si kecik molek macam aku ni macam pegang kayu balak!
     Melinda juga turut ketawa. Tak habis-habis dari tadi. Melinda sendiri tak tahu kenapa dia rasa geli hati dan seronok sangat melihat gelagat pasangan di hadapannya ketika ini. Adegan rajuk-merajuk, adagan pujuk-memujuk dan juga adegan usik-mengusik. Baginya, adegan-adegan sebegitu sudah biasa dilihat di antara Danny dan juga Anum. Bila Anum merajuk, si Danny akan berusaha memujuk. Bila Danny pula yang merajuk, si Anum pula yang sibuk nak mengambil hati. Tapi yang tu jaranglah. Jarang sangat-sangat! Yang selalunya, si Danny la yang tak putus-putus jadi tukang pujuk. Anum mana pandai pujuk orang…
      Dan bila melihat mereka begini, kelihatannya memang tak ubah macam pasangan kekasih merpati dua sejoli. Sepadan sangat… kalau memang betul-betul mereka ni tengah bercinta alangkah bagusnya? Yang lelakinya hensem, perempuannya pula cute, yang lelakinya kacak bergaya, yang perempuannya pula cantik menawan. Memang dah elok sangatlah! Tapi sayangnya…
     Sampai hari ni Anum masih lagi tak mahu dan tak ingin nak mengiktiraf mahupun membawa hubungan persahabatan antara dia dan Danny ke satu frasa yang lain - Dari sahabat kepada kekasih - Biar berkali-kali Danny meluahkan rasa cintanya, namun tetap juga ditolak mentah-mentah olehnya. Biar berbuih-buih mulut Danny menyatakan rasa sayang, namun mulut Anum tetap juga berkata “kita takkan jadi kekasih. You tunggulah sampai Malaysia ni bertukar arah ke barat sekalipun, I tetap anggap you kawan biasa…”
     Kesian Danny…
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2011 10:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 13:16

