CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hise

Adalahmu [U]

[Copy link]
Post time 5-7-2011 02:52 PM | Show all posts
bila SYAM nak jumpa ngan ZIE...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 09:14 PM | Show all posts
sikitnya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 07:08 PM | Show all posts
Episod 32


Lima tahun lepas. Di des Terreaux , Lyon.

“Syam apa nama tempat ni?” Soal Zie.

“Ni nama dia The Bartholdi Fountain.” Jawap Syam. Zie hanya mengangguk.

“Kenapa kita datang sini?” soal Zie lagi. Syam hanya tersenyum.

“Ish orang tanya dia senyum pulak.” Zie memuncungkan mulut tanda protes soalannya tidak dijawap.

“Ala janganlah merajuk. Saja Syam nak bawa Zie jalan-jalan. Kan hari ni public holiday. Lagipun dah lama kita tak dating kan.” terang Syam.

Zie berjalan sedikit kedepan dan melihat air pancur dihadapannya. Mukanya sedikit berubah.

“Kenapa ni? Tadi bukan main happy je. Merajuk lagi ke?” soal Syam yang sedikit resah.

“Tak adalah. Zie nak minta maaf sebab dah lama kita Zie tak keluar dengan Syam. Zie takut terserempak dengan Lan.” Zie memaku pandangannya kebawah. Syam diam.

“Tak apa. Syam paham. Lagipun dah tak lama lagi kita nak habis. Lepas tu kita boleh keluar setiap hari. May be selepas ni Zie dah tak jumpa Lan kan.” Syam cuba menggembirakan Zie.

“Tapi Zie takut.”

“Takut apa, Zie?” Syam berasa hairan.

“Takut berubah hati dan kembali pada Lan. Sekarang ni, dia selalu ungkit apa yang dia dah buat pada Zie. Zie tahu, dia banyak berkorban untuk Zie. Zie sendiri pun tak mampu membalas budi dia.” Syam menghela nafas. Terasa degup kencang jantung mendengar penjelasan Zie. Namun dia bersikap tenang dihadapan kekasihnya itu.

Tok..Tok..Tok..Syam tersedar dari lamunannya. Dia membuka pintu kereta untuk Yatt.

“Hai mengelamun nampak. Ingat kat awek ye..” perli Yatt.

“Tak adalah. Tengah fikir pasal kerja je..” balas Syam.

“Hurmm.Kalau pasal kerja sampai ke tua tak kan habis kan.” Syam hanya mengangguk.

“So, where are we going now?” Syam mengubah topik.

“Kita pergi tengok wayang dulu. After that, kita pergi makan.Is it okay bos?”

“Okay je..” balas Syam ringkas.

Episod 33


“Hey, you look forlorn today?’ suara Yatt memecah lamunan Syam.

“Eh..tak adalah..I’m fine je..” Syam cuba menyembunyikan sesuatu.

“Are you sure?” Yatt bertanya kembali. Syam hanya mengangguk.

“Jom kita pergi minum dekat mamak nak tak?” Yatt cuba membuat Syam gembira.

“Jomlah..jom..jom..Nak tak nak you kena ikut..” Yatt membuat perwatakan comelnya. Menarik tangan Syam seperti kanak-kanak yang inginkan sesuatu. Syam sedikit tersenyum.

Di dalam kereta, ketika Syam cuba menghidupkan kereta. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang dia kenali sedang berjalan dengan pasangannya.

“Zie..” terpacul dari mulutnya. Tiba-tiba hatinya begitu berdebar. Degup jantungya begitu kuat sekali.

“What have you said?” Yatt bertanya.

“Erm..Nothing..Jom kita pergi minum..” Terasa berat untuk dia bergerak. Namun digagahinya jua.

Keretanya memecut laju keluar dari Alamanda Putrajaya.

“Semoga kau bahagia Zie..” bisik hati Syam.

Syam dan Yatt berada di kedai mamak sambil menikmati teh tarik. Syam masih tidak berhenti merokok.

“You ni kenapa? Dari tadi you asyik smoke?” Yatt cuba menghalang Syam daripada menyalakan rokok ditangannya.

“Tak ada apa lah Yatt..I’m okay..” balas Syam.

“No..You’re not okay..Setahu I you smoke tak adalah sebanyak ni..What happen?” Yatt membuat soal siasat.

