CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Sultan Kelantan masih belum temu calon isteri(Update post #86)

     Close [Copy link]
Post time 6-5-2011 08:42 AM | Show all posts
idup klate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 09:40 AM | Show all posts
cakap mcm tu jer dah kata bertemu jodoh
Bolayan Post at 5-5-2011 13:11


itu ler kerja wartawan utk cari makan.


video klip mengutuk wartawan.
http://www.youtube.com/watch?v=q2weFqpW2VI
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 09:58 AM | Show all posts
Syukur Alhamdulillah, jika sudah bertemu yg berkenan di hati ...

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:12 AM | Show all posts
aku suka sultan kelantan ni. percakapan dia tak ada la bodoh macam geng geng yang hendak royalti minyak lepas tu kata nak bawa pergi mahkamah tu. sampai kehari ni tak dengar pun berita tu.
DATUK_A Post at 5-5-2011 19:48



Ni ketinggalan beca ke tongkang??

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan kesal terhadap keputusan pihak tertentu yang memindahkan kes tuntutan royalti minyak dari mahkamah perdagangan ke mahkamah sivil.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah memfailkan permohonan untuk menukarkan kes itu, malah difahamkan tidak juga dilakukan pihak Petronas.

“Adalah menghairankan kes ini dipindah kebahagiaan sivil tanpa permohonan pihak yang terlibat dan kami berasa sangsi dengan tindakan ini,” katanya semalam.

Pada 30 Ogos lalu, Kerajaan Negeri memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara dengan mendakwa Petronas melanggar perjanjian selain menuntut pembayaran perjanjian petroleum dilaksanakan.

Husam berkata, pendengaran permohonan Kerajaan Pusat untuk mencelah dan memohon menjadi defendan kedua kes ini yang dijadualkan 24 Januari ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri membantah percubaan Kerajaan Pusat campur tangan dalam kes ini memandangkan kes tersebut hanya melibatkan Petronas berasaskan perjanjian pada 1975.

“Ia mungkin akan mendorong Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang lain bagi melindungi hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” katanya.

(Sinar Harian)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by along3746 at 6-5-2011 12:20


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 12:39 PM | Show all posts
Sultan Kelantan temui bakal Raja Perempuan

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/05/06





Sultan Muhammad V sahkan akan berkahwin tak lama lagi

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memberi berita menggembirakan kepada rakyat negeri ini bahawa baginda sudah menemui bakal Raja Perempuan dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Sultan Muhammad bertitah dengan doa rakyat serta pembesar negeri, baginda akan menemui jodoh bagi menjaga segala keperluannya.

“Saya tengah berdoa ini, Insya-Allah Tuhan akan makbulkan. Dengan berkat doa Tok Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat), Datuk-Datuk, Insya-Allah berjaya,” titah baginda sambil tersenyum pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, Sultan Muhammad V, 42, tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sidang media khas itu diadakan buat pertama kalinya bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Sepanjang sidang media selama 35 minit itu, Sultan Muhammad V merujukkan dirinya sebagai ‘saya’ atau ‘kita’.
Baginda yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Perkahwinan pertama baginda dengan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.

Ketika ditanya hubungan antara baginda dengan ayahandanya, Sultan Ismail Petra, bonda Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan tiga adindanya yang lain, baginda hanya bertitah ‘Alhamdulillah’.

Baginda juga menggemari sukan lasak seperti menunggang kuda, menembak dan memanah mendedahkan yang baginda banyak berjoging dan mengambil vitamin bagi menjaga stamina.

Berhubung dengan kemajuan negeri ini, baginda berharap Kerajaan Persekutuan membina lebuh raya yang menghubungkan Kelantan dengan Kuala Lumpur.

Baginda bertitah pembinaan lebuh raya akan menguntungkan semua pihak kerana penggunaan kenderaan tinggi sekali gus akan meningkatkan ekonomi.

“Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil membangun, makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana menaiki kereta, jadi kita boleh tengok apabila kampung ada jalan besar, kampung itu tidak ‘mati’,” titah baginda.

