CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15817|Reply: 25

Tanda-tanda awal Kanser

[Copy link]
Post time 19-5-2011 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Sebagai manusia yang secara tidak lansung mempunyai hubungan dengan survivor kanser, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan forumer sekalian

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

( Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
( Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan



Apa yang perlu dilakukan setelah didiagnosis dengan penyakit kanser?
1) Bertenang
2)Redha dengan ketentuan Allah


Rawatan untuk Penyakit Kanser:
1.Kemoterapi: mengguna sejenis dadah (5FU) untuk membunuh sel kanser bersama sel-sel sihat yang lain
2.Radioterapi: Menggunakan gelombang radio untuk membunuh sel kanser pada tempat tertentu, hanya sesuai utk sesetengah penyakit kanser sahaja.

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2011 11:02 AM | Show all posts
selain daripada cara moden terdapat juga psakit2 kanser yg mencuba rawatan tradisional, dan ada sesetengahnyer berkesan dan tidak mempunyai kesan sampingan berbanding dengan rawatan moden.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:54 AM | Show all posts
ish.. saya mmg bengkak kelenjar ketiak.. tapi doc kata ok jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 09:58 AM | Show all posts
ibu mertua saya kena breast cancer...langsung takder bengkak or  ketul kat breast tu...setiap 6 bulan ibu akan buat check up coz ibu memang keja kat hospital...tup tup satu hari tengah mandi ibu rasa kebas2 kat bahagian ketiak then bila ibu picit2 kat situ tetiba meleleh darah dari breast...hmmm...ibu trus pi hospital buat check up....ketentuan Allah ibu disahkan kena breast cancer...dah buat operation buang &  6 kali kimo...Alhamdulillah skrg ibu semakin sihat....PENGAJARAN: cancer menyerang tanpa kita sedari dan berupaya memusnahkan segala fungsi badan dalam masa yg singkat..  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:36 PM | Show all posts
TAKUTTTTTTT
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2011 06:08 AM | Show all posts
Mak saya dikesan punya barah payudara beberapa bulan lepas, juga sedar wujudnya ketulan dibahagian itu semasa sedang mandi. Kami sepakat untuk bertindak segera dan mengikut cadangan doktor bagi membuang sebelah payudaranya. Sekarang sedang menjalani kimoterapi.

Mula-mula kena memang kami semua tersentap, apatah lagi mak saya sendiri. Tapi lama kelamaan kami memandang dari sudut positif, hidup perlu diteruskan dan berjuang untuk melawan sakit tu bersama2. Sisi positif yang lain, sekarang kami sekeluarga lebih mengambil berat mengenai  gaya hidup yang lebih sihat iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat. Hubungan kekeluargaan juga semakin rapat, maklumlah..bila sudah bekerjaya dan bekeluarga, kesibukan menjadi alasan untuk jarang berhubungan. Bila ditimpa dugaan penyakit ni, kami kembali menjadi rapat, sama2 mencari the best treatment dan tiap2 hari akan menghubungi mak.

Akhir sekali, kanser boleh menyerang sesiapa saja. Selama ini kami berasa selamat kerana tak punya ahli keluarga yang punya sejarah kanser. Setelah mak sendiri yang terkena, maka saya seperti dikejutkan dari tidur. Kanser tak terjadi dalam masa sehari atau seminggu. Mungkin ianya telah ada disitu semenjak sepuluh tahun dahulu dalam badan kita tanpa kita sedari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2011 05:42 PM | Show all posts
betul tu..kekadang faktor pemakanan sekarang menyebabkan ramai dikalangan kita menghidap kanser...walaupun bukan keturunan...takutnya..semoga Allah jauhkan dari penyakit yang memudaratkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2011 06:26 PM | Show all posts
takutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2011 06:32 PM | Show all posts
kanser blh menyerang sesiapa saja.kalau dah kena redha jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2011 10:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by muteq at 21-5-2011 23:01

yela..kanser mmg sgt2 menakutkan:cry: ada kwn bgtau sbb kanser ni adalah ketidakseimbangan unsur dlm badan da juga menunjukkan tisu2 bhgn badan yg kene canser tu tidak lg berzikir kpd Allah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 11:52 AM | Show all posts
yela..kanser mmg sgt2 menakutkan ada kwn bgtau sbb kanser ni adalah ketidakseimbangan unsur dlm ...
muteq Post at 21-5-2011 22:37


