CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14074|Reply: 84

ubat dari ALLAH

[Copy link]
Post time 12-5-2011 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by habibollah at 12-5-2011 21:17

Bismillah hir rahman nir rahim

saya ingin highlight perkara yang kita terlepas pandang iaitu Hujan. kepercayaan melayu yang kita warisi memberikan kita phobia berkenaan dengan mandi hujan. tetapi sebenarnya hujan adalah ubat dari ALLAH yang diturunkan melalui Langit.

cuba kita hayati dan fahami ayat alquran berkenaan dengan hujan:

1)kesan hujan kepada bumi
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Al-Baqarah

2)kesan hujan kepada orang yang mandi hujan
[11]
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). Surah al-Anfaal

Dengan mandi hujan juga, boleh menjadi satu usaha untuk menyuburkan sesiapa yang mempunyai masalah kurang kesuburan.

Cara untuk berubat melalui mandi hujan, saya nasihatkan:
1) jangan mandi di tempat terbuka atau tempat lalu lintas
2) mandilah ditempat kawasan yang tertutup yang seboleh-bolehnya tidak dilihat oleh orang ramai/awam/jiran
3) berdoa sebelum mandi, misalnya, "Ya ALLAH, sucikanlah aku dengan air hujan,hapuskanlah ganguan syaitan dariku, kuatkanlah hatiku dan tetapkanlah pendirianku."

4)air hujan itu hendaklah direct dari langit terkena kepada badan anda, jangan disambut melalui tong simpanan air, atau air hujan yang disambut selepas terkena atap rumah.dari segi sciencenya, electronnya akan berubah jika terkena pada tempat lain. biarlah electronnya yang original terkena pada badan anda.

5)biar kering dengan sendirinya, jangan dilap dengan tuala.
6)tunggu selepas 30 saat atau 1 minit selepas bermulanya hujan turun,agar kita tidak termandi dengan acid rain.
7)telan air hujan itu, ini menjadi mudah kalau hujan itu lebat.

Sekarang kamu sudah tahu, apa hikmahnya ALLAH menurunkan hujan untuk anda, janganlah ringan mulut mengatakan kata-kata kutuk kepada hujan. sesungguhnya hujan itu besar manfaatnya


kalau kita mandi hujan, ada yang mengatakan kita gila, jangan pedulikan dia, kerana dia masih jahil. itu ruginya sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 09:24 PM | Show all posts
TQ TT.....
Mungkin sbb tu lah bilik air orang dulu2 tak ada bumbung kan....
Inilah salah satu faktor nya....
kalan mcm tu, bila cheq nak buat rumah nanti, cheq akan siapkan satu tempat yang tak berbumbung jadi bila hari hujan boleh mandi kat situ,
kalau rumah banglo atau rumah di kampung boleh lah kan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 09:39 PM | Show all posts
Atau anda boleh buat kamar mandi yang open roof. modern look.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 09:57 PM | Show all posts
hjn yg mula2 trn tu hjn asidkah>>>baru ku tahu...thanx 4 info
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:07 PM | Show all posts
Reply 1# habibollah


   sakit apakah yg dapat disembuhkan dengan terapi air hujan ini????
mungkin lepas ini ostad habibola boleh berikan testimoni bergambar pesakit2 yg telah sembuh drpd penyakit kronik mereka selepas mandi air hujan. ala2 gelang magnet ac mizal gittewwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:22 PM | Show all posts
terima kasih atas info yang sangat menarik dan bermanafaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2011 11:01 PM | Show all posts
thanks for da info.

selama ni, yang kita tau, kalo lepas main, then ujan, mak panggil balik cepat2 sebab takut demam. apakah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 11:06 AM | Show all posts
>>kaychek_koksey2
ilmu ALLAH untuk semua.

>>hazel^nut:
lapas ni, bawa lah mak sekali mandi hujan

>>sejuk
ya, memang acid rain. slamat mandi hujan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2011 11:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 16-5-2011 11:11

kepada sesiapa yang mempunyai ganguan bisikan, saya cadangkan mengunakan ayat ini:

[97] Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan [98] "Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". surah Al-Mu'minun

kepada sesiapa yang merasakan dirinya lemah semangat, antara lain adalah mandi hujan, amalan lain yang bulih digunakan adalah menyebut "ALLAH" sebagai zikir.

ini disebut didalam AlQuran:
[200] Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Surah Al-Baqarah


[34] Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka;

binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -

[35] Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.Al-hajj

[36] (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. [37] (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. [38] (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. An-Nuur

[21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Al-Ahzaab

[35]"....orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."Al-Ahzaab

[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi
[14] Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), [15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).Al-a`laa

[96] Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.Al-waqiah


[25] Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; [26] Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.Al-Insaan


zikir "ALLAH" memberi kesan yang mendalam dan diberi bayangan melalui ayat ini:

