CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hise

Adalahmu [U]

[Copy link]
 Author| Post time 27-6-2011 12:53 AM | Show all posts
Episod 23


Pesawat Airfrance A 380 tiba di KLIA Sepang. Syam melangkah keluar dan menuju ke balai ketibaan. Terasa tenang setelah sebulan berada di Perancis. Dia menunggu untuk mengambil beg dan barang-barangnya. Aya masih berada di Lyon untuk menenangkan fikiran.Mungkin dalam masa sebulan lagi baru dia pulang ke Malaysia.

“One you arrived just give me a call, okay?”, pinta Aya.

“I will..” balas Syam ringkas.

Syam mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat panggilan. Tiba-tiba dia mematikan talian. Dia melihat seseorang yang dia pernah kenal. Syam bergegas menuju kearah orang itu namun orang ramai membantutkan dia untuk bergerak pantas. Dia hilang dari pandangan orang ramai. Syam menekan kembali nombor talian yang dipanggilnya sebelum ini.

“Bro..Aku dah sampai ni..Kau kat mana?” soal Syam sambil melilau mencari kawannya.Syam menuju ke bahagian “food court” di lapangan terbang itu. Dia tersenyum melihat kawannya itu sedang makan.

“Ish kau ni..Kan kat sini mahal..Buat apa la kau makan kat sini..KFC lagi murah dari nasi goreng kau makan ni..”

“Aku lapar la..Dekat dua jam aku tunggu kau..” Rakannya Hafiz membalas.

“Makan sekali dengan aku..” pelawa Hafiz.

“Tak nak lah..Mahal..” Syam menolak pelawaan rakannya itu.

“Hai..gaji beribu pun berkira..Pelik betul kau ni..”

“Tak adalah..Aku pernah makan kat sini, tapi tak sedap langsung. Kalau mahal tapi sedap tak apalah..”

“Lepas ni kau nak kemana?” Tanya Hafiz.

“Kita lepak tempat biasalah..Jumpa kawan-kawan.Lama dah aku tak jumpa diaorang..”balas Syam.

Hafiz hanya mengangguk.

“Sorry lah aku terpaksa menyusahkan kau..Aku dah tak ada orang lain nak minta tolong..”

“It’s fine with me..Aku  bukan buat apa pun hari ni. Malam ni aku nak kau belanja” pinta Hafiz.

“Boleh saja..Kita ajak diaorang lepak dekat ‘mapley’ ye..”

Hafiz hanya mengangguk sahaja. Lapar agaknya kerana menunggu Syam.

Episod 24


Kak Ros melangkah masuk ke dalam pejabat. Namun dia terkejut melihat semua lampu terpasang. Seingat dia, orang terakhir yang melangkah keluar adalah dirinya sendiri. DIa sendiri yang memadam semua lampu pejabat tersebut. Perasaan gelisah dan takut muncul dalam dirinya.

“Ada pencurikah?” bisik hati Kak Ros.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi datangnya dari bilik rehat. Kak Ros memberanikan diri menuju ke bilik tersebut. Kak Ros memperlahankan pergerakannya. Dia tidak dapat melihat apa-apa memandangkan bilik itu gelap. Mujurlah dia sempat menyambar payung yang berada di meja Ika. Kak Ros bergerak perlahan menuju ke bilik rehat tersebut. Bunyi bising semakin kuat bila dia menghampiri bilik tersebut. Dibukanya perlahan-lahan pintu dan…

“Nah..Amik kau..Oo orang lain buat kerja halal kau nak buat kerja haram ye..”

Bertalu-talu kak Ros memukul ‘pencuri’ itu. Namun Kak Ros sedikit hairan ‘pencuri’ tersebut tidak pula melawan atau bergerak malah membiarkan saja. Kak Ros membuka lampu bilik tersebut…

“Arggh..Tidak!!” Kak Ros menjerit. Dia terduduk. Pucat.

“Kak Ros nak air?” pelawa ‘pencuri’ itu sambil memberi senyuman.

“Kak Ros..Are you okay?”

“I’m okay..Tapi Mr. Syam je tak okay?” balas Kak Ros yang sedikit tercungap. Rupanya Syam yang berada dalam bilik rehat tersebut.

“I’m fine. Nah, minum perlahan-lahan. Panas lagi tu..” Syam menghidangkan secawan teh pada Kak Ros.

“Laa..Kenapa Mr. Syam tak buka lampu?” Kak Ros sedikit tenang.

