CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83940|Reply: 2486

JOZAN MaNSioN v.4!! ~ Welcome Back JOZAN...'Silent Comedy' Menjadi!!

   Close [Copy link]
Post time 10-5-2011 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by SaVilara at 17-5-2011 06:08



















Suda masuk umah no.4...Alhamdulillah~!



                                               

        

        
                             


                                                      

  





JOZAN @ MAHARAJA LAWAK



MINGGU 1






MINGGU 2





MINGGU 3




MINGGU 4



MINGGU 5


MINGGU 6



MINGGU 7



Dengan doa dan harapan mudah2an Johan & Zizan:

- mengekalkan hubungan baik sbg sahabat yang sgt cute bila berdua tu



- meningkatkan prestasi dari segi mutu persembahan



- mendapat lebih byk job tak kira melawak, pengacaraan, filem, drama dan lain2



-
menjadi juara Maharaja Lawak



- dijauhkan dari segala kontrovesi yang boleh menjejaskan nama baik JOZAN yang tgh kat atas skg nie



- kekal bahagia bersama keluarga masing2

amin ya rabbal alamin...



Doa credit to: viscose


AHLI-AHLI JOZAN MANSION

(Nama & No.Keahlian)


001- JOZAN (JOHAN/ZIZAN)
002- JOZAN (JOHAN/ZIZAN)
003- SaVilara
004- Tashu
005- Dermawan
006- Viscose
007- maxim
008- airuszzdy
009- auni2011
010- cloudnine_mm
011- Gnola83
012- jejahcomel
013- kakleen
014- alyssasarah
015- wunny
016- wizardly_boy
017- mafaz
018- kurusss
019- choolakaw
020- lepapilon
021- fredbok87
022- hyun
023- izat123
024- rose_weedy
025- nia07
026- Warda
027- amyainsamad
028- Ha_Neul
029- adikmanis
030- cemp
031- Abob
032- As_Qein
033- caricari
034- Sueida87
035- anchak
036- IoriYagami
037- syasyafina
038- manganini
039- msrosse
040- FlowerGirl
041- ziee
042- cmf_conan
043- DULUVS
044- black_dahlia
045- cmf_lie
046- wulan_cinta
047- ihtisyam
048- dideal_2004
049- meea_dameea
050- petrolaffy
051- tabasco
052- AmaniGafimmers
053- zi_trone22
054- Leha_Johnson

055- seroja23
056- farah85
057- mawarkhayalan
058- juezairi
059- zuranura
060- AlienGurlz
061- ren0_0
062- bloomy
063- dhia_khumairaa
064- FanCT
065- illa

066- azwandyazizan
067- talapia
068- baby_shy04
069- jingga007
070- ayu611
071- sufiprint

072- pinklollipop

073- narcolepsy

074 - neeziee

075 - akues



T-SHIRT JOZANNURSE

(Tempahan pada rose_weedy boleh dibuat di < SINI >



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2011 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 22:47

BIODATA JOZAN










Nama: Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz  (Johan)

Asal: Ampang, Selangor

Tarikh Lahir: 13 June 1984 (Gemini)

Agama: Islam

Keturunan: Malay/ Chinese

Tinggi: 169 cm

Hobi: Futsal, Jogging & Video Games


Pencapaian:

1) Second runner-up untuk Raja Lawak Astro Musim Pertama

2) Mewakili Selangor dalam Pertandingan Drama Peringkat Negeri (Anugerah Watak Terbaik)

3) Juara Karaoke tahun 1994 & 1996


Telemovie: Hang Pa La Hantu, Papaku Rock, Osman Berani, Halimah Jongang, Nak Balik Raya, Duyong & Dugong, Loklak dan Awekku Bukan Awekmu.


Drama / Episod: Chaparela, Pasrah, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Semanis Janji (RTM), Oh Yeah, Redah Kasi Pecah dan Raja Lawak.


Teater: Siti di Alam Fantasi



Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Libas, Raya Tak Jadi, Bohsia, Bujang Terlajak, Ponti vs Omi, Along Bukit Beruntung, Berani Punya Budak dan Uncle Usin.


Pencapaian tertinggi didalam hidup:
Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama dan Top 5 ABPBH (Artis Komedi Popular).


Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.


Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak:

Youtube, isteri, buku, keluarga, internet dan persekitaran.


Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.


Komen Astro mengenai JOHAN: "The 3rd Place winner of ASTRO Raja Lawak proves that he deserves to be one of the finalists. Yazid or better known as Johan is able to make anyone laugh with his spontaneous remarks and jokes. Johan can also be considered as the Jack of all Trades as he varies his ability to do things. Apart from doing comedy, he is able to host TV programs, events, and even sing."









Nama Penuh: Mohd. Razizan Bin Abdul Razak
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tempat Lahir: Dungun KT
Tarikh Lahir: 15 April 1984 (Aries)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Tinggi: 170 cm


Pencapaian: 1) First Runner-up untuk Raja Lawak Astro Musim Pertama.

2) Favourite TV Personality SHOUT! Awards

3) Bintang Komedi Paling Popular  2010


Filem: Uncle Usin, Kapoww! Atoi The Ajaib Boy, KL Gengster, Hantu Bonceng dan Bohsia 2: Jalan Kembali.


Teater: Tengku Dalam Kalsom, Ngilu dan Mayang Ngoyang.


Program TV: Citra Warna 2001, Radio RTM, Cinta.com, Pasrah, Gaia, AC Di Sini, Fulus Mania, Jozan Show (Musim 1), Raja Lawak (Musim 2 - 5) dan Idola Kecil 2009.


