CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafira

bertudung @ freehair

  [Copy link]
Post time 29-7-2011 02:01 PM | Show all posts
aku sekadar nak berkongsi dengan TT dan kengkawan yg lain..aku dulu tak pernah pakai tudung rambut ala2 avatar aku..hahaha..nanti aku tukar ekk.. pakai tudung pun masa gi kubur time raya..time lain2 ada majlis org2 tua aku pakai selendang nampak jambul yg rambut aku berkaler2..tapi 5 waktu..puasa aku tak tinggal tapi bab2 pakai tudung aku gagal..aku cuba berubah sikit2 mula2 aku pakai tudung nampak jambul ikat depan tapi kain aku belah belakang.. kebaya pendek..kebaya nyonya..kurung moden pun aku belah belakang...sejuk angin masuk kott..lepas tu aku jahit kain jangan nampak kaki..akhirnya aku tak pakai dah baju2 tuu.. org cakap atas tutup bawah terbukak..aku tak pedulik janji aku bahagia...tu kisah baju kerja...baju kat luar lak ...masih pakai baju ketat tapi pakai tudung aku tak pedulik org cakap pakai tudung tapi pakai ketat2 nampak bentuk badan...aku pedulik apa pikiran aku badan aku kecik mangga pun tak seberapa beso..montot pun tak beso mana... bukan org nak pandang punn..dari hari ke sehari aku berubah pelan2 tak perlu terus bertudung litup...tak de la pulak malam aku mimpi jumpa tok janggut ke nenek ke pesan soh pakai tudung ke apa ke... lepas tu aku dah pandai pakai anak tudung org panggil serkup rambut dah tak nampak...aku seronok pulak berubah sikit2 memang tak de sesapa pun yg suruh aku buat pelan2...lama2 aku buang baju2 aku yg ketat2 dan yg pendek yg nampak montot.. aku dah pandai pilih baju yg panjang yg tutup montot..kira aku dah berhijrah dunia baru..aku akan kekal dengan gaya cam ni..tudung dari nampak jambul aku dah buang dan aku ganti dengan tudung2 yg tutup bahagian dada...moralnya tak perlu perubahan yg mendadak yg penting perubahan tu biar ikhlas dan datang dari hati sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 06:25 PM | Show all posts

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka memelihara pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan nafsu kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an nur ayat 31)


kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lemah lembut dan  manja (semasa bercakap dengan lelaki yang bukan suami kamu) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (yang sesuai dan sopan).(surah al ahzab ayat 32)



sabda rasulullah saw yang bermaksud


"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu adalah lebih baik daripada menyentuh perempuan  yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang meminum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:43 PM | Show all posts
1. Ramai orang berfikiran mcm si pembuka benang ni.
2. Dulu saya juga one of them.
3. Kini tidak lagi kerana saya tahu menutup aurat itu adalah wajib untuk semua perempuan Islam yang sudah akil baligh.
4. Tak ada susahnya untuk menutup aurat malah seriously LEBIH SELESA dan LEBIH ANGGUN.
5. Tutup aurat lagi mudah sbb nak solat tak perlu bertelekung bagai..kan syarat sah solat kita kena menutup aurat. Aurat kita di dalam solat samalah aurat kita di luar waktu solat.
6. Bila kita dah menutup aurat sempurna secara semulajadinya bila kita nak buat maksiat pon kena fikir berjuta2 kali.
7. Hidup lebih aman dgn menutup aurat.
8. Aurat saya ekslusif untuk tatapan suami saya...auuuwww and of coslah dgn muhrim saya.
9. Katalah....dlm rumah kita bersinglet dan berseluar pendek tetiba nak angkat kain sbb hujan...susah apa...sarung aje jubah dan tudung....angkatlah kain. Ha...saya selalunya ada baju spare kat bawah...senang nak capai bila emergency.
10. Bila kita sudah sempurna menutup aurat & solat & juga amalan lain....lagi senang kita nak didik anak kita. Sbb kita ni role model pada anak kita.