“Tak adalah..Kan saya dah buka lampu pejabat so I think it’s can light this room also.”

“Ish..Tengok tak pasal-pasal Mr.Syam dah kena pukul.Sakit tak?”

“Mahunya tak sakit..” Syam membuat Kak Ros sedikit gelisah.

“Saya gurau la..Tak sakit pun.Cuak la tu kan?” gurau Syam.Tiba-tiba Kak Ros menitis air matanya.

“Laa..Kenapa ni Kak Ros? Saya okay lah.Saya gurau je tadi. Saya minta maaf ye Kak Ros..”Syam sedikit rasa bersalah dengan gurauannya tadi.

“Bukan pasal tu la Mr.Syam.Kak Ros rasa gembira sangat dapat jumpa Mr.Syam.Macam bertahun dah tak jumpa.Kak Ros tak tahulah macam mana kalau Mr.Syam tak ada..” sebak Kak Ros.

“Kak Ros..Saya janji, saya tak akan tinggalkan Kak Ros, office kita ni dan semua staf yang berada disini.Saya nak kita disini macam adik beradik.Sudah la tu.Minum ni..Dah sejuk air saya buat ni..”

Kak Ros mengangguk. Air matanya dilap. Perasaan hatinya gembira melihat bos kesayangannya berada didepan mata.Bos yang tidak pernah menganggap pekerjanya sebagai orang suruhan malah dianggap sebagai keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 01:41 PM | Show all posts
Sbg lagi........
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 03:21 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiiii..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 04:06 PM | Show all posts
betul2 macam drama swasta...
sbb episod pendek2 .. drama pun hnya [endek je dah bersmbung lagi...

cam ni byk la episod citer ni.. dan harapnya gigih menghabiskannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 07:36 PM | Show all posts
Reply 44# Jaza2008


    nk buat cmne bkn mgarang sepenuh masa..time2 free je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 08:53 PM | Show all posts
next...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2011 01:43 AM | Show all posts
Episod 25


Suasana dalam pejabat begitu ceria sekali. Masing-masing bekerja dalam keadaan gembira. Tidak seperti sebelum ini. Sedikit bising penuh dengan hilai tawa dan gurauan. Namun kerja mereka tetap berjalan. Syam melangkah keluar dari biliknya.

“Aii..Happy semacam je kamu semua..Ada apa-apa ke?” Tanya Syam apda stafnya.

“Tak ada apalah Bos.” sampuk Ika. Syam sedikit tidak puas hati dengan jawapan Ika.

“Ish..Tak percayalah saya. If anybody can tell me, I’ll buy you a lunch..” Syam memancing mereka.

“Bos, diaorang ni happy tengok bos ada kat office. Sebelum ni monyok je..Buat kerja pun ala-ala bad mood je..” Zain tampil member penjelasan sambil menghulurkan dokumen untuk ditandatangan oleh Syam.

“Laa..Macam tu ke..Saya pergi buat kerja la..It’s not I’m leaving you guys..”
“So bos, saya dapat lunch free ke?” tanya Zain. Syam menggeleng kepala. Zain sedikit kecewa.

“I guess, how about I treat all of you a lunch today. Come on..pack yourself and let’s go before I change my mind..”

Terkejut mereka dengan pengumuman Syam. Masing-masing kelam kabut mengambil barang mereka untuk keluar makan tengah hari. Semua staf disitu menjerit keriangan. Mereka melangkah keluar menuju restoran berdekatan.

“Mr. Syam..You nampak tak some one is looking at you..” tegur Kak Ros. Syam berpaling..

“Ala..Dia tengok orang lain la..” balas Syam sambil menyuap nasi goring yang dipesannya.

“Tak lah..I saw she’s looking at you since we came here..” Kak Ros sedikit bertegas. Syam meletak sudu dan berhenti menguyah.

“She’s coming to us..” sambung Kak Ros. Seorang wanita datang menyapa. Semua staf yang berada disitu memandang kearah wanita tersebut.

“Hi Syam..Long time no see..” Syam mengerut dahi. Cuba mengamati wajah tersebut.

“Don’t you recognize me?” soal wanita itu.

“Yatt right?” Syam meneka.

“Yup..It’s me..”

“Come and join us..” Syam mempelawa.

“Bos..Kami balik office dulu ye..Dah lambat ni..” Zain meminta diri untuk pulang ke pejabat. Syam mengangguk.

“Bos..?” Yatt terkejut

“Staf you ke semua tadi?” soal Yatt lagi.