“Actually, I saw my ex..She’s with someone..Probably her husband..” Syam meluahkan isi hatinya.

“Patutlah, you dah tak macam orang dah I tengok..” Yatt cuba membuat lawak. Namun Syam masih dengan rokoknya.

Di Alamanda

“Kenapa Lan bawa Zie kat sini?” Soal Zie.

“La..Kenapa tak boleh ke abang bawa bakal isteri abang jalan-jalan..” balas Lan.

“Abang?..Bakal isteri?..Lan yang putuskan pertunangan kita. Kenapa tiba-tiba mengaku Zie ni bakal isteri Lan pula?” Zie mempersoalkan perbuatan Lan yang sebelum ini yang dia pernah lakukan.

Episod 34


Walau susah  sekalipun kita melupakan kenangan pahit, namun memori indah tetap menggamit. Jangan menyalahkan takdir semata-mata, anggaplah semua perancangan dari Dia.

“Syam, enough!!!”. Yatt mengambil rokok dari tangan Syam.

“You smoke a lot today. What happen to you?”. Syam hanya membisu.

“Did something happen today?” Syam hanya mengangguk.

“So tell me..” Yatt sedikit memaksa.

“I saw Zie..” ringkas jawapan Syam. Yatt mengerut dahi.

“Zie..your ex?” Yatt meneka. Syam mengangguk lagi.

“Okay. Tu yang macam orang hilang akal..Why don’t you tell me earlier?  Boleh kita jumpa dia..”

“No. I can’t. Dia dengan suami dia. I tak mahu jadi salah paham..” Syam cuba memberi penjelasan.

“La. Bagusla dia dengan suami dia. Salah paham apa?” Yatt kurang jelas apa yang Syam perkatakan.

“You don’t understand Yatt. I’ve knew her so long. So I know what’s going to happen.”

“Okay.Okay. Its fine. Apa kata kita balik?” Yatt member cadangan.

“You drive.” Syam memberi kunci keretanya.
“Amboi. Sampai dah tak boleh drive dah. Parahla macam ni..” Yatt cuba menenangkan hati Syam namun dia hanya tersenyum sahaja.

Yatt memandu kereta Syam. Sepanjang perjalanan pulang Syam hanya diam membisu. Tiada sepatah kata diucapkan.

“You boleh drive tak ni?” Yatt bertanya setelah tiba dirumahnya. Syam mengangguk.

“Okay. Drive safely. Let me know bila you dah sampai. Don’t make me worry okay?” Yatt sedikit risau dengan keadaan Syam.

Syam memecut laju keretanya. Tiada satu yang dia ingat melainkan apa yang dia lihat di Alamanda. Melihat kelibat kekasih yang dicintainya. Mengembalikan memeori-memori silam. Tiba-tiba..

“Skreeeeet”. Bunyi tayar kereta Syam akibat dia menekan brek.

“Astagfirullah” Syam beristigfar.

“Apa yang telah aku lakukan. Aku tidak boleh terus begini.” Bisik hati Syam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 07:13 PM | Show all posts
i'm going 4 outstation a week. i'll update as soon i came back
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 09:24 PM | Show all posts
nti sqambung lg k
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 04:51 PM | Show all posts
alahai...otstesen pulak... lama lagi la nak kena tunggu nih...:cry:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2011 01:38 PM | Show all posts
Episod 35


Jangan jadikan kenangan yang lalu sebagai penghalang kamu untuk meneruskan kehidupan. Jangan jadikan memori silam sebagai batu loncatan untuk kamu melepaskan sesuatu yang tidak baik kepada orang disekeliling kamu.

Yatt merebahkan dirinya diatas sofa. Dia mengambil telefon bimbit dan melihat pada skrin telefon tersebut.

“Hurmm..please call me..” bisik hati Yatt. Dia bangun untuk ke dapur. Tiba-tiba telefonnya bordering.

“Hi, I’m just arrived..” Syam di talian.

“Oh really. I’m glad you safe..” Yatt membalas. Sedikit ceria terpancar diwajahnya.

“Safe? Why? You ingat I nak buat something ke?” tanya Syam.

“Yela, tadi kan I tengok you dah tak macam orang dah. Manalah tahu kot-kot you buat something..”

