CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zacko_inc

Sorang lagi artis mendapat hidayah (Geng AF) - Alhamdulillah

  [Copy link]
Post time 7-6-2011 06:52 PM | Show all posts
ckit ari lagi ilang ler sham dari dunia hiburan ... hu hu hu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 08:12 PM | Show all posts
aku tgk af9 ms dia jd juri tgk nape lain sgt muka sham ni.. muka dia nmpak tenang dan cam ada nur dan agak pelik gak setiap komen dia mulakan ngan lafaz bismillah.. ms tu aku lom taw dia dah berhijrah.. then baca lak harian metro ahad.. sah  dah berhijrah.. alhamdullillah..

moga2 doa dia juga kita pun sama sama2 selalu berdoa agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk dan janganlah Allah pesongkan hati2 kita setelah Allah berikan kita petunjuk.. amennn..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 08:44 PM | Show all posts
memang setiap kali masuk waktu solat...sham ni mesti ajak tunaikan solat...selalu bagi nasihat...rajin balas komen org yg support dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 11:59 PM | Show all posts
nak tgk sangat penampilan isteri dia yang skang
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 07:41 AM | Show all posts
alhamdulillah...tp kn better kalo tgglkan teros dunia seni sbb tgk jerla contoh amy search ngn ogy, mule2 nmpk sgt berubah, da lama2 nmpk mcm nk kembali kepada yang asal...so better jgn terlibat lg ngn dunia seni...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 02:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2011 08:32 AM | Show all posts
ni pun ader jugak haaa

KL: Salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.

Jelas pandangannya adalah pandangan terbaik dan ikhlas kerana sanggup meninggalkan rakan-rakan di saat nema kumpulan mereka mulai gemilang. Ia lebih mementingkan kerja-kerja untuk agama, yang sepatutnya menjadi contoh kepada artis-artis lain


Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati keputusan Adeep walaupun dia tahu TFC kini kekurangan seorang ahli yang berbakat dalam bidang muzik.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seoarnag lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu." katanya.

Bagaimanapun, Cat gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 08:33 AM | Show all posts
dan yang ini


Mari berkongsi tentang selebriti yang behijrah ke arah yang lebih baik. Setakat ini aku agak mengkagumi Wardina Safiyyah OfficialPage. Ada lagi yang ingin berkongsi?

Ini status yang aku letak di Facebook semalam ketika menggunakan perkhidmatan Jaring UKM di Kolej Ibu Zain. Respon yang di terima sangat menarik!


Sham Kamikaze adalah nama pertama yang dikongsi oleh kawanku Aslann As yang terkenal di blognya INI. Sebenarnya ramai yang mengetahui mengenai Sham Kamikaze ini. Pertama kali aku mengetahu tentang Sham Kamikaze ini adalah ketika sidang media beliau yang turut dihadiri oleh Dr Asri selaku mentor beliau.

Nama kedua yang dikongsi adalah Rahmat Ekamatra yang terkenal dengan lagu jiwangnya Pusara di Lebuhraya dan seangkatan dengannya. Kalau kita dengar lagunya dulu. Pergh… memang tangkap lentok siot. Tapi kini akhirnya dia telah terlentok dan terleleh dek simbahan hidayah dari Allah swt.

Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpuan Al Mawlid. Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini.

Bob Lokman seorang yangberbakat besar dalam bidang seni. Tidak perlu kut aku nak menghuraikan kisah komposer lagu Isabella ni. Dah banyak dah diceritakan oleh blogger lain malah beliau sendiri telah menceritakan kisahnya di blog beliau sendiri.


Memori Daun Pisang. Lagu dangdut yang ngetop zaman aku kecil dulu. Namun kini penyanyinya iaitu Iwan Syahman (Iwan Dangdut) telah juga disimbah hidayah Allah. Alhamdulillah beliau kini telah berusaha untuk berdakwah melalui bidang suara. Lagunya yang berjudul Segalanya Allah juga kini semakin kerap di putarkan di radio IKIM.


Shahir AF8 juga dengar khabarnya memilih untuk bersara awal dari bidang hiburan. Dengarnya ingin terjun ke dakwah. Jika benar bermakana ini adalah satu khabar yang menarik! Alhamdulillah bekas pelajar SMKA Slim River telah memilih jalan yang sepatutnya.

Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama.
<
Catriona Ross mengambil tempat di perkongsian terakhir dari kenalan Fb aku. Aku baru sahaja mengetahui mengenai penghijrahan beliau. Kisah penghijrahannya amat mudah dan mengusik hati. Tapi tu. Bila sudah tiba hidayah Allah. Butik tudung pun boleh menjadi saksi penghijrahan seorang artis ini.


Last but not least, Antara yang aku paling kagumi seperti status aku diatas. Wardina. Artis yang aku kenali dan aku rasa semua orang turut sama mula mengenalinya adalah ketika beliau membintangi siri Spanar Jaya satu ketika dahulu. Perubahan yang ibarat janjang arithmetic yang semakin menokok ke arah kebaikan.


Mungkin bermula dengan memakai tudung sahaja namun kini beliau boleh dikatakan ikon ibu kepada sebuah keluarga yang bahagia. Cabaran yang dihadapinya kini bukan sedikit selepas isu beliau memberi ceramah tentang kekeluargaan di atas pentas Pakatan rakyat yang lebih kurang 10 minit itu dipolitikkan!. Hinggakan tiada lagi kelibat beliau di rancangan MHI!! Semoga beliau kuat menghadapi ujian yang penuh hikmah ini.

Aku rasa cukup sekadar itu perkongsian dari aku tentang sebilangan selebriti di luar sana yang semakin ramai yang memilih untuk berubah. Sebenarnya ada lagi yang aku tidak ceritakan dan yang aku tidak tahu. Andai ada yang korang tahu lagi boleh kongsikan kat sini ataupun di Fb aku.

**Entri ini dicopy paste ehsan blog IkutSukaAtiAku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2011 09:02 AM | Show all posts
wah menariknyaaa dgn perubahan artis...alhamdulillah
semoga perubahan mrk ke arah kebaikan berkekalan..amiin
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 11:27 PM | Show all posts
syukur alhamdullillah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 12:31 AM | Show all posts
suka tengok cerita ini kisahku sham kamikaze. bila dengar cerita isteri dia tentang dia yang dulu dan sekarang. seronok rasa. harap2 berkekalan. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 03:39 PM | Show all posts
makin ensem sham...cam ader nur di wajah hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061355 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list