“Aah..So how many years we’ve not seen each other..I guess it’s about twelve years right?”

“Betul tu..So you sihat ke?”

“I’m fine..You still kerja dekat P.J lagi ke?”

“Still. You nampak happy je sekarang ni dah kahwin ye?”

“Ish mana ada. I’m still single. So how about you?”

“Same as you..hehe” Yatt ketawa.

“You ni biar betul?” Syam sedikit tidak percaya.

“Betul la..I’m not joking around.”

“Ooo..Someday you’ll find someone..”

“Okay lah..I got to go now..” Yatt meminta diri untuk beransur..

“Yatt..Can I have your phone number?”

Yatt mengeluarkan kad bisnes dan memberi pada Syam.

“My number was on it..”

“Bye..” Yatt melangkah keluar dari restoran dan hilang disebalik orang ramai yang lalu lalang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:44 AM | Show all posts
siapa puloklah siyatt ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 09:21 PM | Show all posts
alahai sikitnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 09:33 AM | Show all posts
Episod 26


“Woi, ape yang kau menung tu Yatt?” jerit Siti.

“Tak adalah..Aku tengah fikir something..” balas Yatt.

“Kau fikir boyfriend kan?”

“Aduh, jauh betul kau fikir dah ke laut dah fikiran kau tu..” gurau Yatt.

“Whatever. Okay lah..See you tomorrow..” Siti melangkah keluar dari pejabat dan meninggalkan Yatt keseorangan. Sekali sekala Yatt menjeling pada kawan sepejabatnya yang masih belum pulang.

“Please call me..” bisik hati Yatt.

Sudah sebulan sejak pertemuan Yatt dengan Syam. Namun tiada satu panggilan pun Yatt terima dari Syam.

“May be he’s already has someone..” Yatt membuat andaian sendiri.

Sementara itu di pejabat, Syam membelek-belek kad bisnes Yatt.

“Call je bos.” tegur Zain dari luar bilik.

“Wah..Kamu ni Zain salam tak ada tiba-tiba datang serbu  ye..” Syam sedikit meninggikan suara.

“Hehe..Sorry bos. Saya dari tadi tengok bos duk belek-belek kad tu..”

“Alamak.Obvious sangat ke?”
“Ye la bos. Saya mewakili diaorang la ni..Sebenarnya ramai dah tengok bos duk belek-belek kad tu..” Syam sedikit malu.

“Kau orang ni busy body juga ye..”

“Bukan busy body la bos, just concern. By the way, Mr. Chua from Naiko Corporation already sends their proposal to us.  By tomorrow we will receive it..”

“Okay..Thanx Zain.Nanti I tengok proposal tu..”

“Welcome. Apa lagi bos call la dia?” usik Zain.

“Dah-dah..Kamu ni kalau tak ada kerja terus balik tengok anak bini.” Syam membalas usikan Zain. Mereka berdua ketawa.

“Assalamualaikum. Ni siapa?" Yatt menjawap panggilan.

“Hi, It’s me Syam..”

“Haa..Ops..” Yatt terkejut dengan panggilan itu dan tidak semena-mena kerusi yang dia duduk terbalik ke belakang.Habis kerta kerjanya bersepah..

Episod 27


Sebuah kereta BMW Siri 3 meluncur laju di lebuh raya MRR2. Tiada kesesakan berlaku. Semuanya begitu sempurna sekali. Hati Syam sedikit ceria. Entah kenapa dia tersenyum lebar selepas dia membuat panggilan tadi.

“Yatt, Would you like to have a dinner?”

“Aa..Sure.”

“Yeke, If you busy, another time perhaps?”

“No,no. I didn’t mean that. Actually, I’m just little bit surprise..”

“Ooh really?”

“Yup..So where can we have our dinner?”

“Hurmm..”

“Wait..It’s not a date right?”

“Of course la..Just a dinner..”

“How about at Alamanda. I want you accompany me..”

“Why?” Syam tertanya.

“I nak shopping la..So boleh la you jadi tukang angkat barang..hehe”

“Sure, no problem Mam..So I’ll pick you up at your house..”

“You tahu ke rumah I kat mana?”

“Tak tahu..” balas Syam ringkas.

“So macam mana you nak ambil I nanti?”

“Laa..You text your address then I cari la nanti..”

“Okay.So we’ll see tonight..”

“Alright then.Bye..”

Panggilan dimatikan.