“Oo. Pasal tadi. I terjun lombong dah. Tapi air cetek pulak..” Syam membuat jenaka. Yatt tergelak.

“I’m sorry. I’ve made you worried..” Syam menyambung ayatnya.

“It’s fine. I understand for what have you felt..” Yatt merebahkan kembali diatas sofanya.

“So, you dah boleh tidur dengan tenang. I pun nak tidur ni, tapi nak solat dulu..” Syam memohon diri.

“Yeah..okay..I pun sama..Good night..”

“Okay. Good night too..” Syam mematikan talian. Dia terus kebilik air untuk mandi dan menunaikan solat isyak.

Seusai menunaikan solat, dia terus baring diatas tikar sejadah. Fikirannya sedikit terganggu tentang apa yang dia lihat tadi. Namun dia cuba mengelak dari terus bermain difikirannya. Lama-kelamaan dia terlelap disitu. Kelihatan air matanya mengalir.

Sementara itu..

“Lan tolong hantar Zie balik, please?” Zie memohon.

“Kenapa sayang dah nak balik, kita baru je sampai. Makanan sayang pun tak habis lagi..” Lan cuba melengahkan masa.

“Zie dah kenyang..” balas Zie ringkas.

“Janganlah macam tu..Abang dah lama tak berbual dengan sayang..” Lan cuba berdalih.

“Lan, kalau bukan kerana parents Lan, Zie tak akan keluar..” Zie sedikit meninggikan suaranya. Lan hanya tersenyum sahaja.

“Abang tahu, abang hargai sangat, sayang sudi keluar dengan abang..” Zie mencemuh kerana meluat dengan kata-kata Lan.

Episod 36


Dua hari sebelum pertemuan Zie dan Lan.

“Treet..treet” telefon Zie berbunyi. Zie melihat nombor yang tertera diskrin. Tiada nama.

“Assalamualaikum Zie..” seorang perempuan separuh abad ditalian.

“Waalaikummussalam..” balas Zie.

“Zie, ni makcik ni, mak Lan..” Zie sedikit terkejut. Lantas dia bangun dan terus menutup pintu pejabatnya. Bimbang jikalau ada orang yang memasang telinga.

“Ye makcik. Ada apa makcik telefon saya?” Zie sedikit hairan.

“Makcik tahu, Lan banyak menyusahkan Zie, banyak menyusahkan keluarga Zie tapi makcik nak Zie tahu, Lan satu-satunya anak kesayangan makcik dan pakcik..” Zie bertambah hairan.

“Saya tak paham la makcik. Cuba makcik terangkan apa yang makcik nak bagitahu kepada saya?” Soal Zie.

“Macam ni..Makcik nak Zie cuba jumpa Lan dan berbincang masalah kamu berdua.”

“Jumpa? Bincang? Makcik nak bincang apa lagi, dah Lan yang buat macam tu pada saya, apa yang nak dibincangkan lagi..”

“Zie, makcik tahu, cubalah Zie jumpa Lan. Lan teringin sangat nak jumpa Zie. Dia cakap dia betul-betul nak minta maaf dengan Zie. Kalau boleh cubalah Zie ye..” Air mata Zie bergenang. Tiba-tiba dia teringat perbuatan Lan.

“Makcik, bukan saya tidak mahu, tapi apa yang Lan dah buat pada saya cukup menyakitkan hati saya. Memalukan keluarga saya. Saya rasa saya dipergunakan makcik..” Suara Zie bergetar. Air matanya mengalir
.
“Macam nil ah Zie..Zie jumpa dia. Lepas ni kalau Zie dah tak mahu jumpa dia, jangan jumpa. Tolonglah Zie, Terimalah permintaa orang tua ni ye..” Zie mengelap air matanya.

“Baiklah makcik. Saya akan jumpa dia. Tapi lepas ni, saya minta makcik tolong nasihatkan Lan jangan cari saya lagi.” Zie membuat permintaan.

“Baiklah Zie..Terima kasih banyak-banyak.” Balas perempuan tua itu.

Talian dimatikan. Zie terduduk. Tiba-tiba telefonnya berdering sekali lagi.

“Hi, sayang, malam esok I datang ambil you yee..” Suara Lan ditalian. Terus Zie mematikan talian.

