CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2384|Reply: 32

Ketua parti rasuah seru kakitangan kerajaan elak rasuah, salahguna kuasa

[Copy link]
Post time 6-5-2011 05:22 AM | Show all posts |Read mode
Elak rasuah, salah guna kuasa

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin melihat buku terbitan IIM selepas melancarkannya sempena Majlis Perasmian Syarahan Perdana di IIM di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan ialah Mohd. Sidek Hassan (kiri).

KUALA LUMPUR 5 Mei – Tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat dalam konteks politik hari ini amat bergantung kepada sejauh mana pemerintah dan penjawat awam berjaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan rasuah serta salah guna kuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah tindak-tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada pandangan masyarakat.

“Betapa ramai pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur akibat terpalit dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Sehubungan itu, memerangi amalan rasuah adalah jihad paling utama bagi setiap kerajaan yang berintegriti,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana integriti bertajuk Agenda Integriti Nasional sempena ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden IIM, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Timbalan Perdana Menteri dalam syarahannya turut berkata, persoalan rasuah tidak hanya berlegar di sekitar nafsu para penguasa, sebaliknya ia turut melibatkan pemberi dan penerima rasuah.

“Seperti kata bidalan ‘bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi’. Kedua-duanya sanggup melakukan rasuah kerana kuasa yang dimiliki dan kelahapan mereka untuk menerima habuan akibat penyalahgunaan kuasa,’’ katanya lagi.

Beliau berkata, dari segi agama, amalan rasuah juga merupakan satu jenis perbuatan terkutuk dan amat dilarang.

“Rasulullah SAW di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi pernah bersabda yang bermaksud ‘Penerima dan pemberi rasuah di dalam api neraka’.

“Jelas, pemberi dan penerima rasuah adalah pelaku jenayah yang terkutuk sama ada di sisi undang-undang negara, norma masyarakat mahu pun agama,’’ katanya lagi.

Muhyiddin di dalam syarahannya turut membawa pandangan tokoh-tokoh terdahulu yang membicarakan rasuah dan kesannya sama ada pada masyarakat atau negara.

Beliau berkata, seorang sarjana Islam iaitu Ibnu Khaldun dalam karya agungnya bertajuk Muqaddimah telah mengaitkan rasuah dengan persoalan moral.

Ujarnya, menurut tokoh Islam itu, keinginan untuk mengecap kemewahan hidup berlebihan mendorong mereka yang mempunyai kuasa untuk terjebak dalam amalan rasuah.



Ini seruan yg baik. Hatta penyamun pun kalau beri nasihat kepada anak-anaknya jangan jadi penyamun perlu dialu-alukan. Setidak-tidaknya jika diri sendiri tak boleh berubah, dia mahu org lain jgn jadi seperti dia. Syabas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 05:31 AM | Show all posts
die x suke tgk org len rasuah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 07:08 AM | Show all posts
bnyak yang rasuah masih kat dalam tu, malah ada yg diberi jawatan tinggi lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 07:42 AM | Show all posts
die x suke tgk org len rasuah....
dzul90 Post at 6-5-2011 05:31


cuba tanya perompak, dia suka ke orang lain jadi perompak. Rasanya kita akan banyak jumpa jawapan "tak suka".
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 07:42 AM | Show all posts
Muhyiddin Yassin buat lawak...mari kita ketawa ramai-ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:18 AM | Show all posts
langkah yg baik. tp knp posting2 lebih menjurus pd negatif? x fhm lh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2011 08:19 AM | Show all posts
Muhyiddin Yassin buat lawak...mari kita ketawa ramai-ramai...
willywonka Post at 6/5/2011 07:42


