CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80307|Reply: 387

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
Post time 12-7-2011 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by roti_planta at 13-7-2011 12:10

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Hujan lebat dan kilat yang sabung-menyabung tak mampu membuatkan Suria berhenti melangkah. Cincin pertunangan di genggam erat.Airmata mengalir deras, sederas air hujan yang turun. Dia tidak tahu ke mana arah yang harus dia pergi. Apa salah dan dosa yang telah dia lakukan sehingga tergamak Arman memutuskan pertunangan mereka. Sepuluh tahun mereka bersama menganyam cinta, semudah itu Arman mahu melupakannya. Tak adakah walau sekelumit perasaan di hati lelaki itu.


Suria rasa terlalu lemah dan kecewa. Hatinya bagai disiat-siat. Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata Arman sebentar tadi.


“Arm mintak maaf Su. Arm rasa tak mampu nak meneruskan pertunangan kita. Hati dan cinta Arm dah tiada buat Su. Kebelakangan ni, Arm rasa terpaksa bila bersama dengan Su. Minggu depan keluarga Arm akan datang berjumpa dengan keluarga Su untuk putuskan pertunangan kita. Arm minta maaf sekali lagi”


Tiada riak bersalah yang ditunjukkan oleh Arman saat itu. Seolah-olah Suria adalah patung bernyawa yang boleh di tolak kemana sahaja. Ah lelaki. Tega saja mereka menyakiti hati wanita. Segala janji yangpernah dibuat umpama angin lalu yang tidak meninggalkan sebarang kesan.


Suria berhenti di satu persimpangan yang lengang. Dia merasa amat penat dan bingung. Kenapa ini pengakhiran cintanya.Dia merasakan seakan jantungnya berhenti berdenyut. Tiba-tiba..


“Honnnnnnnnnnnnnnnnn………………………………..”


Pandangannya menjadi kabur dan perlahan-lahangelap. Pendengarannya juga semakin hilang. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku lagi.


#####################################################################


“Along,did she’s ok? I’m so worried. What are we going to tell Mummy and Daddy? How if she’s bringing this case to police. Ya Allah… I’m stressed.”


“ Adik ni kalut sangat lar. Tak dengar ker tadi Doktor Arif kata minah ni ok. Cuma dia terperanjat sikit jer. Adik tak langgar dia pun. We just wait for a while. I think she will wake up soon.”


Suria menggerak-gerakkan jari jemarinya. Saat matanya terbuka, dia hanya nampak siling dan dinding putih. Hidungnya dapat menghidu satu bauan yang janggal. Bau hospital! Dia berdehem untuk mengurangkan perit di tekak. Kelihatan seorang gadis dan seorang lelaki berdiri berdekatan dengan katilnya. Kedua-duanya tidak dikenali oleh Suria. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia terlantar di atas katil hospital ini. Kali terakhir yang dia ingat dan rasa hanyalah kesakitan di dada.


“Ehem…minta maaf cik. Saya berada di mana sekarang. Apa yang telah terjadi?” Suria bersuara perlahan sekaligus menarik perhatian gadis yang nampak agak kalut.


“Alhamdulillah akak dah sedar. Akak pengsan kat tengah-tengah jalan tadi. Nasib baik kami takterlanggar akak.” Dengan wajah yang kelegaan, gadis itu memberitahu apa yang berlaku hingga keatas Suria.


Perlahan-lahan Suria mengingati sesuatu. Arman. Pertunangan. Putus. Tak semena-mena air mata mengalir deras di pipi.


“Saya nak balik rumah. Mana beg saya?” Suria bertanya kepada gadis yang berdiri berdekatan dengan katilnya.


“ You can’t leave until the doctor say so. Your beg is safe but dah basah teruk."


“Saya nak telefon mama saya. Mesti dia risau saya tak balik-balik lagi. Dah pukul berapa sekarang?”


