CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

Jimmy dah ceraikan isteri![TERKINI! : gagal dpt hak jaga ANAK pg.87]

     Close [Copy link]
Post time 8-4-2013 12:34 PM | Show all posts
sian plak kat papanya...
tp mmg payah hak dpt kat papa kann...
lenkali, papanya kene snap gambar mamanya men judi or hisap rokok (kalo betoi..)
baru leh jd bukti mahkamah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 12:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:54 PM | Show all posts
Padan muka kau, jantan psiko.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:07 PM | Show all posts
si ibu ni, smoking.
pernah nmpak depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:17 PM | Show all posts
napar tajuk thread ckp biter terkini kat ms/ 87?...edit tajuk pls...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:21 PM | Show all posts
nmpak mcam jimmy yg byk buruk2 kan bekas isteri & mertua
walopun citer sebenar idok ler ku tau sgt
sape benar sape salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2013 02:17 PM | Show all posts
nape dorang cerai ea?sampai lani xtahu ape sebenaqnya yang berlaku..cewah meyibuk jew aku ni..pastu satu lg yang musykil baik benorla bekas mak mertua jimy tu degn jimy ea..siap kalo laki xde pg bwk zahra jumpe jimmy tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:21 PM | Show all posts
Bgus r jimmy ni tuntut nak anak dia,buka mcm dato ac rapper kertu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 03:13 PM | Show all posts
ai sampai skrg xkhatam kes dorg ni..
alih2 da cerai je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 06:28 PM | Show all posts
skymania posted on 6-12-2012 08:06 PM
bukan nak katalah..awal2 dolo masa suhaila preggy..jimmy ngan lantang kuar statement yg die meragui  ...

Kan? Heols dgn lantang menyuarakan rase waswas heols kt suhaila
Takkan la suhaila x trase kot bile jimmy dh ckp cmtu kt media
1 malaysia bace stetmen jimmy..malu oke.
Jimmy xmenjage lgsg maruah isteri dan mertua

Pas dh slmt bersalin, tau pulak heols tu anak die
Dan2 je..pdhl mse bdk tu dlm kandungan lg, ko bole ragu2

Ape ke keje jimmy skg..xnmpk pun heols kt mne2 stesen tv
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bca thread ni bru tau rupanya rmai artis yg cerai tebus talak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:09 PM | Show all posts
kebenaran bermalam dgn anak tu nanti jangan plak ex mak mentua pun join sekali. bagi la peluang kat Jimmy nak spend private moments dgn anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:12 PM | Show all posts
alhamdulillah dah selesai... lama sangat tertangguh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:39 PM | Show all posts
Udahle jimy,pegi kawen baru and buatlah anak anak baru okehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:58 AM | Show all posts
ida88 posted on 8-4-2013 06:28 PM
Kan? Heols dgn lantang menyuarakan rase waswas heols kt suhaila
Takkan la suhaila x trase kot bil ...

dia cakap camtu sebab suhaila yang sms cakap anak tu bukan anak jimmy...  tu yang jimmy jadik was2 tu...

cuma aku setuju la tang tak sepatutnya dia war2 kan rasa was2 tu...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:29 AM | Show all posts
finally........... ending stori..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 08:22 AM | Show all posts
Jimmy Shanley bakal kahwin tahun ini

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


TINGGAL kenangan. Jimmy dan Nursuhaila ketika bergelar suami isteri.

SELEPAS hampir dua tahun turun naik mahkamah berhubung kes tuntutan penjagaan anak perempuan tunggal mereka, akhirnya keputusan telah dibuat pihak mahkamah.

Itu penyelesaian muktamad terhadap kemelut yang melanda Jimmy Shanley dan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Hos dan pelakon tersebut diberikan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya, Zahra Rania Shanley manakala bekas isterinya itu mendapat hak penjagaan penuh anak perempuan berusia setahun sembilan bulan itu.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam itu, Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, tidak terkilan sebaliknya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berjumpa dengan anaknya.

Sementara itu menurut Jimmy, dia mahu menamatkan zaman dudanya secepat mungkin dan jika tiada aral melintang pada lewat pertengahan tahun ini.

Mengimbas kembali kronologi kemelut rumah tangga pasangan itu, Jimmy dan Nursuhaila mengakui mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober tahun lalu secara tebus talak (khuluk) dengan nilai ganti rugi RM1.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama pengacara Trek Selebriti berhubung perancangannya selepas ini.

