CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17271|Reply: 126

Pantang Fasha di lokasi

  [Copy link]
Post time 20-6-2011 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cikieda at 21-6-2011 11:08




LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah.
Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi popularitinya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri.


Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu.

Pengalaman sebagai pengawas ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.

Bertemu dengan Fasha ketika majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Dewa Cinta baru-baru ini, kisah peribadi dan segala gosip bukan lagi menjadi topik perbualan sebaliknya ingin sekali dibongkar rahsia dirinya hingga berjaya mendaki ke tahap hari ini.

Meskipun pernah disisihkan media sebelum ini dan hampir mati lemas dipijak kontroversi, nama Fasha Sandha masih berdiri teguh

Bagi Fasha, segala yang berlaku sebagai ketentuan dan suratan yang mustahil diubah. Katanya, sikap jujur dan ikhlas juga adalah petua terbaik agar setiap langkah yang disusun tidak mudah tergelincir.



“Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja.


“Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga.


“Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon.

“Saya ikhlas berada di gelanggang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan,” katanya.


Bintang filem Cicakman dan Anak Halal ini juga mempunyai pantangnya ketika di set penggambaran iaitu begitu menghormati skrip miliknya. Jika ada orang yang melangkah atau pelakon lain tidak membawa skrip mereka hingga terpaksa meminjam ‘nyawanya’ itu, ia memang jelas mengundang marah kepadanya.

Mungkin sebab itu juga, biar dipalit seribu satu kisah panas, hakikatnya, Fasha tetap menjadi pilihan produser dan pengarah untuk menjayakan drama atau filem mereka. Wajahnya tetap menjadi taruhan untuk menarik minat penonton hingga berderet-deret drama lakonannya menanti tayangan.

Siri Chinta membuka mata penonton mengenai bakat lakonannya begitu juga Samson Delaila dan Dia Atilia. Baru saja selesai penggambaran 5 Tahun 5 Minit, Fasha terus berkejar ke set drama Dewa Cinta pula. Selepas ini, Fasha bakal melangkah ke set drama siri terbitan Suhan Movies pula.

Menyifatkan semua itu sebagai rezeki dan hadiah atas kesungguhannya, pemilik pusat kecantikan Chinta Saloon ini mengakui terpaksa menolak dua tawaran filem semata-mata tidak mahu hilang fokus dengan mengambil dua kerja dalam satu masa.


“Bohong kalau saya katakan tidak terkilan kerana terpaksa menolak dua tawaran filem. Lebih-lebih lagi saya sudah lama tidak beraksi di layar perak. Namun saya tidak mahu mengaut semua tawaran hingga nanti terkejar-kejar pula.

“Lagipun, jujurnya sebagai seorang pelakon, saya tidak boleh mendalami sesebuah watak itu jika tiada fokus. Oleh kerana itu, saya hanya mengambil watak yang sudah saya persetujui terlebih dulu.


“Alhamdulillah, pihak produksi tidak henti meletak kepercayaan kepada saya dan selesa dengan apa yang saya berikan. Memang tidak dinafikan saya banyak membintangi drama televisyen akhir-akhir ini kerana setiap tawaran yang datang itu lengkap memberikan watak yang kuat serta plot cerita yang berbeza hingga mampu menonjolkan bakat lakonan saya.


“Malah saya merasakan mungkin ini juga alternatif terbaik untuk mendekati peminat baik di kawasan bandar mahupun jauh di pedalaman apabila saya banyak tampil untuk drama televisyen,” katanya yang merancang kembali membintangi filem tahun depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 10:09 AM | Show all posts
ap nih

iols x bc lg noks...panjang sgat
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:20 AM | Show all posts
ap nih

iols x bc lg noks...panjang sgat
CauPandin Post at 20-6-2011 10:09

kalo ko malas nak baca ko tengok gambar die dah cukup kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:41 AM | Show all posts
hm .. yer pasah .. we all tau u memang disiplin gitiew!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:44 AM | Show all posts
luv pasah, tp x seswai la ngan iqram nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:46 AM | Show all posts
hm .. yer pasah .. we all tau u memang disiplin gitiew!!!
samshik Post at 20-6-2011 10:41


khennnnnnnnnnnnnn mek sam...part ni iols mmang salute tp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2011 10:46 AM | Show all posts
kalo ko malas nak baca ko tengok gambar die dah cukup kot.....
achik2009 Post at 20-6-2011 10:20


mohtepppp ad unsur sindiran d situ
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:47 AM | Show all posts


pose terpaksa boleh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 10:48 AM | Show all posts
suker bab disiplin fs neh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:51 AM | Show all posts
Klu baca dari artikel tu, fasha ni dulu pengawas sekolah tau...uolls mampu?  Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:53 AM | Show all posts
akhirnya iqram tuh dah mengaku mmg dia lambat dtg lokasi.....kan x pasala2 FS ngamuk kt tweet-bertweet2

nurfathiah pn satu gakk mmg dia lambat ...aaron ajis mngamuk tuh...
smlm kt paper pengarah sorang terkena balingan handphone si nurfahia yg gamuk bila kena ulang lakonan sheol kayu kayan disuruh buat semula sampai byk kali..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:56 AM | Show all posts
You go girl!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:56 AM | Show all posts
cantiknya fasha.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:57 AM | Show all posts
tahniah utk pasah sebab antara artis yg paling berdisiplin.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:58 AM | Show all posts
khennnnnnnnnnnnnn mek sam...part ni iols mmang salute tp
CauPandin Post at 20-6-2011 10:46



    hm .. tapi kalu nak mencanang sesangat pun tak guna jugak .. karang jatuh hukum masuk bakul naik angkat sendiri!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:59 AM | Show all posts
Reply 5# manehnya


   
luv pasah, tp x seswai la ngan iqram nih

khen????
ikram seswai gan pojah hoccey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 11:00 AM | Show all posts
kowser sngt nak baca panjang lebar..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:00 AM | Show all posts
mohtepppp ad unsur sindiran d situ
CauPandin Post at 20-6-2011 10:46

tau takpe.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:03 AM | Show all posts
dia lahir JB ke?
bukan minah penang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:05 AM | Show all posts
tang disiplin tu mgkn setakat ni masih ok la kot...tapi kalo bab yg lain tu teramatlah kurengggg.....

smlm bila tgk cara dia jawab soalan wrtwn melodi nmpk mcm kerek lah sikit dia ni.....pendapat aku la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073245 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list