CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafira

bertudung @ freehair

  [Copy link]
Post time 16-7-2011 02:49 PM | Show all posts
boleh ja tunjukkan kat mana yg dia tak betul drp ban terus....

dia mungkin berseorangan ...
Decaffeinated Post at 16-7-2011 13:21


Naper nak di geruni akan dia???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 197# ussopp


  
Oleh yang demikian ... Syarif Ridha, cucu hadrat Ali r.a, gerbang ilmu, pernah berdoa dengan sedih kepada Tuhannya, "Ya ALLAH, jika aku tidak mengungkapkan hakikat pengetahuan yang Engkau berikan kepadaku; dengan menyimpannya untuk diriku sendiri, nescaya orang akan berkata kepadaku; "Kami menyembah berhala-berhala ini. Berhala yang mana yang kamu sembah?"

Tetapi seandainya kuungkapkan apa yang aku ketahui, nescaya kaum muslim akan menghalalkan darahku, tentu mereka akan mengira bahawa dosa paling buruk mereka lebih baik dari permata ilmu yang kuberikan kepada mereka!"


orang-orang mengira hukum syariat hanyalah wujud di dalam AQ dan sunnah (sekadar kefahaman mereka yang mentafsir)... sedangkan seluruh alam ini terkandung isyarat dan hukum-hukum syariat yang lebih besar. akal dan budi itu adalah selemah-selemah makhluk ... kerananya dalam penempuhan kerohanian, seseorang salik itu harus menutup pintu akal dan budi.

kata ahli syariat ... 1+1 = 2 adalah mustahil bagi 1+1 = 0, 1 dan seterusnya sehingga ke infiniti. sedangkan bagi ahli kerohanian yang sudah menempuh jalan terekat sekalian nombor ini adalah sama. contohnya.. 1=7 boleh dibuktikan dengan menggunakan kaedah infiniti.

jika X = Y, maka Y dibahagi Z = X dibahagi Z

contoh: 7/ 0 = infiniti adalah bersamaan dengan 1/0 ... jadi 1 = 7. maksudnya di sini ... tiada bezanya manusia itu antara satu dan lainnya (walaupun seseorang itu raja, waliyullah, orang biasa).. dan hal inilah yang membezakan ahli kerohanian dengan ahli syariat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 195# Decaffeinated


saya pun terfikir hal yang serupa dengan saudara/i. saya mohon jasa baik MOD untuk tidak ban post-post sirrikhafi dan tolokminda. saya berpendapat mereka yang join forum ini semuanya matang. everyone is entitled to his/her opinion. semua ada pegangan masing-masing dan saya sendiri berpendapat (untuk diri saya sendiri) lebih baik mengenakan hijab ke atas anggota tubuh saya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 03:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 16-7-2011 15:44

Kalau saya di Arab Saudi & Afghanistan saya akan pakai purdah. Bila di Malaysia, saya pakai baju kurung, seluar slack atau skirt labuh....tak tutup kepala. Kalau saya berada di US, Eropah atau Australia....saya akan pakai skirt atau pants....kalau panas pakai topi sesuai dengan cuaca & budaya setempat. Kalau mandi di pantai atau public swimming pool, saya pakai swimming suit. Saya tak pakai bikini sebab tak suka menyeksi. Kalau pergi ke 'nude beach' saya akan berbogel seperti mereka sebab mengikut 'budaya setempat'.

Tapi oleh kerana saya tak gemar berbogel dan masih ada sifat malu yang sangat tebal sebagai manusia yang waras, saya takkan jejakkan kaki ke tempat macam tu.

Moral of the story...ikutlah pepatah melayu yang indah ini "Dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung". Jangan cuba jadi alien ditempat orang....nanti orang benci. Jangan cakap dengan saya ini bukan ajaran Nabi Muhammad.

Bagi sesetengah perempuan Islam yang cuba pertahankan tudung kepala dia kat negeri yang melarang bertudung kononnya mempertahankan agamanya adalah jahil.....sebab dia tak tahu sebenarnya apa yang Allah tuntut dari dia.

Allah tuntut dia menjaga kehormatan & keselamatan diri.....bukan tuntut dia bertudung. Bertudung tu budaya bukan ajaran agama....

