CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
Post time 12-2-2012 03:53 PM | Show all posts
update plz...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 10:06 AM | Show all posts
update plezz....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 06:47 PM | Show all posts
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Thank God
That I..That I Finally Found You
All My Life
I Prayed For Someone Like You
And I Hope That You Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too
You're All That I've Ever Known,
When You Smile My Face Glows
You Picked Me Up When I Was Down
Say...You're All That I've Ever Known
When You Smile My Face Glows
You Picked Me Up When I Was Down
And I Hope That You
Feel The Same Way Too
Yes, I Pray That You Do Love Me Too


Setengah jam sudah berlalu sejak Suria melabuhkan punggungnya di dalam kereta Emran. Selain dari menjawab salam yang dihulur, tiada perkataan atau ayat lain yang keluar dari mulut Suria. Diam membisu, sunyi sepi sahaja. Emran mati akal.

Emran datang menjumput Suria bila gadis itu memberitahu yang mereka perlu berbincang. Dalam hati kecil Emran, dia sangat berharap agar Suria dapat memberikan peluang untuk dia menjelaskan tentang peristiwa semalam. Semalaman lenanya tak kunjung tiba dek kerana terlalu memikirkan tentang apa yang terjadi di pejabat Sherly. Dia sanggup membatalkan semua temujanji semata-mata untuk memujuk Suria. Sesuatu yang tak pernah dia lakukan sejak pemergian arwah Najiha.

Perjalanan mereka hampir tiba ke destinasinya. Tasik Shah Alam! Tempat yang pernah menyaksikan Emran meluahkan rasa hatinya yang terpendam terhadap Suria.

Ada beberapa orang pengunjung yang sedang berjogging dan melakukan senaman ringkas di sekitar kawasan tasik. Suria berjalan terus menuju ke salah sebuah bangku yang tersedia. Cuaca yang nyaman dan berangin mengurangkan sedikit tekanan yang dia rasai di dalam dadanya.

Emran memilih untuk duduk berhadapan dengan Suria. Terlalu lama rasanya dia tidak dapat menatap wajah yang dia rindui ini. Walaupun semalam mereka bertemu, tapi pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang amat mengetatkan dada. Terasa separuh dari bebanan rindunya hilang walaupun tiada walau segaris senyuman yang Suria berikan.

“ehemm…” Suria membasahkan tekak yang terasa kering tiba-tiba. Segala kekuatan yang dikumpulkan dari tadi hilang bila melihatkan pandangan mata Emran yang tajam menusuk terus ke dalam hatinya. Pandangan mata yang lembut dan penuh kerinduan.

- Oh, hati!!! Bertabahlah. Bukan masanya untuk kau mengkhianati perasaan aku hari ini.
Emran menanti dengan sabar apa yang ingin Suria katakan. Dia telah berjanji untuk mendengar dan menjawab apa sahaja persoalan yang bermain di dalam fikiran Suria. Tiada apa yang ingin di sembunyikan kerana dia memang benar-benar yakin dan jujur dalam hubungan mereka.

“ Apa hubungan awak dengan Sherly sebenarnya, Ku Emran?”

Emran tersentak dengan soalan yang keluar dari mulut Suria. Dia tidak faham apa sebenarnya yang gadis itu cuba tanyakan. Nafas di tarik dan dihembus perlahan.

“Sherly merupakan salah seorang client syarikat saya. Saya pereka untuk projek hotel yang mereka akan bangunkan. Dia juga merupakan anak kepada kawan papa dan kawan lama saya. Tiada hubungan lain antara kami.” Tenang sahaja Emran menjawab. Matanya masih memandang tepat ke wajah Suria.

“Kawan lama? Bukan bakal isteri?” tajam sahaja suara yang keluar dari mulut Suria.

“Bakal isteri? Apa yang you merepek ni. Selain dari you, I tak ada calon lain untuk dijadikan bakal isteri, love. I cuma inginkan you sahaja untuk jadi isteri I, bukan orang lain.”

Suria mula keliru. Emran kelihatan amat yakin dengan setiap tutur kata dan riak wajah lelaki itu tidak langsung nampak seperti lelaki itu sedang menipu. Sekarang dia benar-benar tidak tahu siapa yang patut dia percayai. Tak mungkin Sherly mahu menipu dia. Apa kepentingan yang akan Sherly dapat jika Sherly menipu dia.

