|
APABILA seorang wanita berkahwin dengan duda yang sudah ada anak daripada hasil perkongsian hidupnya terdahulu, dia bukan saja berkahwin dengan lelaki itu saja, malah turut menjadi ‘ibu segera’ kepada anak suaminya.
Maklumlah, apabila ibu bapa bercerai, anak sering menjadi mangsa keadaan. Justeru, wanita yang bergelar ibu tiri juga perlu menyayangi anak tiri suami mereka seperti anak kandung sendiri bagi mengelak anak mangsa perceraian ini kurang kasih sayang seorang ibu dan hidup terbiar.
Namun, artis wanita yang berkahwin dengan duda anak dua ini khabarnya seorang ibu tiri yang kejam dan ‘psiko’. Begitulah dakwa bekas isteri duda itu yang SS namakan sebagai M.
Dari segi luaran, kata M, artis wanita ini menggambarkan dirinya seorang ibu tiri yang lemah lembut dan baik hati hingga orang luar pun boleh tertipu dengan sikapnya yang hipokrit itu.
Malah, kalau berdepan dengan pihak media pun, artis wanita yang bakatnya tidak seberapa ini dengan selamba memberitahu dia menyayangi dua anak tirinya itu sama seperti anak darah dagingnya sendiri.
Hakikatnya kata M, artis wanita ini selalu membuatkan anak tiri–nya itu tertekan apabila tinggal di rumah ayah mereka sendiri. Artis itu suka memburuk-burukkan M yang juga ibu kandung kepada dua anak tirinya itu dengan mendakwa M sebagai perempuan gila dan meroyan.
M berkata, dia tidak kisah bekas suaminya sudah berkahwin dengan artis itu kerana dia sendiri (M) sudah berkahwin lain dan sedang berbadan dua. Namun pintanya, janganlah meracuni anak-anaknya dengan perkara yang tidak elok selepas bekas suaminya dulu mendapat hak penjagaan bersama dan berkahwin dengan artis itu.
Kata M, salah seorang anaknya pernah menangis dan merayu kepada ibu mereka kerana tidak mahu tinggal di rumah ayah dan artis itu yang sering mendera emosi mereka.
Lebih memburukkan keadaan, artis wanita itu sanggup menyamar dalam laman sosial facebook salah seorang anak tirinya itu dengan menulis status, ibu tiri saya seorang yang baik demi mengaburi mata orang ramai! Hish, macam plot drama bersiri pula!
M berkata, dia hanya meminta agar artis wanita itu tidak meng–ganggu hidupnya lagi bersama anak-anaknya selepas ini.
Kata M, kalau artis wanita itu tidak berhenti mengganggu dirinya dan anak-anak lagi, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang dari segi hak penjagaan.
SS berharap perkara ini akan dapat diselesaikan secara baik dan kepada artis itu, janganlah membuat perkara yang tidak elok kerana lambat laun semua–nya akan terbongkar jua.
Adakah Rabecca atau artis lain.....?
|
|