CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140703|Reply: 2485

ALL ABOUT BERSIH : Lintas Langsung yg terkini

   Close [Copy link]
Post time 5-7-2011 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 9-7-2011 10:32

BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 02:24 PM | Show all posts
sasterawan pun ade jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:29 PM | Show all posts
elok la tu.. bincang baik2.. tak perlu berdemo bagai.. memberikan kesempatan pd org lain utk wat kacau bilau je smbl menghunus keris..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:38 PM | Show all posts
harap yg terbaik tuk sumer!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:42 PM | Show all posts
sasterawan pun ade jugak...
anakperantau Post at 5-7-2011 14:24



    Mestilah ada sebab NOVEL dia tak terpilih jadi buku teks sekolah.
    Kalau terpilih, takkan dia nak BERDEMO di jalan raya.............
    Dah jumpa Agong tu, serah teruslah surat bantahan, tak payah nak
    berdemo-demo dengan tujuan nak serah.................
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:44 PM | Show all posts
elok la tu.. bincang baik2.. tak perlu berdemo bagai.. memberikan kesempatan pd org lain utk wat kac ...
Nash^Roy Post at 5-7-2011 14:29

yea... nanti semua tunjuk belang... perkasa... perkasam.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2011 02:45 PM | Show all posts
Mestilah ada sebab NOVEL dia tak terpilih jadi buku teks sekolah.
    Kalau terpilih, tak ...
NAT_11 Post at 5-7-2011 14:42



kecewa wooo....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:45 PM | Show all posts
nak bersusah payah berdemo jalan kaki jauh2
semata nak serah memorandum kat seri paduka, nak buat apa..

mengadap elok2 selepas dapat perkenan tuanku
macam yang dibuat hari ni kan molek, barulah manusia
yang waras namanya..

pergi mampus dengan DAP dan geng2 barua kongsi
gelapnya yang masih memendam hasrat nak berdemo bodoh..

boo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 02:45 PM | Show all posts
Ha! Berpolitaik la depan Agong. Nak tengok jauh mana boleh pergi.

Dengan lobai2 bodo PIS mmg lah senang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:46 PM | Show all posts
jika benar bravo untuk agong kita
sebab sanggup jumpa pertubuhan haram BERSIH

mana najib dan sepupunya hisham nak letak muka
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:47 PM | Show all posts
nak bersusah payah berdemo jalan kaki jauh2
semata nak serah memorandum kat seri paduka, nak buat a ...
d'zeck Post at 5-7-2011 14:45


kita tgk lepas ni ape jadi.. musti juak2 tu kuciwa punya
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:47 PM | Show all posts
Napa tak serah je memorandum tu alang alang dah jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:48 PM | Show all posts
Dah serah tu, jangan lagi bising-bising. Bio baginda fikirkan camna nak
BERSIHKAN pilihanraya yang pada aku dah cukup BERSIH. Kalo tak mau TV
digunakan untuk berkempen pun no hal pada aku. Semua CHANNEL tayang
national geografi or animmal plannet, tunjuk berok, monyet, boya, rimau,
singa melahap each other to survive.....................
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:49 PM | Show all posts
aku dapat rasekan..perhimpunan ni dibatalkan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:49 PM | Show all posts
dah jumpa tu dah serah ke memo 8 tuntutan tu kt Agong? so 9hb ni jadi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:50 PM | Show all posts
nak bersusah payah berdemo jalan kaki jauh2
semata nak serah memorandum kat seri paduka, nak buat a ...
d'zeck Post at 5-7-2011 14:45



    hahah tp lagi kesian bangsat2 yg duk suka sgt berdemo nie..yg dah planning nak ikut turun serta mesti kuciwa sgt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 02:53 PM | Show all posts
Dah serah tu, jangan lagi bising-bising. Bio baginda fikirkan camna nak
BERSIHKAN pilihanraya yang  ...
NAT_11 Post at 5-7-2011 14:48

antara lain media kena berlaku adil... takleh la media arus perdana jd tempat kempen umno....
ok gak bg slot kat pembangkang juga..... yg jd isu bile bersih ni dah jd mengarut.. tambah2 bile pkir psl anwar yg ade video tuh... tisu terbang.... kotor tawww
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:54 PM | Show all posts
Reply 14# AwangAli


    Eloklah tu. Segelintir rakyat Malaysia cannot handle ruang bersuara yang demokrasi tawarkan dan mrk menyalahgunakannya.

Perkara yg bertanggungjawab seseorang yang berkuasa ialah menghalang lahanat2 itu daripada menyalahgunakannya dan memudaratkan diri mrk dan orang lain.

Syabas kepada Raja dan pemimpin kita.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:55 PM | Show all posts
saya percaya antara sebab agong nak jumpa BERSIH ialah kerana:

1. perhimpunan 9/7 ni sambutannya amat besar dan collosal yg tak mudah lagi dikawal
2. apa yg dituntut oleh BERSIH memang layak didengar dan dipertimbangkan
3. agong tak percaya gomen najib mampu menanganinya
4. jika dibiar bukan saja rakyat tapi negara juga akan tanggung beban

syabas kepada agong dan syabas kepada BERSIH..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 02:55 PM | Show all posts
OKla....semua dah BERSIH. Tak perlu berkotoran lagi di Jalan Raya. Aku
tak kisah dia orang nak serah apa apa pun kat AGONG, yang penting
takda orang nak terbaring-baring kat jalan raya sampai jam dan suah
aku nak bershoppin on Saturday di Jalan Tengku A. Rahman minggu ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.094121 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list