CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mixed

Tom MystarLG Putus Tunang?CONFIRM..update..(pic)pg8

  [Copy link]
 Author| Post time 14-6-2011 01:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 14-6-2011 13:16

updated menafikan pulak

Tom putus?

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

2011/06/12



errk perut nampak selulit

HAMPIR setahun Tom menghilangkan diri dari arena hiburan gara-gara kontroversi dirinya apabila dilaporkan dicederakan sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di Damansara, Kuala Lumpur, pada 10 Julai tahun lalu. Insiden itu memberi impak besar kepada Tom atau nama lengkapnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25, dan nyaris memusnahkan karier nyanyiannya yang baru bermula.

Nama juara program realiti, My Starz LG musim ketiga itu menggelegak apabila menjadi mangsa pukul dan difitnah mendera seorang ibu yang sarat mengandung. Tom juga dikatakan menjalin hubungan sulit dengan suami wanita itu namun dinafikannya. Namun, ketika kontroversi itu mula senyap, nama Tom kembali menjadi bualan apabila mengikat pertunangan dengan jejaka itu, Mohd Ferdzaus Muhamad Jamil pada musim Aidilfitri lalu. Cuma seketika kedamaian itu dinikmatinya. Minggu lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Redha itu kembali disapa dengan satu lagi berita panas. Pertunangannya dengan Ferdzaus dilaporkan sudah berakhir. Saat pertanyaan itu diajukan, Tom cuba mengelak dan memohon supaya perbualan mengenai hubungannya dengan lelaki itu tidak diperkatakan. Namun, Tom akhirnya mengalah dan mengakui hubungannya dengan Ferdzaus sedang melewati fasa yang menguji. Putus atau tidak?

Betul ke cerita Tom sudah putus tunang?

Bukan putus, cuma ketika ini kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Ikatan pertunangan itu masih ada tetapi saya tidak mahu komen lebih. Buat sementara waktu, kami memilih untuk menjauhkan diri dan mencari apa yang terbaik dalam hidup kami. Andai ditakdirkan ada jodoh nanti, kami akan teruskan.

Cara menjawab tu, nampak macam Tom cuba sembunyikan sesuatu?

Biar saya berterus terang. Kami bukan baru berkenalan kerana sejak sekolah lagi iaitu di Tingkatan 2 lagi kami dah berkawan baik. Kami pernah bercinta, putus dan baik semula. Cuma, mungkin jodoh itu tidak tertulis antara kami. Kami pernah berdepan kegagalan rumah tangga, malah kembali menjadi rapat selepas insiden hitam itu. Disebabkan itu saya tidak berani cakap kami sudah putus. Saya dan dia cuma menyerahkan segala-galanya kepada jodoh. Jika dia memang ditakdirkan untuk saya, kami pasti akan bersatu. Jika sebaliknya, saya terima dan reda.

Nampaknya Tom lebih popular dengan cerita lelaki dan isu peribadi, bukan bakat?

Ikutkan hati saya sudah malas berfikir mengenai lelaki. Mungkin saya kurang bernasib baik. Dari dulu percintaan saya tidak pernah menjanjikan kebahagiaan. Saya sendiri tidak tahu apa kesudahan ikatan pertunangan ini. Saya sudah biasa diuji begini, biarpun perit saya redah juga. Biarlah orang nak cakap apa pun. Mereka tak pernah berada di tempat saya. Sebagai manusia saya pun mengharapkan segala yang terbaik dalam hidup ini. Namun, jika Allah menghendaki sebaliknya, apa daya saya?

Bagaimana kalau ada yang menyalahkan Tom jika hubungan itu putus?

Lantaklah apa orang nak cakap! Saya sudah puas menelan pandangan serong dan kata penghinaan daripada orang yang tidak dikenali. Saya sudah lali, jadi cakaplah apa yang mereka mahu bercakap. Tuhan memilih saya menerima dugaan berat ini kerana mahu menguji kekuatan dan ketabahan hati saya. Saya tidak marah atau kesal kerana jika tidak diberi peluang menempuh semua ujian ini, saya mungkin tidak akan jadi berani dan matang seperti hari ini. Dulu ketika mula dihimpit kontroversi, saya jadi malu dan takut berdepan orang ramai. Sekarang saya sudah berani terima apa saja.

