CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: kelbey_bl

Himpunan Kisah Misteri dan Seram dalam Hidup kelbey_bl

[Copy link]
 Author| Post time 22-7-2011 12:03 PM | Show all posts
Cerita hantu bangkit itu masih misteri. Kejadian yang berlaku malam itu menjadi bukti apabila pencuri yang bernama ali itu di dapati pengsan di atas pokok mangga itu. Sama ada pencuri itu mencari alasan atau sengaja mereka-reka cerita hantu bangkit masih tidak dapat di pastikan kerana hanya dia yang menjadi saksi kejadian malam itu.

Apa-apa pun cerita hantu bangkit ini telah lama berlalu. Ada pun saya ingin berkongsi kisah-kisah seram yang masih baru dan boleh di percayai terutamanya kisah gangguan makhluk halus yang berlaku pada isteri saya, sahabat-sahabat dan adik-beradik saya. Orang yang boleh di percayai kesahihannya ceritanya.

Saya jugak pernah mendengar cerita daripada sahabat saya di mana kawan serumahnya dapat melihat makhluk halus dengan mata kasar. Ini bermakna matanya telah di bukakan hijjab untuk melihat makhluk Allah yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Perkara ini berlaku selepas dia mengalami kemalangan. Dan sehingga sekarang beliau masih lagi ada kelebihan itu yang di katakan neraka dalam hidupnya. Di mana-mana sahaja dapat melihat makhluk halus seperti setan, jin, toyol, langsuir, pontianak, pocong dan lain-lain. 3 bulan pertama dia berasa fobia untuk keluar rumah kerana asyik terserempak dengan makhluk2 berkenaan dan kerap pengsan kerana muka makhluk itu sungguh hodoh.

Masa makan dan di bilik air memang 'dia' selalu ada.

Orang tua2 kata sebelum makan baca Bismillah kalau tak setan akan makan bersama-sama ngan kita. Benda itu memang berlaku dan setan akan bersama-sama orang2 yang lupa berdoa kepada pemberi nikmat sebelum makan. Begitu jugak di bilik air. Kalau kencing hendaklah duduk. Kalau kencing berdiri pontianak akan mandi pada air kencing orang yang kencing berdiri.

Dan yang paling penting kalau azan dan berkumandang, cepat-cepatlah bangkit solat kalau tak setan akan rantai kaki kita dan letak batu di atas bahu supaya kita malas dan lalai untuk solat tepat pada masanya. Kalau yang sedang tidur akan di selimutkan dengan kulit babi agar kita lena dan lalai terutamanya waktu subuh. Sekarang dah hampir masuk waktu Jumaat di Kota Kinabalu so sesamalah kita solat jumaat sebelum setan menggoda.

Wassalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 02:16 PM | Show all posts
emm citer yang menarik dalam pada itu ada nasihat yg diselitkan.....
tq tt citer lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.181164 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list