“Saya tak tahu siapa yang sepatutnya saya percaya sekarang, Emran. Sherly kata awak bakal suami dia. Awak pula menafikan yang dia bakal isteri awak. Saya buntu sekarang”

Airmata hampir menitis keluar. Hati Suria sakit memikirkan permasalahan cintanya kini. Dia membiarkan Emran meraih jari jemarinya.

“Love, I tak pernah mengkhianati hubungan kita. Apa yang I tahu ialah, I sayangkan you. There is no other woman that I want except you. I am head over heel in love with you. Jika betul I ni tunangan orang, takkan I sanggup nak berdepan dengan mama you dan yang paling penting, kalau I ni tunangan orang, I takkan beritahu keluarga I supaya pergi meminang you hujung minggu ni. Did I make it clear to you?”

Tergamam seketika Suria bila mendengarkan yang Emran telah nekad untuk menghantar rombongan untuk meminang dia walaupun situasi hubungan mereka kini agak tidak menentu. Ternyata lelaki itu benar-benar serius dengan setiap tutur katanya. Hujung minggu ini genaplah sebulan usia hubungan mereka dan ternyata setakat ini lelaki itu mengotakan setiap apa yang pernah dia katakan dahulu.

“Em…… saya…saya…” Suria kehilangan kata-kata. Di saat hati dan perasaannya sedang berkecamuk, lelaki ini tenang sahaja berbicara tentang masa depan.

“Love, I’ve told you earlier, I memang serius dengan hubungan kita. Dah berkali-kali I katakana yang tak ada wanita lain dalam hati I sekarang kecuali you sahaja dan you tak sepatutnya meragui kasih sayang I pada you. I dah berterus terang dengan keluarga I tentang hubungan kita dan tiada apa-apa halangan. Mama you pun dah bagi kebenaran untuk I datang merisik dan meminang, so I rasa apa yang buat sekarang ni sudah lebih dari cukup untuk meyakinkan you kan, sayang.”

Lembut sahaja setiap tutur kata yang keluar dari mulut Emran. Tiada sedikit keraguan pun yang kelihatan.

“Em, betul you memang tak ada apa-apa hubungan dengan Sherly?” Suria bertanya untuk kali terakhir.

“Love, look at my eyes and tell me, am I lied to you?” Emran menolak dagu Suria supaya mata mereka bertentangan. Pandangan mata Emran menusuk terus ke dalam hati Suria dan membunuh setiap keraguan yang ada.

“I love you, Suria. Always remember that.” Bisikan romantis itu kedengaran.

Kini Suria mampu tersenyum lega. Dia amat pasti yang lelaki itu ikhlas dalam mencintai dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 06:47 PM | Show all posts
Suasana di perkarangan chalet milik Puan Melati meriah dengan kehadiran beberapa biji kereta mewah yang datang dengan hajat mahu menyunting bunga di taman yang sedang berkembang mekar. Suria yang jelita disolek nipis menyarungkan sepasang baju kurung moden berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh Ku Mardhiana. Jika diikutkan, Suria memilih untuk bersederhana sahaja tapi bila terus didesak, mahu atau tidak dia terpaksa mengikutkan sahaja kehendak ibunya dan bakal ibu mertuanya itu.

Kelibat Sherly langsung tidak kelihatan sejak dari hari dia bersemuka dengan Emran. Bila dia bertanya kepada lelaki itu, Emran hanya menjawab yang dia tidak tahu. Segala urusan yang berkaitan di antara syarikat Emran dan syarikat milik Sherly kini diuruskan oleh Harold. Hanya sesuatu yang menjadi tanda tanya di benak Suria ketika ini. Kehadiran seorang lelaki yang sejak dari pagi tadi berada di sisi ibunya. Walaupun kelakuan lelaki itu dan ibunya tidak terlalu menjelekkan pandangan mata, namun Suria tetap bimbang. Siapa lelaki itu dan apa hubungan lelaki itu dengan mama.
Sedang dia melayan soalan-soalan yang berlegar di dalam mindanya, Fidah, sahabat baiknya di kampung mencuit perlahan.