“Amoi, lain kali you jangan pandai-pandai nak komplot dengan mamat spacky ni belakang I ok? Suka-suka hati aja pakat nak jumpakan I dengan dia dekat sini. Lain kali biar dia cari jalan sendiri macam mana nak pujuk perempuan…”
      Lalu Melinda kembali berada di alam nyata apabila mendengar suara Anum memberi peringatan padanya. Melinda tersengih-sengih lagi. Sempat juga berbalas jongket-jongket kening dengan Danny. Tanda sama-sama mengejek minah angin tu.
     “Baiklah mem… faham…” Melinda menjawab dengan nada sinis.
     Anum senyum lebar. Memang puas hati dengan jawapan Melinda sebentar tadi. Dicapai gelas berisi air fresh orange lalu diminum perlahan. Sambil matanya meliar melihat sekeliling. Memerhati pada setiap pengunjung yang ada. Ramai juga pelanggan restoran ni. Tengah-tengah malam macam ni pun masih ramai lagi yang tengah duduk melepak sambil makan-makan. Suasana pun meriah dengan persembahan tiga anak gadis yang sedang menyanyi di atas pentas utama.
     Mata Anum yang semakin meliar tiba-tiba mati apabila pandangannya tertancap pada satu kelibat. Diperhatikan dengan tekun batang tubuh tersebut. Lelaki yang berbaju T-shirt kelabu sambil duduk dikelilingi teman-teman lelaki seramai lebih kurang empat orang. Entah apa yang menarik perhatian Anum untuk terus melihat lelaki itupun dia tak tahu. Macam ada magnet pula yang menarik bebola matanya untuk terus melihat, merenung dan menelek.
     Lelaki berbaju kelabu. Hmmm… nampak tenang disebalik rakan-rakan semejanya yang begitu galak sekali bercerita. Hanya menjadi pendengar yang setia tanpa sekalipun dia menyampuk. Sesekali tersenyum dan ketawa kecil. Mungkin ada di antara bicara temannya yang mencuit hati. Lalu apabila lelaki itu tersenyum, entah kenapa bibir Anum turut menguntum senyuman. Macamlah dia turut mendengar apa yang sedang dibualkan oleh mereka.
     Anum memerhati dengan tekun. Agak lama juga dia menjadi pemerhati hinggakan lelaki itu bagai mengetahui bahawa dirinya sedang diperhatikan dari jauh. Serta-merta mata lelaki itu dihalakan padanya. Tepat dan tajam. Hinggakan Anum tak sempat hendak mengalihkan pandangan dan juga tidak mampu lagi hendak menyembunyikan matanya. Alamak, kantoi!
     Tapi walaupun dah kantoi, mata ni tetap juga tak nak beralih pandang. Nak teruskan lagi sesi menilik tajam muka orang tu. Macam hensem sangat nak kena telek lama-lama ni…
     Eh, dia senyum dekat akulah…
     Entah kenapa Anum berasa ceria apabila melihat ada sebaris senyuman yang ditujukan padanya. Lantas dia membalas senyuman tersebut. Lebar dan sehabis manis. Tapi, tak sempat nak senyum lama-lama sebab ada saja yang mengganggu. Panggilan Danny betul-betul membuatkan dia terpaksa berpaling. Melepaskan pandangan matanya sebentar.
     “Esok I out station dengan Big sebulan tau. Sepanjang kita orang dekat Belanda tu nanti, you jaga company elok-elok eh…”
