CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10723|Reply: 48

Shanty dan KD, macam sama ja?

[Copy link]
Post time 9-7-2011 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Shanty letih jadi ibu

Font: [ BB B M S ]

•Hiburan •Hip •2011-07-09 08:10 •Click: 39 •Disediakan oleh Berita Harian



BELUM terlintas di fikiran Shanty untuk kembali menekuni dunia yang pernah memperkenalkan namanya, sementelah kini dia memilih untuk berada di sisi suaminya, Sebastian Paredes dan menetap di Hong Kong.

Selepas menikahi Paredes pada 24 Julai 2010, Shanty yang pernah popular di Malaysia dengan lagu duet, Hanya Memuji bersama Marcell nekad meninggalkan dunia yang digelutinya sejak 14 tahun lalu. Ketika pulang bercuti ke Jakarta, akhir Jun lalu, Shanty, 33, saat ditanya kemungkinan untuk kembali aktif menjadi anak seni, pantas menggelengkan kepala. Akui pemilik nama lengkap, Annissa Nurul Shanty Kusuma Wardhani Heryadie ini, niat itu terpaksa dipendamkan selepas kelahiran anak sulungnya, Arjuna Lucio Paredes, 4 bulan lalu. “Saya sudah lapan bulan menetap di Hong Kong, justeru harus realistik untuk meneruskan pekerjaan ini. Apatah lagi jika memerlukan saya berulang alik antara Jakarta dan Hong Kong.

“Mungkin saya bebas di sana, tetapi itu tidak bermakna saya cuma duduk memeluk tubuh di rumah. Menguruskan anak itu ternyata jauh lebih berat berbanding menjadi anak seni,” kata Shanty yang berhijrah ke Hong Kong ketika hamil empat bulan.

Bintang Berbagi Suami ini berkata, membesarkan Arjuna menyita sebahagian besar masanya kerana peranan sebagai ibu dijalaninya tanpa henti selama 24 jam. Namun, wanita berkulit hitam manis itu mengakui segala lelahnya hilang tatkala menatap wajah anak tertawa girang dan lincah menyusun gerak.

“Jika dibandingkan penggambaran filem dan menjayakan persembahan bergerak di luar Jakarta, menjadi ibu menuntut kekuatan luar biasa. Ini pekerjaan paling meletihkan pernah saya alami. Selagi waktu berputar, ia tidak akan pernah selesai. Tetapi sebaik menatap wajah dan mendengar suaranya, semua perasaan itu hilang.

“Arjuna itu syurga buat saya dan suami. Senang melihat dia membesar di depan mata, malah kelahirannya melengkapi hidup kami berdua,” kata Shanty mengenai anaknya yang dilahirkan di Hong Kong pada 25 Februari lalu.

Meskipun mikrofon dan pentas tidak lagi menjadi mainannya, namun keghairahan Shanty untuk bernyanyi masih belum pudar.

Sesekali suaranya akan terus berkumandang. Namun itu cuma terbatas sekadar menghiburkan hati anaknya yang menurut Shanty ialah penggemar setia nyanyiannya.

“Dia akan segera memberi tindak balas apabila saya melontarkan suara.

Mungkin saya tidak lagi menyanyi di depan orang ramai tetapi saya masih punya penonton setia. Bila pun saya menyanyi, Arjuna setia mendengar dan itu cukup membahagiakan saya,” kata wanita periang yang mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan Indonesia sejak 12 September lalu.

Shanty yang kali terakhir muncul dengan filem komedi, Madame X berkata, dia berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan industri hiburan. Perkara itu katanya, sering bermain di fikirannya malah akur keputusannya menikahi Paredes akan memberi kesan besar kepada perkembangan kariernya.

“Saya wanita yang memikirkan sesuatu perkara untuk jangka masa panjang. Sejak awal 2010, sebelum menyatakan kesediaan untuk bergelar isteri, perkara itu sudah saya fikirkan semasak-masaknya. Menutup fasa hidup saya sebagai anak seni yang dijalani selama 14 tahun bukan sesuatu yang mudah. Bayangkan awal pagi saja sudah padat pelbagai acara, selepas itu terbang ke sana sini untuk menghiburkan peminat.