Betul tak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 01:48 AM | Show all posts
Adakah jilbab dan rada' sama..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 01:56 PM | Show all posts
Reply 1# hafira

pelik... kata solat... tapi bukak aurat...

kalau solat tak pernah tinggal... dan khushuk... pasti aurat juga terpelihara...


sebab apa?????....


bila solat itu khushuk... dan hadirnya rasa hina, takut dan berdosa pada Allah.. pasti x buat perkara mungkar...


mungkin solat x khushuk... kene cek....

ingat.. kalau solat tapi x khushuk... bley masuk membawa keapda kecelakaan...

107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,

       

107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,


p/s: solat tu buat kerana ikhlas ke kerana terpaksa....


pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:03 AM | Show all posts
As-salam

Sekadar perkongsian. Bertudung di Malaysia sekadar melengkap syarat:



Bertudung untuk melengkapkan tuntutan syariat:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2011 09:00 PM | Show all posts
Reply  acesecure


    setuju. Bukan sikit jumpa org yg pakai tudung elok tapi pakai baju lengan ...
shahaizat Post at 27-7-2011 18:37



terkini, trend pakai tudung tp pakai legging.apa agaknya dalam kepala otak perempuan yg pakai cam ni?
cover the skin not, the shape
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 09:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by kismis at 27-10-2011 21:12

to TT

Saya ada RAMAI kawan macam TT. Bila diajukan hal tudung ni, akan cakap sama sebijik macam yg TT cakap.
Tunggu seru.. tunggu hati terbukak.. tunggu ikhlas.. dan jawapan best..  takde paksaan dalam islam tau...

maksud takde paksaan dalam islam tu dah disalah ertikan. Tidak ada paksaan ni lebih kepada, paksaan utk org bukan islam utk memeluk Islam. Tapi orang yg mmg Islam WAJIB mengikut syariat Islam yg telah ditetapkan. Kalau tak ikut? Kalau ikut hati sendiri?

Jawapan dia senang saja. Berdosa lah. Apapun Allah yang maha Mengadili setiap hambaNya. Kita pun tak boleh nak kata org yg free hair tentu2 masuk neraka, dan vice versa. Tapi kalau tak bertudung tu, makna berani benar ye kita ni sebagai hamba dia, hidup di muka bumi Allah tapi melawan suruhannya.. menerima segala nikmat yg Dia kurniakan pada kita tapi kita berkira dengan Dia.

Yang tak bertudung tu kalau orang tanya, tolonglah jangan menjawab. Senyap sudahlah. jangan bukak aib dan jahil sendiri dengan bagi jawapan - saya tak ready, hati ak terbukak, belum sampai seru.. tiada paksaan dalam Islam...

Apa pun macam ustaz saya cakap, kalau masih berani buat apa yang Allah larang, cuba kaji balik cara kita solat... Wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2011 07:23 PM | Show all posts
sangat pelik bila ada forumer pompuan sini ckp tutup aurat mmg wajib tetapi sebab belum dapat hidayah ja yang buat tak pakai betul lagi. lps tu ajak kita semua berdoa semoga beliau diberi hidayah.

elo.......wajib...dalam alquran dah tulis....ni tak baca alquran atau mmg tak maw tutup aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 01:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by DARSITA at 30-10-2011 09:38
saya pernah dgr ceramah ustaz yg ..amalan tidak diterima jika kita tidak menutup aurat. bertapa syuk ...
glump Post at 25-7-2011 05:53



    cuba dengar ceramah ustaz azhar idrus .. bab amalan ibadat orang tak tutp aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 08:44 AM | Show all posts
Tak pakai tudung nak pergi mana? Masjid? Tanah Suci Mekah? lepas tu, hari-hari takut hari nak kiamat, takut dengan bayang-bayang sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.123505 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list