Jika ada orang beranggapan Tom seperti tidak serik dilanda kontroversi?

Kontroversi yang datang itu bukan permintaan saya. Daripada awal saya masuk industri, saya pasang niat untuk menjual bakat. Tetapi lain pula yang terjadi. Gara-gara isu pergaduhan hingga saya dituduh mengganggu rumah tangga orang, nama saya tiba-tiba popular. Masyarakat nampaknya lebih berminat untuk tahu kisah peribadi saya, berbanding penat lelah saya di studio menghasilkan album. Biarlah orang mentafsir apa saja, saya malas nak ambil tahu lagi.

Masih berbekas kisah kontroversi dulu?

Sampai hari ini orang masih memperkatakan hal itu. Saya terpaksa mengambil keputusan meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke kampung di Taiping untuk mencari semula diri yang hilang. Selepas hampir empat bulan di kampung, saya nekad pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan siri promosi album yang tertunda. Baru saja mahu bermula, tiba-tiba saya dijengah isu putus tunang pula. Saya tidak tahu sampai begitu sekali pergerakan saya diintip dan dihidu. Mujur saya pernah berdepan masalah berat dulu, jadi apabila kembali diterpa isu sensasi, saya jadi lebih bersedia. Cukup-cukuplah memalukan saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 01:27 PM | Show all posts
kalo tak putus lagik..bakal putus la tu...dh bwk haluan memasing katanyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:33 PM | Show all posts
cian tom..percintaan beliau slalu gagal smpi ke penghujung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:34 PM | Show all posts
updated menafikan pulak

Tom putus?

Oleh Zul Husni Abdul Hamid


2011/06/12



errk per ...
mixed Post at 14-6-2011 13:14



    horror nyer pic dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:38 PM | Show all posts
g jahanam la ko tom- menyampah lak aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:48 PM | Show all posts
Reply 121# mixed


  tang perut yg ko nampak
neway, gambar ni sgt horror..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2011 01:51 PM | Show all posts
huhu...sbb tuh jgn bergumbira atas kesengsaraan org lain...paham x tom tom bak oiiii!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 02:08 PM | Show all posts
Tak putus tapi menjauhkan diri mengambil jalan masing2.. Nampak sangat kena dump dan masih menaruh harapan!

Takkan gembira kalau mengacau kegembiraan orang lain. Yang Agung itu Maha Adil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 02:17 PM | Show all posts
nak tanya out of topic..tadi aku dengar lagu Tom-kuala lumpur kat Era fm..tapi penyanyi lain..tak tau sape nyanyi..kenapa ye?Tom ni dah kena ban ke sampai lagu dia orang lain nyanyi padahal tu lagu baru kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2011 03:12 PM | Show all posts
Reply 129# bluecrystal


    ada 2 version yg ko dengar tuh Noh hujan nyanyi dgn sape tah aku igt nama
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 03:15 PM | Show all posts
Reply  bluecrystal


    ada 2 version yg ko dengar tuh Noh hujan nyanyi dgn sape tah aku igt na ...
mixed Post at 14-6-2011 15:12



   ooo..aku dengar yang rap macam sore altimet..kalo aku tak salahla..dahla tom ni balik kampung jela...baru nak naik penuh kontroversi...lagu dalam album baru dia tapi ada 2 version..nampak sangat Tom ni tak penting
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 03:41 PM | Show all posts
Tom ni nyanyi live dlm WHI pun tak sedap....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 04:30 PM | Show all posts
bertabahlah tom kene lahar kiri kanan atas bwh
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 04:53 PM | Show all posts
macam joker aku tgk gambau tu.. eeeeeee  serammmm so spooky.....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 04:53 PM | Show all posts
jantan tu chow jelah.,.dpt pompuan macam ni buang duit buang masa..buang karan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 06:35 PM | Show all posts
lor..xputus lak..tp macam ke arah nk putus jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 06:58 PM | Show all posts
suka hati la Tom, nak putus ke nak sambung ke
wujud ko dalam industri seni mesia tak mendatangkan pekdah pun:re:
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 07:09 PM | Show all posts
tomtom bak
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 07:11 PM | Show all posts
Perut tersembol
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 07:38 PM | Show all posts
mencari kebahagiaan atas penderitaan org laen...jgn jadi pempuan touch n go laa tom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.083437 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list