CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14793|Reply: 109

Peluru Perpandu Mek Jena...Curlast uollss

[Copy link]
Post time 7-7-2011 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Nyah-nyah sekalian yg sebok menjaja tuboh tak laku tu..bergrnti sekejap nok..mak nak chegite ni. ade gosip hebat nok. hari Isnin yg lepas, adelah satu simposium bagai untuk artis kekdahnya... Ahli Panel kelazz u, aizat, DD termasuk mek jena uollss.. Apa yg menarik, mek jena dgn lantangnya telah membela nasib artis uollss terharu mak hokay.. Sheols kekdahnya telah menceritakan segala kemelut para artis... Sampai sheolss cakap persatuan artis ni buang masa, perlu wujudkan hanya satu persatuan saja uollss. kelazzzz mek jena. Malah pengacara Roslen Sheh setuju bagai dgn cadangan mek jena... Gosipnya, uolss rasa, ade retis lain lagi ker yg berani bagai mcm superwoman mek jena??? Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2011 11:45 PM | Show all posts
Nyah-nyah sekalian yg sebok menjaja tuboh tak laku tu..bergrnti sekejap nok..mak nak chegite ni. ade ...
Kak_Nam Post at 7-7-2011 23:44


            'Persatuan Artis Hanya Buang Masa' - Ziana Zain         
                     
Oleh FERIDE HIKMET ATAK        Ziana Zain

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ziana Zain menganggap penyertaan selebriti   dalam mana-mana persatuan artis adalah satu pembaziran masa.
Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya.
"Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan.
"Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai  persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri, sampaikan ada yang berebut jawatan," tegasnya.
Tambah Ziana kerana hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu menyarankan kepada para selebriti untuk merujuk kepada satu  agensi sahaja iaitu Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) jika berhadapan dengan masalah.
"Saya sarankan para artis untuk sertai Kopstar kerana ia boleh banyak membantu kita daripada pelbagai segi termasuklah hak-hak royalti artis.
"Memang ramai yang tidak tahu tentang koperasi tersebut  kerana ia kurang diberi publisiti yang meluas tetapi, Insya-Allah, segala kesulitan yang berlaku boleh diatasi," katanya.
Beritahu Ziana lagi, dia tidak kisah jika bersuara lantang tentang hal-hal tersebut kerana tidak mahu masalah industri hiburan yang ada dirumitkan lagi dengan adanya banyak persatuan artis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 11:46 PM | Show all posts
Ziana Zain Tegur Syarikat  Korporat Enggan Taja Konsert         
                     
Oleh FERIDE HIKMET ATAK        Zianan Zain

KUALA LUMPUR:Penyanyi Ziana Zain menegur syarikat-syarikat korporat di negara ini yang enggan menaja konsert penyanyi-penyanyi tempatan berbanding penyanyi antarabangsa.
Kata Ziana, walaupun dia tahu hal tersebut sudah lama berlaku, dia ingin menegaskan kembali  kepada pihak penaja bahawa penyanyi tempatan  mempunyai kualiti dan aura untuk menarik penonton membeli tiket konsert.
"Saya masih tak faham kenapa penyanyi-penyanyi tempatan sering dianaktirikan. Saya harap pemikiran skeptikal pihak penaja terhadap kami akan berubah.
"Kali terakhir saya membuat konsert pada tahun 1996 dan selepas itu, sampailah sekarang saya masih lagi menanti. Memang ada penganjur yang ingin menganjurkan konsert untuk saya tapi, penaja pula yang tidak ada.," katanya.
Bagaimanapun, duta produk Antabax itu gembira kerana masih lagi ada yang ingin menganjurkan beberapa persembahan konsert mini untuknya di Singapura
"Sejak penglibatan  saya dalam industri, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, sekali dalam setahun mesti ada tawaran buat persembahan.
"Bagaimanapun saya  sangat rindu membuat konsert di negara sendiri. Malah saya juga rindu untuk melihat peminat-peminat menyanyi bersama-sama sambil mengukir senyuman, ia memberi satu kepuasan buat saya," ujarnya.
Bagaimanapun, jika benarlah ada yang ingin menganjur serta  menaja konsertnya, dia enggan membuat persembahan itu secara ala kadar sahaja sebaliknya mahu  t para penonton  rasa berbaloi dengan harga tiket yang dibeli.
Sementara itu, Ziana mengakui, walaupun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, dia masih  menerima pelbagai tawaran berlakon sehingga kini.
"Kalau nak ikutkan hati, memanglah saya nak berlakon. Tetapi apabila memikirkan anak-anak, hasrat itu terpaksa saya lupakan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 11:47 PM | Show all posts
Ziana Zain : Artis Malaysia Macam Petani                                                                        0 Comments                                                   

by 2067120 | 06 Jul 2011 | in                                         HIBURAN,                                         BERITA HANGAT,                

                        
                                                                                                                                                                                              
                     
                                                                                            
Majlis “Simposium Hari Himpunan Bintang Kosmo!/MyIPO 2011” yang berlangsung petang semalam menyaksikan lebih 300 penggiat seni berkumpul bagi menyuarakan hak berkaitan harta intelek.


