CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

Jimmy dah ceraikan isteri![TERKINI! : gagal dpt hak jaga ANAK pg.87]

     Close [Copy link]
Post time 3-7-2011 01:02 AM | Show all posts
ade bace mak mertua dia claim nak berubat ala2 ade terkene buatan org kes dowang ni...tp yelah mcm2 leh jdi...
mcm de kwn aku nye bini time bersanding jatuh menggelupr cam ne sawan...x penah ade pun....kira sampai naik ambulan n terc***t2...ngan baju pengantin skali..kira mmg aib sgt..sian dia..kejam tol hati org2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 02:44 AM | Show all posts
Nasihat aku pada suhaila....kita ni manusia..banyak buat silap...tapi kalau SUAMI sendiri yang menel ...
anaktoyol Post at 1-7-2011 17:21


Betul!
Sepatutnya Jimmy ni kawin dgn rita Rudaini sbb sama2 suka jaja cerita rumahtangga yg buruk2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:46 AM | Show all posts
Klu aku jadi bini jimmy pun aku taknak lagi Jimmy tu sbb dah bogelkan isteri seluruh malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 07:26 AM | Show all posts
Reply 139# cicicumel

ilmu tinggi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:18 AM | Show all posts
aku tabik kat jimmy. comel ya amat baby girl dia. harap jimmy dan wife akan bersatu semula.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:25 AM | Show all posts
Tahniah Jimmy!!
Zahrah comel sangat, hidung ikut Jimmy.

Jimmy ikat rambut macam dia yg sedang berpantang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply 146# kueeni

aku pon nk rmbt cm JS jgk la..
smart plak ikat rmbt..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:21 PM | Show all posts
Jimmy kejar bahagia jadi bapa

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto RASHID MAHFOF



MASIH tidak nampak jalan penyelesaian apabila menyentuh mengenai kemelut rumah tangga lelaki kelahiran Ipoh, Perak ini.

Meski sudah membuat pegakuan secara terbuka berhubung keputusannya untuk tidak menfailkan perceraian, Jimmy Shanley bagaimanapun gagal menipu mata umum yang seakan dapat membaca betapa dirinya tidak bahagia. Lebih-lebih lagi, apabila sehingga ini, isterinya Nursuhaila Eliani, 25, didakwa masih kekal ego, menolak untuk berbaik semula dengannya. Pun begitu, kelahiran seorang bayi perempuan bernama Zahrah Shanley pada tanggal 24 Jun lalu bagai memberi satu sinar baru dalam hidup Jimmy apalagi ketika dia diduga dengan krisis rumah tangganya itu. Bermaksud zahir yang cantik, bayi comel itu ternyata punya seraut wajah saling tak tumpah sepertinya. Sempat Jimmy berseloroh “Dapat peluk anak sendiri memang seronok, jangan dibawa ‘lari’ lagi sudahlah ya,”candanya.

Percaya kehadiran Zahrah mampu membuka ruang jernih untuk dia dan Suhaila kembali bersatu membina kebahagiaan rumah tangga, kata Jimmy buat sementara waktu dia harus bersabar dengan kerenah isterinya itu.

“Fokus saya sekarang hanya pada Zahrah. Soal nak berbaik semula dengan isteri saya letak tepi dulu sebab nak elak daripada bergaduh.

“Lebih baik saya tumpu pada Zahrah sebab saya tak mahu si kecil ini terabai.Saya sudah rasa bagaimana hidup tanpa ibu bapa, jadi saya tak mahu nasib yang sama menimpa Zahrah.

“Kalau ditakdirkan saya tak bahagia sebagai seorang suami, tak mengapalah. Saya redha asalkan saya boleh mencipta bahagia dengan menjadi seorang bapa yang baik kepada anak saya,” katanya.

Menurut Jimmy,dia juga melihat reaksi Suhaila yang membenarkannya tinggal bersama di rumah ibu mertua sejak Isnin lalu untuk menjaga anak sebagai satu petada positif dalam hubungan mereka waktu ini.

“Kami masih tak berbual, tidak bertegur sapa. Perantara komunikasi antara kami adalah ibu mertua saya.

“Nak buat macam mana kan? Tak akan saya nak paksa dia. Biarlah..mungkin ambil masa sedikit.

“Biar masih begini saya tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya kami duduk serumah. Tak macam dulu. Apa yang penting, kami sama-sama dapat menguruskan Zahrah,” katanya.

Menyifatkan si kecil itu sebagai hadiah yang cukup bermakna dalam hidupnya, Jimmy juga menyimpan harapan bahawa Zahrah mampu menjadi titian yang boleh menyatukan kembali cinta antara dia dan Suhaila.

Enggan terlepas nikmat

Saat berbicara tentang Zahrah, Jimmy bersyukur kerana pada usia mencecah 31 tahun, dia berpeluang untuk bergelar seorang bapa.