Host: Zizan Show, Idola Kecil, AC DiSini, Anda Ada 60 Saat, Remaja Ekstrem dan Jangan Betulkan TV Anda (Singapura), Melodi, Anugerah Bintang Popular BH 2010.


Pencapaian tertinggi didalam hidup: SPM.


Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Bila lawak menjadi.


Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Diri sendiri dan orang sekeliling.


Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Mendidik masyarakat dalam lawak.


Komen ASTRO mengenai ZIZAN: Zizan of Raja Lawak does not only has the charm, he also has the tongue for comedy. Razizan was the first runner-up for Raja Lawak Astro in 2007. Apart from comedy, his resume shows that Zizan loves acting as he has acted in several TV shows and theatres.




* Maklumat dipetik dari website Raja Lawak 2008 & Maharaja Lawak 2011..dan tambahan maklumat sendiri hasil dari Google

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 22:48

GAMBAR-GAMBAR JOZAN



        
            

HASIL KARYA JOZANNURSE


by: wunny



  


by: Tashu


    


by: SaVilara











Antara artikel2 sal keserasian JOZAN yg iols pernah jumpa

Quote dari JoZan sendirik di interviu Kosmo:


*Kalian berdua selalu digandingkan. Sejauh mana keserasian kalian sebenarnya?

Johan: Serasi bersama (ketawa). Memang serasi, misalnya kalau kami bersama, selalunya Zizan selalu 'tarik' saya kalau saya pergi begitu jauh. Begitu juga saya, kalau Zizan lihat saya sudah merapu, dia cover saya.

Zizan: Keserasian berkait pada pemahaman. Kami berkenalan pun masa uji bakat Raja Lawak. Kami sama-sama layan lawak masing-masing. Pemikiran kami selari. Dari situ timbul keserasian malah di luar dunia kerja, kami juga berkawan baik.


Quote dr Zizan:

"Saya bersyukur sangat apabila masih diberikan peluang oleh Astro untuk terus bersama rancangan ini. Saya dan Johan memang serasi walaupun kami lelaki. Walaupun kami selalu bersama tapi saya tak pernah menghalang Johan berkahwin", ujar Zizan yang penuh dengan sifat lucu ini - Mangga Online


Lagi quote Jijan bout Johan (dpt dr website):

* Anda biasanya digandingkan dengan Johan. Jika tanpa Johan apakah anda boleh membawa karakter ataupun lakukan lawak seorang diri?

-Sebelum ini saya di Raja Lawak pun memegang tiket pelawak solo. Tapi setelah keluar dari Raja Lawak saya banyak digandingkan bersama. Tak kisah pun, orang kata berdua lebih baik gitu...!

Kalau berdua idea tu lebih banyak dan ada kesinambungan yang berterusan bila berlawak. Tidak timbul rasa selesa atau tidak, kerana Johan juga berbakat. Kalau dinner show saya pun ada buat lawak solo. Tengok keadaanlah. Kalau saya kena buat solo, saya kena buat banyak persiapan mental dan mencari idea yang lebih sebab idea kena fikir sendiri. Kalau berdua, bolehlah kita berkongsi idea.


* Mana lebih selesa, lawak solo ataupun dengan Johan?

- Dua-dua suka dan dua-dua tak ada masalah.


Ketika ditanya komennya apabila terus digandingkan dengan Johan, Zizan berkata; pasangannya itu paling serasi sama ada di dalam atau luar rancangan yang diacarakannya.

Dia juga mendapat maklum balas positif daripada para penonton Raja Lawak yang mahukan agar gandingannya bersama Johan diterus pada masa akan datang.

"Setakat ini Johan paling serasi berlawak dengan saya di atas pentas atau mengacarakan Raja Lawak. Saya belum jumpa lagi pelawak lain yang boleh begitu serasi selain Johan.

"Kadangkala sewaktu mengacarakan Raja Lawak kami saling tidak boleh menahan gelak sampaikan saya selalu terpaksa buat 'muka ketat' (menahan) kerana gelagatnya itu.

"Malah, kami juga mempunyai gaya dan rentak tersendiri kerana sudah faham dan tahu dialog atau topik apa yang hendak disampaikan," katanya. - Utusan Online




Zizan turut menjelaskan dia begitu serasi bekerja dengan Johan dan jika di luar bidang kerja juga mereka sentiasa serasi."Jika dilihat kerja kami di Raja Lawak, kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk berinteraksi... ini kerana kami memang serasi dan biasa kerja bersama."Bila di luar bidang kerja juga, kami memang begini, tidak boleh jika tidak melawak, bergurau dan tidak tahu duduk diam. - mStar Online

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 03:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 22:49

ARTIKEL  

  


credit to: mStar online

Isnin Februari 21, 2011
Keserasian Mantapkan Lawak Zizan & Johan

Oleh WAHIDUZZAMAN







BAGAI raja di pentas, gandingan dua bakat komedi ini licik mengatur bicara dan jenaka sehingga memukau peminat komedi. Tanya saja pada sesiapa pun, pasti ramai yang tidak mampu menidakkan penangan gandingan Johan dan Zizan.

Jika dihitung hayat pembabitan mereka di pentas hiburan, perjuangan dua jejaka yang sinonim dengan jolokan Jozan, hasil gabungan nama mereka itu sebenarnya masih terlalu ‘hijau’.

Mula membina nama selepas menyertai program Raja Lawak Astro musim pertama (RL1) pada 2007, Johan dan Zizan terus mengorak langkah sehingga berjaya memahatkan nama sebagai pelawak dan pengacara pelapis paling efektif hari ini.

“Sebenarnya, keserasian itu sudah terjalin sejak kami dalam RL1 lagi. Walaupun ketika itu kami adalah pesaing, Johan sering berkongsi idea dan pandangan tentang persembahan mingguan kami.