Kosmo!: Komen Jimmy mengenai keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan anak yang berpihak pada bekas isteri?

JIMMY SHANLEY: Alhamdulillah, keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah adil dan saya pun dibenarkan berjumpa dengan anak saya sekurang-kurangnya tiga hari seminggu. Saya teruja tahun ini dapat beraya bersama Zahra. Saya tidak terkilan dan keputusan ini saya terima dengan hati yang terbuka. Berdasarkan pemahaman saya, memang susah untuk pihak lelaki memenangi kes penjagaan anak.

Adakah Jimmy sudah mempunyai perancangan untuk anak pada masa hadapan?

Saya tidak mahu terlalu berfikir terlalu jauh takut nanti tidak tercapai. Asalkan saya masih diberikan peluang untuk berjumpa dengan anak pun sudah cukup memadai sebenarnya.

Adakah Jimmy sudah mempunyai atau mencari pengganti?

Saya sudah menduda tujuh bulan, tak laku dan suam-suam kuku pula. Saya ada berkawan dengan beberapa orang wanita tapi saya sebenarnya seorang yang pemalu. Mungkin saya tunggu mak cik-mak cik yang mahu menjadikan saya menantu dan saya terima dengan hati terbuka (ketawa).

Saya ada mengenali beberapa orang tapi sekadar peringkat berkawan. Lebih afdal sebenarnya kalau orang tua yang perkenalkan atau jodohkan.


JIMMY bersyukur tetap diberi peluang berjumpa anaknya ini.


Perancangan kehidupan peribadi selepas ini?

Saya mahu berehat dan InsyaAllah mahu berkahwin tahun ini jika dipertemukan jodoh sebab mahu mendapatkan anak lagi. InsyaAllah sebelum Aidilfitri tahun ini.

Adakah Jimmy serik dengan alam perkahwinan?

Saya menjadi lebih matang menghadapi kehidupan dan jika ada jodoh baharu saya akan lebih memperbaiki diri dan memahami isteri saya. Saya berikan dia kebebasan untuk melakukan apa saja yang dia mahukan, kalau larang pun orang akan buat juga. Perasaan sekarang lebih rileks dan tidak tergopoh-gapah.

Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi atau timbul pergaduhan pada masa akan datang dan saya mendoakan agar bekas isteri saya bertemu dengan individu yang lebih mulia.

Maksud Jimmy mahu memperbaiki diri?

Perbaiki diri maksud saya dari segi lebih merapatkan diri dengan Allah, menjaga solat dan belajar ilmu-ilmu agama. Saya tidak kisah rupa paras kalau ada jodoh untuk kahwin saya tidak mahu kenduri yang besar-besar.

Adakah Jimmy akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selepas ini dan iktibar daripada perkahwinan sebelum ini?

Paling penting, saya tidak menyalahkan sesiapa tapi kesilapan lalu datang daripada diri saya sendiri. Siapa saya untuk menghakimi orang lain dan kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Saya tidak putus asa untuk terus merancang tapi pucuk pangkalnya, berbalik pada agama.

Apakah perkembangan terkini Jimmy?

Buat masa sekarang saya hanya terbabit menjadi penyampai di stesen radio UFM yang baru berusia tiga bulan penubuhannya. Selain itu tinggal lagi sebulan untuk saya menamatkan pengajian dalam bidang sarjana Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam.



Credits: kosmo.com.my

Last edited by achik2009 on 10-4-2013 08:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 08:32 AM | Show all posts
Santeira posted on 8-4-2013 12:54 PM
Padan muka kau, jantan psiko.

Yang ni aku agreeeee amat! Psycho! Ayat bervelit macam ular!

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 09:29 AM | Show all posts


[img]https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/547620_522670284441907_437778342_n.jpg[/img]


[img]https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/58043_521987087843560_1497378829_n.jpg[/img]

anak jimmy comel
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 09:33 AM | Show all posts




[img]https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/554948_521597207882548_1676756900_n.jpg[img]https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/544957_520662111309391_2046016398_n.jpg[img]https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/66873_520662131309389_1084102489_n.jpg[img]https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/575734_520662187976050_1708711932_n.jpg[/img][/img][/img][/img]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.173102 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list