CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: ariel5212

Facebook Farah Fauzana Kena Hack

[Copy link]
Post time 6-10-2011 01:10 AM | Show all posts
kesian dan padan muke  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 02:04 AM | Show all posts
oh..kesahnyerrrr...........
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 07:28 AM | Show all posts
bagi aku, pi hack laman 1Malaysia tu...
dedahkan perilaku buruk glgn politikus yg bersembunyi di sebalik kebenaran

kau nak hack artis wat pe
baculll
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 12:34 PM | Show all posts
tp sian kat fafau..teruk twitter dia kena hack.giler ar!smpi no telefon artis bnyk disiarkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 08:06 PM | Show all posts
HOT FM Fail Laporan Polis


Pihak pengurusan Hot FM hari ini mengumumkan bahawa Hot FM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur negatif mahupun berniat jahat melalui akaun sosial media, Facebook dan Twitter milik stesen dan penyampai-penyampai Hot FM sehingga tarikh kenyataan ini di keluarkan.

Untuk rekod, pencerobohan akaun laman sosial media ini telah bermula sejak Mei lalu dengan akaun rasmi Facebook Hot FM digodam dan diikuti dengan penyampai yang lainnya. Keadaan berubah serius apabila penggodam mula mengeluarkan kenyataan dan status negatif sejak pertengahan September lalu.

Terbaru, penggodam tersebut telah mempamerkan maklumat peribadi seperti senarai nombor telefon mudah alih, akaun bank, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan alamat kediaman milik personaliti dan selebriti tempatan.

Hot FM memandang serius jenayah siber ini dan pihak pengurusan Hot FM serta penyampai stesen itu telah memfailkan laporan polis pada 3 Oktober 2011 untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa terhadap kes ini. Aduan juga turut di buat kepada Siber Sekuriti untuk siasatan terperinci.




Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:36 AM | Show all posts
Hot FM buat laporan laman sosial digodam
2011/10/07

KUALA LUMPUR: Pengurusan stesen radio popular, Hot FM membuat laporan polis selepas mendapati berlaku pencerobohan terhadap akaun laman sosial, facebook dan twitter milik stesen dan penyampai radio berkenaan.

Laporan itu dibuat pengurusan stesen radio itu di Balai Polis Damansara di sini, tiga hari lalu selain membuat aduan kepada Siber Sekuriti bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Menurut kenyataan dikeluarkan Hot FM semalam, pengurusan stesen radio itu menafikan mengeluarkan kenyataan negatif atau berniat jahat melalui facebook dan twitter sejak pencerobohan itu berlaku Mei lalu dan paling serius Selasa lalu.
Katanya, keadaan bertambah serius apabila penggodam mula mengeluarkan kenyataan dan status negatif menerusi laman sosial itu pada pertengahan September lalu.

“Dalam kejadian terbaru, penggodam mula menyebarkan senarai nombor telefon mudah alih membabitkan selebriti tempatan dan maklumat peribadi penyampai radio antaranya alamat kediaman, akaun bank, salinan kad pengenalan serta salinan lesen memandu,” kata kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, pengurusan Hot FM memandang serius jenayah siber dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan bagi membendung masalah berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2011 09:36 AM | Show all posts
Laman sosial DJ digodam
Oleh Muhd Izawan Baharin, Yusmizal Dolah Aling dan Shahrul Ridzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my


PETALING JAYA: “Kalau dia seorang hamba Allah yang baik, dia tak akan menyusahkan orang lain,” kata penyampai radio popular Hot FM, Farah Fauzana selepas beberapa maklumat peribadinya didedahkan di laman web apabila e-mel dan akaun laman sosialnya digodam hujung bulan lalu.

Farah Fauzana atau nama sebenar, Farah Fauzana Mohd Fadzil berkata, laman sosialnya pernah digodam beberapa kali sebelum ini tetapi tidak seteruk apa yang berlaku sekarang.


“Saya sedar mengenai perkara ini semasa melayari twitter pada 23 September lalu selain turut mendapati akaun facebook (FB) dan e-mel turut diceroboh.

“Selain itu, banyak maklumat peribadi saya dan rakan penyampai lain turut dimuat turun penggodam itu tanpa memikirkan kesannya kepada kami,” katanya yang ditemui di Sri Pentas, di sini, semalam.


Selain Farah Fauzana, tiga lagi penyampai radio terkenal Hot FM iaitu Kieran (Mas Kiran Jakiran), AG (Muhammad Azmir Selamat) dan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Aleya) menerima nasib sama sehinggakan pelbagai maklumat peribadi mereka didedahkan.


Penggodam yang menggunakan nama Jar Jar Binks itu menceroboh laman sosial milik mereka seperti twitter dan facebook sehingga mengelirukan peminat penyampai radio berkenaan.

Nombor telefon beberapa lagi penyampai radio stesen itu termasuk artis turut didedahkan malah beberapa blogger berkaitan dunia hiburan menyiarkan maklumat berkenaan di laman blog mereka.


Farah Fauzana berkata, penggodam itu tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan orang.

“Perbuatan itu mengganggu kerja kami, selepas ini kami terpaksa merehatkan sementara waktu beberapa akaun laman sosial akibat pencerobohan itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian pencerobohan itu.


“Saya sangat kesal kerana butiran diri penyampai radio seperti nombor telefon, alamat dan salinan kad pengenalan didedahkan sedangkan ia sangat sensitif serta boleh memberi kesan tidak diingini kepada mereka.


“Saya tidak tahu siapa penggodam itu tetapi apabila dia mendedahkan butiran peribadi, ia bukan perkara main-main dan kami sangat memandang serius perbuatannya itu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:42 AM | Show all posts
ni sure kes jar jar binks tu kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 09:50 AM | Show all posts
ni sure kes jar jar binks tu kan??
samshik Post at 7-10-2011 09:42



Ha'ah...aku rasa nak hack utk sendiri2 dah le..tak yah la sampai nak publish kat online details derang semua..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:55 AM | Show all posts
Diorg ni dh terlebih pandai ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:05 AM | Show all posts
Ha'ah...aku rasa nak hack utk sendiri2 dah le..tak yah la sampai nak publish kat online detail ...
beatgirlX Post at 7-10-2011 09:50



    mungkin die raser pemes kot!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 08:56 AM | Show all posts
inikan zaman maklumat dihujung jari.. tak heran lah keja2 hack ni buley jadik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066210 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list