     “Tahulah! Macamlah baru first time you nak pergi out station…” Anum membalas lantas terus kembali pada pandangannya sebentar tadi. Tetapi kali ini dia tersentak. Aik? Tak ada pulak mamat baju kelabu tadi? Mana pulak dia pergi ni?
     Mata Anum melilau-lilau. Mencari-cari kelibat batang tubuh lelaki tadi sedangkan teman-temannya yang lain masih lagi rancak berbual di meja yang sama. Pergi mana pulak dia ni? Berapa saat aja dah ghaib. Laju betul dia hilang.
     “Tengok apa? Tak tentu arah macam nampak hantu aja…” Danny menegur apabila melihat Anum yang tertinjau-tinjau memandang kiri dan kanan.
     “Tak ada apa-apalah. I ingat nampak kawan lama tadi. Tapi dah hilang pulak,” balas Anum sambil menyandarkan badan apabila dia pasti bahawa lelaki berbaju kelabu itu benar-benar sudah tiada di situ. Anum menarik nafas lalu dihela perlahan. Aduh… tak sempat nak tengok senyuman dia lama-lama dah hilang pulak!
     Kenapa sekarang ni selalu sangat perkara begini berlaku? Sekejap nampak, sekejap hilang. Sekejap ada, sekejap tak ada. Adakah matanya yang selama ini cerah dan terang sudah mulai kabur dan hendak rabun ataupun kepala otak dia yang selama ini sihat dan cerdas sudah mulai hendak gila dan sewel? Bahaya ni! Kalau dibiarkan lama-lama boleh jadi parah mata dan otak dia nanti.
     “Ad, kau khayal apa lagi tu? Danny tanya kau nak pesan dia bawa balik apa dari Belanda nanti?” suara Melinda terus saja menusuk ke dalam gegendang telinganya. Terus aja beralih menumpukan perhatian semula pada Melinda dan Danny lalu meninggalkan persoalan yang bermain di mindanya sebentar tadi. Berkhayal atau tidak dia sebenarnya sebentar tadi…
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 10:44 PM | Show all posts
Reply 38# cmf_blingblings


   langkah yang bijak penulis tu buat. nak pulak dah ikat deal utk pasaran dgn popular. memang takde masalah nak jual buku. kak blings, akak kan dah banyak cite, boleh la buat novel. publish sdr... eita sokong dr belakang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 01:28 AM | Show all posts
hmm..intro bestt..mmg tulisan gaya pronama pon dah kuar buku kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:32 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


   langkah yang bijak penulis tu buat. nak pulak dah ikat deal utk pasa ...
starlights Post at 5-5-2011 22:44



    yea kak blings,,bila nak publish buku..sokong2..cuma kene keje keras nak edit balik jee..tak pon wat cite baru je tuk publish
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:38 PM | Show all posts
Reply 49# aprilsix


    yaa... setuju... baca sinopsis dia cm menarik, dr sinopsis je rasa cm da dpt grab minat utk tahu apa citer sbnarnya ni... hopefully isi2 y lain pun akan best jugak!