“Selepas tamat RL1, saya dan Johan diberi peluang untuk menerajui program Lawak King. Dari situ, pihak penerbitan melihat keserasian kami dan terus ditawarkan sebagai pasangan pengacara RL musim kedua sehinggalah hari ini,” imbas Zizan.

Melihatkan aksi lucu mereka yang lancar dan spontan di pentas, pasti terdetik di hati kita tentang rahsia di sebalik keserasian itu. Gandingan Johan dan Zizan bukan sahaja serasi berpadu, malah lebih istimewa lagi, persefahaman itu diperakui berkesan pada mata umum.

Mengulas tentang perkara itu, pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abd Razak, 26, (Zizan) menyifatkan keserasian mereka berlaku secara semula jadi atas dasar persefahaman dan keikhlasan.

“Asas kepada keserasian kami adalah keikhlasan dan persefahaman. Selain sering berkongsi idea tentang sesebuah persembahan yang dijayakan, kami juga saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Semuanya berlaku secara spontan dan semula jadi sebenarnya. Selalunya, jika Johan memberikan sesuatu idea lawak, saya akan faham sendiri petanda yang diberikannya dan sambut serta kembangkan jenaka itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas empat tahun bekerjasama, dia dan Johan sentiasa bantu-membantu, tetapi jauh sekali untuk cuba membayangi satu sama lain ketika di pentas.



Gambar: Penampilan Johan dan Zizan selalu menggamitkan suasana

“Tiada istilah siapa lebih atau siapa kurang dalam setiap persembahan kami. Sebaliknya, kami sentiasa bantu-membantu bagi mengimbangi kekuatan dan kekurangan masing-masing.
“Sejujurnya, walaupun kami sentiasa merancang sesebuah persembahan itu, ironinya apabila berada di pentas, kebanyakan jenaka yang keluar adalah bersifat spontan dan tidak mengikut perancangan asal.

“Mujurlah kebanyakannya menjadi dan mendapat respons yang baik daripada penonton,” katanya yang kerap berbincang dengan Johan tentang perancangan masa depan karier masing-masing.

Bagi Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 26, keserasian mereka bertitik-tolak daripada toleransi dan profesionalisme. Akui suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini, walaupun mereka hanya rapat ketika bekerja, persefahaman itu tersemai secara semulajadi bertitik-tolak daripada sikap tolak-ansur dan saling memahami.

“Realitinya, saya dan Zizan tidak begitu rapat apabila berada di luar. Namun, apabila bekerja memang kami akrab dan serasi. Keserasian ini bagaimanapun terbina atas sikap toleransi dan persefahaman yang kami amalkan sejak mula bekerjasama. Apabila kami mengadakan sesebuah persembahan, kami memang amalkan teknik ‘beri dan terima’, dan setakat ini Zizan faham dengan cara saya dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Bercerita tentang lawak jenaka mereka, Jozan mengakui mereka sentiasa peka pada sensitiviti bahan jenaka yang dipersembahkan kepada umum. Bagi mengelakkan jenaka yang disampaikan itu menyinggung mana-mana pihak, mereka sentiasa berpesan dan mengingatkan antara satu sama lain.

“Kami memang sentiasa peka tentang perkataan-perkataan atau isu-isu sensitif ketika berlawak. Perkara-perkara berkaitan agama, bangsa, seks dan berbaur lucah memang akan kami elakkan,” kata Johan.

“Sebab itu kami perlu saling ingat-mengingati dan berfikir sebelum berlawak. Kami bukan membuat lawak kosong tanpa berfikir. Sebolehnya, setiap jenaka itu mempunyai mesej tersirat untuk kebaikan semua, cuma ia disampaikan dalam bentuk yang santai,” ulas Zizan pula.

Mengekalkan momentum lawak dalam setiap persembahan ternyata bukan tugas mudah. Setiap pelawak di atas dunia ini pun sering mengalami pasang surut dan kekeringan idea.

Kata Johan, mereka sering bereksperimen dalam setiap persembahan yang dilakukan. Kebiasaannya, mereka akan menonton semula rakaman persembahan yang dijayakan bagi mengenal pasti lawak yang mencuit hati penonton.

“Selalunya saya dan Zizan akan rancang bahan jenaka sebelum melakukan persembahan tetapi kami tidak pasti sama ada ia menjadi atau tidak. Untuk melihat keberkesanan lawak yang disampaikan, saya akan menonton semula rakaman persembahan itu dan mencatat bahagian dan perkataan jenaka mana yang boleh buat penonton gelak. Seandainya, kami mengalami kekeringan idea sebelum sesebuah persembahan, biasanya kami akan lakukan jenaka secara spontan sahaja,” jelasnya.

Mengeratkan lagi ikatan itu, Johan dan Zizan turut disatukan dalam program bual bicara Jozan Show yang bersiaran di Astro Prima. Bagaimanapun, kesibukan jadual seni masing-masing menyebabkan rakaman musim baru program itu sering tertangguh sehingga hari ini.

Gandingan mereka yang kini boleh ditonton sebagai pengacara RL5 akan kembali bersatu dengan nama Jozan dalam persaingan program Maharaja Lawak di Astro Warna tidak lama lagi.

Melengkapi profil gandingan itu, Johan dan Zizan dijangka turun ke lokasi penggambaran filem komedi aksi arahan Syamsul Yusof, April depan. Dalam filem yang masih belum diketahui judul rasminya itu, mereka akan bergandingan buat julung kalinya sebagai teraju utama.

“Saya dan Johan akan bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem ala penyiasatan itu. Belum ada perbincangan rasmi dan kami pun belum melihat skripnya lagi tetapi yang pasti ia sebuah filem bergenre komedi aksi,” kata Zizan.

