CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10361|Reply: 74

Dengarnya: Bersedia tamatkan zaman bujang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:31 PM | Show all posts |Read mode
AMBOI! Amboi! Cik Normah mendengar perkhabaran gembira daripada anak teruna bekas produser Six Million Dollar Man, siapa lagi kalau bukan anak Datuk Yusof Haslam si Syamsul.

Bukan pasal filem terbarunya yang dikhabarkan sudah dapat kutipan kasar lebih RM10 juta. Tapi apa yang Cik Normah nak cerita pasal khabarnya si Syamsul akan naik ke takhta pelamin. Kalau betul cerita yang disampaikan oleh kawan Cik Normah tu, bermakna Cik Normah dan teman-teman tak lagi akan merasa nasi minyak daripada Syamsul pula.
Menurut cerita yang disampaikan oleh kawan Cik Normah yang dipanggil Mat Blues itu, Syamsul sendiri khabarnya mengaku mahu berkahwin dalam masa tidak lama lagi.

Teman wanitanya bukanlah artis seperti Liyana Jasmay seperti pernah heboh sebelum ini. Sebaliknya wanita bertuah yang berjaya menambat hati Syamsul adalah gadis biasa saja. Luah Syamsul lagi, dia serik hendak bercinta dengan artis. Hai, kenapa pula Syamsul? Tak baik tau cakap macam itu.

Yang paling kelakar, Datuk Yusof terkejut apabila teman Cik Normah bertanyakan mengenai kisah Syamsul ingin berkahwin sebab anak bujangnya itu jarang berkongsi hal peribadi kepada papanya. Biasalah, anak-anak selalunya lebih rapat dengan emak. Jadi emaklah menjadi tempat mereka meluahkan segala-galanya.

Bagaimanapun kata teman Cik Normah, Datuk Yusof tak kisah siapa pun pilihan anaknya itu. Datuk Yusof turut menyokong dan akan merestui siapa pun pilihan Syamsul. Maklumlah Syamsul bukannya muda lagi. Jejaka itu pun baru saja meraikan ulang tahun ke-27 kalau tak silap Cik Normah pada April lalu.

Nampaknya, Syamsul juga memandang jauh ke depan dalam soal peribadi. Walaupun masih dianggap muda dan kerjayanya sedang memuncak, dia tidak lupa membina hidup berkeluarga. Yerlah! mana tahu sekarang umur 27, bila kahwin awal dan kalau ada rezeki, 20 tahun dari sekarang, bakat Syamsul nanti boleh diwarisi oleh anaknya pula.
Daripada cara Syamsul bercerita dengan teman Cik Normah itu, nampak dia memang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menyunting gadis berkenaan. Dengarnya, Syamsul sendiri pun pernah bertemu dengan keluarga kekasihnya. Baguslah Syamsul, itu sudah cukup menunjukkan dia ikhlas bukannya nak mainkan hati dan perasaan orang.

Cik Normah doakan yang terbaik buat Syamsul. Jangan pula lupa jemput Cik Normah ya? Bukan apa, Cik Normah nak tengok macam mana agaknya Datuk Yusof meraikan majlis menyambut menantunya. Mesti hebat dan meriah, maklumlah orang popular dan banyak duit. Silap-silap mahu dia berhabis demi anaknya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 01:36 PM | Show all posts
sibuk je nak kecoh2 soh org jemput pulak. pandai2 org tu la nak invite sapa kat majlis dia nnt.  esok2 kalau tak sampai jemputan nya....meroyan ngalahkan org mati laki...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:42 PM | Show all posts
teringin nak tau sape bakal wife dia....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:43 PM | Show all posts
hek eleh ni perkara baik, tp bila disensasikan macam ni macam haprak je bunyi nya..meluat aku ngn geng2 suke bawa cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:43 PM | Show all posts
jangan dijemput normah ni dato
kang didepan dipuji2
balik opis ditulisnye kecacatan majlis tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:48 PM | Show all posts
perasan repotz neh nak merasa nasi minyak... tuh kalo org jemput.. kalo xjemput meratab kehilir kehilir la nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 01:50 PM | Show all posts
jangan jemput zubir sol. buat rosak majlis
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:51 PM | Show all posts
reputz ni kalo la x dijemput..habis la diban nyer citer sekop ni besok...busuk punye kaki reputz ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 02:04 PM | Show all posts
Reputzzz hadap nak mkn pree kt hotel...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:05 PM | Show all posts
bertuahnyer dpt Sol jutawan iteww..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:16 PM | Show all posts
melepas aku...mata biru ker sol??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:25 PM | Show all posts
tahniah sol,
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:25 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:31 PM | Show all posts
bagusler die pilih orang biase sebagai teman hidup.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:31 PM | Show all posts
sapakah bakal isterinya itu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:35 PM | Show all posts
Amboi amboi amboi Cik normah... (sambil melentit jari)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 02:46 PM | Show all posts
sol....sol....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:21 PM | Show all posts
jangan jemput zubir sol. buat rosak majlis
Piaggio84 Post at 22-6-2011 13:50


suka ..... jangan jemput zubir dan semua wartawan lelaki tak siap gen (pondan) sebab dia orang bukan datang nak tengok yang baik-baik ......... datang nak tengok aib orang ...... sampai makanan kesukaan mereka habis pun masuk berita gossip
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:30 PM | Show all posts
sibuk betul wartawan nie.. tu dah ader pasang niat nak caci majlis org lah nie.. siap x sabar nak tgk berabih duit ker dak... awat.. kalau buat simple tak boleh?.. kaya banyak duit kene berabih ker?.. samdol nyer wartawan .....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:31 PM | Show all posts
curlastt..dah kaut 11 jota terus nak kawen giteww..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 3.287611 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list