CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14110|Reply: 125

Fahrin ganti Ustaz Zul (jadi pengacara Imam Muda) ?

  [Copy link]
Post time 22-6-2011 10:49 AM | Show all posts |Read mode

Pengacara Imam Muda Cedera, Kereta Langgar Lori         

                     
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ        Dzulkarnain Hamzah

PETALING JAYA: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang  itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit.
Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai  mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang.
“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit. Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” katanya.
Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.
“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelasnya.
Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.
“Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” katanya.
Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.


Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Tak conform lagi betul ke tak. tapi dah diumumkan oleh pengurus saluran oasis.

agaknya conform lah tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 11:10 AM | Show all posts
takziah....semoga ustaz cepat sembuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:13 AM | Show all posts
Memang sesuai sebab Fahrin pun berpendidikan dan BERAGAMA.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:15 AM | Show all posts
ok gak fahrin....dr parinAmat momod FD
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:28 AM | Show all posts
Takziah ustaz Dzul.. semoga cpt sembuh & redha dgn ujian-Nya. Pasni tgk muka Fahrin plak mengacarakn siri ke -2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:30 AM | Show all posts
kiranya jumaat nie fahrin la ek...nak tgk la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 11:32 AM | Show all posts
okla tu. sesuai sgt la ngan fahrin
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:33 AM | Show all posts
baru semangat skit nak tgk imam muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 11:35 AM | Show all posts
semoge cpt sembuh..ustaz dzul...!!!
n fahrin...buat keje leklok..!!!!
teruje nk tgk fahrin mengacara nie...!!!huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:38 AM | Show all posts
masa imam muda 2 nak start dulu sy ada gak baca ura2 fahrin jadi pengacara. alih2, bila start kat mingguan ustaz zul jugek. at least talib pun ok. adeh, kasi la org muda mengacara, kasi kita cuci mata sikit
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:41 AM | Show all posts
hehe...nak tgk fahrin yeah yeah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:42 AM | Show all posts
benci btol aku dgn org yg tak reti bg signal ni, mnyusahkan orang je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:49 AM | Show all posts
akak suka ustaz zul ni bagi ceramah...tak membosankan langsung...
dia pun jenis cool dan berterus-terang..
respek sangat kat Mekah suara dia tak pecah langsung sewaktu membimbing jemaah haji walaupun hari2 dia bersuara lantang membaca kalimah2 suci...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:51 AM | Show all posts
fahrin ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:59 AM | Show all posts
layak ke fahrin...? ilmu agama die setinggi imam muda (at least) ke? die kene tahu & hafal ayat2 al-quran & hadis... bkn sekadar pandai bace je...

just tny je
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:02 PM | Show all posts
harus la aku tgk... "hish ape la niat cm tu nk tgk pengacara je"

bagus gak Fahrin ni dia sket2 sebyk kurangkan lakonan tp lebih tertumpu pd bidang yg ilmiah..dia sendiri pon ngaku bidang lakonan tk jamin hari tua dia sgt .. well fr my point of view ..its good when a person has such vision.. that's an advantage when u have education n talent .. u may act n think wisely ..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 12:05 PM | Show all posts
sebelum ni mengacara sehati berdansa, skrg imam muda plak...
mudah-mudahan fahrin terus berubah kepada yg lebih baik mcm serap muslim...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:07 PM | Show all posts
Reply 15# fcl29


ko tau ke ilmu dia tinggi atau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:07 PM | Show all posts
Ustaz Dzul.. mek doakan ustaz cepat sembuh & bole berdakwah kembali... amin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:08 PM | Show all posts
layak ke fahrin...?  ilmu agama die setinggi imam muda (at least) ke? die kene tahu & hafal ayat2  ...
fcl29 Post at 22-6-2011 11:59


ah2 baru nak tanya.
rancangan ni buakn je org yg boleh pimpin tu
ada bakat nak jd pengacara..tapi tgk badan juga la.

hmmm....nape tak ambik ustaz zamri ke sapa
yang tv9 tu...ke tak boleh pjm skjap
dari MPB ke astro..dan rmai juga
pengacara di tv alhijrah yang OK2..

maknanya individu yg mmg khas personality dia
dgn agama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062694 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list