Manisnya, selepas empat tahun membina nama bersama, segala usaha dan komitmen mereka kian diiktiraf ramai. Jika pada November lalu, Zizan memenangi Anugerah Personaliti TV Kegemaran di Shout! Awards 2010, mereka terus melakar populariti apabila masing-masing tersenarai sebagai finalis Artis Lelaki Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung pada April depan.



ARIES & GEMINI Compatibility


ARIES (Zizan, 15 April)
GEMINI (Johan, 13 Jun)
These folks won’t bore each other due to the fact both really like to talk. (It’s a close contest, but Gemini should in all probability win.) And they give a special compatibility, for Gemini is as restless and keen to try new issues as Aries is. There are no inhibitions on either side. Gemini is clever enough to circumvent if Aries’s do dominate. Gemini may look for additional outdoors stimulation, but is discreet about it.Their minds mesh effectively; Aries is dynamic and intelligent, Gemini is versatile and ingenious. The indicators are absolutely go.

This lively, energetic set can be good friends as well as good lovers. These folks thrive on activity, adventure, and range; enjoy each other’s humor; and like social life. Aries will possibly make the choices due to the fact Gemini has problems in that area. Aries’s domineering streak will offer Gemini the advice it needs-and Gemini’s occasional wanderings from the straight and slim could hold Aries on its toes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 23:03

ANALISA & PANDANGAN MENGENAI PERFORMANCE JOZAN SETIAP MINGGU


by: SaVilara

MINGGU 1

"Sejak Aku Jadi Artis Fofuler.."



Genre: Santai
Scene: Borak-Borak
Lokasi: Random
Karakter
JOHAN: The real Johan, retis fofuler
ZIZAN: The real Zizan, retis fofuler
Hubungan JOZAN: Member lama x jumpa

Lawak 'warming-up', first time rasa jd peserta balik pas dah 4 tahun jadi pengacara & membahan peserta2 Raja Lawak.. Excuse asal, masing2 terlalu sibuk dengan aktiviti lakonan & pengacaraan yang padat (terutama ZIZAN yg kena buat persiapan jd hos ABPBH & penampilan pertama di MELODI disamping Dira time tuh). Sebagai tagteam, masa utk berjumpa dan berbincang sangat suntuk dan idea nih diorang cuma fikirkan 3,4 minit sebelum turn diorang. Kecoh gak la dikalangan penyokong & haters masa nih..


Memorable Quotes/Scene:
1. "(ringtone) Goyang goyang, goyang kepala goyang...cepat la angkatt!!"
2. "Aku selamatkan robot...aku baiki robot"
3. "Lindsay Lohen menangis kerana Johenn.. Gambar NABIL BERCI~ BERCUTI"
4. Scene JOHAN & ZIZAN 'lari' dari Mamat Khalid, siap angkut kusi, n siap nyorok belakang member


MINGGU 2
'Sol & Papa'



Genre: Parody
Scene: Kasih-Sayang Ayah & Anak
Lokasi: Ruang Tamu Rumah Banglo Family Usop Selam
Karakter
JOHAN
: Papa Yusof- Ayah yang tegas, macho dan penyayang
ZIZAN: Sol- Anak yang agak 'kontrol ensem' dan manja
Hubungan JOZAN: Anak-Beranak

Pas dikritik, minggu nih diorang 'bangkit' balik, gunakan kelebihan diorang lam meniru gaya selebriti, dan jadikan kesinambungan beberapa faktor lawak yang orang kenali dari mereka sebelum nih. Juri bagi pujian dan kebanyakan orang suka. Tapi ni masih x cukup, ramai nak JOZAN 'keluar' dari apa yg dah biasa diorang buat selama nih. Dan ada lak orang bangkitkan isu sengal kunun mereka 'memfitnah' 'keluarga besar' Yusof Haslam..

Memorable Quotes:
1. "Ayah hantar kau ke AL-Azhar, tapi balik sini AL-kohol jugak yang kau carik"

2. "Dalam akaun bank Papa xde duit Mama, tapi dalam akaun bank Mama ada duit Papa.."
3. "Hari ni Papa DODOIKAN Sol..." "Sol? Soley Soley.."
4. "Bukit Kepong kalo nak tinggi sket, Bukuit Kepuingg.."


MINGGU 3
"BABYku, BABYmu Jua"



Genre: Muzikal
Scene: Pertengkaran
Lokasi: Pejabat
Karakter
JOHAN
: Fakhrul / Rozaimi / Amri- Lelaki inesen yang agak cengeng, comel dan setia pada chenta
ZIZAN: Musalman / Baharuddin- Playboy yang agak 'poyo', nakal dan penggoda
Hubungan JOZAN: Boss & Pekerja, Rakan Serumah, Musuh Chenta

Ramai yang tahu tema MUZIKAL memang makanan JOZAN BROTHERS. TAPI, ramai pengikut Raja Lawak tak mo tengok JOZAN dengan ciri muzikal yang pernah diorang bawak sebelum2 nih (Johan nyanyi, Zizan rap). Kali ni diorang bawak sesuatu yang berbeza. Diorang cipta satu scene konfrontasi, dan selitkan lagu2 yang sesuai dengan setiap perubahan scene dan dialog. Ada yang jadikan isu kenapa JOZAN tak TUKAR lirik lagu? Rasanya Jozan pun tau itu yang orang expect dari setiap peserta RL every season/ML dan cuba lari dari cliche..as if ada peraturan yg kata wajib tukar lirik kan Tp lain org, lain pendapat..

