CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafira

bertudung @ freehair

  [Copy link]
Post time 17-7-2011 06:51 AM | Show all posts
Fieza dan decaf ni pun patut pi berhujah kat subbod quran dan hadith.  Topic ni dah banyak kali bincang di forum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 10:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by habibollah at 17-7-2011 10:26
maaf... saya ingin bertanya kepada mereka yang berpendapat bahawa mengenakan tudung menutupi rambut adalah budaya setempat.

soalan saya, bagaimana kah kalian solat? adakah dengan mendedahkan sebahagian besar rambut? atau ketika solat... kalian akan menutupi seluruh rambut seperti kebanyakan orang yang percaya bahawa rambut juga tergolong dalam aurat wanita muslimah? adakah ketika solat seseorang itu harus mengikuti 'budaya' masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak? setakat ini saya belum pernah jumpa wanita yang menampakkan leher atau rambut mereka ketika solat (walaupun ada dikalangan mereka yang tidak mengenakan tudung atas alasan ia merupakan budaya setempat)... mungkin ada orang lain pernah jumpa atau mengalaminya sendiri.

itu sahaja soalan saya ..


Bismillah hir rahman nir rahim, Alhamdulillah. pertanyaan ini boleh diajukan pada ALLAH, kita bertanya ALLAH menjawab, kita serahkan pada ALLAH. sekiranya rambut itu aurat, sembahyang tidak sah, jika benar rambut itu aurat disisi ALLAH, cuba praktikal memakai baju sembahyang tanpa menutup rambut. adakah ianya sah atau tidak? ia dapat dinilai sendiri. saya pun betul2 mahu tahu jawapan sebenar dari ALLAH melalui saudari. saya harap semua saudari2 experiment perkara tu. the truth cannot be told, it must be realized.

pendapat 4 imam mazhab (yang saya hormati): aurat itu adalah seluruh badan bagi perempuan(dengan ada pengecualian). Tetapi mesti ingat, ulamak bukanlah tuhan, hukum ALLAH itu lebih betul. jangan sampai kita semua berani meng haram kan yang halal, dan menghalalkan yang haram. dan mengada2kan sesuatu yang tidak ada. kita mesti faham kaedah 4 imam mazhab bagaimana mereka melahirkan hukum.
walaubagaimanapun , oleh kerana semua berpendapat rambut itu aurat dikalangan umat islam, bahaya tidak memakai tudung boleh mengundang pandangan ain. so berhati2lah.
Allah lebih Tahu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 12:10 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Terpanggil untuk sy menulis kat thread nie, sy tgk ramai yg beri pandangan yg boleh mengelirukan forumer hinggakan lari dari tajuk yg cukup simple dari TT. TT pon dah menghilangkan diri maybe sbb tak sanggup nak baca perbincangan yg terlalu mendalam... Persoalan TT langsung tak terjawab... Bagi sy yg hanya berilmu dalam Fardu Ain sahaja nie nampak ada dua puak yg berbeza pandangan dan bergaduh sesama sendiri padahal satu agama yg sama. Ini lah yg ingin dilihat oleh org kafir, umat islam bergaduh tentang agama islam dan berpecah. Maka berjayalah fitnah dan kesesatan yg cuba diserapkan oleh org kafir hingga masuk kedalam forum ini sendiri.

Pada sy ada dua golongan yg berbincang secara tak harmoni disini. satu golongan yg berpegang pada Al-Quran sahaja dan golongan yg berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Sy tak ckp golongan mana yg salah, dua-dua betul dan dua-dua salah. Kenapa?? Mari sy ceritakan...

