CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

(Merged) Konpem Marsha Milan Londoh Dah Kahwin

  [Copy link]
Post time 23-6-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply 220# psychoz

takpo la...terima kasih saja....err bila la agaknya tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 11:42 AM | Show all posts
tiba masa ko kawen betul2 nanti, jangan kena pulau dah la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 221# nevberg


   
tuhh la..sebenarnya kitorang belum plan nak kawen lagi..

yela masing2 buzy kan..

lagi pon aku belum ready lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 11:53 AM | Show all posts
Reply 223# psychoz


hahaha...sudah la kau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 11:53 AM | Show all posts
choii gimik rpanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 01:36 PM | Show all posts
betul ke dah kawen... nape kawen senyap2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 01:40 PM | Show all posts
video klip saja...hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 02:48 PM | Show all posts
pening aku gan marsha ni, dlm metro ckp video klip saja. huhuhuhu saja bikin kontrobersi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 02:59 PM | Show all posts
minah ni harapkan mekap jer laa..kalau x mekap lawa lagik cleaner indon opis aku neh..harap kan gedik jer lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 03:18 PM | Show all posts
kawen propa je..tu video klip sebenarnya..tgk kat twitter marsha n pengurus die
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 04:27 PM | Show all posts
sian artis, nak bergurau pun tak leh...nanti kena lahar. huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 11:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 26-6-2011 11:57

Isu nikah Marsha, siapa yang bersalah?

BERITA pernikahan penyanyi Marsha yang secara tiba-tiba muncul di muka depan sebuah akhbar sememangnya menggegarkan.

Pasti pada mulanya media yang tidak menyiarkan berita berkenaan berasa terpukul habis. Maklum sajalah, sudah kena ‘scoop’ oleh rakan di akhbar lain yang terlebih dahulu menyiarkan cerita pernikahan Marsha itu.

Apatah lagi saya sendiri baru saja bertemu dengan Marsha di Konsert Pancaindera di Sungai Melaka baru-baru ini. Tidak ada pula dia hulurkan kad jemputan. Itu yang saya pelik.

Bagaimanapun esoknya, Marsha terpaksa meminta maaf dan menjelaskan ia hanyalah berlaku dalam penggambaran video klip lagu Bila.

Marsha belum menikah, walaupun laporan akhbar tabloid itu sudah mengesahkan yang sememangnya artis jelita itu sudah berkahwin.

Saya memang pelik, bagaimana hal sebegini boleh berlaku. Kenapa media melaporkan satu hal yang sebegitu serius, walaupun ia sebenarnya tidak berlaku?

Justeru banyak pihak yang menyalahkan media mengenai isu pernikahan Marsha ini.

Ini termasuklah kutukan di Internet   dan pelbagai kolum lain yang mempersendakan maruah anggota media, terutamanya yang berkaitan dengan industri hiburan memandangkan Marsha adalah artis.

Sekali lagi di sini, saya melihat kelemahan skil komunikasi antara artis dan pihak media telah menyebabkan masalah ini berlaku.

Malah Marsha sendiri saya anggap sememangnya bertujuan ‘bergurau’ dengan pihak lain apabila membuat kenyataan di Twitter miliknya yang menjurus kepada kenyataan seperti memang benar dia bakal bernikah beberapa hari sebelum itu.

Seorang artis juga memberitahu saya bahawa memang Marsha mahu bernikah.

“ Betul kak, Marsha sudah hendak bernikah. Dia cuba baju pengantin, dia beritahu kat Twitter dia, akak suruhlah wartawan cari berita itu,” kata artis berkenaan.

Bayangkan, kawan artisnya sendiri boleh percaya dengan apa yang ditulis oleh Marsha di Twitter itu, apatah lagi peminat, bukan begitu?

Nasihat saya, jangan suka bergurau benda yang tak sepatutnya bergurau. Bila timbul soal macam ini, siapa yang susah? Diri sendiri juga.

Sesuatu yang tidak adil sama sekali kalau media seratus peratus dipersalahkan. Jika media melaporkan hal tidak betul, itu memang wajar menerima natijah. Tetapi bagaimana pula kalau empunya diri sendiri (sumber) yang bermain-main dan bersikap seolah-olah sebagai pendorong kepada kesilapan itu?

Perlu diingat, sebagai artis, Marsha sendiri perlu tahu bilakah masa dia boleh bergurau, selain tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh diperkatakan kepada media.

Sebenarnya ada cara untuk mengelak hal seperti ini daripada terus berlaku. Berkomunikasilah dengan jelas, tanpa berselindung. Jangan sesekali membuat gurauan pada perkara yang sepatutnya dibincangkan secara serius.

Saya berpendapat, kalau Marsha terus memberitahu bahawa acara pernikahan itu hanya di dalam video klip pada ketika dia ditemu bual, hal ini tidak akan menjadi sebegini panjang.

Masalah berlaku apabila artis sendiri tidak pandai bercakap, tidak tahu mengguna pakai perkataan yang sepatutnya digunakan dalam sesuatu situasi.

Sekali lagi saya mahu tegaskan (tanpa merujuk kepada Marsha semata-mata) itulah masalahnya apabila seseorang artis hadir tanpa pakej yang lengkap.

Kebolehan komunikasi yang baik sebenarnya akan menyelamatkan banyak perkara buruk daripada ditulis dalam media.

Saya tidak seratus peratus menyalahkan Marsha. Tidak juga menyalahkan sepenuhnya menyalahkan media terbabit.

Cuma, saya bayangkan, kalaulah skil komunikasi kita berada ditahap yang baik, hal salah lapor dan salah tafsir seperti ini tidak akan berlaku.

Kepada Marsha dan juga artis lain, belajarlah daripada kesilapan ini. Benda yang penting, perkara yang serius tidak boleh dibuat main-main.

Kepada pihak media, terutamanya wartawan yang baru sehari dua bekerja, isu perkahwinan tidak boleh dijelaskan hanya dengan satu panggilan telefon semata-mata.

Apatah lagi jika ia membabitkan nama artis yang dikenali di seluruh negara. Terjadi hal seperti ini....akhirnya semua terpalit malu.

Ingatan ini juga saya tujukan buat diri saya sendiri dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang wartawan yang sudah pasti akan berhadapan dengan seribu satu isu tidak berkesudahan.



Credits: utusan.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 12:39 PM | Show all posts
bih tu tajuk jangan lah tulis kopemmm!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 01:05 PM | Show all posts
Marsha & Awal leh geng  ................. suka mempermainkan status kat FB & twitter

RCW leh join sekali gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 01:42 PM | Show all posts
kononnya nak buat surprise....aleh2 lain pulak jadi citernya...gimik bodoh yg makan diri sendiri.....padan muka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 01:45 PM | Show all posts
bih tu tajuk jangan lah tulis kopemmm!!!!
yellowish Post at 26-6-2011 12:39

erkkk....tajuk tu momod yg tulis....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 08:19 PM | Show all posts
baca part ni kt pancaindera, ruangan tengku khalida aku sokong apa yg tengku khalida ni tulis...sesetengah wartawan punyai skill komunikasi yg lemah dgn artis...maknanya diorg tak pergi bersemuka dgn artis tersebut tapi hanya tgk gambar yg tersiar, status twitter/FB terus cipta artikel tanpa buat rujukan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.097618 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list