CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

Jimmy dah ceraikan isteri![TERKINI! : gagal dpt hak jaga ANAK pg.87]

     Close [Copy link]
Post time 6-7-2011 02:24 AM | Show all posts
Reply 119# santubung

sedih nya aku baca cerita kau santubung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 08:52 AM | Show all posts
comelnyer anak jimmy.....comel mcm bapaknyer.....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 06:22 AM | Show all posts
Reply 202# azzeme


SAAT BAHAGIA...Jimmy dan Nursuhaila ketika majlis perkahwinan mereka tahun lalu.
      
KESABARAN Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, terhadap sikap suami yang juga pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, sudah sampai ke penghujung.
  Ia hilang apabila Jimmy menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan sekali gus turut menimbulkan kemarahan bapa isterinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman.

  Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2010, namun selepas 20 hari bernikah, mereka tinggal berasingan dan pelbagai berita timbul sehinggalah kes dibawa ke mahkamah apabila Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat, pada 3 Januari lalu.

  Ikuti luahan Nursuhaila menerusi video dan kenyataan balas Jimmy yang masih berkeras enggan melepaskan isterinya.



APA KATA NURSUHAILA

SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.  

  Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

  Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.

  Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

  Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.

  Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.

  Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.

  Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.

  Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.

  Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.


APA KATA JIMMY

SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

  Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

  Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

  Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

  Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

  Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

  Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

  Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

  Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

  Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 06:32 AM | Show all posts
aku mmg dah rs mmg jimmy jd punca..
sbb tu bila kuar dlm paper ke tv ke psl jimmy..aku x penah kesian pon kat dia..
aku kesian kat wife dia..
ada ke canang satu dunia masalah rumah tangga sdiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 06:35 AM | Show all posts
bileee laaa aku leh phm kes derang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 06:52 AM | Show all posts
Reply 204# kaktuscute
nak salahkan jimy lak. dah dia tu artis seperti yang saya katakan. dia tu artis.

suhaila tu bersalah sebab degil cakap suami. tengok tu cakap kasar. tak bagi keluar rumah dia keluar, main fb dia main. so dah terang2 tak dengar cakap suami. isteri apa kalau macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2011 07:03 AM | Show all posts
Selasa Julai 26, 2011
Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN

PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.


Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.


Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.

Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

-mstar-

ntah sapa betul sapa salah laa dorang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2011 07:07 AM | Show all posts
lawa plak bini dier klu x mekap...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:21 AM | Show all posts
Reply 208# mea


   tgk jimmy...da terbuka pekung kat dada kau....xpayah la ko nk konar citer pulak.... jantan keberet... kalo pon nk mengajo, perlu ker nk penampo setiap kali bini ko kurang ajo...islam ajar ko mcm tuh ker???? bangang....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:25 AM | Show all posts
..... tengok dan lihat..... dan amik pengajaran dari kisah rumah tangga orang.............
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:31 AM | Show all posts
Hah..maka betul la apa yg telah di tulis oleh Pakcik si Suhaila ni kat FB tempuh hari. Abis la kau JS..nampak lembut tapi mak aiii suka bagi penampor......aku akui la...org pompuan kalau masa bujangnya suka beraktiviti dgn kawan2...bila dah kawen mmg susah sikit nak lupakan terus aktiviti mereka. JS should give her more time, jgn la main pukul aja...nasihatla...semua org pun gitu. Ni sombong dan bodoh lak tu....skrg bini dah tak mau dgn dia...so the fight for the child will begins.....nak dpt ke JS mcm payah aja...
Tu la JS...masa kau melalak kat press kat TV kau tak pernah fikir akan impak dia nanti...so...abis l pekong dah terkeluar.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:41 AM | Show all posts
Teringat satu nasihat dari 'The Oprah Show'

"The first time a woman is hit, she is a victim. The second and following times, she is a volunteer"

U got to get out of a situation where there is either a mental or physical abuser.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 07:55 AM | Show all posts
dia kata byk lagi perangai pelik jimmy. aku rasa kes main buntut pun betul la agaknya kan :re:
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:00 AM | Show all posts
Reply  mea


   tgk jimmy...da terbuka pekung kat dada kau....xpayah la ko nk konar citer pulak. ...
luvly_snow8608 Post at 26-7-2011 07:21



sy sokong!!!!
sblm nikah pun nk pukul gak.:@
sorg suami kalau dh pnh pukul skali,
mmg ringan jelah tgn tu nk memukul lg.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:02 AM | Show all posts
Reply 207# mea


    "Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan,"

ape kaitan statement ni? takkan ni pun jadik punca? sebelom suhaila kawen dengan si jimmy ni dulu mesti dah tau perangai si jimmy tu camner kan.....

   "aling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa."


sebelum kawen dah penah kena pukul.... dah tu yang ko kawen jugak sape surohhh.....


apapun, jimmy pun besalah gak.... kenapa sampai nak pukul2.... pahamlah sikit bini tu orang bisnes, byk networking so tahap sosial dia pun mesti tinggi... nak angkat tangan sekalipun takkan hari ke3 pas kawen? elok sangatlah korang becerai




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 08:03 AM | Show all posts
Reply  kaktuscute
nak salahkan jimy lak. dah dia tu artis seperti yang saya katakan. dia tu artis. ...
cikgu_cina Post at 26-7-2011 06:52



ooo...kalau artis, x blh lh nk slh kan ye????
pandai2 je nk kate istri die yg slh..
kalau dh ade contact pd bdn,
mhkamah pun blh tau sape yg slh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:05 AM | Show all posts
xtau la sape beto or sape salah...tp kalu dlm pkahwinan kalu somi x izin kuar or wat ssuatu y dia xsuke kalu diingkar jg 2 dh kira bdosa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:07 AM | Show all posts
Reply 203# serulingsenja


lg 1 hal.
jimi ni x buat research ke ttg penceraian??
mmglh talak tletak kt tgn suami,
tp die lupe ke atau x tau, istri ade hak
nk minta fasakh.
minta khulu'.
dan selame mana pula isteri x cium bau syurga????
bile dah becerai esok, ex wife ada peluang je nk bau syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:08 AM | Show all posts
hahaha...u're in trouble jimmy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063649 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list