“Jelasnya bukan semudah itu untuk saya menutup sesuatu yang pernah sebati dalam hidup ini. Malah, saya mengambil masa untuk mempersiapkan fizikal dan mental supaya benar-benar bersedia meninggalkan lapangan yang saya cintai ini,” katanya.

Pasangan lucu

TATKALA diaju pertanyaan mengenai perkahwinan beza budaya, Shanty menjelaskan, segala yang dijalaninya genap setahun bersama lelaki kelahiran Equador meninggalkan pelbagai momen indah. Akuinya, perbezaan mengeratkan cinta mereka malah ada saja hal yang mengundang tawa yang dilalui bersama lantas menyuntik keserasian kepada pasangan itu.

“Perbezaan budaya juga membuatkan kami saling melengkapi, malah tidak pernah menjadi masalah besar kerana ia memperindahkan suasana rumah tangga kami,” katanya.

Tiga tahun menjalin cinta sebelum melanjutkan keindahan perasaan itu ke alam rumah tangga, Shanty menerima segala kelebihan dan kekurangan suaminya. Bahkan sejak mula menjalin cinta, Shanty sudah belajar menyesuaikan diri untuk menjadi isteri kepada pengurus bank berkenaan.

“Saya ingin belajar bahasa Sepanyol tetapi terlalu susah. Jauh berbeza daripada belajar bahasa Inggeris. Sekarang pun saya cuma boleh sedikit-sedikit berbahasa Sepanyol,” kata Shanty yang pernah menghasilkan empat album.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2011 04:41 PM | Show all posts
Bersangka baikpun boleh, anak bersalin tak cukup bulan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 04:42 PM | Show all posts
Hurmm..x cukup bulan kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 05:02 PM | Show all posts
bunting sblm naik pelamin.........kot.........
bkn bunting pelamin
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 05:08 PM | Show all posts
malas nak buat kira-kira... sapa rajin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2011 05:19 PM | Show all posts
kalau retis M'sia Michelle dr melodi awal-awal dah temuramah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2011 06:02 PM | Show all posts
hendong...???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 06:22 PM | Show all posts
ok ler tuh...bukan dibuangnye anak tu merata2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2011 06:42 PM | Show all posts
retis hindon memeh sosiyal....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 07:28 PM | Show all posts
mana pakar matematik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:14 PM | Show all posts
nak tgk sket muka sominye..adakah sehensem raul lemos
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:19 PM | Show all posts
kristian ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:24 PM | Show all posts
ok ler tuh...bukan dibuangnye anak tu merata2...
yuna_ayu Post at 9-7-2011 18:22



   a'ah, betul jugak tu.... kurg2 dier syg ank dier, laki dier syg dier... tul x???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:30 PM | Show all posts
artis indon dh mcm artis hollywood
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:46 PM | Show all posts
die agama ape ek?


p.s x suke org ckp at least die  x buang anak merata2.. dosa ttp dosa (kalo die ehem sblum nikah la)
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by bottombikini at 9-7-2011 20:48
kristian ke dia?
cruz2 Post at 9-7-2011 20:19


kristian apaan sih kok ada anissa nurul...?

ni ha info lakinye http://www.thejakartapost.com/news/2010/05/10/sebastian-paredes-an-ecuadorian-home-indonesia.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2011 08:49 PM | Show all posts
apa nk heran dua kali lima jer dgn si anang tu...artis kita pun apa kurangnya sama2 sundal
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 08:55 PM | Show all posts
menggauli sebelum perkahwinan untuk melihat keserasian antara pasangan......Bila keserasian sudah terbit,maka diteruskan dengan ikatan pernikahan.....Lahir lah hasil cinta antara pasangan ini sebelum waktunya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 09:26 PM | Show all posts
mana pakar matematik ni?
cik.panda Post at 9-7-2011 19:28



    org aktuari pon leh kira hape...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 09:33 PM | Show all posts
org aktuari pon leh kira hape...
yuna_ayu Post at 9-7-2011 21:26



   uols aktuari ke? cuba kira.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065672 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list