Memorable Quotes/Scene:
1. "Baby, baby..BABY la ko nih!!"
2. Lagu Jahat, Rambut palsu Zizan tercampak & AC jadik penari tambahan kat blakang buat tarian Beyonce
3. Setiap kalik diorang tukar2 nama (nama sume klasik xley blah )
4. "Babyyy~ adoii!!" (kaki kena helmet)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 23:04


MINGGU 4
'Kisah 2 Pencuri Tabung Surau/Masjid'



Genre: Dramatik
Scene: Thriller
Lokasi: Bilik soal-siasat Polis
Karakter
JOHAN
: Basri (Abdul Wahib)- Budak nakal yang banyak cakap, loyar buruk
ZIZAN: Jaya (Abdul Wahab)- Budak nakal yang agak kelam-kabut, nampak lurus
Hubungan JOZAN: Partner-in-crime

Kali ni JOZAN benar2 lari dari kepompong 'JOZAN' means lari dari rutin
feeder & killer
yg biasa mereka buat. Setiap dari diorang buat penyampaian secara SOLO (solo tapi BUKAN as stand-up comedian, diorang x sampaikan direct pada penonton, tapi sbg satu watak dramatik). Diorang cuba sesuatu yang baru & kreatif. Guna sikit ilmu dan teknik performing arts...maknanya ada penggunaan teknik lighting, ada teknik bercakap ngan karakter imaginasi.. Isi performance dorang minggu nih mendatangkan dua reaksi berbeza dari pengikut ML..iaitu kategori yang rasa diorang dah 'break the social taboo' (sebab kunun menyentuh unsur agama)..dan kategori yang take it as a 'social critics' terhadap benda2 yang benar terjadi dikalangan masyarakat..


Memorable Quotes:
1. "Encik, saya ikhlas 30 ringgit je cik..bila masuk 50 ringgit dah jadi x ikhlas cik"
2. "Yang beghinii beghiniii tu hape.." (ngan aksi skalik)
3. "Saya tanya, ni duit ko ke? Bukan..jadi saya masukkan la lam poket.."


MINGGU 5
Sketsa Penarik Kereta



Genre: Sketsa
Scene: Saspen / Aksi
Lokasi: Parking Lot Bangunan Pejabat
Karakter
JOHAN: Abang Rozie Tiger- Lelaki yang nampak baik-inesen ---(bertukar--> garang & menakutkan
ZIZAN: Mael Lambung- Samseng yang ganas, kasar ---(tapi)--> dalam hati ada taman
Hubungan JOZAN: Penarik kereta & Mangsa, Bakal Abang/Adik Ipar

Kali nih diorang buat sketsa yang ada twist kat ending. Dorang gunakan kelebihan lakonan masing2. Bukan takat penghayatan berkesan Zizan sbg MAIL LAMBUNG yang ganas giler dan Johan yang jadik sangat inesen dan penakut di babak intro, tapi gak untuk switch mode/mood karakter masing2 di babak klimaks. Penggunaan pentas dan ruang? (Ye thanx cik Rose_weedy, graduate performing arts yang bagi 'taklimat' sal benda nih ) JOZAN gunakan props yang paling basic tapi berguna lam theatrical performance..'tangga' kat pentas tuh (upper-tier & lower-tier) utk ubah level kedudukan/tahap watak masing2..dari 'pembuli ganas'/'mangsa' dan 'Abang Long Besar'/'Bakal Adik Ipar yang harap approval'


Memorable Quotes/Scene:
1. "Mail Lambung tak makan rasuahh.."
2. "Akta Mail Lambung"
3. JOHAN buat mata Ju-On
4. ZIZAN kena makan kertas
5. "Ooo..tahun lepas ko datang umah aku siap salam chiyum tangann!"
6. (muke ganas tengok fon) "Hello babyyy~ I ada meeting nih..pas waktu pejabat I datang ye" (nampak sgt tipu gf kata keja opis )

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-5-2011 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 23:07

ANALISA KEKUATAN / KELEMAHAN JOZAN (oleh rose_weedy)




DUO

JOZAN




AS a Dynamic DUO. terbaik. terhebat. xsia2 zaman raja lawak dulu, Tenaga pengajar gabung mereka yang Yo Yo O ni. Sebab, dari situ nampak sesuatu yang sangat luar biasa dalam lawak mereka. Sebagai individu mereka lawak jugak. tapi entah kenapa Orang ramai rata-rata lebih suka lawak yang dibuat oleh JoZan. JoZan became a Brand, A trademark, A name of a band. JoZan. combination of JOhan & ziZAN. Dua-dua memang nampaknya tak ada masalah untuk bersama-sama mencari rezeki dengan nama JoZan buat masa ni. Ramai yang Cakap kekuatan JoZan terletak pada Johan. Ada yang xnak terima benda tu and cakap Zizan lagi popular and kelakar. well, itu semua pendapat masing2. I will tell you why. Why some of think that way and what did I think of the matter. ok, Yazid Lim or Johan won the third place in Raja Lawak 1 & Mohd Razizan won the second place. Sad enough for us fans kan? tapi mereka berdua tak lenyap disitu. mungkin kerana pakej yang ada pada mereka berdua, mereka berdua pun rajin follow gempak selebriti astro masa tu, So mereka boleh dikatakan lebih popular dari retis2 af tu! ... aghhh.. teringat Johan cakap I cute time gempak selebriti tu..~. JOZAN came back to our screen masa RAJA LAWAK 2, 3, 4 & 5 not as a contestants but as the Host for the show. Yang mana, rata-rata orang tgk show tu sebab mereka berdua. (akulah antaranya~). Now, payback time, JoZan became the newest phenomenal. better than AF itself. Most of their videos were a hit on youtube. and Producers of Astro make a new reality show called MAHARAJA LAWAK for all finalist to fight back for the title. fikir-fikir balik, boleh je kan buat juara raja lawak je. tapi, tu mmg sah2 nak bagi nabil menang arrr. xda fight langsung. haha. well, nampak sangat Jozan ni aset untuk astro and so dorang tukar and letak FINALIST... duhhH~