“Yahooo..” Yatt menjerit. Semua staf dalam pejabat memandangnya. Ada yang menggeleng kepala. Yatt menyiapkan kerta kerjanya yang tertunda tadi tapi penuh dengan senyuman.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 08:01 AM | Show all posts
next n3 k....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 05:00 PM | Show all posts
nak n3....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 09:11 PM | Show all posts
Episod 28


Syam membunyikan hon.

“Kejap..kejap..” Yatt menjerit dari balkoni.

Syam membunyikan hon lagi. Saja dia nk buat Yatt kelam kabut. Sekadar gurauan baginya. Yatt terlompat-lompat menyarung Snickers. Yatt menunjuk sebiji penumbuk pada Syam tanda protesnya. Yatt berdiri disebelah kereta. Syam paham maksudnya dan membuka pintu untuknya.

“Silakan masuk tuan puteri..” gurau Syam.

“Tahu tak apa..” balas Yatt ringkas.

“So shall we?”

Yatt mengangguk.

“Jumpa juga ya rumah I..”  Yatt memulakan perbualan.

“Hehe.. GPS la..”

“Hebat..Bos la katakan..”

“Biasa je lah..So you nak shopping dulu or have a dinner first?”

“Hurmm..Can we go for the shopping first..Takutlah if butik yang I nak pergi  tutup awal..”

“Anything for you, pricess..”

“Mengada-ngada la tu..”

Mereka berdua tiba di Alamanda. Yatt berpakaian ringkas sekali. Sekali sekala Syam mencuri pandang wajahnya. Namun disedari oleh Yatt. Mereka berdua berjalan dan melihat pelbagai jenis pakaian di butik-butik yang terdapat di Alamanda itu.

Episod 29


Syam merebahkan dirinya diatas sofa. Dia terseyum lebar. Mengenangkan gelak tawa dan gurauan Yatt mengenangkan dia dengan Zie. Namun masih adakah cinta dia untuk Yatt. Syam terfikir. Perasaan dia terhadap Zie tidak pernah luntur. Telefon bimbit Syam berbunyi..

“Helllo, assalamualaikum..” Yatt dihujung talian.

“Waalaikumsalam..” balas Syam.

“Tak tido lagi ke?” soal Yatt.

“Belum lagi..Kejap lagi kot..”

“Yeke..By the way thanx ye..”

“No problem..Lain kali ajak lagi ye..” Syam mempelawa dirinya sendiri.

“Serious? Okay, I will..” Yatt ketawa kecil.

“Buat apa ni?” giliran Syam pula menyoal Yatt.

“Tak buat apa pun.”

“Dah tu, pergilah tido. Esok kerja kan?”

“Amboi macam menghalau je. I just want to have a talk with you.Sekejap je. Bolehkan?”

“Sure..Tiada masalah..”

“Thanx..Esok ada meeting ke?”

“Hurmm..Tak ada kot..Why?”

“Saje je tanya..”

“Esok you ada meeting tak?”

“Hurmm..Tak ada kot. Why?” Yatt mengajuk cakap Syam.

“Perli orang nampak. Jom lunch. Feel free?”

“Hurmm..I give you a call tomorrow..”

“Okay..”

Malam itu mereka berdua berborak begitu lama sekali.Walaupun pertama kali jumpa selepas beberapa tahun, namun hubungan mereka ibarat sudah lama berkawan dan seperti tidak pernah janggal untuk berkata-kata antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:01 PM | Show all posts
next,...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:16 AM | Show all posts
.iisshhh..kaco lar Yatt nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:37 PM | Show all posts
wah!!! byknya makwe syam ni....
tapi zie tetap dihati ye....
bila syam nak jumpa zie ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 01:37 PM | Show all posts
wah!!! byknya makwe syam ni....
tapi zie tetap dihati ye....
bila syam nak jumpa zie ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 57# merahsilver


    xbyk la..die ng aya tp aya mainkn die..die ng zie tp trpkse lpskn zie..hehe..cewah bela hero..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 01:06 AM | Show all posts
Episod 30


Kadang-kadang hujan yang lebat bukan tanda dunia bersedih,tapi ia membersihkan segala kejahilan dan kekotoran yang ada pada mukanya. Menangis bukan untuk bersedih sahaja namun itulah sifat manusia sering dihantui dengan emosi tanpa memikirkan natijah disebalik kejadian.

“Rini, aku dah jumpa office Syam.” Tegur Zie.

“Macam mana kau cari?” Soal Rini sambil menghirup segelas milo suam.