“Dah pukul sembilan lebih. You can use my phone to call your mum. Should let her know that you are having minor accident.” Gadis itu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Suria. Dengan teragak-agak, Suria mendail nombor telefon bimbit mamanya.


“Assalamualaikum ma. Suria ni. Boleh tak ma datang amik Suria kat hospital Damai? Nanti Suria cerita. Takda yang teruk cuma pengsan jer. Ok yer ma. Alaikumsalam.” Suria memulangkan semula telefon kepada tuannya.


“Ciksiapa nama?” Suria bertanya kepada gadis yang masih setia berdiri di sisi katilnya.


“Saya Erlina. Yang diri kat pintu tu abang saya, Emran.” Gadis yang bernama Erlina itu menunjuk kearah pintu. Suria nampak kelibat lelaki berseluar pendek tetapi tidak lama kerana lelaki itu berjalan keluar dari bilik.


Seusai sesi berkenalan, Suria lebih selesa mendiamkan diri. Erlina juga seolah-olah memahami dan dia meminta diri untuk tunggu di luar bilik. Memberi ruang untuk Suria berehat. Masa berjalan dengan amat perlahan. Menunggu emak tiba bagaikan satu penantian yang tiada penghujung sedangkan jarak dari rumahnya ke hospital ini cuma mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja.


Suria cuba melelapkan mata tapi airmata yang tidak mahu berhenti mengalir menyebabkan matanya terasa pedih. Terhinggut-hinggut dia menahan sendu. Dia berpaling perlahan saat merasakan satu sentuhan hangat di bahunya.


“Ma……Arman..” tak sempat meluahkan, hanya tangisan yang terhambur. Pelukan dari mama membuatkan hati Suria bertambah sedih.


Puan Melati mengusap lembut kepala Suria. Hatinya hiba melihat airmata yang mengalir di pipi puterinya. Perasaan ingin tahu meluap-luap di dada tapi dia harus sabar. Suria keluar dari rumah dengan wajah yang sangat gembira, tapi kini dia terlantar di hospital dengan airmata kecewa. Pasti sesuatu yang buruk telah berlaku. Di balik pintu bilik, Erlina dan Emran memandang ibu dan anak itu dengan perasaan sedih dan tertanya-tanya.


#####################################################################

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 07:29 PM | Show all posts
nak lagik, bileh dak? :-D
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 08:13 AM | Show all posts
Apa kata tukar kepada font yang lain. Aku ni rabun dekat, tengok font yang halus tu, dah tu pulak size pun kecik lagilah malas nak baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 10:23 AM | Show all posts
Reply 2# pen_biru


thanks sebab sudi bacahari ni akan ada entry baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 10:24 AM | Show all posts
Reply 3# zeeghaz


dah tukar dan besarkan font
sila sudikan diri yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 11:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 13-7-2011 11:47

pernah kau berkata bila ku merindu
bicara saja bintang kan mendengar
maka kau kan merasakannya,

aku tahu diri

semua takkan mungkin
biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
takkan terlupa sampai kau menua

Telah hampir seminggu Suria menghabiskan waktu petangnya di gigi pantai. Serasanya,hanya bunyi deruan ombak dan angin pantai yang mampu memberikan sedikit ketenangan di jiwa. Hatinya masih luka dan luka itu semakin parah bila dia mendapat perkhabaran tentang penikahan Arman. Dia kenal siapa isteri Arman.Anak kepada YB Salleh yang belajar di Universiti yang sama dengan Arman.Mungkin silap dia kerana tidak menyedari yang cinta Arman sudah beralih arah.Arghhhh lelaki! mudah benar mereka berubah hati.


Suria berjalan menyusuri pantai sementara menanti matahari terbenam. Dia berjalan sambil memandang ke bawah melihat tapak kakinya yang tenggelam dalam pasir pantai. Entah mengapa hari ini dia merasakan yang setiap pergerakannya seperti di perhatikan. Sekali-sekala dia mengangkat kepala dan melihat kawasan sekelilingnya. Dia memutuskan untuk berhenti berjalan dan berehat di bawah sebatang pokok yang terdapat di kawasan terdekatnya.