Sememangnya betul didalam Al-Quran tidak disebut supaya umat islam(perempuan) memakai tudung. Malah tidak disebut Hijab atau selendang sekalipun. Apa yg disebut didalam Al-Quran hanyalah menutup aurat sahaja. Tutup aurat dgn apa?? Allah tak terangkan. Kenapa?? Sbb banyak yg Allah turunkan didalam Al-Quran dalam bentuk kiasan atau umum. Maka disini perlunya seseorang untuk mentafsirkan Al-Quran dan disampaikan kepada umat islam. Siapa?? Nabi Muhammad Sallahualaihisallam... Setiap penerangan baginda disampaikan sehingga kini dalam bentuk Sunnah/Hadis. Kenapa Allah hanya tulis bagi tahu tutup aurat secara umum sahaja.. Akal kita yg hebat nie tentunya dapat berfikir. Takkan la Allah nak tulis perempuan tutup rambut dgn tudung.. Sbb org melayu je panggil kain tutup kepala sebagai tudung. Kat Cina nama lain, kat Arab nama lain, kat thailand lain pulak namanya. Kalau ada perempuan tutup auratnya dgn kertas ataupon kotak tetap jugak tertupup auratnya jika dibuat dgn betul.

Seharusnya kita jgn lah terlalu taksub dgn apa yg org sampaikan kepada kita hinggakan kita sesat. Jika tak pandai kenalah belajar, dah belajar amalkan, dah amalkan kita sampaikan, dah sampaikan jgn pula kita terpesong. Ilmu Allah itu luas, tak terjangkau untuk kita fikir. Samalah dgn Al-Quran, ia adalah mukjizat yg dipelihara Allah hingga akhir zaman hinggakan tak dapat dipalsukan. Tetapi, org yg membaca tanpa memahami Al-Quran pula menyampaikan Al-Quran tanpa penafsiran dan panduan yg sepatutnya. Untuk kita memahami Al-Quran perlu kita belajar bahasa arab itu dahulu kerana setiap perkataan bahasa Arab walaupon perkataan sm boleh memberi maksud berbeza jika lain sebutannya.

Satu lagi, islam itu mudah dan tidak menyusahkan tetapi jgn lah memudahkan hukum islam pulak. Yg haram tetap haram, halal tetap halal. Panduan haruslah dari banyak sumber supaya kita tidak sesat tetapi pengangan tetap satu iaitu tali Allah.

Jika kita tidak tahu tengtang sesuatu rujuklah Al-Quran, dah jumpa dlm Al-Quran rujuklah pula Hadis untuk penerangan, dah jumpa Hadis rujuklah pula pada alim ulamak atau golongan yg diiktiraf ilmunya dlm agama Islam. Jgn kita rujuk pd org sebarangan yg tidak tentu ilmunya......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 01:17 PM | Show all posts
Kepada TT pula, bg sy masalah TT lebih kepada kekeliruan. Sy rs tentu tentunya tahu tentang hukum hakam agama. Apa yg halal dan apa yg haram.. Jd tak timbul soal hukum bab bertudung ataupon menutup aurat. Kenapa sy kata TT keliru?? TT keliru tentang diri sendiri, keliru apa yg perlu dibuat, keliru dgn pandangan org, keliru dgn kata-kata org, keliru dgn kata-kata hati dan yg paling bahaya keliru dgn bisikan syaitan. Kalau TT tak keliru, TT takkan kata nak tunggu sampai seru, nak tuggu sampai masa.

sebut passal seru, panduan dan pedoman, sebenarnya sy pening fikirkan apa seruan, panduan, pedoman atau hidayah yg TT cari atau tunggu. Padahal seruan telah sampai kepada kita dah lama. Iaitu seruan dari para nabi dan rasul hingga ke Nabi Muhammad. Panduan yg macam mana pulak yg dicari?? Allah dah bg panduan yg cukup lengkap iaitu Al-Quran dan Rasul kita juga telah sertakan dengan sunnah dan hadis sebagai panduan dan penerangan. Allah dah bg segala seruan, panduan dan hidayah kepada kita, cuma kita yg yg buat bodo dan mengharapkan benda lain. Agaknya tunggu Allah muncul depan mata dan cakap solat lah, tutuplah aurat. Jgn lah kita mengharap perkara sebegitu sememangnya ia takkan terjadi kepada kita. Kecualilah kalau kita dah masuk syurga barulah kita boleh berjumpa dgn Allah.