“Kan aku ada cerita yang aku jumpa dia dalam bangunan yang sama dengan client kita. So aku pergi tanya- tanya client kat sana. Mana tahu diaorang kenal. So aku dah jumpa. Dia kerja dengan Symmetric.” Terang Zie. Rini hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata.

“Tapi dia tak ada. Outstation.” sambung Zie lagi.

“So apa kau nak buat lepas ni?” Tanya Rini penuh keraguan.

“Entahlah Rini. Tapi aku sedikit gembira, aku dah tahu kat mana dia.” Zie tersenyum.

“Bagus lah macam tu. Tapi hopefully kau kena prepare la ye mental kau ni. Jangan emosi sangat.” Tegur Rini dalam nada bergurau.

“Ye..Aku tahu Rini. Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku boleh buat dia macam tu. Kadang-kadang aku fikir boleh ke aku berhadapan dengan dia.”

“Insyallah. Kau pasti boleh. Just my advise as your GFF, don’t push yourself so hard. We knew known what is going to happen after this.”
Zie mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Rini.

“Kau nak air tak? Aku tolong buatkan..” Pelawa Rini sambil meluru ke dapur.

“Hurmm ..Boleh jugak..”

Zie mengambil komik diatas meja kaca dihadapannya. Detektif Conan. Komik kesukaan Zie. Tak puas dan tak pernah jemu dia membacanya walaupun berulang kali. Telefon bimbit Zie berbunyi. Tiada nama yang tertera.

“Hello, Assalamualaikum. Siapa ni?” Soal Zie.

“Hello sayang. Dah tak kenal abang ke?” Suara ditalian membuatkan Zie terkejut dan terkedu.

“Lan..”  Nama itu terpacul dimulut Zie.

Episod 31


Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun bagaimana kita untuk memperbetulkan kesilapan itu terpulang pada diri masing-masing. Andaikata ianya mengorbankan perasaan orang lain anggaplah itulah lumrah dunia dan itulah MANUSIA.

“Probably our supplier makes a mistake. We won’t do that to you.” suara Syam di talian. Kak Ros dan Ika sibuk memasang telinga.

“Yes. I understand. That’s why I already told you before. Our company never fail to give fully detail of our analyze information.”

“Zain..Kenapa dengan Mr. Syam tu. Macam serius je?” soal Kak Ros.

“Oo. Ni pasal syarikat minyak tu la. Dia claim kita tak jujur pasal detail yang kita bagi hari tu.” balas Zain.

“Bulan lepas kita hantar orang kita untuk analisis air kat sana. Tapi report tu tak tally dengan kontraktor yang supply barang. Kan kita cakap kita buat kajian dekat bore hole diaorang. Tapi kontraktor tu cakap kat company yang dia dapat maklumat kita inspect on surface water. Akak tahu kan ada barang tak boleh pakai dengan bore hole.” Sambung Zain lagi.

“Alright. We’ll try to fix it. I’ll send someone to meet you or perhaps I’ll go. Okay thank you. Bye” Syam menghela nafas tanda lega. Bingkas dia bangun dari kerusi dan keluar dari biliknya.

“Kak Ros tolong buatkan saya air. Teh O ye.” Pinta Syam.

“Baik Mr.Syam.” balas Kak Ros.

“Zain. Next week you pergi jumpa Mr. Koh. Tapi I nak you prepare semua report yang kita buat sebelum ni. Kita tunjuk sikit yang kita bukan jenis perkotak tin milokan..” gurau Syam walaupun nada serius.

“Hah.. perkotak tin milokan..Haha” gelak Zain.

“You ajak Nasir sekali. Saya rasa dia boleh bantu awak.” sambung Syam lagi.

“Ina, you prepare travelling cost for both of them ye..” pinta Syam.

“Lagi satu, buat satu surat and send it to Mr. Koh.”

“Baik Mr. Syam. Hari ni jugak saya buat.” Balas Ina dengan penuh semangat.

“Ish. Tak payah lah rajin sangat. Dah nak balik ni kan. Buat esok je. Baru efektif sikit. Kalau buat hari ni boyfriend awak kena tunggu lama lagi kat bawah. Kesian kat dia.” perli Syam. Ina hanya tersengih.Telefon Syam berbunyi.

“Yes Yatt. Ada apa? Dinner? Sure. I’ll pick you up at your office.” Syam mematikan talian.

“Ada date ke Mr. Syam.” usik Kak Ros dari belakang membawa secawan teh. Syam hanya tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:24 PM | Show all posts
nak lagi!!! nak lagi!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061134 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list