CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sabrinadzri

HANTU BONCENG - 31 OGOS 2011

[Copy link]
Post time 12-9-2011 12:48 PM | Show all posts
memang lawak.... tak rugi tgk... even jalan citer tk la mantap sgt..kira ala2 tahap adnan sempit la... apapon memang besh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 04:12 PM | Show all posts
ramai yang kata citer ni best .. tapi aku tak sempat lagi nak tengok hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 01:33 AM | Show all posts
citer ni macam memainkan perasaan aku.
ada masa2 dalam panggung aku rasa nak tido,rasa citer ni sangat sampah membazir,another crap movie..
tapi ada part yang lawak,release la tension sket,paling lawak time zizan cakap orang putih.ahaha..ngan part  setiap kali dr zahid tu muncul..mulutt...very de laser.
tapi at last,cerita ini just a pop corn movie kan..untuk hiburan,bukan filem yang berkualiti nak menang anugerah dan takdelah sampai tahap sampah pun..
tapi HIGHLY NOT RECOMMENDED for penonton yang nak tengok filem untuk cari kesalahan dan kritik.ahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 11:32 PM | Show all posts
Citer ni amek formula Adnan Sempit tapi Adnan Sempit jauh lagi best.   tapi kalo setakat nak sesaja nak tengok wayang sambil relax ok lah citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:11 AM | Show all posts
tgk iklan kat astro first..akan datang gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:04 PM | Show all posts

Hantu Bonceng kutip RM8 juta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


SEBAHAGIAN daripada wakil-wakil media cetak dan elektronik yang hadir pada majlis rumah terbuka Ahmad Idham yang diadakan di kediamannya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AHMAD Idham antara pengarah filem tempatan yang banyak mencatat kejayaan apabila kebanyakan karya arahannya seperti Adnan Sempit mengutip kutipan tiket melebihi RM7 juta sewaktu tayangannya pada tahun lalu.Bagaimanapun, pengarah berusia 40 tahun itu lebih berbangga dengan Hantu Bonceng apabila filem ke-21 arahannya itu bukan sahaja mencatat kutipan tiket RM8 juta selepas ia ditayangkan seluruh negara sejak 30 Ogos lalu.

Malah, dia juga lebih berbangga kerana filem yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans itu merupakan filem terbitan syarikat produksinya sendiri iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 2004."Kalau mengarahkan filem orang maka yang berjaya dan untung sebenarnya adalah penerbit atau syarikat produksi terbabit. Tetapi untuk Hantu Bonceng, saya lebih puas dan bangga kerana ia adalah filem terbitan saya sendiri.

"Saya bangga kerana selepas lima hari tayangan filem itu mengutip kutipan RM5 juta dan sehingga 11 September lalu angkanya mencecah RM8 juta. Ini adalah kejayaan sebenar dan pencapaian saya yang terbaik setakat ini," ujarnya kepada Hits.
Kejayaan filem yang kelima terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dengan kos mencecah RM1 juta itu secara tidak langsung telah menyuntik semangatnya bagi mengarah serta menerbitkan filem sendiri pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Idham berazam untuk menerbitkan sekurang-kurangnya empat buah filem setahun bagi memenuhi permintaan dan kepercayaan para peminat filem Melayu yang semakin meningkat akhir-akhir ini."Saya memang telah mengarahkan 21 filem tetapi cuma lima daripadanya yang saya terbitkan melalui syarikat saya. Hantu Bonceng adalah filem kelima terbitan saya sendiri," ujarnya sewaktu ditemui para wartawan hiburan baru-baru ini.

Pada pertemuan di rumah agam yang baru didiami sebulan lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Ahmad Idham berkata dia semakin yakin dengan keupayaannya selepas Hantu Bonceng mendapat sambutan hangat para peminat.
Jelasnya, biarpun empat filem terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. sebelum ini kurang mendapat sambutan para penonton tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menerbitkan filem sendiri.

"Contohnya, pada tahun 2006 saya telah menerbit dan mengarahkan filem Tipah Tertipu yang menelan kos RM1.1 juta tetapi sayangnya kutipan tiketnya hanya RM700,000. Namun, saya tidak pernah berputus asa."Saya kemudiannya banyak mengarahkan filem terbitan MIG Productions seperti Adnan Sempit yang mengutip kutipan lebih RM7 juta. Semua itu memberi semangat dan keyakinan untuk saya menerbitkan filem sendiri," tuturnya.Tambahnya, ekoran kejayaan Hantu Bonceng yang kini masih ditayangkan di 68 pawagam seluruh negara, dia kini sedang dalam proses pos-produksi bagi menghasilkan lebih banyak filem dalam pelbagai genre pada masa depan.

"Macam yang saya cakap tadi, selepas ini sasaran saya adalah menerbit dan mengarahkan sekurang-kurangnya empat filem melalui syarikat saya itu. Terbaru saya sedang dalam proses untuk mengarahkan filem berjudul Mail Lambong lakonan Zizan Raja Lawak," jelasnya.Hantu Bonceng boleh dikatakan bertuah kerana bukan sahaja terletak di bawah Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak tayangannya penghujung Ogos lalu, tetapi ia juga kurang berdepan dengan saingan.
Ini kerana, sepanjang tempoh itu iaitu selama lebih dua minggu, hanya Hantu Bonceng yang merupakan satu-satunya filem Melayu yang ditayangkan di pawagam sebelum filem Raya Tak Jadi! menyusul mulai 15 September ini (esok).


**ada sesiape dah tengok? best tak? aku x tengok lagi ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2011 03:09 PM | Show all posts
Aku pun lum tengok! Boleh aku tunggu Astro 1st???
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:12 PM | Show all posts
Dah tengok dah.. best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 03:13 PM | Show all posts
dekat dgn umah aku laaa...kat taman esplanade ka???:re:
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:14 PM | Show all posts


Siap ada lagu porn lagi mula2 hahaha...  tapi si tai nih mmg kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:16 PM | Show all posts
janda meletop lagik meletop taw
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:17 PM | Show all posts
Dah tengok dah.. best!
KauFikir? Post at 14-9-2011 15:12




Disebabkan zizan yg sengal ini..aku gi tengok lah mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:18 PM | Show all posts
zizan berlagak sekarang, lupa diri
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:20 PM | Show all posts
tengok kat you tube aja la ..satu masa nanti..tu pun kalau semua duk kata best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:28 PM | Show all posts
Dah tengok hari tu.. Boleh la kalau nak gelak2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:32 PM | Show all posts
dah tgk mlm tadi 2.5/5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 03:34 PM | Show all posts
dh tgk..bg aku..best
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:34 PM | Show all posts
kesian kat pilam kachipap-kachipap cinta, dapat 100k lebeh sajok, mungkin org meluat dkt pelakon jawa chaprut bugis pelakon utama dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:40 PM | Show all posts
kesian kat Hafsham. dia ingat dapat ulangi kejayaan Mekanik, adik Manja. inilah akibat apabila nak berniaga tapi tak pandai 'baca' kehendak market.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 03:40 PM | Show all posts
sapa tu cob? gambit ka? laa, aku benci dia pasai dok guna nama ahli x-men kegemaran aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.112940 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list