“Terima kasih mak kerana tolong Lan..” Rupa-rupanya Lan memang berada disebelah maknya sepanjang Zie berbual.

“Mestilah. Anak mak mesti mak tolongkan..” balas mak Lan sambil membelai pipi anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 03:22 PM | Show all posts
hoyehhh...ada sambungan... tapi nak lagiiii... nyampah lak ngan si lan nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 04:40 PM | Show all posts
bila nak sambung ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 05:22 PM | Show all posts
i'm trying to write as many as i can this week..next week outstation lagi lak seminggu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 09:36 PM | Show all posts
otstesen lagiiii???? nangesss ahkakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 09:45 PM | Show all posts
next n3 ehh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 01:29 PM | Show all posts
Episod 37


“Lan..Lepas ni jangan cari Zie lagi..” Zie menghempas pintu kereta Lan sambil melangkah masuk kedalam rumahnya. Lan hanya berdiri tanpa berkata apa-apa.

“Aku tak akan lepaskan kau Zie..Kau tetap milik aku. Aku tahu dalam hati kau masih ada Syam.” bisik hati Lan. Terus Lan memacu pergi dari rumah Zie.

“Hai..” tegur Rini yang sedang membelek akhbar di ruang tamu. Pantas Zie terus memeluk Rini sambil menangis teresak-esak.

“Rini, kenapa semua ni berlaku pada aku? Besar sangatkah dosa aku?” Zie masih menangis. Air matanya terus mengalir laju.

“Hurm..sabarlah Zie..Ni bukan kehendak kita. Kuasa Dia. Yang penting kita perlu berusaha mengubahnya..” nasihat Rini.

“Tapi sampai bila Rini. Aku dah penat menghadapi semua ni..Aku rasa aku berada ditengah-tengah pulau..Aku tak tahu mana nak pergi..” Rini masih menenangkan Zie.

“Sudah lah tu..Insyallah kebahagiaan kau akan tiba. Banyakkan berdoa..” Zie masih lagi menangis. Tidak dapat dibendung air matanya lagi.
Di pejabat Symmetric  Comp.

“Mr. Syam. I dah siapkan all costing untuk  Zain.” tegur Ina sambil memberi sekeping kertas pada Syam.

“Oo.Good. Send to my office ye Ina. Nanti I check.” Balas Syam.

“Zain. Come here please..” panggil Syam dari jauh. Zain terus menuju kearah bosnya yang sedang duduk di sofa di luar pejabatnya.

“Okay. Let we do this way. Saya nak awak pergi awal dua hari dari tarikh meeting tu. So awak leh prepare apa-apa yang patut. First, I want you go to the site and see what happen there.” Terang Syam.

“Okay. So why should I do that bos? tanya Zain.

“Sebab, I nak you cari prove yang company kita tak buat macam tu. You ambil all the photos surround the area and email it to me. Make sure area yang involve dalam kita punya meeting sahaja. Jangan langgar kawasan lain pulak.” Terang Syam.

“Baik bos. Err..Second?” tanya Zain kembali.

“Second, I want you study all the quotation and agreement that we have made with them. I tak mahu you datang without prepare anything.” Zain mengangguk.

“Third. Pergi buat kerja awak sekarang. “ gurau Syam. Zain tergelak.

“Kak Ros, please call Khril. Ask him come to my office at 2.30 petang ni..” pinta Syam.

“Baik Mr. Syam.” Kak Ros menurut perintah bosnya. Syam melangkah masuk kedalam biliknya.

Dia membuka komputer dan melihat segala kertas kerja dan tender-tender yang belum dia siapkan.

Dia membelek semua fail yang berada dihadapannya.

“Zain..Bos cakap apa tadi kat kau?” tanya Ina.

“Ish kau ni..bos cakap pasal kerja la.Pasal projek dekat syarikat minyak tu la.” terang Zain.

“Oo. Pasal tu ke..Kau pergi dengan Nasir kan?” tanya Ina lagi.

“Aah. Kenapa?”

“Tak ada apa pun..” Ina sedikit tersenyum.

“Kak Ros, dah telefon Khril ke?” tanya Syam melalui interkom.

“Saya dah call tadi tapi dia tak jawap. Probably he’s on meeting..” teka Kak Ros
“Okay..One more thing, sepangjang I kat France hari itu, ada tak siapa-siapa cari saya?” tanya Syam.

