CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikieda

Wan Sharmila a.k.a Yvonne Fobia Kahwin Semula

[Copy link]
Post time 23-6-2011 12:09 AM | Show all posts
ada watak dia berlakon gan rusdy ramli tu best.. ala2 gedik n mengada2 gitew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 12:36 AM | Show all posts
dia memang boleh berlakon laa, kalau compare dengan ND, dengan LS, tuh sume kayu balak, kerasss dan hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 02:00 AM | Show all posts
muka mmg awet muda....tp kat leher u dh npk usia sebenar seseorang....tk bleh sembunyi..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 09:42 PM | Show all posts
minah ni blakon memang best! menjadik!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 09:51 PM | Show all posts
anak sedara wan maimumah ekk?..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 09:53 PM | Show all posts
Kalau yang datang itu serupa macam Seth Tan..kacak, bergaya,kaya raya...

akan fobia juga ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2011 11:27 PM | Show all posts
sangat x suke dia dalam tari tirana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2011 10:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikieda at 28-6-2011 22:32

Wan Syarmila: Berkahwin Lagi? Sorry, Nanti Dulu.

Masih lagi berbaki dengan sisa pengalaman yang pahit hasil daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu, ianya membuatkan pelakon Wan Syarmila berasa serik serta enggan memikirkan lagi tentang soal kehidupan berumahtangga.

Malah, kata Wan Syarmila, buat masa ini, biarlah dia memberi ruang kepada dirinya untuk memikirkan soal kerjaya seninya dulu.

"Saya masih belum bersedia untuk menempuhi perkahwinan untuk kali yang kedua. Ada keraguan selepas saya bercerai dulu dan setelah melaluinya, saya seolah-olah seperti tak berani lagi untuk mencuba (mendirikan rumahtangga).

"Bagi saya kalau nak berkawan-kawan dulu tak mengapa tapi kalau nak kahwin lagi saya agak fobia. Saya lebih selesa kehidupan saya sekrang ini. Biarlah saya begini dulu. ," katanya mengulas mengenai kehidupannya sebagai seorang janda selepas bercerai penghujung tahun 2009.

Mengakui ramai yang ingin mencuba mendekati dirinya serta membuka hatinya untuk berpacara, namun kata wanita berusia 30 tahun ini, hatinya masih lagi kebal untuk menerimanya kehadiran mana-mana lelaki sebagai pasangan atau peneman hidup.

Ditanya tidakkah dia menerima tekanan daripada pihak keluarga atau pun masyarakat yang adakalanya mempunyai pandangan yang cukup spektikal terhadap golongan janda, jelas Wan Syarmila, dia sama sekali tidak berasa gusar tentang hal tersebut.

"Saya tak tahu apa pandangan masyarakat terhadap golongan janda tapi saya tak rasa apa-apa. Saya juga tidak pernah rasa yang saya ini janda atau pun apa. Saya rasa kehidupan saya sama seperti sebelum ini kerana mungkin saya masih belum mempunyai anak lagi," ucapnya sambil tersenyum.


Terang pelakon yang sudah pun muncul dengan siri Sijundai ini, andai ditakdirnya pintu hatinya terbuka untuk menerima lelaki sebagai teman hidupnya, tdia hanya mengharapkan yang terbaik daripada lelaki itu.

Malah, apa yang lebih penting lagi, dia mahu bakal suaminya itu nanti mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta membawanya ke jalan yang lebih baik.

[quote]"Saya harap kalau bertemu jodoh biarlah dia boleh bawa saya ke jalan yang lebih baik. Kalau boleh biarlah bukan artis kerana kalau satu bidang lagi susah dan lebih seronok kalau bidang yang berlainan," jelasnya./quote]

KREDIT: MURAI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.383452 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list