CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13166|Reply: 100

Bintang realiti mulut jahat

[Copy link]
Post time 30-6-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Soksek11 at 30-6-2011 18:23

ak rase ni rentetan dari kes budak2 af yg pi bali time trek selebriti aritu..

PETANG minggu lalu, SS sibuk menguruskan satu majlis santai bersama orang ramai. Memang ramai yang datang hingga tidak cukup tangan SS melayan mereka. Maklumlah SS antara orang penting dalam majlis itu.

Tidak hanya peminat dan pembaca, majlis itu turut dihadiri beberapa artis termasuk beberapa bintang program realiti TV. Memang ini peluang terbaik untuk SS mendekat�kan diri dengan mereka memandangkan SS tak pernah berkesempatan berkenalan dengan mereka sebelum ini.

Namun lebih menariknya, ada beberapa penyanyi kelahiran program realiti TV popular datang berbual panjang dengan SS. Seronok pula sebab mereka tidak sombong dan ramah-tamah. Baguslah buat apa nak ‘kekwat-kekwat, nanti jadi kera sumbang.

Sembang punya sembang, melarat pula ke soal peribadi di mana semua mereka bercerita mengenai seorang daripada rakan yang juga dari program realiti TV yang sama.





Bebel mereka, bintang realiti TV itu suka mengada-adakan cerita buruk mengenai rakan sendiri. Kalau betul, tidak mengapa juga tapi semuanya bersifat fitnah. Khabarnya dia juga suka sangat berangan.



Memang SS terus pasang telinga untuk mendengar lagi rungutan mereka yang semuanya sudah mula menjauhkan diri daripada artis itu sebaik mengetahui perangai hitamnya.

Mana tidaknya,
artis yang kononnya hebat itu menyampaikan cerita tidak betul dengan mengatakan seorang lagi teman mereka dalam program yang sama melakukan perkara tak senonoh ketika penggambaran sebuah program hiburan, baru-baru ini.

Bintang realiti TV bermulut jahat itu dikatakan menyebarkan cerita bahawa seorang lagi kawan mereka dari program yang sama melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang lagi peserta wanita.

Bayangkan, dengan tidak rasa bersalah artis baru bermulut jahat itu terus menyebarkan cerita tidak betul itu kepada teman-teman lain hingga semuanya bertanya semula ke empunya badan.

Lebih kronik, cerita mengarut itu sudah pun dikeluarkan dalam blog hiburan ( dalam blog oh bulan ) hinggakan keluarga mangsa menjadi panik dan marah kerana fitnah yang dikenakan begitu melampau.

Lantas si empunya badan terus ‘naik hantu’ dan cuba mendapatkan penjelasan. Tapi SS difahamkan penyebar fitnah itu buat muka sardin saja.

Difahamkan, bintang realiti TV mulut jahat itu memang terkenal dengan sikap suka bercerita mengenai orang lain dan sentiasa tidak puas hati melihat kejayaan teman-teman seperjuangan lain.

Malah, ada sumber lain pernah bercerita yang memang perangainya begitu sejak dari zaman sekolah hinggalah ramai orang tidak suka berkawan dengannya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 10:08 AM | Show all posts
siapakah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:11 AM | Show all posts
errmmm... fina lah ni yea???!!!
bole percaya ke SS nih?? jgn jadik pitenah sudah!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:11 AM | Show all posts
ni kronologi kesah budak2 af kat bali hari tu ke?
sapa si mulut jahat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:11 AM | Show all posts
kuat ngumpat betul si SS nie....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:11 AM | Show all posts
nape x sambung kat page yg sedia ade?? x tgk sgt la af ...xleh teka..klu kt page yg lg satu leh recall sapekah org itu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2011 10:11 AM | Show all posts
ader 4 je suspek aritu

erul

azri

lena

fina

ak tak tau sgat psal diorg sbb x layan af9.. tp ak ade la tgok trek selebriti aritu.. LENA mengaku dia tak ramai kawan sbb dia lecih selesa kawan dengan famili dia je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 6# demmit


   ak malas nak selak2 belakang..jadi aku post TT baru.. nie yg dari OHBULAN haritu...