Mata Suria masih lagi leka memandang ke arah pantai. Sesaat kemudian, pandangannya tertancap kepada seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk. Lelaki itu juga sedang leka memandang ke arah lautan yang luas. Dia seperti mengenali lelaki itu.


“Hey Kak Suria, akak pun lepak tepi pantai ker?”


“Erlina!..akak memang selalu kat sini. Erlina pulak buat apa kat sini?” Suria sedikit terkejut di sapa
oleh Erlina. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan gadis itu lagi di sini.


“Lin habiskan cuti. Kitorang sewa chalet kat area sini sebab abang nak tempat yangada laut. Akak dah sihat?” Gadis itu kelihatan amat gembira. Kulitnya yang putih sedikit kemerah-merahan akibat di bakar matahari. Erlina memang cantik.


Mendengarkan Erlina menyebut ‘kitorang’, Suria serta merta dapat menangkap yang susuk tubuh lelaki yang di lihat tadi pastilah Emran. Dia tak tahu kenapa dia kurang selesa dengan lelaki itu. Mungkin kerana pandangan yang sentiasa tajam dan wajah yang serius membuatkan Emran nampak tidak peramah. Amat berbeza sekali dengan Erlina.


“Akak sihat, Alhumdulillah. Terima kasih sebab uruskan tentang hospital tempoh hari. Kalau tak sebab Erlina, akak tak tahu la apa akan jadi pada akak petang tu.” Mengingati tentang peristiwa petang itu membuatkan hati Suria berdarah kembali. Sebelum airmatanya menitis,Suria meminta diri untuk berlalu lagi pula kelibat sang mentari semakin hilang.


Saat dia berpusing, dia perasan kelibat Emran menuju kearah dia dan Erlina. Langkah kakinya di lajukan supaya kedua beradik itu tidak nampak airmata yang menitis.




Emran sedikit kecewa kerana Suria telah berlalu pulang saat dia mendekati Erlina dan Suria. Dia ingin mendengar suara gadis itu. Ingin menatap mata gadis itu yang sudah hilang sinarnya. Ingin membalut rasa luka di hati gadis itu. Sekian lama Emran tidak merasakan getaran yang mampu membuatkan tidurnya tak lena tapi Suria berjaya membuatkan dia berasa nanar.


Mungkin bunyinya agak gila, tapihatinya mula berdebar dan bergetar sewaktu pertama kali dia melihat wajah Suria. Inikah namanya cinta pada pandangan pertama.


“Lin berbual dengan siapa tadi?” Emran sengaja bertanya kepada adiknya sedangkan dia tahu siapa lawan bicara Erlina sebentar tadi.


“oh, tadi Lin terserempak dengan Kak Suria. You still remembered her?” Erlina membalas tanpa memandang ke wajah Emran. Dia sibuk menguis-nguis pasir yang melekat di kakinya.


“Suria? Which Suria?” Emran masih lagi berpura-pura.


“Along ni cepat sangat lupa la. Kak Suria yang kita hampir langgar hari tu.”


“Nama dia Suria ker? Mana la Along tau nama dia Suria. Lin tak cakap awal-awal.”


“I think you really have lost your mind la Along. Kan Along yang uruskan bil hospital, macam mana pulak Along tak ingat nama dia.” Erlina memandang kearah Emran. Dia sedikit pelik dengan abangnya.Setahunya, Emran bukan seorang pelupa. Sedangkan perkara sekecil zarah pun dia akan ingat inikan pula yang melibatkan nyawa orang lain.


“You are right. Maybe I have lost mymind. Forget it.” Emran mematikan perbualan. Niatnya untuk mengorek cerita dari adiknya tidak berjaya. Silap-silap haribulan, adiknya pula yang mengorek cerita dari dia. Sangat la bahaya.