[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Ali-imran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 11:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 16-5-2011 11:44

Siapakah yang mengamalkan zikir "ALLAH":
1) Ahli sufi
2) Ahli kebatinan(perubatan islam)
3) kamu...amin

sesiapa yang mengamalkan zikir ini, dia akan mengetahui kesannya sendiri. melalui ayat2 Al-Quran, cara mengamalkan zikir ini adalah:

LIDAH DAN/ATAU HATI BERSATU(fokus)
[15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya..Al-a`laa

Waktu: pagi, petang dan malam
[25] Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; [26] Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.Al-Insaan

KETIKA DUDUK BERDIRI DAN BERBARING
[191]"..orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.." Ali-imran


Cara yang paling utama adalah dalam keadaan berwudhu. kerana dengan ini " Cahaya bertemu Cahaya". Dan berniatlah sebelum berzikir. sekiranya ada hajat yang belum kesampaian, boleh berdoa sebelum mulakan zikir. mengatur Pernafasan (optional)juga penting dalam zikir ini, dengan menarik dan menghebuskan nafas sehabis2nya. diantara keduanya itu sebutlah "ALLAH"

good luck dan selamat mencuba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2011 11:26 AM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 12:45 PM | Show all posts
tingat lak masa kecik2 sallu mandi hujan tapi lepas tu kena ligan... (sedih pulak teringat kenangan masa2 lalu... time kecik takde benda nak fikir.. ada masalah cam takde masalah..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 03:05 PM | Show all posts
reply ; want2bhappy

Bismillah
cakap pasal masalah ni, saya terkenang dengan kisah kawan saya pemandu bas skolah dKL (Mr. A), dia sekarang ni Alhamduillah rezeki luas dah jadi Tauke pemandu bas. saya pernah tanya bagaimana dia boleh mencapai hidup senang pada masa ni,

pendek cerita dia yang kurang lebih, dia ni orang perlis(kalau tak silap saya ), terus ke kl mencuba nasib. dalam masa 6 bulan, dia tinggal kat masjid. kalau masuk waktu sembahyang dia pun ikut sembahyang. memang hidup dia dulu susah, tak ada saudara mara kat KL. so dia berusaha lah menaikkan taraf dia. dulu dia keja bawa trailer,kerja kat restorant pernah, dll ..dah ada duit dia buka business bawa bas skolah. Alhamdulillah dia dah ditahap berjaya pada masa ani dan insyaALLAH akan membuka banyak cawangan dan menambah bas lagi.

Dari ceta dia ni, terkenang pulak dengan nasib kawan saya yang sorang (mr. B), dia tak ada pekerjaan yang stabil, lalu dia istiqamah zohor dan/atau asar dia pergi kemasjid sembahyang berjemaah. sbelum itu dia banyak membuat permohonan pekerjaan dan sedang menunggu jawapan.tak ingat pulak saya, (antara sebulan atau 2 minggu selepas berjemaah dimasjid), dia dapat 3 pucuk surat tawaran bekerja dalam 2 minggu berturut2. Alhamdulillah.

kalau dirujuk semula, mr.b baru sbulan/atau 2 minggu sembahyang berjemaah zohor/atau asar.kesannya begitu. Apa tah lagi tidur kat masjid selama 6 bulan sentiasa berjemaah. Inilah Rahsianya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 03:07 PM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 12:07 AM | Show all posts
bismillah,

tiada niat sy nak menghalang atau menolak sesama kita,

cuma sy nak tanya pada saudara habibollah,

sahih dak dari pemahaman nabi, nabi melakukannya,

kerana jika ada org yg paling mengkehendaki kebaikan, tentu lah yg mula2 buat adalah nabi, dan diikuti para sahabat.

mereka tentu yg paling awal melakukannya jika ia sesuatu yg baik.
sesuatu yg berkat itu perlu dari dilihat dari sudut Quran dan sunnah, yakni bagaimana nabi memahami Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-5-2011 12:25

Salam...

Di sini saya pun sama macam ussopp, bukan untuk menghalang atau menolak, cuma inginkan kepastian.

Saya pun nak tahu ada tak contoh Sunnah atau amalan Ulama dan para salaf berkenaan mandi hujan sebagai ubat.

Kalau dari segi saintifik boleh dibuktikan, maka ia mungkin boleh diterima. Sebaliknya, dari pengalaman orang terdahulu, mandi hujan ni boleh menyebabkan demam, mungkin badan jadi sejuk, macam ada mudarat di situ. Tapi kalau guna untuk menyucikan diri, macam berwudhu, tentunya bermanfaat.