actually sy pernah baca buku Wannie Nordin - Aku Yang Terluka, beli kat pesta buku thn lepas, a'ah mmg x pernah jumpa buku ni kt mana2 book store, sib baek tergerak nk bli time pesta buku tu, x rugi... berbaloi-baloi... buku dia wlpun tebal, tp x bowink n puas hati wlpun sad ending... rasa cm realistik la citer dia, bt kita terpikir baiklah hargai apa y kita ada ni sebelum kita kehilangannya kan? heh...heh...heh...

so, sy harap y latest ni pn akan jd sebagus aku yang terluka or maybe more n hopefully kali ni xde dah kisah publisher y bermasalah.. cian gak tgk Wanie kena jual buku sendiri kt blog... huhuhuhuu.... ok dear, all the best 4 u n chaiyok!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 11:49 AM | Show all posts
Reply 38# cmf_blingblings


    Huhuhuu... meh la kt merge+kongsi modal sesama bikin comp then kita publish buku sendiri je... tulis sendiri, bt cover sndiri, kisah pasal diri sndiri n sumenya utk diri sendiri... (Itu namanya gila kuasa) hahahahaaa....

Kalau awk da byk bt citer kt sini, nape x try anta manuskrip kt mana2? da ramai followers kt cini sure nt ley meletop2... nt bley sy mintak signature... heh...heh...heh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 11:51 AM | Show all posts
best2 cite akak ni... x sabar nak tggu n3 selanjutnya.....
asnita Post at 5-5-2011 16:00



    Nt sy upload lg dan lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


   langkah yang bijak penulis tu buat. nak pulak dah ikat deal utk pasa ...
starlights Post at 5-5-2011 22:44



    a'ah... last time ada borak ngn one gurl ni dia ckp dia keje ngn Siti Rosmizah, so dia ada pelawa utk anta manuskrip baru kt SR publication coz katanya SR mmg da ada wat deal y buku dr comp dia akan dipasarkan oleh pihak Popular... So kalau uollss sume nk try, jom apa kata try anta mana2 citer y ada dlm simpanan tu? Chaiyook!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 11:58 AM | Show all posts
hmm..intro bestt..mmg tulisan gaya pronama pon dah kuar buku kan..
aprilsix Post at 6-5-2011 01:28



aiyak!!! pro la sgt nyer... huhuhuhuuuu...
Nt try baca y selanjutnya then kasi tau la ok ke idok yea?? kesudian anda amatlah sy hargai.... SANGAT-SANGAT!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 12:01 PM | Show all posts
Reply 51# gurlgals


yaaaa.... suke, suke bila baca komen awk ni... heh...heh...heh...
tq dear and hopefully keep support me eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 03:32 PM | Show all posts
Wah... bagus, bagus dah terbitkan 4 novel.

Intro  Tercipta Untukku menarik.

Cepat sambunganya, tak sabar ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 04:23 PM | Show all posts
Wah... bagus, bagus dah terbitkan 4 novel.

Intro  Tercipta Untukku menarik.