Gosip ini memang panas, amat panas kerana ia melibatkan bekas artis rancangan realiti yang belum pun setahun jagung, sudah pandai membuat onar di negara orang. Kalau disebut nama, memang orang kenal sangat. Apatah lagi rancangan realiti tersebut baru sahaja tamat penyiarannya di sebuah televisyen swasta.

Al-kisahnya, sekumpulan artis rancangan realiti ini diberikan tugasan untuk menjalani rakaman di sebuah pulau peranginan popular di negara seberang. Apabila mereka tiba di sana, seperti biasa jadual yang padat dengan urusan imigresen & sebagainya membuatkan mereka keletihan.

Dalam keletihan, krew produksi yang bertugas sama ingin merehatkan minda dengan berjalan-jalan di sekitar pulau peranginan tersebut. Namun, apabila mereka mengajak si lelaki (peserta rancangan realiti) ini, dia menolak dengan alasan untuk berehat di bilik hotel. Nak dijadikan cerita, si wanita (peserta rancangan realiti) turut memberikan alasan yang sama. Orang yang mengajak tidaklah mengesyaki apa-apa, fikir positif katakan.

Tetapi, sudah ditakdirkan tuhan nak tunjuk peel pasangan rancangan realiti ini. Seorang peserta, biarlah kami namakan sebagai X naik ke bilik hotel. Apabila pintu dibuka, dia terkejut melihat si wanita ini sudah menghempap tubuh si lelaki ini. Lagaknya, seperti baru nak bermadu mesra menyedut kemanisan sesama sendiri. Kalau ikutkan, sejak dari awal musim rancangan realiti pun, kedua-dua pasangan ini sudah menunjukkan interest yang mendalam terhadap satu sama lain.

Mungkin masih bermukadimah, kedua-dua pasangan ini kantoi dalam keadaan lengkap berpakaian. Haih, andailah sudah tertanggal semua, bertambahlah dosa 2 orang anak Melayu ini.

Kami geleng kepala, sedih melihat artis yang baru nak naik terjerumus dalam kancah maksiat. Apa pun tak boleh!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2011 10:17 AM | Show all posts
ni kronologi kesah budak2 af kat bali hari tu ke?
sapa si mulut jahat tu?
kirana_22 Post at 30-6-2011 10:11



   ak rase niela smbungan dia... nmpaknya btul la fitnah je gossip2 sblum nie...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:18 AM | Show all posts
menambah dosa je keje ko ek...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:23 AM | Show all posts
Bintang realiti TV bermulut jahat itu dikatakan menyebarkan cerita bahawa seorang lagi kawan mereka dari program yang sama melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang lagi peserta wanita.


retis mulut jahat tu mcm lelaki la pulak.........:re:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:35 AM | Show all posts
kalo org seme mulut jahat.. yg wartawan neh cam ner plak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:48 AM | Show all posts
penat betol bila tertanya2 nieh???
sapekah???
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:56 AM | Show all posts
sape??????????????
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:56 AM | Show all posts
eleh...mulut jahat pun si SS ni cedok gak ape yang mulut jahat tu cakap....mulut jahat + kaki ngopeng..elok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:03 AM | Show all posts
sape dia????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 11:03 AM | Show all posts
manusia mana?????
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:03 AM | Show all posts
hahhahahaha aku nak kumpul kdit nie....lmbt le 1k
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:07 AM | Show all posts
yg wartawan ni pun sama bermulut jahat jugak. Entah betul entah tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:22 AM | Show all posts
but actually kalau azri dan lena buat hal pun aku pecaya saja.

dan kalau fina mulut jahat pun aku pecaya saja.

asalkan bukan nera, dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.360684 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list