CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7083|Reply: 41

Gimik murahan Marsha

[Copy link]
Post time 26-6-2011 07:22 AM | Show all posts |Read mode

GARA-GARA ghairah berkongsi rasa di laman sosial Twitter, Marsha tanpa sedar  mengelirukan banyak pihak tentang status perkahwinannya. Bagaimanapun itu semua gimik semata-mata demi promosi awal klip video lagu baharunya, Bila.



KETERUJAAN Marsha untuk menjual lagu baharu serta keghairahan media untuk mengejar skop berita melahirkan satu berita palsu yang tersiar di muka depan akhbar. Susulan daripada berita yang tersebar luas itu, barulah terbit kenyataan sebenar daripada pihak artis terbabit, kononnya berita itu hanyalah gimik dan mereka geli hati kerana bahan gimik itu dianggap serius sehingga terpampang di muka depan akhbar.
Bermain nakal dengan status perkahwinan seperti yang dilakukan Marsha Milan Londoh, 26, kononnya sudah berkahwin secara senyap-senyap, Ahad lalu, cukup untuk memberikan satu justifikasi akan kedangkalan akal siapapun di antara kita, artis bahkan media sendiri.
Apabila sudah riuh sekampung, padahnya, barulah pelakon Kum Kum The Series itu memohon maaf bahawa semua itu salah faham dan satu tindakan yang langsung tidak disengajakan.
"Semua itu salah faham dan tindakan langsung tidak disengajakan," kata Marsha bagi menjelaskan kenyataannya.
Sambil menafikan kenyataannya sebagai satu tindakan terancang dengan niat untuk mencipta kontroversi. Marsha mengakui bahawa dia menulis beberapa status di laman sosial Twitter miliknya tentang perkahwinan berkenaan.
Hakikatnya, perkahwinan olok-olok itu hanya babak dalam muzik video lagu baharunya, Bila yang menjalani penggambaran di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada Ahad lalu. Klip video berkenaan mengisahkan Marsha menjadi seorang pengantin.
"Bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat naik di laman sosial Facebook.
"Saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi," katanya yang menyifatkan kontroversi itu satu pengajaran buatnya sebagai seorang selebriti.
Sensasi Bintang: Ada yang beranggapan tindakan Marsha memain-mainkan media dan itu satu tindakan kurang bijak.
MARSHA: Mulanya perkara itu hanyalah antara saya dengan pengikut di laman Twitter. Memang ada saya menulis tentang perkahwinan tapi saya tak pernah tulis bahawa saya sudah berkahwin dengan sesiapa dan bila. Bila ada pihak media telefon, saya kata semuanya akan dijelaskan dalam satu kenyataan tapi memang saya tak sangka ia akan jadi isu besar.




Jika selepas ini, anda digelar miss gimik atau miss propa, bagaimana?
Saya sudah tidak ambil peduli dengan apa yang orang luar akan fikir pasal saya, sebelum inipun saya sudah dikecam macam-macam.
Tidak takut hilang kepercayaan peminat atau media selepas ini?
Itulah yang sedang saya fikirkan sekarang. Apa-apapun dan siapapun saya, periuk nasi saya ditentukan juga oleh peminat, kalau tiada peminat susah juga. Begitu juga dengan media. Tapi, saya kena terus pandang ke hadapan, apa yang sudah berlaku tetap berlaku, untuk masa akan datang, saya belum tahu lagi.
Dengarnya Marsha sudah berbaik dengan bekas kekasih dan dalam proses untuk menamatkan zaman solo?
Saya masih bujang dan belum berkahwin, hubungan dengan si dia juga okey. Tapi sebab insiden itu, ramai yang bertanya sendiri kepadanya. Fasal kahwin, lambat lagi agaknya, sekarang belum fikir lagi.
Apakah semua ini berlaku kerana keterujaan melampau Marsha untuk meraih publisiti murah terhadap lagu baharu itu?
Boleh dikatakan begitulah. Saya tertekan sebenarnya tetapi dalam tertekan begini ada juga hikmahnya, orang semakin ambil tahu apa yang menariknya lagu Bila itu. Pernah sekali, dalam masa sejam sahaja, klip video pembikin lagu itu dilihat oleh 371 pengunjung di Internet.
Siapa orang paling terkejut apabila anda didakwa berkahwin?
Adik-beradik dan keluarga saya. Saya lupa hendak beritahu mereka sebelum berita itu tersiar. Adik saya telefon dan tanyakan kesahihan berita tapi keluarga saya okey, mereka faham dan tak ambil serius soal itu.
Apa pengajaran yang mungkin boleh dijadikan sempadan?
Apa-apapun, saya kena jadi orang lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Kena fikir masak-masak dulu.

-kosmo-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 07:29 AM | Show all posts
sian marsha..sendu suam2 kuku ker smpi cenggini skali??
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 07:40 AM | Show all posts
Artis sengal! Lps ni kalau ada adegan mati kat VC @ drama baru, jgn lupa tweet la kata ko dah nak mati yer... Nnt masuk la kat blog2 & frontpage paper! Harrrrrrrkkkktuihhhh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 08:46 AM | Show all posts
Reply 2# skymania

desperate smpai cmtu skali..
so berjaya la sb nama dier da hot skit..
pasni suam blk or terus xde kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:49 AM | Show all posts
sotkabar mane yang letak headline untuk gosip murahan nih? motip tak selidik???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 08:52 AM | Show all posts
Reply 5# net_level


kosmo bro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2011 09:18 AM | Show all posts
suratkhabar and wartawan ada gak siarkan citer propa... tajuk bukan main.... hujung2 artikel baru tulis 'ini hanyalah babak dari drama/filem' mmg nak kena tembak sekor2 :@

so artis belajar daripada sapa????
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 11:47 AM | Show all posts
marsha nie nak buat comeback la tu..dah lama sgat berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 11:56 AM | Show all posts
Dah suam2 air....nanti sejuk dan beku...terus tenggelam la namapaknya nanti...kesian nasib artis2 malaysia zaman sekarang ni...Terlalu ramai sangat artis sekarang, mcm cendawan tumbuh selepas hujan....Terpaksa lah buat comeback yg gempak punya,baru lah "peminat2" nampak akan kehadirannya dalam industri hiburan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 11:56 AM | Show all posts
aku suka gak idea marsha nih...elok jgk idea marsha main2kan reporter...reporter pn satu,mengong,kuarkan gossip tp x siasatkn nmpak sgt reporter malaysia ni x bijakgud job marsha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 11:59 AM | Show all posts
ni mcm kes LJ " bercinta" dgn Fizz lah

lenkali peminat takleh ambil seriyes sgt "tweet" artis2
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 01:06 PM | Show all posts
sape betina ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 01:06 PM | Show all posts
terpaksa kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 02:08 PM | Show all posts
kesian nyer kat dia nie!...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 02:28 PM | Show all posts
dah takde cara lain kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 02:43 PM | Show all posts
artis murahan cari publisiti murahan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 05:09 PM | Show all posts
aku gelakkn wartawanla...fadan mukeerr..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 05:17 PM | Show all posts
marsha ni kalau ditenung2, x berapa cantik sebenarnya... tp suara dia menyanyi mmg sedap dan lakonan dia semakin bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply 6# serulingsenja

kosmo? patut la. reporter sana memang bodoh sombong malas buat research sukati menulis sejak mula2 diterbitkan lagik.

kepada budak2 U sekalian, sila haramkan tabloid murahan ini ya. pegi beli utusan ka hapa lagik berpaedah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.082451 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list