Cepat sambunganya, ...
zeeghaz Post at 7-5-2011 15:32



Baik bos!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 04:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 13:21

Bab 5
TERLALU sukar untuk menyimpan rasa marah ini. Air mata yang cuba ditahan sepanjang perjalanan pulang ke rumah, terburai juga akhirnya. Dia kurungkan diri di bilik, menghempaskan badan ke katil lalu ditekap muka dengan menggunakan bantal. Bimbang sekiranya perubahan diri dan jerit tangisnya didengari oleh sesiapa. Walhal, sudah terang lagi jelas bahawa rumah tersebut sememangnya tiada berpenghuni lain. Hanya dia saja makhluk manusia yang tinggal di situ. Entahlah, memang sudah jadi tabiatnya jika menangis hanya akan mengadu dan menjerit pada bantal. Biarpun tinggal seorang diri, tabiat tersebut tetap juga tak boleh terhakis.
     “Bertuahnya dia dapat menantu baik macam Khalil tu…” kata-kata ayah, begitu jelas dan terang kedengaran di gegendang telinganya ini. Biar ditekup dengan bantal. Biar ditutup kedua-dua cuping telinga dengan tangan, namun kata-kata dan suara ayah tetap juga bermain-main kuat dan menyakitkan.
     “Kalau ada rezeki, mungkin tahun depan si Bahar tu naik haji. Khalil dah letak nama dia dengan Mariam dekat tabung haji. Mana-mana duit yang tak cukup si Khalil akan tambah. Tengoklah tu Daud… Bertuah tak bertuah si Bahar dengan Mariam dapat menantu macam Khalil!”
     “Iya?” ayah bagaikan membulat biji mata mendengarkan bicara sahabatnya, pakcik Omar bercerita tentang seorang lagi sahabat mereka.
     “Memang beruntung betul si Bahar tu. Kalau pergi mana-mana si Khalil tu tak pernah lupakan dia. Kalau tak dibawa sekali, mesti berduyun-duyun buah tangan dia bawak balik. Kalaulah Mida tu anak aku, memang sejuk hati aku tengok dia dapat suami bertanggungjawab macam si Khalil ni,”
     Lantas ayah diam. Senyum sedikit pada sahabatnya itu lalu pandangan menyusul pada Anum yang sedang duduk tidak jauh dari mereka. Duduk bersimpuh sambil sedaya-upaya menghabiskan sisa-sisa nasi di dalam pinggan.
    “Zaman sekarang ni Daud, bukan senang nak cari orang muda yang macam Khalil tu. Kerja bagus, budi pekerti baik, bersopan santun dan yang paling aku suka pandai ambik hati orang tua. Hisy… nasib baiklah tiga orang anak aku tu semuanya budak bujang. Kalau aku ni ada anak dara, dah lama aku berebut si Khalil tu dengan Bahar!”
    Pakcik Omar ketawa. Geli hati dengan kata-katanya sendiri. Ayah juga turut ketawa. Terangguk-angguk bagaikan bersetuju dengan setiap baris bicara lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya itu.
     “Aku ni pun Mar, kalau boleh memang nak sangat dapat menantu macam Bahar tu. Tapi apa nak buat, bercakap dengan anak dara zaman sekarang ni tak sama macam bercakap dengan anak dara zaman kita dulu-dulu…sekarang ni, sepatah yang orang tua cakap, sepuluh patah anak dara kita menjawab. Sepuluh yang kita kata, satu pun belum tentu dia nak terima. Degil! Memang betullah orang kata, kadang-kadang nak jaga berpuluh lembu tu lebih senang dari jaga anak dara sorang. Memang tak dengar kata…”
     Anum bingkas bangkit. Walaupun nasi masih lagi bersisa, namun dia sudah tidak punya hati untuk menghabiskannya. Kata-kata ayah benar-benar membuatkan selera makannya mati. Sudahlah masih ada ramai lagi yang ada di sini, tetapi ayah langsung tidak tahu hendak menjaga air mukanya. Terang lagi jelas kata-kata itu ditujukan padanya. Siapa lagi anak dara yang ayah ada melainkan dia? Ada ke ayah bandingkan dia dengan lembu? Kalau betullah menjaga lembu itu lebih senang dari menjaganya, kenapa ayah tak bela saja lembu dekat rumah ni? Daripada bersusah-payah membela dan membesarkan dia, baiklah ayah menjaga lembu. Tentunya lebih berfaedah kan? Untung-untung boleh buat korban dan buat lauk kenduri. Huh!
     Anum berjalan laju masuk ke dapur. Mencuci pinggan lalu terus berlari naik ke tingkat atas. Tetamu-tetamu yang masih lagi menjamu selera dibiarkan langsung tidak bertegur. Sikitpun dia tidak membantu mengemas apa yang patut. Membiarkan saja Fazliana menguruskan segalanya.
     Kan aku dah kata jangan balik lagi rumah ni lagi? Tapi kenapa nak balik jugak! Kan dah kena. Kan dah sakit hati!
