Penyokong Bersih rempuh trak polis
KUALA LUMPUR – Kekecohan berlaku di pam minyak Shell di Puduraya apabila para penyokong perhimpunan haram Bersih bertindak merempuh tiga trak kecil polis sebelum menuju semula ke Bangunan Maybank.
Ini memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata bagi mengawal keadaan tersebut.
Sementara itu, di Kompleks Beli Belah Sogo, polis mengarahkan kompleks tersebut menghentikan operasi dan menutup premis mereka bermula pukul 2.15 petang.
Ekoran itu, orang ramai dilihat mula bersurai dari pekarangan kompleks tersebut sejurus sahaja mendapat arahan polis.
Keadaan yang tegang turut menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berlindung di dalam kompleks berkenaan.
Sumber Sinar Harian.
http://www.sinarharian.com.my/index.asp