Walau baru berusia beberapa hari, namun kata Jimmy dia boleh merasakan bahawa anak ini mampu menjadi seorang anak yang baik satu hari nanti.

Hatinya juga cukup tersentuh setiap kali memandang wajah Zahrah, apatah lagi, bayi kecil itu tidak punya banyak kerenah seolah-

olah mengerti dengan apa yang berlaku.

Kata pengacara Gala TV ini, dia tidak mahu terlepas setiap detik untuk melihat anaknya itu membesar di depan matanya sendiri.

“Nak tahu tak? Saya paling tak sabar nak dengar perkataan pertama yang dia boleh sebut. Tak sabar nak bawa dia berjalan-jalan, memimpin tangan dia ke sekolah. Pendek kata semuanyalah!

“Saya nak nikmati setiap detik dia membesar. Memandangkan saya sekarang duduk di rumah mertua, bolehlah saya menjaga Zahrah setiap masa.

“Saya seronok bila berpeluang tidur dengan Zahrah, dapat merasai bagaimana tidur terganggu kerana risaukan dia.

“Termasuklah menguruskan dia, memandikan dia. Itu semua nikmat yang Allah S.W.T bagi dan saya akan menghargai setiap momen-momen itu,” ujarnya.

Jadi atlet

Sebagai seorang bapa, Jimmy punya sejuta harapan dan impian dalam usaha mencorakkan masa depan anaknya.

Kata Jimmy, sejak awal sudah merancang untuk mendidik anaknya dengan cara sederhana meski dia sedar, di pihak isteri, mereka datangnya dari keluarga bertaraf hartawan.

Menurut Jimmy, sebagai ketua keluarga, dia berhak berbuat begitu dan pihak keluarga isterinya juga perlu menghormati keputusannya itu dengan hati yang terbuka.

“Lebih baik bersederhana. Saya tak nak terlalu memanjakannya dengan kemewahan kerana bimbang akhirnya ia akan merosakkan Zahrah.

“Saya lebih suka cara begini. Kalau dia bersekolah nanti pun saya tak mahu hantar ke sekolah swasta.

“Sekolah biasa pun sudah memadai, biarlah dia membesar ikut cara saya.

“Apa pun, saya berterima kasih kepada isteri saya kerana telah melahirkan anak ini dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya, ” katanya.

Malah, dia juga mahu anaknya itu menjadi seorang atlet berbanding tergolong dalam kelompok artis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 03:09 PM | Show all posts
Tapi tak kesian ke kat bini tu. Dia dah tak endak kat kau, kenapa kau nak paksa2 jimi T_T"


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 03:10 PM | Show all posts
aku jumpa Jimmy semlam kat Pavillion!! Masalahnye aku nampak dia dgn sorang awek ni. Dia perasan aku tenung dorang berdua tau, pas tu mula jalan renggang2. Shopping tak hengat bai, dgn paper bag LV la, Guess la semua designer brand!! AKu terpk gak, kan ke bini dia dlm pantang takkan la pompuan tu bini dia ngn make up tebal nyer. AKu dh start musykil nih...ke pompuan tu smlm skandal baru????
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:29 PM | Show all posts


huh canggih
baju baby smua gantung pakai hanger
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 06:04 PM | Show all posts
Reply 151# iwa_wawa

kaya eh js ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:46 PM | Show all posts
ritu JS wat stetmen,tatau status anak tu..ni beria2 bagai..pening aku jantan camni...kalo btol pon bini salah,tak yah la nk menjaja2 bab personal tu sgt..ludah,then jilat balik..tepuk air kat dulang,tepercik kat muka sendiri..JS patut lagi paham dunia repoter yg mmg suka nyibok n cari kontobesi..kena la pepandai..takot nnt last2,org meluat kat ko JS oi..aku pon dah stat nyampah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:47 PM | Show all posts
aku rasa jimi ni ada short somewhere la

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 08:23 PM | Show all posts
hepi smpai terlupa kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 08:45 PM | Show all posts
congratsss jimmY~
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:41 PM | Show all posts
tahniah jimmy dgn kehadiran bayi nie....semoga berakhir lah sengketanyer
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:01 PM | Show all posts
Klu aku jadi bini jimmy pun aku taknak lagi Jimmy tu sbb dah bogelkan isteri seluruh malaysia.
Orange1 Post at 3-7-2011 02:46

dulu orang tanya js pasal hubungan dia dgn isteri yg ada masalah js cakap tak masalah korang semua pertikaian
skrg dia mengaku korang semua kata macam2 plak kat js... pelik pelik pemikiran manusia sekarang..

apa-apapun comel anak js.. dan berharap isteri dia dapat menerima dia seadanya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:30 PM | Show all posts
bini dia kena buatan org ke?konpius i
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.120114 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list