KEKUATAN -   Yo Yo O je dorang ni kan. akibat terlalu selesa dengan satu sama lain, apa je yang dorang guraukan tu menjadi. I like how dorang stay just as friends kat luar but really best friends time JoZan. thats how u maintain a good relationship.. ko punya pasal, aku punya pasal. so its always fresh. Kekuatan mereka berdua ni... boleh cakap ke kat sini? boleh kan? haha. dorang berdua mempunyai PAKEJ. bukan pakej mustika atau apa2. but PAKEJ yang lengkap. "BRAIN & BEAUTY". selalu kita tgk, perempuan je yang ada benda ni. ada otak yang cergas. Ada rupa yang boleh dijual. itulah JoZan. kata2 Umi fauziah time Raja Lawak dulu memang betul2 membuatkan JoZan serius. Sikit je kata2 dia... "KORANG BERDUA boleh alert sikit x?" terus.... sampai sekarang... JOZAN SENTIASA alert walaupun kekadang benda tu tak ada kena mengena ngan dorang. tapi, manusia insan biasa. ada je beberapa kali mereka buat silap. but still market dorang sangat tinggi and I don't think sinar dorang akan malap.. not in 2011. dorang tgh hot... so yang lain boleh beratur belakang lah~~~ xda gunanyerrr punnN~~~

2) dengan perkataan 'alert' tu jugak, Johan mahupun zizan sangat alert antara satu sama lain. sebab tu ada je gif2 korang yang time Jozan buat aksi geleng serentak or menari serentak.. etc. tu semua... sangat penting dalam KERJASAMA!!. hehehe. but, kerjasama terbaik pada aku ialah time akademi bomoh ep 7. (oh yeah)... time tu, Zizan kena jadi Ghani ghaib tu kan... disebabkan ghani ghaib tu xwujud pun actually... and dia kena minum air yang mengandungi santau tu. masa tu Zizan cakap.. "ni macamana nak minum ni..." and pada masa tu, If Nabil as a host alert.. dia akan buat something.. but instead... JOHAN lebih alert... dia amik cawan lagi satu and suh Zizan tuang air dalam cawan tu... you see, benda2 macam tu nampak remeh... but actually sangat penting bila kita nak bekerjasama ni. lagi satu part memang part ep 9 redah kasi pecah (watch it.. on my previous entry) yang Johan kena denda makan kuih pahit tu, xleh nak telan,.. and zizan cakap... "lambat sangat la ko ni.." and dia pun tolong abeskan. then of coz la dia luahkan balik sebab mmg xsedap pun. tapi, kat situ nampak yang Zizan sanggup buat apa je untuk tolong kawan dia.

3) raja lawak made them JOZAN. the famous JOZAN. branding dorang tinggi n menjadi ikutan. apa je yang dorang buat. diperhatikan n diikut. menjadikan dorang sangat fames. . nasib la time raja lawak 1 dorang start serasi bersama, sebab itulah takdir Allah nak tunjuk pada mereka, nak kecapi kejayaan, adakalanya kita kena buat bersama~

Nak kata kelebihan JoZan memang sampai bila pun tak abes. sebab dorang ni memang jenis pelawak Killer vs Killer. dua2 nak menang. esp Zizan. and sebab as you alls semua tau, Johan ada problem a few years back, so Zizan punya nama memang naik giler2 as a individual. Walaupun pada pendapat aku, Johan lagi kelakar. masa tu. hehe. Nabil plak, memang bermasalah, lu pikir la sendiri apa masalah mamat tu. and so Zizan take that opportunity n bekerja keras sampai akhirnya berjaya kalahkan Nabil time Anugerah artis komedi lelaki popular. sekian.~

KELEMAHAN
ada dua kelemahan Jozan.

1) terlalu sibuk yang amats. - disebabkan mereka diluar adalah dua individu yang belum membawa nama JoZan. so dorang masih Zizan & Johan kat luar. So Ada shooting... ada talk show.. ada family.. Ko ada keje ko.. aku ada keje aku... Disebabkan tu, we usually see dorang penat & tak berapa nak 'bagi' masa perf dorang. but, just know this... dorang dah buat yang terbaik... relax la semua.~~

2) terlalu expose. - disebabkan RAJA LAWAK ni dah jadi satu benda wajib every year. and every year kita tgk JoZan yang mengacara. kita jadi tamak. (xguna betul kita ni.hahaha) Kita jadi nak tahu.. apa Jozan buat minggu ni.. owh minggu ni tak kelakar dari minggu lepas & etc... which is.. sangat tertekan untuk JOZAN.......... mereka manusia biasa. So, bila dah tertekan.. mereka punya lawak tu jadi dibuat2 and orang tak ketawa sangat. kan xbest tu... Dalam maharaja lawak, semua yang Jozan buat, ada je salahnya. Lawak recycle, lawak meniru suara, xcukup energy, meniruLIGHTING peserta! etc. bukan apa tau, kita ni memang sentiasa tak berpuas ati pada orang2 yang bagus, popular, etc. so kelemahannya ialah pada kita. we suppose to continue supporting and not to continue giving them pressure. I percaya Jozannurse semua baik2~ hehehehe... so, jangan expect yang tinggi menggunung please. sebab kalau kita relax je... sure kita akan ketawa 100 kali lagi kuat dari sepatutnya sebab lawak tu xdijangka...hahaha



THEY SHOULD LEARN FROM - TRIO BUJANG LAPOK (xda kene mengena ngan ML KAN~) how they maintain their friendship and professionalism.