     Tapi kalau tak balik, apa pula kata orang? Jiran-jiran dan saudara-mara? Mesti semua orang akan tertanya-tanya jika dia tidak ada. Dan yang paling utama, apa kata abang Iqram? Berhari-hari abang Iqram memujuk supaya dia balik hari ni. Tidak mahu kenduri ini berlangsung tanpa kehadirannya. Lagipun, kenduri ni kan memang khas untuk mama…
     Anum masuk ke dalam bilik mengurungkan diri. Duduk memerhatikan kamar tidurnya yang telah lama ditinggalkan. Walaupun sudah bertahun-tahun kamar tersebut tidak lagi didiaminya, namun ia masih lagi kelihatan kemas dan bersih. Tidak berhabuk sedikit pun. Ini kerana Fazliana sering masuk ke sini dan mengemas apa yang patut. Ditukar dan dicuci cadarnya, disapu dan dimop lantainya setiap hari dan juga digantikan langsir jika kelihatan sudah kusam. Rajin sungguh kakak iparnya nak buat semua tu.  Kalau dialah, sudah lama bilik tersebut dibiarkan berhabuk dan bersawang. Nak buat apa kemas? Bukannya dia nak datang dan tidur di sini pun…
     Lama Anum dibiarkan keseorangan sebelum kehadiran ayah sekali lagi membuatkan hatinya sakit. Sakit, pedih, marah dan sedih…
     “Kenapa duduk dalam bilik ni sorang-sorang? Tak sudi nak keluar bertegur-sapa dengan sedara-mara?” soal ayah sebaik saja pintu bilik dibuka. Dengan wajah yang masam mencuka.
     Anum bangun dari birai katil. Berjalan perlahan menghampiri ayah di muka pintu dengan niat hendak keluar dari bilik.
     “Nak pergi mana?”
     “Jumpa sedara-mara,” jawab Anum pendek.
     “Tak payah! Orang semua dah balik baru sibuk nak turun. Dari tadi menyombong duduk dalam bilik aja, sekarang baru terhegeh-hegeh…”
     Anum diam tidak membalas. Hanya menundukkan wajah dan bermain-main dengan hujung selendang yang kemas berlilit di bahu.
     Ayah melangkah masuk. Menutup daun pintu rapat. Berjalan beberapa tapak lalu duduk di kerusi belajar mengadap Anum yang masih lagi tegak berdiri membatukan diri.
     “Hujung minggu ni jangan pergi mana-mana. Ayah nak Anum balik sini,” sebaris ayah bersuara.
     Anum diam. Berkira-kira di dalam hati. Hujung minggu? Rasa-rasanya hujung minggu ni dia sudah mengatur acara dengan Melinda. Dia sudah berjanji hendak temankan sahabatnya itu pergi membeli-belah.
     “Hujung minggu ni Anum tak bolehlah ayah, Anum ada hal.”
     Ayah menghela nafas sinis. “Kalau tak boleh hujung minggu ni, balik minggu depan. Ayah ada hal sikit…”
     Anum mengeluh. “Minggu depan pun tak pastilah ayah… Sejak naik pangkat ni kerja makin berlambak-lambak pulak dekat ofis tu,”
    “Minggu ni tak boleh, minggu depan tak boleh. Habis tu, bila yang boleh? Nak tunggu sampai aku mati baru kau boleh nak balik sini dan dengar cakap aku?!” Ayah tiba-tiba menengking. Ini mesti kes dah mula rasa nak naik angin. Ayah ni memang garang sikit orang dia. Sikit? Dengan orang lain mungkin sikit, dengan anak-anak murid dekat sekolah, mungkin mereka akan rasa ayah ni guru besar yang tak berapa garang. Tapi kalau dengan Anum, bukan sikit tapi garang dah sama taraf macam Hitler!
     “Ayah dah tahu mesti itu yang Anum jawab. Asal apa yang ayah suruh, semua tak boleh. Asal ada aja yang ayah mintak, semuanya Anum tolak. Samalah macam kes Khalil dulu!”
     Anum menarik nafas dalam. Mengangkat kaki dengan niat untuk keluar dari bilik. Malas jika berlamaan di situ, makin sakit lagi telinganya mendengar leteran dari ayah.
    “Ha? Nak pergi mana pulak tu? Orang baru buka mulut, dia dah nak keluar! Duduk sini. Ayah nak cakap sikit!” dengan terbatuk-batuk ayah meninggikan suara.
     Walaupun hati bagaikan ingin membantah, namun kaki tetap juga menurut. Anum berpatah balik lalu duduk di hujung katil. Duduk mengadap ayah namun dengan kepala yang masih patah memandang ke lantai.
     “Hujung minggu ni ayah nak Anum balik makan tengah hari dekat rumah. Jangan buat alasan tak boleh! Ayah dah janji dengan pakcik Omar. Dia nak bawak anak dia yang bongsu tu datang sekali,”
     Kali ini Anum mengangkat muka. Faham dengan maksud dia nak bawak anak dia yang bongsu tu datang sekali. Ayah ni memang tak habis-habis…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 04:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 13:43