“Tapi kan Long, adik kesian la tengok Kak Suria tuh. Muka dia sedih jer. Mesti dia sayang giler kat ex-fiance dia tuh. Bodoh la mamat tuh. Dapat tunang cantik pun nak tinggalkan..” Erlina sengaja ingin memancing minat abangnya. Setelah sekian lama, baru hari ini dia nampak Emran memberi sedikit perhatian terhadap kaum Hawa.


“Mungkin dah tersurat yang jodoh dia bukan dengan lelaki tuh. Siapa tahu, ada orang lain yang akan lebih menghargai dia di masa akan datang……….dan orang itu adalah Along” ayat terakhirnya hanya terluah di dalam hati sahaja. Emran tidak mahu adiknya mengesyaki apa-apa.


Erlina hanya tersenyum. Entah mengapa hati kecilnya merasakan yang abangnya menyembunyikan sesuatu. Takper, lambat laun dia pasti akan tahu juga. Emran takkan mampu menyimpan apa-apa rahsia dri dirinya.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2011 12:33 PM | Show all posts
best la... nk e3 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 12:39 PM | Show all posts
ada citer baru ....
yeayy...rajin2 letak n3 ye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 12:52 PM | Show all posts
eeiiii ada cite baru.. best la pulak... nak lagiii...bolehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 12:58 PM | Show all posts
best pulak cite nih... sila letak entry selalu ye............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 03:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 13-7-2011 15:44

Langit begitu gelap
Hujan tak juga reda
Ku harus menyaksikan
Cintaku terenggut tak terselamatkan
Ingin ku ulang hari
Ingin ku perbaiki
Kau sangat ku butu*kan
Beraninya kau pergi dan tak kembali

“Abang, Jihah sayang sangat kat abang. Kalau sesuatu terjadi pada Jihah, abang kena janji yang abang akan jaga diri baik-baik.” Najihah berkata perlahan sambil mengusap tangan Emran yang memeluk erat tubuhnya. Emran tersentak dengan kata-kata yang keluar dari bibir Najihah lantas dia memalingkan tubuh isterinya itu.


“Apa yang Jihah merepek ni? Abang tak suka Jihah cakap macam ni lagi. Dah banyak kali abang pesan kan. Jihah memang suka kalau abang marah-marah ker?”

Emran memandang serius ke wajah Najihah. Dia tak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada dirinya sekiranya Najihah benar-benar pergi meninggalkan dirinya sendiri.



Najihah memegang kedua belah pipi suami yang baru 2 bulan dinikahi itu. Dia amat menyayangi lelaki itu. Cinta pertama dan harapannya agar menjadi cinta terakhirnya juga. Dia sendiri tidak tahu kenapa kebelakangan ni mulutnya ringan sahaja menuturkan ayat-ayat seperti itu.Kadangkala hatinya sayu sendiri bila mengenangkan suaminya. Najihah memandang ke wajah Emran seolah-olah dia takkan melihat Emran lagi selepas ini. Diusap dahi suaminya membawa ke kening, mata, pipi dan berakhir di bibir. Sesudah mengusap wajah suaminya, dia meletakkan tapak tangannya di dada.


“Why Jihah?” Emran bertanya kerana dia sedikit pelik melihat perlakuan isterinya itu.


“Nothing. Jihah cuma nak simpan wajah abang dalam hati Jihah ni.” Jihah menjawab diiringi tawa sehingga menampakkan sepasang lesung pipit.


Emran mengajak Najihah pulang kerana hari semakin gelap. Walaupun Najihah masih ingin mengambil angin pantai, dia tetap mengikut saja langkah suaminya. Najihah memang sukakan pantai dari dulu lagi. Baginya berada di pantai memberikan ketenangan yang takkan didapati di bandar.


Motorsikal Kawasaki ZX-6R yang di tunggangi mereka meredah lebuhraya Port Dickson-Seremban. Sekali sekala Emran akan mengusap lembut tangan Najihah yang memeluk pinggangnya. Dia bukan lelaki yang romantik. Baginya, cukuplah sentuhan dan sikap ambil berat itu menafsirkan rasa sayang yang tak berbelah bagi kepada Najihah.