“Dah sampai masa sarung cincin. Kau senyum lebih sikit.”

Saat ini, jantung Suria berdebar tak terkata. Berpeluh tangan dan kakinya bila Ku Mardhiana melabuhkan punggung di sebelahnya. Erlina yang memegang bekas cincin tak habis-habis tersenyum. Tentu sekali gadis itu menerima dia dengan hati yang sangat terbuka kerana mereka sekepala dalam mengenakan Ku Emran.

Sebentuk cincin emas putih disarungkan ke jari manis Suria. Tangan Ku Mardhiana disalam dan di cium. Ku Mardhiana membalas dengan satu pelukan hangat sambil berbisik lembut di telinga Suria.

“Terima kasih, Suria sebab sudi terima anak Mummy.” Pelukan erat Ku Mardhiana terpaksa dileraikan bila Erlina merengek mahu bergambar bersama bakal kakak iparnya. Selepas bergambar bersama Erlina, Suria memanggil pula ibunya untuk bergambar bersama-sama Ku Mardhiana dan juga Erlina.

Selesai bergambar, masing-masing berlalu keluar dari bilik Suria untuk menikmati hidangan yang telah di sediakan. Suria menilik-nilik cincin yang terletak cantik di jarinya kini. Satu senyuman gembira terukir.

Lagu Tercipta Untukku yang berkumandang dari telefon bimbitnya membuat senyuman Suria bertambah mekar.

“Assalamualaikum, Encik Emran”

“Wa alaikum mussalam, Puan Emran” kedengaran suara Emran amat ceria di hujung talian.

“Em, saya belum jadi Puan Emran lagi la. Sekarang ni saya masih Cik Suria lagi.”

“You gonna be Mrs Emran very soon, love. I just want you to remember that. It will be very soon.”

“Awak kat mana? Dah makan?”Suria menukar haluan perbualan mereka saat ini. Dia sebenarnya malu dan berdebar-debar setiap kali Emran

“I belum makan lagi, sayang. Tunggu you keluar dari bilik untuk layan I makan.”

“Awak tunggu sekejap yer. Saya keluar sekarang.” Suria membetulkan sedikit selendang yang menutupi rambutnya sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Dari pintu rumahnya, dia sudah nampak kelibat Emran yang tersenyum manis menanti dia menghampiri. Suria mengatur langkah perlahan menuju ke arah Emran.

Pandangan mata Emran yang tajam merenung dirinya membuatkan hati Suria tak keruan. Setiap kali lelaki itu memberikan renungan tajam, Suria terasa seperti lelaki itu telah menyentuh lubuk hatinya yang paling dalam dan menghantarkan rasa hangat yang bukan sedikit. Lebih-lebih lagi kini dia telah menjadi tunangan lelaki itu secara rasmi, seperti keseluruhan rasa cinta yang ada di dalam hatinya kini tertumpah hanya untuk lelaki itu.

“Love, boleh tak kita nikah jer hari ni?”

Soalan yang keluar dari mulut Emran sebaik sahaja mereka berhadapan benar-benar membuatkan Suria seperti mahu melompat terkejut. KAHWIN SEKARANG????? Apa sudah kemaruk sangatkah lelaki ini.

“Ni…Ni…Nikah hari ni? Awak dah kenapa ni, Emran? Lapar sangat sangat dah tak boleh berfikir ker?”

Emran tersenyum sebelum membalas dengan bisikan.

“You cantik sangat hari ni. I takut tak boleh tidur. Tak sabar nak tunggu hari you jadi milik I sepenuhnya. Love you so much, Suria!”

Merah padam pipi Suria mendengarkan bisikan dari Emran, Ah!!! Lelaki itu memang tahu bagaimana mahu mencuri hatinya.

Suara deheman dari seseoran gmembuatkan Suria dan Emran berpaling. Lelaki yang menjadi tanda tanya di minda Suria sebentar tadi berada berdekatan dengan mereka dan kelihatan seperti Emran mengenali lelaki itu.

“Tahniah, Emran. Semoga sabar menunggu hari bahagia nanti.” Lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Emran.

“Terima kasih, Uncle Zack. By the way, uncle datang dengan rombongan daddy sekali ke? Tak nampak pun uncle kat villa masa berkumpul?”

