|
KL, 13 MAY 2011: Naik pening Miss Propa fikirkan berkenaan dua orang aktres popular ini. Mana taknya, sama ada nak percaya atau tidak dengan cerita yang Miss Propa dengar ini. Itulah yang menjadi masalahnya.
Tapi biasalah, manusia tak lari dari kekurangan. Kepada artis lain , jadikanlah ini sebagai panduan untuk melangkah maju ke hadapan dan kepada dua aktres yang Miss Propa maksudkan itu, biarlah ianya dijadikan teguran untuk memperbaiki diri sendiri.
Sebenarnya, ibu bukanlah kali pertama Miss Propa mendengar perihal masalah attitude kedua-dua aktres ini, tapi nampaknya dalam dua majlis berbeza baru-baru ini, kedua-dua mereka sekali telah menunjukan warna sebenar.
Seorang aktres yang popular dengan lakonan bertudung litup ini punyai masalah perbergaulan. Bukannya terlebih bergaul, tetapi anti-sosial sehingga kecantikan yang ada padanya telah menjadi kurang menarik kerana sikapnya itu.
Setahu Miss Propa, aktres berkenaan bukanlah seorang yang sombong, tapi entah mengapa ketika majlis berkenaan susah sungguh nak berenggang daripada Blackberry di tangan. Bagaikan sudah terlekat pula dengan gam di tangannya.
Seorang lagi aktres muda berbakat besar yang ingin Miss Propa tegur ini pula kerana sikapnya yang sombong melulu tak tentu arah.
Kalau tak silap Miss Propa dia ini memang suka sangat melaram dan pada sebuah majlis yang dihadirinya baru-baru ini, pelakon berkenaan antara yang paling menyerlah dan tak lekang daripada didekati peminat dan jurukamera yang ingin merakamkan gambarnya.
Tapi Miss Propa tak pasti pula sama ada dia sebenarnya ikhlas dengan segala perbuatannya. Yalah kalau dilihat daripada lirikan matanya yang suka menjeling sememangnya menyakitkan hati. Jangan-jangan aktres ini memang kuat propa, macam juga Miss Propa.
Eee....Propalah! |
|