“Kalau Anum tak balik, tak tahu bila lagi Pakcik Omar ada masa nak datang sini. Bulan depan dia dah sibuk nak buat persiapan pergi umrah. Jadi, ayah nak Anum jumpa anak dia sebelum dia orang anak-beranak pergi ke Mekah,” Ujar ayah lagi.
     “Ayah… kenapa ayah nak buat macam ni? Kan Anum dah cakap dulu, Anum tak suka ayah masuk campur dalam urusan masa depan Anum. Lebih-lebih lagi kalau yang melibatkan kawin. Anum tak nak ayah carikan jodoh untuk Anum.”
     Ayah menjengkilkan anak mata. Memandang Anum dengan pandangan yang tajam. Terasa sakit hati dengan sikap Anum yang sedari dulu memang suka sangat membantah dan melawan kata-katanya.
     “Kenapa? Anum tak suka ayah carikan jodoh untuk Anum sebab Anum dah ada pilihan sendiri?”
Anum diam.
      Ayah menggeleng-gelenggkan kepala sebelum menambah, “Anum nak kahwin dengan lelaki yang tak boleh harap tu? Orang yang tak boleh nak bimbing diri sendiri tu jugak yang Anum nak buat suami?” bertalu-talu ayah menyoal.
      “Ayah tak patut cakap macam tu. Ayah tak kenal dia betul-betul, tapi ayah dah tuduh dia macam-macam!”
      “Tak payah kenal, tengok pun dah tahu! Nama pun sibuk nak tukar jadi orang putih. Elok-elok Ahmad Dhani nak tukar Danny! Itu baru nama, mana tahu esok-esok cucu-cucu aku semua dia ajar jadi macam orang putih!” Seiringan dengan batuk-batuk kecil yang tak habis-habis ayah membebel.
      “Dulu ayah nak jodohkan Anum dengan Khalil, Anum tolak mentah-mentah. Tak pasal-pasal si Mida tu yang dapat kahwin dengan dia. Cuba tengok sekarang ni, dah nak bersalin pun budak tu. Memang tolak tuah betul anak aku sorang ni!”
     Anum mulai rasa sakit hati. Kata-kata ayah mulai membuatkan dia rasa marah dan bengang. Memang apa saja yang keluar dari mulut ayah sentiasa membuatkan dia sakit hati. Ada saja yang akan menjadi perdebatan di antara mereka.
     “Soal kahwin ni ayah, itu semua urusan Anum. Dengan siapa Anum nak kahwin, lelaki mana yang Anum pilih, semuanya terletak dalam tangan Anum. Ayah janganlah nak sibuk-sibuk!”
     “Jangan sibuk-sibuk kau cakap? Eh, aku ni ayah kau, tahu tak? Kalau bukan aku yang nak sibuk-sibuk, siapa lagi? Aku cuma nak jalankan tanggungjawab aku sebagai ayah!” ada nada marah yang mulai kedengaran dari baris bicara ayah apabila mendengarkan kata-kata Anum itu.
     “Tanggungjawab ayah dah pun ayah buat selama ni. Ayah dah besarkan Anum, dah sekolahkan Anum, jadi sekarang ni tanggungjawab ayah dah selesai. Tak payah lagi nak masuk campur urusan Anum terutama sekali hal-hal peribadi,” ujar Anum selamba.
     “Kurang ajar! Jangan masuk campur kau cakap? Mana kau belajar cakap macam ni dengan orang tua, ha?! Nama aja budak perempuan, tapi perangai mengalahkan lelaki. Biadap, degil, tak dengar kata, macam manalah isteri aku tak mati sebab kau!”
     “Ayah!”
      Anum menjerit kuat. Turun naik nafasnya mendengarkan kata-kata ayah sebentar tadi. Serta-merta air mata bergenang dan bertakung di kelopak mata. Wajah ayah direnungnya lama. Tak berkelip-kelip bagaikan tak percaya mengapa kata-kata itu yang keluar dari mulut lelaki itu. Ayahnya sendiri. Tak pernah ayah mengucapkan kata-kata itu sebelum ini. Ini adalah kali pertama dia mendengarnya. Sampai hati ayah…
     Ayah juga serta-merta terdiam. Mungkin dia sendiri tidak menyangka bahawa kata-kata itu akan keluar dari mulutnya. Sedikit demi sedikit wajahnya bertukar kepucatan.
     “Sampai hati ayah cakap Anum macam tu!” terus saja Anum berlari keluar. Mujur tidak terjatuh Fazliana sewaktu mereka bertembung di tangga. Kelam-kabut Anum mencapai kunci kereta dan sepantas kilat kereta hilang dari perkarangan rumah. Walaupun hatinya teresak-esak menangis, namun ditahan juga sepanjang perjalanan. Sehinggalah dia menghempaskan badan ke katil, esakan tak mungkin mampu dapat ditanggung lagi.