Hujan gerimis yang turun membuatkan Emran melajukan sedikit motornya. Dia ingin cepat sampai dan tak mahu isterinya kebasahan. Dengan keadaan jalanraya yang lengang, dia tidak sedar yang kelajuan motornya sudah melebihi dari kelajuan biasa.

Sampai di satu selekoh, sebuah kereta yang dipandu laju sedikit menghimpit motorsikal milik Emran dan akibatnya motorsikal yang mereka tunggangi hilang kawalan dan terbabas. Emran dapat mendengar jeritan Najihah ditelinganya tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sendiri terseret jauh bersama motorsikalnya.


Emran membuka matanya apabila dia mendengar bunyi siren ambulan dan suara orang menjerit yang bertingkah-tingkah. Rasa perit di kakinya dibiarkan sahaja. Dia cuma mahu mencari isterinya. Seorang lelaki yang berpakaian seragam polis menghalang dia dari bangun tapi dia tetap berdegil.


Dia masih memandang sekeliling tempat kemalangan. Dalam kepayahan dia bergerak ke arah sekumpulan orang ramai dilaluan bertentangan. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk ke sana. Semakin mendekati tempat itu, jantungnya berdebar dengan sangat hebat. Sebaik dia tiba,beberapa orang di situ memberi laluan dan ada yang memapah dia untuk mendekati sekujur tubuh yang kaku.


“Ya Allah, Najihah!!!!!” Emran terus rebah dan dunianya terus gelap gelita tanpa cahaya, tanpa suara.


#####################################################################


Emran tersentak dari lamunan apabila dia terdengar azan maghrib berkumandang. Airmata yang bertakung di tubir mata di kesat perlahan. Ingatannya terhadap Najihah masih kuat dan dia masih merasa bersalah di atas pemergian Najihah walaupun dia tahu apa yang terjadi adalah ketentuan dari ALLAH.


Dia melangkah pergi meninggalkan pantai untuk kembali ke chalet penginapannya. Perasaan dan emosi bercelaru saat ini. Ada rasa yang bercambah untuk seseorang, tapi dia takut untuk mencuba. Dia rasa seperti mengkhianati perasaan cinta kepada Najihah yang selama ini disimpan kemas dalam hatinya.


“Suria!” Perlahan nama itu keluar dari bibirnya.Entah kenapa, tiba-tiba dia menyebut nama gadis itu.


Dia mempercepatkan langkah untuk segera sampai ke chaletnya. Sewaktu tiba di hadapan chalet yang disewa Erlina, matanya menangkap kilauan seutas gelang tangan di celah-celah pokok bunga.


“Mungkin gelang Lin tercicir. Nak kena marah makcik ni. Cuai sangat.” Emran berbisik di dalam hati.


Memikirkan yang waktu maghrib hampir berlalu, Emran mematikan niat untuk mengetuk pintu chalet Erlina sebaliknya dia teruskan langkah menuju biliknya sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 03:45 PM | Show all posts
terima kasih kepada semua yang sudi membaca
ini percubaan kedua
sbb novel pertama kena dihentikan sementara waktu
harap dapat bagi sokongan dan komen yer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 11:49 PM | Show all posts
bagus citer nie... teruskan usaha.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 08:43 AM | Show all posts
agaknya gelang SURIA kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:15 AM | Show all posts
cepat2 update ye TT..
mcm sedih je cite ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 14# shahrinas

nantikan jawapan di entry seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 15# melinda_gordon

ada sedih, ada gembira, ada tawa, ada duka
cerita tentang kehidupan kita seharian
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:37 AM | Show all posts
cepat sambung eh suka cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:48 AM | Show all posts
Reply 17# roti_planta


    owh..teruskan bkarya..sbb cite ni mcm best dan menusuk kalbu..
sila sambung cepat..bagi n3 bebanyak sikit ye ..best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 12:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 14-7-2011 12:21

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan
cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

Suria menyelongkar seluruh biliknya sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang maghrib tadi. Kini menginjak ke waktu Isya’, dia masih tidak menjumpai barang yang dicarinya. Dia tidak pasti dimana gelang yang disayanginya itu tercicir kerana dia cuma sedar kehilangan gelang itu waktu dia meraup muka selepas menyudahkan solatnya. Serasanya ingin sahaja dia menangis kerana gelang itu tidak pernah di tanggalkan sejak Arman memakaikannya sebagai lambang yang dia adalah kekasih lelaki itu.