Jgn lah sebabkan kekeliruan kita hukum agama pulak dipersoalkan. Padahal kita sebenarnya malas dan tak nak tapi cakap pulak belum sampai seru atau belum sampai masa. Kalau tunggu sampai ms rs nya sampai mati pon kita masih lagi berada dalam keadaan yg sama. Kita tak tahu bila kita mati, ntah-ntah sekejap lg. Kalau sekarang bukan masanya bila lg?? Kalau nak dikatakan belum sampai seru rsnya apa yg di bg tau oleh forumer lain juga adalah seruan, seruan untuk melakukan perubahan dari kepada buruk kepada baik, dari baik kepada lebih baik.

Adakah TT masih lg keliru?? Keliru dgn kata-kata hati dan bisikan syaitan?? Keliru- "betul ke apa yg dicakapkan oleh forumer nie??"  "Tak pe.. Masa ada lg.." "Org lain tak tutup aurat gak, pe kisah" "Mak aku pon tak marah, nie org lain pulak menyibuk" "Aku tak tutup aurat pon tetap solat gak"  "Perangai aku lg bagus dari org yg tutup aurat"

Pernahkah TT terfikir... TT solat 5 waktu katakan 10 minit setiap waktu maka jadi 50 minit, kita mudahkan jd 1 jam. So 1 jam je la TT solat sehari. Katakan TT pegi keje pukul 8 pg. dan sampai rumah dari tempat keje pukul 6 ptg. So 10 jam TT berada diluar rumah tanpa menutup aurat dan menayangkan aurat kepada entah berapa ramai pemuda ajnabi. Katakan dlm 50 org sehari. Cuba TT kira dan renungkan. cukupkah solat TT selama 1 jam sehari untuk cover dosa TT tunjuk aurat selama 10 jam dan kepada seramai 50 org dlm sehari... mampukah solat TT yg tak seberapa itu menanggung dosa sebegitu besar?? Khusyukkah solat TT untuk 1 jam itu??? Diterima kah solat TT itu??? Cuba renungkan....

Kalau dikira dari akhlak pula.. Mmg kita selalu rs kita yg selalu tinggal solat pon peragai lg bagus dari org yg solat ontime. Kenapa?? Itulah kasih sayang Allah pada umat islam. Walaupon kita buat salah kita tetap diberi kasih sayang. Allah jg perangai kita supaya kita sedar walau seteruk mana pon kita Allah tetap sayang pada kita. Dari kasih itu sepatutnya timbul keinsafan kita. Allah sayang pada kita tapi kita tidak sayang pada diri kita sendiri.. Kita lupa dan lalai bahawa hidup kita sementara sahaja didunia yg kekal hanya diakhirat. Disanalh nanti kita akan nampak kita sebenarnya sayang atau tidak dgn diri kita. Jika kita menurut perintah Allah didunia kita akan dapat nikmat diakhirat, jika ingkar nerakalah tempat kita. Kalau kita sayangkan diri kita sudah tentu kita tidak mahu masuk neraka sbb kita akan diseksa nanti. Maka gunakanlah kasih sayang Allah itu dan insaflah. Semua itu adalah seruan, pedoman petunjuk dan hidayah tetapi tidak sedar malah kita lalai dan kita buat tidak endah sahaja.. Fikirkanlah.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply 242# habibollah


"The truth cannot be told, it must be realized".

saya tertarik dengan kata-kata saudara/i habibollah. teringat saya kepada sebuah kitab yang ditulis oleh syeikh muhyiddin ibnu arabi. katanya: "mengapa? apakah dalil kebenaran? jika anda membutu*kan bukti atas sebab yang diperintahkan kepada anda; carilah di dalam pengalaman anda sendiri dan akibat perbuatan yang telah anda lakukan. namun, untuk menemukannya, anda membutu*kan sebuah tangga yang tinggi untuk naik, dan tangga itu juga tersimpan di dalam diri anda sendiri. jika anda menemukannya, kebenaran menjadi milik anda".

namun pada pandangan saya, melalui pengalaman saya sendiri, saya boleh katakan dengan yakin bahawa rambut juga wajar ditutup ketika solat (perbuatan) dan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi.