They could win this if.... THEY ALWAYS gave 110% in their perfs. and buat buduh/ignore/bunuh ja all those haters.. haters to the left yall~ jangan ganggu abg2 syayang kami!!!!~~~~

LAWAK TERBAIk..... from raja lawak 1-5, every perf dorang individu & tag team, MAHARAJA LAWAK musim 1 ep 1-4 and still counting!





HARAP JOZAN BUAT YANG TERBAIK... VOTE FOR THEM JOZANNURSE... THEY DESERVE TO WIN~

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 03:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 10-5-2011 23:09

ANALISA KEKUATAN / KELEMAHAN JOZAN (oleh rose_weedy)




INDIVIDU




JOHAN

kelemahandulu arr.. kuikui~ Johan ni. terlalu selamba, selesa, relax & etc. Dia tau kekuatan dia. Dimana, tanpa mimik suara dia, karektor dia, lawak tu xleh jadi kelakar sesgt. So, adakalanya dia akan bangga diri. TRUE. Dia memang jack of all trades bak kata astro. semua dia boleh. he can control the audience. he had the power to. itulah yang buat dia kadang2 lupe, dia berada dalam pertandingan maharaja lawak tu. But, kejap je. the next week masa gelanggang kedua. there u go! thats the real JOHAN. PAPA SOL kembali mengganas~. kelemahan dia lagi... bila dia cuba bagi lawaknya... but takda respon dari partner dia. dia akan terus sedih. but beza dari Zizan yang memang terpampang nampak kerisauan tu. dia jenis... ahh.. lupakan. lagi satu, dinama dalam lawak2 Johan, dia akan mintak partner dia mulakan dulu. baru dia bagi. kiranya dia tu killer la. But then Zizan pun killer.. macamana tu..hehe.Disebabkan dia ni anak buah Abg jem tu, So, Kita akan tengok dia ni sama je ngan pakcik kesayangan dia tu. ada karektor, boleh buat mimik suara.

Kekuatan ~ Dia ni, sebab Jack of all trades kan.. so letak la dia kat apa2 situasi pun. dia boleh handle. Maybe orang tgk kat galaxy sharp tu, dia xmenyerlah... yelah, time tu, muke baru lepas kena baling gelas la gamaknya. harus merundum terus. padahal iols tgk cite tuh ok jah~hehe. Johan ni, maybe orang tak pernah tgk lakonan dia kat mana2 selain hantu kak limah, halimah jonggang & chapalrela. But I really hope you did follow alang menanti malang or maybe his next tv series. Dia damn kelakar man~! alang mananti malang tu, bayangkan si hitler tu terus baling skrip dia n gelak kuat3 sebab xtahan perangai Johan yang asyik nak buat kelakar dalam keadaan direktor pun xdapat nak jangka. And in Maharaja Lawak, nampaknya dia masuk pertandingan tu untuk berjuang secara sihat. xnampak pun dia nak menang so dia buat lawak selamba badak dia. and thats kekuatan JOZAN pun. lawak selamba. Lawak terbaik Johan.. ada banyak... but seems like lawak Ah Chai, Papa Sol, Fazilah Kamtumi sgt disukai & melekat di hati penonton~






ZIZAN




KELEMAHAN ~ xbanyak sangat kelemahan Zizan sebab kelemahan dia selalunya ditutupi oleh kekuatan dia. Kelemahan Zizan ialah dia jenis xleh nak cover ekspresi. kalau dia tgh risau, dia tunjuk. kalau dia tgh sedih dia tunjuk n kalau dia tgh gembira dia tunjuk. which is actually not too good for a perfomer. especially time dia risau lawak dia tu menyinggung perasaan individual lain. terus off mood dia. aduhyai.. wahai mohd razizan... you should know.. that, its ok to make people laugh. just relax a bit. chill.~ but jangan over ye razizan.~hehehe. KElemahan Zizan yang kedua, dia tak berapa lawak jika dia "DISKRIPKAN" , "DICOMBINEKAN dengan sesiapa selain JOHAN", "DISOLOKAN". diskripkan meaning, dia ni dipaksa patuh ngan skrip yang ada. contoh RL5 tema silent comedy part nazmi. bila dia pegang skrip, memang dia ikut je la. terikat sikit lawak dia. And kita tgk jugak kat tempat2 lain filem terutamanya, dia tak kelakar pun bila ikut skrip. but, in Charalrela, I believe, every scene anjang ngan jali, not scripted... sebab tu bengong jah lawaknya. hahahaha. Bila Zizan dicombinekan ngan orang lain. dia kan TENGGELAM. enuf said. sebab Johan je yang pandai control dia n vice versa. contoh time Mereka campur Jozan with another perso nabil ke sesiapa ke.. senyap terus dia. contoh lain masa minggu first ML... AC Mizal cakap "dah2 lepas ni... aku ngan dia je (tunjuk kat johan.. antu kak limah tu..) Zizan... terus lost. And bila Zizan 'Disolokan' xberapa nak menjadi but still boleh diterima.. contoh his hosting skills~..ZIZAN mempunyai semangat nak menang yang sangat tinggi. itu kelemahan dia yang nyata. haha. so as fans.. kita kena realisasikanla.. apa lagi.. ML20 JOZAN la & antar ke 32999~