Berbalik kepada ayat dari Surah Al-Anfal tersebut, ia merujuk kepada Peristiwa Perang Badar. Hujan turun ketika itu. Dari hujan itulah para pahlawan Islam (para sahabat) dapat mensucikan diri (berwudhu). Dan ketika Badar itu juga golongan Syaitan menolong tentera kafir. Apabila rohaniah tentera Islam bertambah kuat dengan turunnya hujan dan dapat sucikan diri, maka bisikan kejahatan Syaitan ditewaskan. Allah juga hantar 1000 Malaikat yang membantu tentera Islam menyebabkan Syaitan lari dan musuh ditewaskan. Kisah ni disebut dalam Al-Quran

Surah Al-Anfal:
Ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan 1000 malaikat yang datang berturut-turut". (9)
Dan Allah tidak menjadikannya, melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (10)
[Ingatlah] ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan telapak kaki [mu] [1]. (11)
[Ingatlah] ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah [pendirian] orang-orang yang telah beriman". Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap hujung jari mereka. (12)

Tafsir yang terperinci boleh rujuk kepada Tafsir Ibn Kathir

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2011 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 25-5-2011 14:16

Reply 16# mnm77

dan reply to ussop

Mualaikumsalam


Alhamdulillah, jawapan saya, ALLAH lebih mengetahui dan maha luas pengetahuanNya, kenapa tidak bertanya terus pada ALLAH? kita bertanya ALLAH menjawap. . kalau saya salah, tanya ALLAH juga.Pasti ALLAH menjawap  untuk mendalaminya, fahamilah apa erti iman, apa erti beriman dan apa erti beriman pada rukun iman . InsyaALLAH anda akan mendapat jawapan dalam segala persoalan anda. dipersilakan.

saya tidak berani mengada2kan sesuatu tanpa ilmu. kerana diakhirat nanti akan ditanya dihadapan ALLAH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 10:21 PM | Show all posts
sedikit tambahan, perkara ini bukan bid'ah, bid'ah dengan mudah dibidas 100% dengan memahami apa erti iman, apa erti beriman dan apa erti beriman pada rukun iman. saya nasihatkan pembaca jangan mudah menolak dan menerima ilmu tanpa mengkaji kebenarannya. jika hati tidak dapat menerimanya, ertinya belum sampai hidayah dari ALLAH. kesahihan kenyataan saya ini diakui selepas mencubanya. walaubagaimana pun, petunjuk dan hidayah itu urusan ALLAH, selebihnya kita serahkan pada ALLAH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 10:26 PM | Show all posts
Saya pun nak tahu ada tak contoh Sunnah atau amalan Ulama dan para salaf berkenaan mandi hujan sebagai ubat.

Kalau dari segi saintifik boleh dibuktikan, maka ia mungkin boleh diterima. Sebaliknya, dari pengalaman orang terdahulu, mandi hujan ni boleh menyebabkan demam, mungkin badan jadi sejuk, macam ada mudarat di situ. Tapi kalau guna untuk menyucikan diri, macam berwudhu, tentunya bermanfaat.


jawapan saya: fahamilah apa dia zat ALLAH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 10:50 PM | Show all posts
Reply 16# mnm77

bismillah hir rahman nir rahim, ini bukan perdebatan tetapi perbincangan ilmiah antara sesama islam. saya ingin bertanya kepada  mnm77 yang dimulai ALLAH s.w.t:


1) adakah ketika peperangan badar berlaku hujan turun?
2) syeikh mnm77 berkata:

Berbalik kepada ayat dari Surah Al-Anfal tersebut, ia merujuk kepada Peristiwa Perang Badar. Hujan turun ketika itu. Dari hujan itulah para pahlawan Islam (para sahabat) dapat mensucikan diri (berwudhu). Dan ketika Badar itu juga golongan Syaitan menolong tentera kafir. Apabila rohaniah tentera Islam bertambah kuat dengan turunnya hujan dan dapat sucikan diri, maka bisikan kejahatan Syaitan ditewaskan. Allah juga hantar 1000 Malaikat yang membantu tentera Islam menyebabkan Syaitan lari dan musuh ditewaskan. Kisah ni disebut dalam Al-Quran


jika dirujuk melalui buku shahih asbabun Nuzul dari syaikh Muqbil bin Hadi al- wadi'i, tidak ada menyebut tentang ayat 11 surah al-Anfaal, dan juga saya tidak berani mengaitkan ayat 11 dengan 9. sekiranya ada dalil lain yang menyokong kesahihan bahawa memang hujan ketika peperangan badar, mungkin ayat 11 dengan 9 ada kaitan.

dengan rendah hati, saya ingin Syeikh mnm77 paparkan dalil lain atau kisah sejarah tentang peperangan badar. Adakah hujan ketika peperangan badar itu?( mungkin saya terlepas pandang)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.821301 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list