masalah di board ini adalah apabila ada segelintir menganggap dirinya paling benar, seolah-olah orang lain bodoh dan tidak tahu apa-apa. saya kurang senang kalau kita saling melabel orang lain dari fahaman lain, tidak kenal ALLAH dan sebagainya. kalau boleh... cuba berhujah dengan baik dan menerima kebenaran pendapat orang lain.

saya rasa agak keras apabila seseorang yang berpegang pada gerak dan diam ALLAH, serta mengaku bahawa dia duduk di dalam ALLAH dan memakai sifat-sifat ALLAH berkata-kata seolah-olah hanya dirinya sahaja yang kenal ALLAH, digerak atau didiamkan oleh ALLAH dan sebagainya. orang lain bagaimana? lupakah kita bahawa "TIDAK BERGERAK SATU ZARAH PUN TANPA IZIN NYA".

teringat kata-kata saudara seguru saya; bicaralah perihal Allah menggunung pun, kalau tidak mengenal inti-NYA, hanya akan sia-sia dan mengelirukan. akhirnya ALLAH cuma dijadikan bahan untuk menghukum orang lain. pada hal semua orang berada dalam hakikat asal yang SATU. bila ada yang mengingkari ini, maka itulah dinamakan fasik dan kafir, yang harus diperbetulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply 245# warisputerijawa


    saya pn tertarik dgn post anda,alhamdulillah. Jika cari ilmu,ilmu yg kita dpt,jika kbenaran,kbenaran yg kita akan dpt. Jalan akan dktahui seandainya ada kmahuan. Mahu itu penting untuk sampai.to all: berilmu dgn beriman.InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2011 10:29 PM | Show all posts
Nama pun manusia (lupa)... Kebanyakan kita akan mengingati Allah apabila dilanda kesusahan atau sakit dan sering melupakannya ketika kita dalam kesenangan atau sihat..
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara...
Hidup di dunianya sementara sahaja ... akhirat kelak kekal abadi..
Jadi bertudunglah anda semasa hidup ini sebelum anda ditudungkan menghadap Allah kelak..
Bersusah2 dahulu... bersenang2 kemudian..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:32 PM | Show all posts
Kepada TT pula, bg sy masalah TT lebih kepada kekeliruan. Sy rs tentu tentunya tahu tentang hukum ha ...
acesecure Post at 17-7-2011 13:17



   well said....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 12:00 AM | Show all posts
'decaf' ialah singkatan untuk 'decaffeinated' - bukan 'caffein'. kalau kesilapan ini sbb k ...
Decaffeinated Post at 16-7-2011 20:57



En decaf...
bukan sbb kejahilan,,tapi bile trpndag nama decaf ni..akan lebih terserlah nama tgh tu..tu yg pgil caffein je...anyway,
lpas ni sya akan praktik pgil decaf je ek...


mungkin sdri tak pernah terbaca kisah diskriminasi terhadap wanita bertudung ? kisah seorang ibu yg tidak dibenarkan menaiki bas selepas peristiwa pengeboman London? Seorang 'singh' yg tak pasal-pasal kena tembak selepas 9-11? Tak laratlah nak cerita...




saya tak lihat kes2 kat atas tu sbg masalah dan bahaya bertudung pon...


msalah2 di atas lebih kepada sikap prejudis  msyrakat bukan Islam kepada Islam hnya disebbkan oleh peristiwa 9-11...


Itu memng lumrah manusia kan..klo de apa2 peristiwa yg melibatkan sesuatu kaum @ agama..org lain yg tak bersalah pon akan tercalit sama...sedngkan itu hanya melibtkan segelintir manusia je...dan bukannya semua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 12:13 AM | Show all posts



Adakah pakaian wanita taliban ini adalah jilbab yang dikatakan didalam Al-Qur'an?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 01:10 AM | Show all posts
xperlu tanya soalan cmni pon. mmg jwpn yg org akan kasi ialah... BAIKLAH ANDA BERTUDUNG.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 11:55 AM | Show all posts
Kepada TT pula, bg sy masalah TT lebih kepada kekeliruan. Sy rs tentu tentunya tahu tentang hukum ha ...
acesecure Post at 17-7-2011 13:17


Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 12:30 AM | Show all posts
xperlu tanya soalan cmni pon. mmg jwpn yg org akan kasi ialah... BAIKLAH ANDA BERTUDUNG.
mujer_in_espejo Post at 18-7-2011 01:10



   yeah!...sgt jujur dan btol...i like!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 251# mujer_in_espejo


   errr.. nak betulkan skit. Bukan "baik bertudung' tapi "wajib menutup aurat". Kalau setakat pakai tudung shj tp aurat terdedah pon sama la ngan tak pakai tudung. So, jgn la salah tafsir pulak. Ramai org sekarang nie anggap tutup aurat tu bertudung. Walhal aurat lain terbiar shj.. Dan ada pulak yg bertudung tp sm la mcm org tak pakai tudung, rambut tetap gak terdedah. Pakai baju yg ketat dan terdedah.
Kat sinilah pula kita pergi kepada part kedua. Dah tutup aurat, sempurnakan tutupan tu. Pakailah pakaian dgn cara yg betul. Seperti mana sabda Rasulullah, tapi sy tak ingat periwayat hadis nie.

"Satu masa nanti kaumku memakai pakaian tetapi seolah-olah bertelanjang". Maaf kalau silap, sbb sy mmg tak ingat sgt. Kalau ada siapa yg jumpa hadis nie sila la kemukakan... sy cuma ingat baris nie shj.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 03:45 PM | Show all posts
Assalamualaikum hafira,

Alhamdullilah...........sesungguhnya Allah swt 'telah' pung membuka h ...
niceghost2005 Post at 7-7-2011 11:28



    wahhh jawapan yang best,betul tu nak pakai tudung xyah nk tunggu iklas ,biarlah nak hipokrit asalkan aurat ditutup.mana ade org  yg bebetul rela menutup aurat kalau boleh nak bogel lagi senang xyah beli baju cuma sebab takutkan allah jerk kita mengikut arahannya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 09:24 PM | Show all posts
mana ade org  yg bebetul rela menutup aurat kalau boleh nak bogel lagi senang xyah beli baju...
copy_paste Post at 25-7-2011 14:45



    ko minum apa mabuk sampai begitu sekali....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 09:53 PM | Show all posts
saya pernah dgr ceramah ustaz yg ..amalan tidak diterima jika kita tidak menutup aurat. bertapa syukornya saya. perkerjaan saya tidak menghalang saya menutup aurat.bertapa gembiranya saya bila dapat terus solat tanpa memakai telekung kerana pakaian telah menutup aurat. bertapa berbezanya treatment yg saya dapat hanya tambahan sehelai kain.sehelai kain yg memelihara pemakainya dari bahang matahari,bahang api neraka .kalau hidup di dunia sementara, apalah sangat menambah sehelai kain utk menjadi tabir pemisah api neraka. mahalnya kain bukan kerana fesyen tp principle agama itu.fikir2 kn
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:29 AM | Show all posts
Dah ada ke yang tempek surah an-nur ayat 31? semalam masa duk check bacaan guna software al-quran digital... terjumpa ayat ni... terus teringat kat thread ni... Maaf mak takde ilmu apa pun... just inform apa yang me 'dijumpakan'.. seperti yg dicontohkan oleh habibollah.... nak cari jawapan cari jer thru ayat2 al-quran.... huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 06:37 PM | Show all posts
Reply 254# acesecure


    setuju. Bukan sikit jumpa org yg pakai tudung elok tapi pakai baju lengan pendek
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 12:04 AM | Show all posts
Ni Bukan terpaksa atau memaksa
kena pakai jugak
nak tak nak kene pakai jugak
nilah soal hukum yang telah ditetapkan dalam Al Quran
Semoga saudari terbuka hati untuk menutp aurat
ingatlah jgnlah btangguh2 utk melakukan kebaikan
kerana kita tdk tahu ajal dtg menjemput.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.392148 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list