“Tak. Uncle tak datang dengan rombongan Emran. Uncle datang atas jemputan….” Belum sempat lelaki yang dipanggil Zack itu menjawab, Puan Melati, mama Suria sudah datang mencelah.

“Zack, you dah berkenalan dengan bakal menantu dan anak I?” mama bertanya kepada lelaki itu.

“I memang kenal dengan bakal menantu you ni, Melati. Tapi anak you, I belum berkenalan lagi.” Tiga pasang mata kini tertumpu kepada Suria.

“Su, mama kenalkan, ni Uncle Zack, ayah kepada Sherly. Uncle Zack ni kawan lama mama dan arwah ayah.” Mama dengan ramahnya memperkenalkan secara rasmi lelaki yang bernama Uncle Zack itu. Ayah Sherly? Bermakna, inilah Tan Sri Zakaria yang mempunyai rangkaian hotel di Malaysia, Indonesia dan China itu.

Sebaik sahaja selesai sesi memperkenalkan diri, mama dan Uncle Zack berlalu pergi menemui keluarga Emran yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke Shah Alam. Suria terdiam dan terkedu. Dia nampak cahaya kegembiraan di mata mama. Cahaya yang hilang sejak arwah ayah meninggal dunia. Jauh di sudut hatinya, Suria tahu ada sesuatu antara mama dan Uncle Zack dan Suria pasti terima jika Uncle Zack mampu menjaga dan menggembirakan hati mama tapi masalahnya sekarang, Uncle Zack adalah ayah kepada Sherly dan Sherly adalah manita yang hampir membuatkan hubungan antara dia dan Emran berantakan. Mama-Uncle Zack-Sherly-Emran. Oh! Tiba-tiba Suria rasa seperti mahu pengsan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:28 PM | Show all posts
Reply 324# roti_planta

RP...
Sihat dh ker???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 09:44 AM | Show all posts
Reply 325# midar


alhumdulillah... cuma otak still lembap siit nak charge... hehehehe... thanx sbb still sudi nak follow MAC..... nah munger....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 11:15 AM | Show all posts
Reply 326# roti_planta

update la TYL plak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 11:54 AM | Show all posts
dahlah sherly 2 psyco.
takutnya kalau sherly wat apa2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 02:26 PM | Show all posts
roti planta kasi konflik best sikit tapi hepi ending la emran dgn suria.. x mo la emran kawen dgn sherly pastu cerai later kawen suria.. x mo la mcm tue... .. byk request plak i nie erkkk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 03:14 PM | Show all posts
Reply 328# uda08_za

she will found out about the engagement... very sooooonnnn......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 03:27 PM | Show all posts
Reply 330# roti_planta


    ooooo xsabo menunggu saat 2.  Sherly 2 mesti merah muka
    sbb tahan perasaan marah dan cemburu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 12:25 PM | Show all posts
eeemm...lamanya nk tgu nih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 11:36 AM | Show all posts
makin menarik... cepat sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 12:14 PM | Show all posts
Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak


Farid memerhatikan majlis pertunangan Suria dari kejauhan. Dia memang di jemput tapi mana mungkin dia akan menjejakkan kaki ke kawasan rumah gadis itu. Hatinya kecewa dan menangis hiba saat ini. Kecewa kerana gadis yang dicintai dalam diam kini telah disunting dan tidak lama lagi bakal menjadi suri kepada lelaki lain. Pertama kali jatuh cinta, dia tidak menyangka yang cintanya tak kesampaian. Farid tahu kesilapan adalah dari dia sendiri. Terlalu lama memendam rasa. Kekecewaan kali ini lebih berat berbanding ketika Suria bertunang kali pertama dahulu. Waktu itu dia hanya mendengar berita dari teman sepejabat tetapi kali ini, dia menyaksikan sendiri majlis pertunangan yang berlangsung.

Farid memang menyukai Suria sejak kali pertama dia bertentang mata dengan gadis itu empat tahun lalu. Namun ketika itu dia tidak punya kekuatan untuk bertegur sapa apatah lagi untuk berbicara secara santai dengan Suria. Bapa angkatnya, Tuan Malik pula sering sahaja memuji hasil kerja dari wanita itu. Dalam diam dia memerhati setiap gerak geri dan kesukaan wanita itu. Dia menjadi pencinta yang setia dan peminat dalam dia selama empat tahun ini.