Mengenai Yayasan Sultan Kelantan, baginda bertitah yayasan itu menyasarkan untuk mengumpul dana RM5 juta dalam usaha membantu golongan kurang mampu menikmati kehidupan lebih sempurna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2011 12:43 PM | Show all posts
Boleh jadi dia akanc ari yang muda trang-tang-tang dalam usia 17
atau 16 tahun sebab nak cepat dapat zuriat..........:re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:21 PM | Show all posts
Dgn anak tan sri kamel tu ka? I thot tak dpt restu?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 02:25 PM | Show all posts
ni jodoh kali yg ke brape?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:32 PM | Show all posts
Sultan Kelantan bertemu jodoh


2011/05/05

KOTA BHARU: Kelantan bakal menerima Raja Perempuan  ...
along3746 Post at 5-5-2011 13:09



    Siapa lah gadis yang bertuah itu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:15 PM | Show all posts
Siapa lah gadis yang bertuah itu....
cikglemer Post at 6-5-2011 14:32



   

Yang nie kot ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:24 PM | Show all posts
bagus la kalau abang Faris nak kawin....boleh dapat zuriat sebagai pewaris takhta...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:31 PM | Show all posts
Agak berisi ehh nak jadi pengantin kena lah kurus kan sikit badan selalu lah berenang dan berkuda dan kurangkan makan nasi lemak ampun tuanku kerana membebel.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 03:33 PM | Show all posts
Tahniah ler.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 03:52 PM | Show all posts
Rakyat Kelantan gembira Sultan bakal berkahwin

06/05/2011
3:42pm

KOTA BHARU 6 Mei - Pengisytiharan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin disambut penuh gembira oleh seluruh rakyat Kelantan.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata rakyat Kelantan menyifatkan ia sebagai perkhabaran gembira yang dinantikan seluruh rakyat jelata yang sering tertanya-tanya siapakah bakal permaisuri pilihan hati Sultan berjiwa rakyat itu dan seterusnya bergelar Raja Perempuan.

Rakyat di pedalaman khususnya yang beberapa kali berpeluang bertemu dengan Baginda Sultan memanjat kesyukuran dan mendoakan kebahagian Baginda.

"Alhamdulillah... syukur sangatlah pakcik bila dengar orang cerita Sultan nak nikah... lama dah kita orang kampung dok tertanya-tanya sebab kalau Sultan turun mari kampung kita, mesti baginda seorang.

"Lepas ni, bukan pakcik seorang yang boleh salam dengan Sultan, isteri pakcik pun bolehlah mari salam dengan Raja Perempuan,” kata Mat Jusoh, 72, dari Rancangan Pemulihan Tanah (RKT) Mengkebang, dekat Kuala Krai. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 04:01 PM | Show all posts
patut ler aku tenguk selin kang ajin ke surauuuuuu... ada udang disebalik mee upernya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 04:04 PM | Show all posts
Hehehehe.....kesian! Dah 42 masih tengah berdoa dipertemukan
    jodoh! Dah ada yang cant ...
NAT_11 Post at 5-5-2011 16:50



    cantik xpenting..yang penting boleh menjadi seorang isteri solehah..
kalau pun cntik ..kepala pun xtutup..suami duk kendong dosa sang istri hari2...
xberbaloi dengan kecantikan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 01:01 PM | Show all posts
cakap mcm tu jer dah kata bertemu jodoh
Bolayan Post at 5-5-2011 13:11



Tu lah...ambo pun nak tergelak bila semua paper jumaat baru ni pakat buat tajuk gitu...muka depan lak tu...hanya metro ok skit...sekadar buat tajuk 'rahsia jubah sultan'....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 01:02 PM | Show all posts
Pagi jumaat tu area jln dato pati punye la laris paper...espeseli sinar harian...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 01:04 PM | Show all posts
Tahniah buat Sultan Muhammad V, moga kali ni berkekalan hingga ke akhir hayat
fatehana Post at 5-5-2011 15:23


belom ada apa2 laaa...sotkabo je kepoh lebih2.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.426596 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list