KEKUATAN ~ kekuatan anak pak razak ini, ialah wajahnya. ye, gadis2... wajahnya. percaya atau tidak... bolos saja dinding itu. haha. wajah xberapa nak pan-asia dia tu.. memang boleh jual. itulah kekuatan dia. Zizan mempunyai aset iaitu Hidungnya. orang boleh melawak pasal hidung dia and orang juga boleh menyukai hidungnya itu. wah~hahaha. kira pakej Zizan ni memang ada untuk market seni kita ni. Kekuatan lain pada zizan ialah, dari Raja Lawak 1, Zizan memang terkenal dengan slapstik dia. Zizan sangat suka menggunakan gerak tubuh dia dalam melawak. itu gaya dia. some of us may think ia x senonoh n etc. but itulah cara dia dapat duit. LOL~ benda tu lawak, sebab struktur badan dia yang kurus. Zizan pun sangat alert ngan isu semasa, sebab tu kot dia jadi pengacara. sebab benda2 macam tu sangat penting. Jenis yang mintak maaf setiap kali buat kesalahan, and sentiasa rendah diri ngan peminat2 dia membuatkan dia ni sentiasa diminati. Dalam Maharaja lawak, lawak terbaik Zizan buat ialah sewaktu... minggu ke 3... masa dia menukar2 nama Johan.. fakrol, amri... etc. Johan pun xtahan nak gelak.


Pantun Minggu ke Minggu  (part 1 )
by: Gnola

Minggu 1

Goyang-goyang goyang kepala goyang
Sketsa warm up JOZAN diminggu pertama
Mendapat kritikan pedas dari setiap orang
Sampai menanah telinga kami mendengarnya

Juri Mamat Khalid sound setepek
Tapi dibekap Ahmad Idham
Johan dan Zizan buat2 rilek
Hanya mengangguk tanda paham


Minggu 2

minggu kedua JOZAN menyengat
membawa kesah sol dan papa
semua pakat gelak tak hengat
haters sibuk cari mana yg tak kena

Sol dan papa watak diberi
Hanya sekadar suka-suka
Takde isu yg nak dikontroversi
Relax-relax je tgk sudahlaaaa


Minggu 3

komedi muzikal paling ditunggu
baby baby baby la kau
Jozan bijak menyelit lagu
sampai semua org terpukau

baby ku itu baby mu jua
Fakrul dan Musalman telah diperdaya
oleh baby yg agak berusia
yg sesuai dgn AC Mizal saja  (maaf maaf maaf!!)


Minggu 4

basri dan jaya rakan bersubahat
didakwa mencuri tabung surau
lawak kreatif sambil main light
terselit nasihat dalam bergurau

Ikhlas si Jaya hanya tiga puluh
Basri asingkan masuk dlm poketnya
Disoal dilokap sampai berpeluh
Takpe, dlm lokap pun ada surau juga!


Minggu 5

kete lama remote je yang baru
dibayar cash hanya duit muka
mail lambung sudah berbulu
dibawa surat RO nak tarik kereta

rupanya bakal abg ipar empunya kereta
adiknya rozey tiger bakal tunangan
pantas mail lambung bertukar rupa
menjadi sopan dalam hati bertaman


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2011 03:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 11-5-2011 00:28

TELEMOVIE LAKONAN JOZAN



BABAK 105 KAMPUNG PRIMA













HANG PA LAH HANG 2




NAK BALIK RAYA













JOZAN @ YOUTUBE



Kau Ingat Kau Cantik Sangat



Kau Ingat Tarian Kau Bagus Sangat

   (1:27 Dengar sore Zizan gelak kat belakang time Johan wat lawak )


Smart Store



Spa 'U (episod 2 - "melenggang2 padi huma"






Akademi Bomoh


DVD and DVD


Zamina-mina hey, hey!



'MUZIK VIDEO SONGSANG'

Aku Nak Ayam - Fubulus Frog



Skim Cepat Kaya - Blues Prihatin Daerah Kemaman



Cinta Kereta - Garlic Butter Prawn


Your Money - Wonder Boys



Aku Tak Mahu Kahwin Kau Sebab Kau Kurang Pandai -Azman and the Computer



Ku Cinta Si Hitam Si Hitam Manis - Joe Fri Frow feat. Lady Kaka




JOZAN @ BEST OF RL5







(4:15 ke atas paling lawak)



JOZAN @ ALKISAH RL5








VIDEO EKSKLUSIF JOZAN
Ni vid masa adegan tiup kek, shweet feluks2 & declaration mampoo beraniey matiey oleh JIJAN terhadap JOHAN



Ni time depa duet together2 lagu Pak Sedare JOHAN, 'GALI LUBANG' (xdo lagu lain ko )




all vid credit to: MrRaya999

MiG Online - Maharaja Lawak Zizan +Bday Zizan


video konsert terima kasih harian metro


Konsert kemuncak Harian Metro.. (JoZan buat kacau time Shahir nyanyi..)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 03:39 PM | Show all posts
OK, save part last
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 03:53 PM | Show all posts
Save jugek !
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 03:53 PM | Show all posts
ai cek in ye... chaiyok.. chaiyok.. mansion ke4
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 03:55 PM | Show all posts
CHECK IN~~~~~~




JOZANNURSE DATANG~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 03:59 PM | Show all posts
check in....alalalala...suka nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:01 PM | Show all posts
CHECK IN tak sangka dah rumah keempat
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:01 PM | Show all posts
check in umah baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2011 04:09 PM | Show all posts
assalamualaikum... sya nk lapor diri
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:20 PM | Show all posts
yaaay umah baru dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:21 PM | Show all posts
haaaa~ selamat2. sila2 mai makan kenduri. Mansion nie kita makan ala2 kenduri kawen yek
Jemput2...






jemput2 amek lauk




bunga teliur jgn dilupa yer
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:23 PM | Show all posts
@rose.... tepek la pic shirt tu kat cni... page depan nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.085535 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list