Puan Melati yang sedari tadi memerhatikan gelagat anak tunggal nya itu mula merasa pelik.


“Suria, apa yang Su cari dari tadi? Mama tengok dah macam kucing nak beranak gaya kamu ni?”


“Su cari gelang yang Arman bagi dulu. Dah hilang la Ma. Su tak tau tercicir kat mana.” Airmata sudah hampir menitis. Perlahan-lahan Puan Melati memegang bahu Suria.


“Su, sudahlah tu. Tak payah la Su nak cari lagi gelang tuh. Biarlah gelang tu hilang. Arman pun dah tak mahukan Su, buat apa Su beria sangat nak cari gelang tuh.” Puan Melati menarik Suria supaya duduk di sofa.


“Tapi ma, Su sayang sangat kat gelang tu. Dah lama Su pakai gelang tu,tak pernah sekali pun Su tanggalkan.” Esak tangis sudah kedengaran dari suara Suria. Hatinya sangat sedih.


“Sayang macam mana pun, sampai masanya, Su kena lepaskan jugak. Kalau dah bukan rezeki Su nak terus pakai gelang tu, nak buat macam mana kan. Mana tau nanti-nanti Su akan dapat gelang yang lagi cantik dari yang hilang tuh.Kalau nak pakai sangat gelang, esok mama belikan gelang baru, Su pakai la sampai ke siku.” kata-kata yang keluar dari mulut Puan Melati itu amat mendalam maknanya.


Suria tahu bahasa kiasan dari mamanya itu. Dia sedar yang dia terbawa-bawa emosi yang keterlaluan. Selepas sahaja mama mengetahui yang Arman memutuskan pertunangan mereka, mama terus membuang semua barang pemberian dari Arman. Mama tak mahu dia terus bersedih. Mama mahu dia bangkit semula dari kekecewaan kerana kata mama, Suria bukan diciptakan untuk menjadi tulung rusuk untuk Armand maka tiada guna untuk dia terus mengingati lelaki itu.


Suria ingin sekali menjadi sekuat dan setabah mama. Selepas pemergian arwah ayah, mama sendirian sahaja membesarkan dia dan menguruskan chalet milik keluarga mereka. Suria hanya nampak airmata mama pada hari pengebumian arwah ayah sahaja. Selepas itu, dia tidak pernah lagi melihat mama menangis walau sebesar mana sekalipun dugaan yang mendatang.


Mama tidak menangis saat dia di serang oleh isteri-isteri Tuan Ali,orang kaya di kampung mereka. Meskipun mereka menggelar mama ‘Janda Gatal’ dan‘Janda Tak Sedar Diri’, mama sedikit pun tidak melatah malah mama dengan lantangnya menolak pinangan dari Tuan Ali dan memberi amaran keras kepada lelaki itu supaya menjauhkan diri dari kami berdua.


Mama juga tidak menangis bila sebahagian dari chalet mereka ranap dipukul ribut beberapa tahun lalu sebaliknya mama gigih menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak bank.



Kini, Suria mula terfikir. Adakah berbaloi baginya untuk menangisi perpisahan diantara dia dan Arman. Dia mula mengakui kebenaran kata-kata mama.Untuk apa bersedih jika memang orang dah tak sudi. Dia di sini menangis hiba, Arman pula gembira bersuka ria dengan isterinya. Dia harus keluar dari kesedihan ini
.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.158849 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list