Namun latar belakangnya sentiasa menjadi batu penghalang untuk dia memulakan perhubungan dengan wanita. Di besarkan di rumah anak yatim, pergaulan Farid dengan wanita juga amat terbatas selama ini. Sejak dari kecil dia lebih banyak dikelilingi lelaki. Belajar di sekolah untuk budak lelaki dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Sebaik tamat SPM, dia melanjutkan pelajaran di UITM. Walaupun terdapat ramai wanita yang ingin berkenalan dengannya, Farid merasakan belum tiba masanya untuk dia memiliki teman istimewa kerana waktu itu dia cuma mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Hasilnya, dia berjaya mendapat anugerah Dekan hampir setiap semester. Dia ingin membalas jasa dan budi Tuan Malik yang terlah sudi mengambil dia untuk menjadi anak angkat sejak dia berumur lima belas tahun lagi.

Dahulu ada di antara kalangan kenalannya yang meragui kejantanannya. Tidak kurang juga yang secara terang-terangan menuduh dia mengamalkan hubungan songsang gara-gara cerita tentang dia yang menolak salam persahabatan yang dihulurkan oleh Malika, gadis berwajah Pan-Asian yang menjadi kegilaan kebanyakan pelajar di kolej dia dahulu. Bersungguh-sungguh gadis itu ingin mendapatkan perhatian dari dia tapi semuanya tidak berjaya. Setiap salam yang Malika hulurkan hanya dipandang sepi.
Ada juga sebilangan kecil pelajar lelaki yang memang diketahui tahap kesongsangan mereka mencuba nasib untuk mendekati Farid, tapi awal-awal lagi Farid sudah menegaskan yang dia bukan dalam golongan manusia seperti itu. Memang dia menolak Malika tapi bukan kerana dia sukakan kaum sejenis tapi kerana cara hidup Malika yang agak kebaratan itu memang tidak sesuai langsung dengan dirinya.

Kini, bila hatinya terbuka untuk menerima wanita, dia pula yang kecewa. Lebih mengecewakan bila semua itu terjadi saat dia sudah semakin berani untuk mengambil langkah pertama. Farid senang bila berada berdekatan dengan Suria. Kerana itu dia selalu memberi tugasan atau mengadakan perbincangan di saat-saat waktu kerja hampir berakhir. Dia leka memerhatikan gadis itu dari sebalik dinding kaca biliknya. Dia khayal melihat gadis itu tertawa gembira bila berbicara dan berjenaka dengan teman sepejabat. Dia akan berasa gembira bila gadis itu gembira.

Tapi hari ini, hati lelakinya menangis hiba walaupun gadis yang diintai dalam diam itu tertawa gembira. Farid tidak tahu kenapa dia menggagahkan diri untuk datang ke Port Dickson walaupun dia tahu yang hatinya akan bersedih.

Suria kelihatan amat cantik. Dengan sepersalinan berwarna merah jambu, gadis itu kelihatan ayu dan lembut sekali. Emran juga kelihatan segak, walaupun cuma menyarungkan kemeja lengan panjang dengan rona yang seakan sama dengan baju kurung moden yang dipakai Suria namun tetap menyerlahkan karisma yang dia miliki.
Farid mengambil langkah menuju ke pantai. Mungkin bayu laut dapat mengubat sedikit rasa hatinya yang kecewa saat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 12:15 PM | Show all posts
Setiap benda yang dia pegang ketika ini akan di baling sekuat hati ke dinding. Serpihan gelas kaca dan kertas-kertas berserakan di sekeliling bilik hotel yang dihuni oleh Sherly. Dia sudah tidak memperdulikan tentang kertas kerja dan meeting yang tertunda sebaik sahaja dia mendapat khabar tentang pertunangan Emran dan Suria dari ayahnya sebentar tadi.