Kalau dia terbunuh sebab jadi sasaran jenayah agama & perkauman kerana tudung dia padahal dia tahu tudung dia mengundang bahaya......agak2nya dia nih dapat ganjaran atau dikira mati syahid tak??

Kalau tanya saya, dia nih mati sia2 dan masuk neraka kerana kejahilan dia....

p/s: matilah aku kena belasah ramai2 lepas nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 03:42 PM | Show all posts
Soklan utk miker.

Kenapa dia tidak menutup aurat??
1. tiada ilmu (tidak tahu akan perintah ...
niceghost2005 Post at 16-7-2011 13:48



    soalan saya pun awak tak jawab ni nak tanya saya pulak. Manalah saya tau kenapa dia tak tutp 'aurat'...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 03:45 PM | Show all posts
Naper nak di geruni akan dia???
niceghost2005 Post at 16-7-2011 13:49



    Adakah ini satu soalan atau sebenarnya jawapan as in 'aku tak takut pon'......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2011 03:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by Decaffeinated at 16-7-2011 14:56
Reply  Decaffeinated


saya pun terfikir hal yang serupa dengan saudara/i. saya mohon jasa baik  ...
warisputerijawa Post at 16-7-2011 14:04



    habislah lepas ni awak pun kena tuduh sirrikhafi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:12 PM | Show all posts
Naper nak di geruni akan dia???
niceghost2005 Post at 16-7-2011 14:49



   setuju dengan kata2 mod...kenapa pulak nak geruni saudara sirrikhafi?
Saya perhatikan hujah2 yg dikemukakan sirri mempunyai banyak  muslihat seperti yg biasa digunakan gol anti hadis..hujah2 sirri sama dengan golongan anti hadis lain dari segi taktik dan muslihat untuk menyembunyikan kebenaran.

Walaupun adakalanya ayat2 Al-Quran yg dihujahkan nmpak benar dan meyakinkan,namun kalau kita tahu taktik dan muslihat gol anti hadis ni, mudah je kita tangkap kebatilan dalam hujah mereka...contohnya hujah2 sirri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply 202# warisputerijawa

ini bukan kali pertama aku jumpa kesesatan melalui jalan2 intelek...tersingkap itu tersingkap ini.....


aku faham apa yg kau cuba maksudkan, apa yg kau cuba sampaikan, semua rumus ilmu boleh hancur
dengan kaedah intelekntual ini....

aku memilih sunnah yg biasa2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply 204# Fieza-mira


ini antara product2 keintelektualan....

right or wrong tidak establish.....

apa saja mungkin betul apasaja mungkin salah....

p.s = aku boleh nampak bagaimana telanjang itu boleh jadi betul, aku faham perasaan kau dgn ilmu kau membuatkan semua itu benar, namun, itu semua perangkap syaitan dalam dunia intelektual.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:18 PM | Show all posts
Kalau saya di Arab Saudi & Afghanistan saya akan pakai purdah. Bila di Malaysia, saya pakai baju kur ...
Fieza-mira Post at 16-7-2011 14:41



Yang boleh berfikir sendiri mungkin tak ada masalah memahami hujah saudari. Kita cuma kesiankan jenis yang nak cakap 'Oh my God' pun takut 'berdosa'....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:27 PM | Show all posts
setuju dengan kata2 mod...kenapa pulak nak geruni saudara sirrikhafi?
Saya perhatikan huja ...
charming_gal Post at 16-7-2011 15:12



    jangan hanya berani menuduh. kalau dia tak betul, khabarkan which part? jgn hantam rambang ja.

tak kisahlah dia anti hadith ka anti septic ka....

bukan dia bawak agama baru pun... yg takut sgt kenapa?...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:29 PM | Show all posts
Reply 204# Fieza-mira


Soalan saya,apa yg anda faham tentang aurat seorang wanita?

Dari hujah2 awk tu saya rasa samar2 je ngan definisi aurat yg awk cuba maksudkan.


