CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikieda

Pantang Fasha di lokasi

  [Copy link]
Post time 20-6-2011 08:21 PM | Show all posts
makin lama makin suka dengan fasya ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 08:37 PM | Show all posts
memang suka dengan dia, terutama bab dia berdisiplin dalam keje, pastu cara dia berlakon memang all out, pastu apa lagi ek? bab dia liar tu seme, lantak la kan. tu hal peribadi dia, tak berjangkit pun ngan kita. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 08:38 PM | Show all posts
eeii...boleh belah la fasha sund@L ne,
mcm dier x penah lewat dtg shooting,
jgn ingat krew kt situ x de mulut
nak citer kt kawan2 diorng pasal disiplin pompuan ne ke?


dan one of kawan2 aku jugak adalah krew shooting.......ingat!


fasah vengongs!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 08:49 PM | Show all posts
padanla berderet2 drama lakonan dia, rupa2 nya berdisiplin orang nya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 08:52 PM | Show all posts
kalau kat bilik hotel, pantang nya mcm mana pulak yer? pantang tgk kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 08:59 PM | Show all posts
Saya ada tengok ini drama tadi....
Suara dia agak funny kan., tpi bila dia menyanyi tadi..tiba2 suara dia terus bertukar jadi garau dan serupa penyanyi rock..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2011 09:04 PM | Show all posts
Saya ada tengok ini drama tadi....
Suara dia agak funny kan., tpi bila dia menyanyi tadi..tiba2 sua ...
AprilNing Post at 20-6-2011 20:59



   
u suke tgk cerita melayu mehh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 09:10 PM | Show all posts
u suke tgk cerita melayu mehh...
psychoz Post at 20-6-2011 21:04



   1st drama Melayu yg betol2 saya tengok sampai abis..is Nora Elena la.sebab saya sudah baca novel nya.


Selain dari itu..sgt2 jarang la..
saya rasa serupa macam awak dan org lain juga la..kdg2 tengok cerita melayu,cina,tamil,hindustan kan..
even korea n japan drama juga kan.
kdg2 u pun tak faham kan mereka cakap apa..tpi u tengok juga sebab ada sub english..ada betul tak..


sekarang saya sedang membaca novel Adam dan Hawa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 09:33 PM | Show all posts
I like her professionalism.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 10:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by kucing^oren at 20-6-2011 22:18

LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah.
Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi popularitinya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri.

Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu.

Pengalaman sebagai pengawas ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.

Bertemu dengan Fasha ketika majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Dewa Cinta baru-baru ini, kisah peribadi dan segala gosip bukan lagi menjadi topik perbualan sebaliknya ingin sekali dibongkar rahsia dirinya hingga berjaya mendaki ke tahap hari ini.
Meskipun pernah disisihkan media sebelum ini dan hampir mati lemas dipijak kontroversi, nama Fasha Sandha masih berdiri teguh. Bagi Fasha, segala yang berlaku sebagai ketentuan dan suratan yang mustahil diubah. Katanya, sikap jujur dan ikhlas juga adalah petua terbaik agar setiap langkah yang disusun tidak mudah tergelincir.

“Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja.

“Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga.

“Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon.

“Saya ikhlas berada di gelanggang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan,” katanya.

Bintang filem Cicakman dan Anak Halal ini juga mempunyai pantangnya ketika di set penggambaran iaitu begitu menghormati skrip miliknya. Jika ada orang yang melangkah atau pelakon lain tidak membawa skrip mereka hingga terpaksa meminjam ‘nyawanya’ itu, ia memang jelas mengundang marah kepadanya.

Mungkin sebab itu juga, biar dipalit seribu satu kisah panas, hakikatnya, Fasha tetap menjadi pilihan produser dan pengarah untuk menjayakan drama atau filem mereka. Wajahnya tetap menjadi taruhan untuk menarik minat penonton hingga berderet-deret drama lakonannya menanti tayangan.

Siri Chinta membuka mata penonton mengenai bakat lakonannya begitu juga Samson Delaila dan Dia Atilia. Baru saja selesai penggambaran 5 Tahun 5 Minit, Fasha terus berkejar ke set drama Dewa Cinta pula. Selepas ini, Fasha bakal melangkah ke set drama siri terbitan Suhan Movies pula.

Menyifatkan semua itu sebagai rezeki dan hadiah atas kesungguhannya, pemilik pusat kecantikan Chinta Saloon ini mengakui terpaksa menolak dua tawaran filem semata-mata tidak mahu hilang fokus dengan mengambil dua kerja dalam satu masa.

“Bohong kalau saya katakan tidak terkilan kerana terpaksa menolak dua tawaran filem. Lebih-lebih lagi saya sudah lama tidak beraksi di layar perak. Namun saya tidak mahu mengaut semua tawaran hingga nanti terkejar-kejar pula.

“Lagipun, jujurnya sebagai seorang pelakon, saya tidak boleh mendalami sesebuah watak itu jika tiada fokus. Oleh kerana itu, saya hanya mengambil watak yang sudah saya persetujui terlebih dulu.