Sebentuk cincin platinum berbatu delima merah dibaling keras ke arah cermin meja solek. Berdenting bunyi kaca berderai. Airmata yang mengalir di pipi dikesat dengan kasar sehingga meninggalkan kesan-kesan mascara. Dengan baju tidur yang masih belum diganti, rambut yang kusut masai, Sherly memang kelihatan seperti seorang wanita yang hilang ingatan. Dia memang hampir hilang ingatan dek kerana Emran.

“BODOH!!!!!!!!!!!!!....” Sherly menjerit lantang.

Sherly menyangkakan yang Suria pasti tidak akan berpaling kepada Emran selepas apa yang berlaku tempoh hari, tapi ternyata dia silap perhitungan.

“Sial kau Suria! Apa lagi yang kau mahukan dari Emran. Dia tak akan jadi milik kau sampai bila-bila sekalipun kerana dia adalah milik aku. Sebanyak mana kau berusaha, sebanyak itu juga akan akan pastikan segala usaha kau akan gagal. Emran tak akan jadi milik sesiapa selain dari aku.!!!”

Sherly menikam-nikam gambar Suria yang terdapat dalam simpanannya. Gambar yang dia terima dari penyiasat upahan yang ditugaskan untuk mengekori Suria.

Setelah hancur lunyai gambar Suria ditikam, kini dia menelek gambar Emran dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

“Sayangku Emran. Kenapa kau tak nampak kasih sayang dan cinta aku selama ni? Kenapa perlu kau memilih perempuan sial tu? Aku tak akan lepaskan kau kali ini, sayang. Kalau terpaksa, aku akan pastikan yang perempuan sial tuh lenyap terus dari muka bumi ni. Aku akan pastikan, sayang.”

Gambar Emran yang di telek tadi di bawa ke dada dan di peluk erat. Sherly membayangkan yang dia sedang memeluk tubuh Emran. Seperti yang selalu dia mimpikan.
Sherly tidak tahu berapa lama tempoh pertunangan antara Emran dan Suria. Dia perlu menghubungi semula penyiasat upahan yang pernah berurusan dengan dia dahulu. Sherly tidak peduli apa sekalipun yang berlaku, dia tidak akan membenarkan Suria memiliki Emran. Dia mencari-cari nombor penyiasat upahan yang ingin dia hubungi. Tiba di satu nama, jari jemari sherly berhenti dari terus menekan. FARID HAKIMI!!!

Satu senyuman manis kini terbit di bibir mongelnya. Senyuman yang penuh dengan hasad dengki. Dia tahu yang Farid Hakimi memnag ada hati pada Suria. Orang buta sahaja yang takkan tahu. Lelaki itu sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Suria dan kini di dalam fikiran Sherly, dia sudah nampak rancangan apa yang perlu dia ada untuk memastikan segala yang dia ingini akan menjadi miliknya.

Nombor penyiasat persendirian didail. Kali ini bukan untuk menyiasat tentang Suria dan Emran tapi untuk maggali tentang latar belakang lelaki bernama Farid Hakimi. Dia perlu ada sesuatu yang berharga tentang lelaki itu untuk membuatkan lelaki itu mengikut segala rancangannya kelak.

Sherly ketawa terbahak-bahak. Dia dapat membayangkan yang dia akan duduk di atas pelamin bersama Emran dan bukan Suria. Seketika kemudian dia menangis pula tersedu sedan bil adalam bayangannya itu, Emran memandang dia dengan satu pandangan yang sangat menjijikkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 12:16 PM | Show all posts
minta maaf bebanyak kepada semua yang menunggu RP update MAC..... agak sibuk kebelakangan ni..... Insya-Allah, lepas ni RP akan usaha lebih sikit update selalu.... sayang sumer.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 12:25 PM | Show all posts
sambunglah lagi n3 nyer tgh snyok nie sampai naik rabun baca dari tulisan kecik pergi besar... pergi kecik balik... masuk besar balik... dari warna itam masuk merah tukar itam balik..... ha ha ha ha memang best....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 02:10 PM | Show all posts
harap2 n3 nyer cepat bersambung...
tak sabar nak tau jalan cerita n dugaan selepas bertunang nih...
harap2 farid tak termakan hasutan dajjal sherly...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:21 PM | Show all posts
thanks tuk N3 yer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 09:53 AM | Show all posts
semoga SURIA selamat ngan EMRAN...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.084899 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list