****
MAMA…
     Dalam esakan yang makin meninggi, Anum memanggil nama mamanya. Terasa pilu apabila mengenangkan mama. Mama yang sudah terlalu lama meninggalkan dia keseorangan di muka bumi ini. Mama yang sudah terlalu lama dirindui siang dan malam…
Anum bangun. Mengesat air mata di pipi dengan belakang tangan. Dia bangun membuka laci meja di sebelah katil lalu dikeluarkan kotak kayu yang sebesar kotak tisu lalu dibuka. Diambil barang-barang yang terdapat di dalamnya. Dibelek satu-persatu lalu tangisannya menjadi semakin kuat.
     Segala jenis lipstick, bedak dan eye shadow yang sudah lama dan kepam digenggam kuat. Sayang, mengapa hanya ini saja barang-barang yang dia ada yang boleh dibelek bila masa dia rindukan mama. Mengapa hanya ini saja yang sempat mama tinggalkan untuknya sebelum meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Selain dari barang-barang tersebut, hanya beberapa keping foto usang saja yang turut sama berada dalam simpanannya. Pilunya hati mengenangkan hanya itu saja yang dia ada untuk mengingati mama. Selebihnya, hanya kenangan dalam ingatan…
     Walaupun sudah terlalu lama, namun masih lagi kekal dalam ingatan Anum sewaktu waktu dulu di mana dia sering bermain-main dengan alat solek mama ini. Pantang dibiarkan bermain seorang diri, pasti habis mukanya ditonyoh dengan segala macam jenis warna. Bila mama nampak, menjerit-jerit mama berlari menyelamatkan barang-barang tersebut daripada hancur dikerjakannya. Tak cukup dengan tu, segala baju dan kasut tinggi mama habis dilaram olehnya. Berdiri depan cermin, berlagak macam supermodel ataupun berangan macam penyanyi. Melalak dan menjerit menyanyi lagu entah apa-apa. Sikat mama – itulah mikrofon kegemarannya.
     Kadang-kadang tu, mama sendiri terikut-ikut dengan hobi kegemarannya. Bila mama tengah bosan, dia akan join Anum sekali untuk mekap tebal-tebal dan selepas tu mereka akan bersama-sama menyanyi di hadapan cermin. Yang paling seronok bila mama benarkan dia menjadi tukang mekap tak bertauliah dan dikerjakan setiap inci wajah putih mama. Apa lagi, terbahak-bahak mama ketawa melihatkan wajahnya yang macam opera cina setelah siap di touch up. Mereka akan sama-sama berduet menyanyi walaupun dengan lirik yang haru-biru dan tonggang-langgang. Bertambah seronok dengan adanya cermin besar yang melekat di dinding bilik tidur mama.
      Tetapi mengapa semua itu hanya mampu dikongsi bersama hanya untuk seketika?! Kenapa?!!!
     Tangan Anum beralih pula pada kepingan-kepingan foto yang masih lagi elok rupa-parasnya. Walaupun gambar-gambar tersebut sudah agak usang, namun tetap dijaga rapi.
     Wajah-wajah mama, diperhatikan dengan tekun. Jika tidak kerana foto-foto tersebut, sudah pastinya dia akan lupa bagaimana wajah mama. Dia masih terlalu kecil untuk mengingati wajah mama di dalam bayangannya. Mujur ada sesuatu yang masih boleh dia jadikan sebagai rujukan sekiranya dia lupa bagaimana wajah mama. Namun setiap kali menatap foto-foto tersebut, hatinya seringkali berdetik sendiri. Alangkah bagusnya jika dia mengikut iras wajah mama dan bukannya ayah? Jika begitu, pastinya dia akan dapat melihat wajah mama setiap kali memandang cermin dan bukannya wajah ayah. Kenapa iras wajah mama tertumpah pada abang Iqram dan bukannya dia? Kenapa hidungnya, matanya dan kulitnya sama macam ayah dan bukannya mama. Bencinya!
     Macam manalah isteri aku tak mati sebab kau!!!
     Kata-kata ayah bergema lagi.
     Bukan! Mama mati bukan kerana dia… Tak mungkin! Kalau boleh dia juga tak inginkan perkara ini terjadi.
     Mama… kenapa mama belikan juga baju tu untuk Anum… kalau mama tak pergi beli, mesti mama masih ada di sini bersama-sama dengan Anum. Kalau mama tak keluar hari tu, mesti mama masih lagi boleh menemani Anum setiap hari dan kalau mama tak pergi meninggalkan kami, mesti ayah dan Anum takkan jadi macam sekarang ni…
Kenapa mama pergi? Kenapa mama tak duduk aja di rumah? Kenapa mama tak tegaskan diri? Kenapa?
     Semuanya sebab kau, Anum! Sebab kau mama pergi, sebab kau mama mati dan sebab kau semua orang menderita. Sebab kau!
     Semuanya sebab kau, Anum Danisha! Kaulah penyebabnya semua benda malang terjadi. Sebab kau!
     Tidak!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072442 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list