Bagi penyanyi popular, Ziana Zain yang menjadi salah seorang panel pada petang itu, beliau menyokong kuat usaha Kosmo! dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam menganjurkan majlis sebegini.


Ketika perbincangan, Ziana yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air meluahkan perasaan serta berkongsi masalah yang sering dihadapi oleh para penggiat seni tempatan.


“Bayangkan, dah 20 tahun saya dalam industri ini, nak beli sebuah rumah Semi-D pun saya teragak-agak, tak mampu. Saya pelik, bila filem lama-lama saya ditayangkan semula di televisyen berpuluh-puluh kali, saya tak dapat satu sen pun. Peratus yang syarikat rakaman bagi pada artis pun betul-betul rendah.


“Banyak sangat persatuan, sampai saya tak tahu dengan siapa kita nak kutip bayaran kita. Duit yang sepatutnya kita dapat, tak dapat. Artis di Malaysia ini nampak saja mewah, peraga baju mahal, tapi realitinya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kami ini dah kira macam petani, bukan petani ladang tapi petani suara,” luah Ziana ketika ditemui sejurus selesai majlis.


“Kita cakap banyak pun tak guna jika orang persatuan tak tolong kita. Industri kita dah macam pasar malam, suka hati saja. Saya dah penat nak cakap pasal isu royalti lagi. Letih jika tak ada tindakan. Bagi saya, masalah ini boleh ditangani jika kita semua serius. Ini kalau karyawan sesama karyawan pun bergaduh, macam mana. Mana hak kami sebagai artis. Lebih baik bubarkan saja dan gabungkan semua menjadi satu.”


Apabila ditanya kepada Ziana perihal ada pihak yang mencadangkan namanya sebagai ketua persatuan, Ziana menjawab, “Saya pembakar semangat, nak war-warkan perkara apa-apa, bolehlah. Tapi untuk memegang jawatan yang tinggi, itu satu tanggungjawab yang besar bagi saya. Saya sendiri pun tak berapa tahu tentang apa yang berlaku dalam industri.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 11:50 PM | Show all posts
3 das tembakan..harus sentap bagai para presiden persatuan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 11:53 PM | Show all posts
kenape golongan pon pon minat mek jena eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2011 11:53 PM | Show all posts
byk  lak thread mek jena
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 11:54 PM | Show all posts


belum habis lagi ke musim retis pakai belt wwe champion ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2011 11:55 PM | Show all posts
khen..dr membuang masa menyanyi baik jaga hanak dan somi kat umah..wat amal ibadat lg afdal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2011 11:57 PM | Show all posts
belum habis lagi ke musim retis pakai belt wwe champion ni
MarryPottet Post at 7-7-2011 23:54


Nok, ni gambar recycle nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 12:02 AM | Show all posts
ziana + rosyam pernah wat stetment apa ngah 5,6 tahun lepas...bimboo sgt stetment time tu..ada satu issue ttg artis r...

pastu stetment sal skirt tu lg la best

x layak dijadikan pemimpin pun...

tp dia lantang bagus r, dia topstar so org leh dgr r komen dia instead of wartawan gi quote kelantangan fazli zainal kutuk radio x pasang lagu dia dulu..terus kene banned mamat tu kn?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2011 12:08 AM | Show all posts
ziana + rosyam pernah wat stetment apa ngah 5,6 tahun lepas...bimboo sgt stetment time tu..ada satu  ...
sokmogitu Post at 8-7-2011 00:03


nok perlu ker sampai 2 post nyah??? choyy sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 12:11 AM | Show all posts
kaknam ni asyik bukak thread pasal kak jena jer...
curlast sgt kak jena  di mata kak nam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 12:13 AM | Show all posts
Reply 10# Kak_Nam
patut pong
sama cam pesen baju riezman ruzaini yg ct nurhalijah pakai 2 tahun lepas



pinggang tinggi tak henggat serupa pesen macha dlm gambor di bawah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2011 12:14 AM | Show all posts
kaknam ni asyik bukak thread pasal kak jena jer...
curlast sgt kak jena  di mata kak nam..
September14 Post at 8-7-2011 00:11


Haruzz la nyah.. weolss berdua jah yg bertaraf internasional..yg lain..Malaysia pun sangkut nokkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2011 12:16 AM | Show all posts
Reply  Kak_Nam
patut pong
sama cam pesen baju riezman ruzaini yg ct nurhalijah pakai 2 ta ...

MarryPottet Post at 8-7-2011 00:13


Nyah, kat atas kepala tu apa?? mcm kain panty jah?? bukak ikut atas kah..oppss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2011 12:52 AM | Show all posts
Reply 18# Kak_Nam
itu french lace okeyh!
harga jumlah kain yg diperlukan utk serkup tu = harga sebijik rumah pprt
kalau quasimodo is known as hunchback, pesen serkup berbonggol siti nurhalijah ini patut dipanggil hunchead

mohtip ko ajak aku menyimpang ke laut dalam thread ko sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 01:02 AM | Show all posts
mcm berkempen lak dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 01:03 AM | Show all posts
duduk rumah je lah ahkak jena
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 01:51 AM | Show all posts
konsert mek jena  haku tunggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.688451 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list