CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 27071|Reply: 72

PONTI vs. OMI (Pontianak vs. Orang Minyak) - Filem Terbaru Afdlin Shauki!!

[Copy link]
Post time 9-6-2011 02:22 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by SaVilara at 9-6-2011 03:04

  

Tajuk: PONTI vs. OMI
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Vision Works & Ismail Holdings

Senarai Pelakon:

OMI : Johan Raja Lawak
PONTI : Nabil Raja Lawak
PAK REJAB : Afdlin Shauki
SUDIRO : Khir Rahman
RUMINAH : Lana Nordin
SAODAH : Adibah Noor
BUNGA CINTA KASTURI : Athira
BUNGA CINTA MELUR : Isma Hanum
LEMBAGA HITAM : Harun Salim Bachik
PROFFESOR ERIC MAN : Man Raja Lawak
DR. ROMI : Black Kopi O Raja Lawak
RATU SYAIRA : Sharifah Shahira
MARIA : Syarifah Amani
PENASIHAT PONTIANAK 1 : Dira Abu Zahar
PENASIHAT PONTIANAK 2 : Ozlyn Watie
PAKOK : Tepet Raja Lawak


HENTAK : Fizz Fairuz


Sinopsis:

Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.
Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.
Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?
(kredit: blog sensasi selebriti)


Synopsis 2:


Ponti vs Omi tells a story of two newbies ghosts who has just set out to do their spooking career in the ghost community. Ponti (played by Nabil Raja Lawak) is a male Pontianak who is hated by his kind because Pontianak is supposed to be a female ghost.Then there is Omi, the Orang Minyak (played by Johan Raja Lawak). Omi is also resented by his community because of his effeminate behaviour. According to folklores, Orang Minyak is supposedly a virile male ghost who rapes unsuspecting virgins at night but Omi is not ahem...born that way.....Heheh!
The ghosts in their respective communities try very hard to teach Ponti and Omi to be the real ghosts. In the final attempt, Ponti and Omi were sent to a village called Kampung Puaka to find their victims as a test.Unfortunately, none of the Kampung Puaka villagers are scared of ghosts. They are witch doctors, exorcists and repented ghosts. Repented ghost? That's right! Hahah!Saodah (Adibah Noor) just moved to Kamung Puaka with her two daughters – Bunga Cinta Kasturi (Athira) and Bunga Cinta Melur (Isma Hanum).
Ponti and Omi decide to attack the two girls but they fall in love with the girls instead! This is gonna be funny! LOL!Meanwhile, there is a power struggle between the village head Pak Rejab 9afdlin Sauki) and his brother in law, Sudiro (Khir Rahman). But since Pak Rejab is more powerful, Sudiro has to kowtow to him. This leads him to make a deal with the head of Orang Minyak and the Queen of Pontianak to help him to defeat Pak Rejab.So, what will happen to the villagers of Kampung Puaka? Is Sudiro going to succeed with his evil pack? More importantly, will Ponti and Omi become real ghosts like they wanted to be? We can't wait to find out!
Do you think this Ponti vs Omi is going to be a hit? The boss of Ismail Holdings sure think so. Ismail Holdings have signed an MOU with Afdlin Sauki's Vision Works Sdn Bhd. to produce a total of 15 films (5 this year and 10 more the following year)....These movies - Berani Punya Budak, Along Bukit Beruntung, Berhantu and Papadom 2 are in the pipeline.
(credit to: runwitme. blogspot)


(gambar credit to: facebook Ponti vs Omi)


Gambar-gambar (credit to: budiey)


             



Tengok sinopsis cam best jek..tak sabor nak tengok...lebih2 lagik ada Johan & Nabil..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 07:41 AM | Show all posts
Merry baca sinopsisi jer cam dah terbahak tahap manja... tak sabau tunggu movie ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:39 AM | Show all posts
tak sabar
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 12:18 PM | Show all posts
nak tgk jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 12:28 PM | Show all posts
Ni yg kumpulan Kopi O tuh kan -->



Mmg seswai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:46 PM | Show all posts
cite camni kena harapkan lawak smp penonton gelak x hengat donia...kalo x mmg fail lg laa pelem dr Afdlin nih..amik pengajaran dr pelem Kak Limah :re::re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2011 03:14 PM | Show all posts
cite camni kena harapkan lawak smp penonton gelak x hengat donia...kalo x mmg fail lg laa pelem dr Afdlin nih..amik pengajaran dr pelem Kak Limah
kecimpret Post at 9-6-2011 13:46


Maksud uols?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 04:31 PM | Show all posts
dalam banyak2 citer melayu, aku paling suka movie afdlin shauki..
filem afdlin tak penah fail..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 06:06 PM | Show all posts
gambar dia lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 06:50 PM | Show all posts
filem arahn afdlin gerenti best....genre lawak plak tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 10:55 PM | Show all posts
Tengok nama barisan pelakon dah rasa nak gelak
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:03 PM | Show all posts
aku rasa dr romi tu dia buat kelakar dr rozmey laaaa
-tgok baju pun dah sama, aku rasa filem ni lebih kurang hantu kak limah cuma make-up dan gamabr lagi lawa laa
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 07:50 PM | Show all posts
Reply 6# kecimpret

hantu kak limah fail ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:54 AM | Show all posts
jangan hampakan penonton ye encik afdlin..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 07:49 AM | Show all posts
Reply 13# stryder_cats

Mungkin yg dimaksudkan kecimpret ialah filem kita suka sangat mengeluarkan filem yg bergenre komedi utk tarik penonton.Kalau buat filem seram,kena + komedi,nak buat filem aksi,kena + komedi.Adakah mentaliti kita hanya mahu tengok filem semata-mata utk gelak?Walaupun filem kl gangster ada zizan sbg pak lawak,ia bukanlah filem aksi+komedi.Ia adalah filem genre aksi serius.

Apa-apa pun,tetap tunggu filem Afdlin Shauki sebab filem dia tak mempunyai jalan cerita tergantung yg teruk mcm filem2 mig,kru atau prof razak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2011 11:34 AM | Show all posts
mcm kelakar je
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 02:52 PM | Show all posts
ni citer dunia hantu2 malaysia. bukan hantu vs org cam filem2 len kat malaysia...

aku terfikir gak, bila malaysia nak wat citer sains fiksyen cam xx ray dulu. dah lama kot tak kuar.. dan kalu leh, biarlah berkualitu..

p/s: ada 1 yg sains fiksyen yg bakal di tayangkan; mantera.. tp tak tau lah best ke tidak.. sbb tomok yg berlakon sbg hero.. erm~
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 01:47 AM | Show all posts
cite lawak eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 02:33 AM | Show all posts
Credit to: blog Shariel Zahari (http://mrchokie.blogspot.com/2011/04/pontianak-vs-orang-minyak.html)
Gambar2 belakang tabir PvsO
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.387182 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list