Kih...kih...kih...
Biasa lah tu....
Ibu Ketam, Mengajar Anak Ketam Berjalan Tegak...
Tapi yang tambah bestnyer lagi kan...Ibu Ketam tersebut adalah Ketam Beracun....
Kih...kih...kih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:20 AM | Show all posts
die x suke tgk org len rasuah....
dzul90 Post at 6-5-2011 05:31

jgn ade persaingan dlm hal2 rasuah nih hiks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 08:21 AM | Show all posts
langkah yg baik. tp knp posting2 lebih menjurus pd negatif? x fhm lh
satriastendet Post at 6-5-2011 08:18

psl umno tu masih bergelumang dgn gejala rasuah.... rakyat tak yakin la bebenornya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 08:23 AM | Show all posts
Mana ada negatif? Kan aku beri komen-komen yang positif je semua tu. Tak percaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:23 AM | Show all posts
cuba tanya perompak, dia suka ke orang lain jadi perompak. Rasanya kita akan banyak jumpa jawapa ...

tokeycarwash Post at 6-5-2011 07:42


ko ingat "ORANG" mana yg sukakan persaingan dalam bidang yg "DIA" ceburi.......sama laa kalo kita bukak bisnes char koayteow mesti kita bengkek ada orang lain wat bisnes yg sama....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:25 AM | Show all posts
Mana ada negatif? Kan aku beri komen-komen yang positif je semua tu. Tak percaya ke?
tokeycarwash Post at 6-5-2011 08:23



    "lebih menjurus negative".............faham x maksud "menjurus"?

knp nk terasa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:26 AM | Show all posts
ooooooo BN je rasuah, DAP segala bapak rasuah tak kisah pulak!!
maklumlah lah rakan sebantal mana leh bising2!{:2_76:}
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:28 AM | Show all posts
psl umno tu masih bergelumang dgn gejala rasuah.... rakyat tak yakin la bebenornya
dino Post at 6-5-2011 08:21



    sbb tu la pendpt aku yg ini adalah "langkah yang baik".................unt keluar dr rasuah, buat lh sesuatu yg bijak unt menanganinya dan kempen ini adalah baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:29 AM | Show all posts
tengok thread ni teringat gambar ni.,...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:30 AM | Show all posts
sbb tu la pendpt aku yg ini adalah "langkah yang baik".................unt keluar dr rasua ...
satriastendet Post at 6-5-2011 08:28

aku ambik contoh... email 1msia.... mcm mana rakyat nak purcaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 08:31 AM | Show all posts
ooooooo BN je rasuah, DAP segala bapak rasuah tak kisah pulak!!
maklumlah lah rakan sebantal mana l ...
kenari2101 Post at 6-5-2011 08:26



    kalau lh kita letak tepi hal2 kepartian ini.............tajuk thread ini sgt memualkan...................errr......ada org faham x maksud "memualkan"?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:33 AM | Show all posts
Kih...kih...kih...  
Biasa lah tu....
Ibu Ketam, Mengajar Anak Ketam Berjalan Tegak. ...

devil_fruit Post at 6-5-2011 08:19


weih, balik2 ketam yg dipersalahkan......apakah kita pasti yg kita berjalan lurus.....kot2 dari kaca mata ketam manusia nih yg berjalan bengkok.......hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:34 AM | Show all posts
aku ambik contoh... email 1msia.... mcm mana rakyat nak purcaya
dino Post at 6-5-2011 08:30



    sorry dino. tentang email 1msia tu aku x tau citernya sgt coz benda tu perlu fhm dulu mcmn konsepnya then baru blh komen. tp aku x berkesempatan. tp tntg thread ni, mudah shj...........langkah kerajaan unt menangani rasuah. simple.

kalau ko rajin, blh x konklusi kan tntg email 1msia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:36 AM | Show all posts
weih, balik2 ketam yg dipersalahkan......apakah kita pasti yg kita berjalan lurus.....kot2 dari  ...
axl_bach Post at 6/5/2011 08:33


Perumpamaan jer tue..
Ader maksud yang tersirat...
Paham-paham udah...
huhuhuhu....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.069919 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list