camana boleh tau tisu2 tak lagi berzikir, minum arakkah/makanan x halal tak berkatlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by glayshire at 23-5-2011 15:44

banyak faktor penyebab kanser ni, diantaranyer obesiti dan keturunan.....melalui pengalaman sendiri..ada 2-3 org atuk saudara saya meninggal disebabkan oleh kolon kanser...masa dulu2 org tak tau jd diorang panggil busung..last2 kena dkt ayah saya sendiri, mmg perut membengkak dan mengeras..susah nak buang air besar sbb usus besar dia daj tersumbat dengan ketumbuhan (sel kanser).....last skali kena operate dan bypass usus besar menggunakan stoma...dlm 6 bulan jgk la....sesiapa yg mendapatkan rawatan di HKL pastikan aware dgn keadaan pesakit sama ada side effect kemoterapi masih ada atau tidak sebelum menjalankan rawatan radioterapi...sbb doktor di bhg kemoterapi kerap cuai dan ayah saya menjadi mangsa kecuaian mereka...masuk ICU 3 hari tak pasal2...sekarang ni tak guna rawatan hospital...buat rawatan tradisional di Johol N Sembelian..alhamdullilah berkesan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 08:55 PM | Show all posts
Blh cuba cellfood ini ...

CARI Malay Forums» Jual Beli Barang » Lain-Lain» ~~~ CELLFOOD ~ Cecair Ajaib ~ CECAIR UNTUK KEHIDUPAN ~~~


http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=542788
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 11:41 AM | Show all posts
kurangkan makan berasid spt jeruk,gula, masam2,mknn berawet,daging merah,ikan bersisik,makanan bertunas,
dan makan makanan beralkali tinggi yg pahit2, buah2,sayur2,jus buah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 11:58 AM | Show all posts
takutnya..thanks for sharing

takde lagi ahli keluarga dekat  yang kene kanser...

tp tengok ayah kawan iols..sampai kurus buat rawatan kemo
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 11:58 AM | Show all posts
takutnya..thanks for sharing

takde lagi ahli keluarga dekat  yang kene kanser...

tp tengok ayah kawan iols..sampai kurus buat rawatan kemo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2011 02:34 PM | Show all posts
aslm..
setiap manusia berpotensi kena kanser..kenapa? sbb kanser ni asalnya adalah sel normal.
dari sel biasa nak jadi sel cancer sebesar kacang, mengambil masa bertahun2 lamanya..
dari size kacang tu nak membesar, amat cepat..lagi2 bila kita buat segala jenis pemeriksaan utk kanser tu..sbb radiasi..
orang yang kena cancer ni kalau ikut kes2 yang terdahulu ada petanda disamping yg TS tulis kat atas tu..
1. ada masalah sembelit..maybe buang 1x seminggu
2. jarang sakit (sebab saraf tak dapat berfungsi secara normal akibat pengambilan ubat2 yg memotong saraf cth: ponstan,panadol,paracetamol,etc)
3. kalau breast cancer, biasanya akan lenguh2 di bahu dan tangan..then ada tanda2 sel mati berkumpul (yg hitam2 macam taik lalat tu)

nak tau lebih lanjut boleh pm saya atau call saya 0169199235..
salah satu alternatif yang saya boleh suggest ialah lingzhi..dari syarikat shuang hor..www.shuanghor.com.my @ www.shuanghor.com utk global
product yg sangat2 berkesan dan mempunyai research yg paling mendalam pasal cancer especially ..boleh google atau yahoo search kalau tak caya..
saya bukan keen utk menjual..tapi hanya keen utk share and memberi ilmu atas dasar kewajipan sbg sorang islam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:33 PM | Show all posts
aku tiap2 ari deal dengan specimen cancer.
teruk weh. banyak sample dari breast cancer.
bila tengok tissue organ tu dah macam bernanah, rapuh..sedih sangat.

semoga kita terpelihara dari penyakit ni. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 05:25 PM | Show all posts
tadi dapat email dari kawan (macam chain email je) kata nye ada pesakit kanser stage 4 pulih dengan meminum air belalai gajah (sabah snake grass). mana nak dapat mende ni ek . .


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 04:06 PM | Show all posts
Dear all, Clinntans, a company producing Sabah Snake Grass is giving FREE SSG. You may refer to facebook.com/ssgrass. If you need SSG, you will only need to pay RM10 for courier charges. Let's share this to more people around us.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.075034 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list