Kak Ros cuba mengingati kembali sambil mengerut dahinya.

“Hurmm..Wani cakap ada seorang perempuan pernah tanya pasal Mr. Syam. Dia cakap dia cari Mr. Syam. Bila Wani mintak tinggal pesanan dia cakap tak apalah..” terang Kak Ros.

“Okay..” balas Syam ringkas. Dia mula berfikir siapa perempuan yang datang mencarinya.

“Mr. Syam..Anything more?” tanya Kak  Ros.

“Tu je. Kak Ros boleh sambung buat keje.”Syam terus mengadap skrin komputernya. Sambil itu dia melihat staf-staf dari dalam biliknya.

Sementara itu.Di pejabat Zie.

“Hello sayang. Jom kita lunch?" Suara Lan dihujung talian.

“Lan. Kan Zie dah cakap jangan telefon dan cari Zie lagi..” Zie bercakap secara berbisik bimbang didengari oleh rakan sepejabatnya.

“Ala, abang nak jumpa sayang la. Bukan buat apa pun. Just ajak lunch..”

“Sorry Lan. Zie tak nak dan tak akan keluar dengan Lan..” terus Zie mematikan talian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 08:56 PM | Show all posts
tq...next..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 08:43 PM | Show all posts
Episod 38


Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Bait-bait lirik lagu Siti Nurhaliza meniti dibibir Zie. Lagu itu pernah menjadi lagu tema cinta mereka. Namun ianya menjadi kenangan.

“Syammm, Zie nak Syam nyanyi satu lagu untuk Zie, boleh tak?” pinta Zie. Masa itu mereka berdua sedang berjalan-jalan mengelilingi sebuah tasik di Lyon.

“Lagu apa Zie nak? Syam tak pandai la..”

“Ala..Zie nak jugak..” Zie merengek-rengek seperti seorang kanak-kanak hendakkan sesuatu.

“Please..One song..” pinta Zie sambil menunjuk satu jari.

“Okay..Lagu apa ye..” Syam berfikir sejenak. Kemudian dia melangkah setapak dan berpaling menatap muka Zie. Kemudian dia menarik tangan Zie menuju ke sebuah bangku. Syam mempersilakan Zie untuk duduk manakala dia berdiri dihadapan Zie ibarat seorang artis mempersembahkan lagu untuk peminatnya.

“The other night dear, as I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms
But when I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and I cried.

You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away

I'll always love you and make you happy,
If you will only say the same.
But if you leave me and love another,
You'll regret it all some day:

You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away

You told me once, dear, you really loved me
And no one else could come between.
But not you've left me and love another;
You have shattered all of my dreams:

You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away

In all my dreams, dear, you seem to leave me
When I awake my poor heart pains.
So when you come back and make me happy
I'll forgive you dear, I'll take all the blame.

You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away”

“Waah..Sedap la suara Syam..” Zie menepuk tangannya. Syam sedikit tersipu dengan pujian Zie.

“Mana ada Zie..Tengok hari dah nak hujan..” sambil Syam menunding jari kearah langit.
Namun itu semua kenangan yang lalu. Tiada lagi gelak tawa, senyum dan jenaka yang selalu Syam pamerkan.

“You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away”

Zie menyanyi dengan suara yang serak dan sebak. Air matanya mengalir. Tiada mampu dia lakukan. Hanya kenangan terus menggamit memorinya. Tangisan tidak mampu mengembalikan segala kenangan kerana itu adalah takdir yang tidak mampu kita melainkan dengan kuasa Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 12:29 PM | Show all posts
Apa susah sangat ntuk zie mengaku silap dia. Jumpa je Syam sebelum terlambat.. nanti syam pun dah ada orang lain. lupakan je lan tu, memang tak boleh pakai tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 11:55 AM | Show all posts
la ni jew ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 12:00 PM | Show all posts
memang payah nak mengaku silap sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2011 08:16 PM | Show all posts
Reply 77# cikpuanbesar


    salam..saya akan update dkt blog..cikpuan blh follow kt sane..cikpuan boleh layari adalahmu.blogspot.com..ini kerana saya kesuntukan masa sbb byk outstation..thanx..jika ade prmintaan tuk update kt sini sy akn update..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:03 PM | Show all posts
xder lg ker....huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.886904 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list