Sila beri pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 212# Decaffeinated


kalau nak kesian, kesian la kat org yg tak takut wat dosa.

aku dah cakap dia tu pernah post bahawa akidah takpenting tapi humanism yg penting,
ni agama apa?

kalau mcm nie pun tak nampak salah lagi, kau nak sampai dia tulis macamana baru nampak salah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply 209# ussopp

jalan kesufian bukan lah jalan menjunjung akal ... bukan jalan kesesatan. saya tidak ikut campur pegangan orang lain kerana setiap gerak dan diam itu dari ALLAH. pegangan saya pula adalah mengikut jumhur ulama' bahawa mengenakan hijab menutup rambut itu adalah wajib bagi wanita yang beragama islam. ini kerana keterlanjuran mendedahkan rambut itu (bagi wanita) , maka mereka akan turut terlanjur mendedahkan bahagian tubuh (dada), leher  dan memperlihatkan perhiasan mereka (anting-anting .. rantai dan sebagainya).

kita lihat bagi laki-laki muslim pula... walaupun tidak mengenakan tudung (menutup rambut) tetapi mereka mengenakan serban. serban ini adalah warisan nabi, para sahabat dan ulama' islam. jika mahu dihujahkan menurut akal ... adakah ini merupakan budaya setempat semata-mata? budaya orang arab? apakah baginda rasulullah mengenakan serban kerana baginda mengikut budaya setempat? (yang mana kita tahu bahawa ketika itu adalah budaya jahiliah) tentu sekali tidak. di sini ... bertudung juga bukan lah budaya orang arab ... siti mariam juga mengenakan hijab menutup sebahagian rambut dan dadanya... adakah kerana ini bersifat budaya semata-mata?  tentu lah tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 04:46 PM | Show all posts
jangan hanya berani menuduh. kalau dia tak betul, khabarkan which part? jgn hantam rambang ...
Decaffeinated Post at 16-7-2011 16:27



   Saudara decaffein,

kenapa pla anda kata saya berani menuduh?jngan awk pla tuduh2 saya...


of course sya berani cakap gitu sebab saya bnyak berhujah dengannya...which part?anda boleh baca segala posting2 dlam bod ini yek yg melibatkn sya dgn dia dn forumer2 lain jg...



dan bnyak hujah2 saya tak dapat dia nak jawabnya...justeru, dia akan memutarkan balik hujah saya pada persoalan yg tiada kaitan ngan hujah2 saya tu...sila baca segala hujah2 tersebut kerana anda sendiri telah akui peminat setia hujah2 sirri...justeru takkan anda sendiri terlepas baca kot


takut?...munkin saudara caffein yg takut kot sbb melihat agama Islam tu terlalu sukar digugat dengan fahaman2 lain yg cuba dibawa masuk melalui  pelbagai cara dan aliran dalam forum ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2011 04:48 PM | Show all posts
Reply 214# ussopp


satu penyataan yang keliru. akidah dan humanisme duduk di dalam HAL yang sama dan serupa. akidah ini berlandaskan syariat. seluruh alam ini (syariat) terkandung di dalam AL-QURAN. seluruh AL-QURAN terkandung dalam ummul-kitab AL-FATIHAH. seluruh AL-FATIHAH terkandung di dalam BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, dan seluruh bismillah itu terkandung di dalam titik BA.

masalahnya sekarang ... manusia yang diberi kebolehan melihat scope yang lebih besar (melihat hutan) tidak mampu melihat sebatang pokok. manakala manusia yang diberi melihat kebolehan melihat scope yang lebih kecil (sebatang pokok) tidak mampu melihat hutan belantara yang terbentang luas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply  Decaffeinated


kalau nak kesian, kesian la kat org yg tak takut wat dosa.

aku dah cak ...
ussopp Post at 16-7-2011 15:31



    aku kesian kat perempuan yang merasa terpaksa bertudung dalam budaya di mana ia akan lebih banyak mengundang masalah dan bahaya.... masalah ni biasanya akan dirasai oleh mereka yang dah biasa bertudung sahaja dan 'malu' nak bukak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 05:08 PM | Show all posts
Saudara decaffein,

kenapa pla anda kata saya berani menuduh?jngan awk pla tuduh2 saya... ...
charming_gal Post at 16-7-2011 15:46



    so, kira setlling old score lah ni?

saya bukan peminat setia sirrikhafi. pleaselah....

saya cuma tak takut dengan dia macam juga saya tak takut dengan awak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 05:20 PM | Show all posts
Reply 217# warisputerijawa

takpalah, kita kembli kepada sunnah lah, tak yah susah2.....

ambil islam yang versi nabi yg syariat tue, dan istiqamahlah sampai mati...InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 2.330005 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list