“Alhamdulillah, pihak produksi tidak henti meletak kepercayaan kepada saya dan selesa dengan apa yang saya berikan. Memang tidak dinafikan saya banyak membintangi drama televisyen akhir-akhir ini kerana setiap tawaran yang datang itu lengkap memberikan watak yang kuat serta plot cerita yang berbeza hingga mampu menonjolkan bakat lakonan saya.

“Malah saya merasakan mungkin ini juga alternatif terbaik untuk mendekati peminat baik di kawasan bandar mahupun jauh di pedalaman apabila saya banyak tampil untuk drama televisyen,” katanya yang merancang kembali membintangi filem tahun depan.

Dewa Cinta bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam mulai hari ini. Kali ini, Fasha digandingkan dengan Iqram Dinzly dan turut dijayakan Aida Khalida, Nabila Huda, Bkay Nair serta penampilan sulung, Black.

Drama siri 26 episod yang diarahkan Haris Fadzillah ini mengangkat Fasha selaku teraju utama membawakan watak Dewi Junita Anastasia atau June, penyanyi kelab malam yang menyimpan misteri kisah silamnya hingga mengheret jiwanya memberontak ingin kebebasan daripada perasaan trauma lampau itu.

Fasha yang pertama kali dipertemukan bersama Iqram, menyifatkan plot ceritanya begitu kuat dan pembangunan watak yang begitu berbeza menyuntik rasa ingin mencuba buatnya.

“Selain watak dan jalan ceritanya yang berbeza dan menarik, Dewa Cinta pertama kali menampilkan watak saya sebagai penyanyi dan ini memaksa saya belajar bermain alat muzik. Maklumlah, kononnya saya penyanyi yang penuh karektor dan misteri. Namun saya bersyukur kerana ada Black yang sudi mengajar bermain gitar bagi menghidupkan watak June.

“Kelakarnya, ini juga pertama kali peminat dapat menyaksikan saya menyanyi sendiri menerusi dua lagu, Endless Love dan Dewa Cinta. Memang ia satu pengalaman yang indah dan begitu hebat sekali,” katanya.

Dewa Cinta menemukan dua jiwa berlainan latar belakang, Iqbal lakonan Iqram, seorang anak muda yang lahir daripada keluarga berada namun cuba melarikan diri selepas memberontak dengan perasaan sendiri akibat ayahnya yang terlalu garang.

Iqbal meninggalkan kemewahan dan menyembunyikan perasaannya sebelum bertemu June, wanita yang lebih berusia daripadanya namun punya sikap dan personaliti menarik.

June masih setia menanti kekasihnya di luar negara untuk bermain muzik namun hingga ke saat ini belum pulang kepadanya. Akhirnya, atas dasar ikhlas dan keserasian yang lama-kelamaan muncul, June dan Iqbal mula terperangkap dengan kemelut cinta.


nak tanya skit... bila pulak ang ni jd pengawas.. aku satu sekolah ngn ang... aku jadi naik hairan!!!pelik bin ajib.. nak menipu pun pakai la akai skit fasha sedat oii...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:02 PM | Show all posts
Adakah Fasha yang menyanyi petang tadi? Lagu rock pulak tu.. takleh blah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:19 PM | Show all posts
Adoyai panjang giler letih nak baca...FS punyer citer terpaksa ler habiskan jugak!!!Luv FS always..memang kuat keje & berdisiplin dr dulu kini & selama2nya!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:28 PM | Show all posts
nak tanya skit... bila pulak ang ni jd pengawas.. aku satu sekolah ngn ang... aku jadi naik hairan!!!pelik bin ajib.. nak menipu pun pakai la akai skit fasha sedat oii...:@
kucing^oren Post at 20-6-2011 22:16



   dia pengawas sekolah rendah la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:40 PM | Show all posts
bangun pagi sajork khennn... tapi ada ke uols sembahyang subuh??? opsss....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:49 PM | Show all posts
Reply 59# plainjane


    nak muntah  n seram sejuk tgk citer tu..esp bab fasha nak menyanyi./main sapu je cite apa..padahal watak penyanyi bgla pd yg layak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:55 PM | Show all posts
dia pengawas sekolah rendah la.
cik.panda Post at 20-6-2011 23:28



    pengawas pusat sumber kot....EH KORANG NI APALAH..KAN KE FASHA MIMING TD..SORE ORG LAIN...KALAU DIA NYANYI DAH SAH2 KUAR SORE DORAEMON..KWANG3XXXXX
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 11:56 PM | Show all posts
pengawas pusat sumber kot....EH KORANG NI APALAH..KAN KE FASHA MIMING TD..SORE ORG LAIN... ...
KUDABELANG Post at 20-6-2011 23:55



   td? tadi? miming?

ko maksudkan citer tb ke? sori aku tak tengok tb.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:03 AM | Show all posts
td? tadi? miming?

ko maksudkan citer tb ke? sori aku tak tengok tb.
cik.panda Post at 20-6-2011 23:56



    sorry aku tujukan pada yg kat atas2 tu yg kata fasha yg mnyanyi dlm citer tu...it's all about miming..bagus lah x tgk...aku pun x hingin tgk tv3 suku ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:08 AM | Show all posts
ai suka dia ni nok..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:23 AM | Show all posts
iyo lah pasah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061598 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list