CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 14-7-2011 12:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 14-7-2011 12:32

Jam di ruang tamu berdenting sebanyak sebelas kali. Malam kian larut, tapi mata Suria masih tidak mengantuk. Dia bergolek malas diatas katil. Sedikit sebanyak memori sewaktu bersama Arman terlayar diingatan. Begitu banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk bersama lelaki itu. Dia sanggup menolak tawaran untuk dihantar bekerja di Sydney, Australia kerana janji lelaki itu yang mahu mereka berkahwin sebaik sahaja lelaki itu tamatkan pengajian. Dan memanglah lelaki itu berkahwin sebaik tamat pengajian,tapi bukan Suria pengantin perempuannya. Setiap kali teringat tentang hal itu,hatinya sakit berdenyut-denyut. Kesedihan semakin pergi yang tinggal hanya rasa sakit hati. Kenapa la dia bodoh sangat selama ni.


Suria sudah mengambil keputusan. Esok dia mahu pulang ke rumahnya di Shah Alam. Dia akan memulakan hidup baru tanpa Arman.Lelaki itu sudah mati di dalam kamus hidupnya. Dia akan pastikan yang satu hari nanti, Arman pasti akan menyesal kerana meninggalkan dirinya dan pada masa itu,dia takkan sedikitpun peduli tentang Arman.


Dia bingkas bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Beg baju di ambil dan baju-baju di kemas.


~Shah Alam, here I come. Aku dah tak larat nak menangis lagi. Kalau buta nanti, dah jatuh pulak saham. To you Arman, get lost from my life. Sampah masyarakat!~


Suria tersenyum kecil. Pasti mama akan terkejut!.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 01:22 PM | Show all posts
go suria go!!!
sambung dik, sambung!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:56 PM | Show all posts
yeayyy suria... chaiyokkk..chaiyokkk...  nyahkan arman yang tak guna tuh... boleh blahhh arman.... sambung lagikkk...lagikkkk...lagikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:48 PM | Show all posts
bru mula bce cte nie...bezsssttttt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 10:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 15-7-2011 10:28

Sejak terpandang wajahmuHatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahmu di mataku


Suria sedang menunggu mama ketika dia terdengar suara Erlina menjerit memanggil namanya.

“Kak Suria! Nak pergi mana dengan beg besar semua ni? Lari dari rumah ker?” usikan nakal dari Erlina itu di sambut dengan tawa kecil.

“Haah. Akak nak lari dari rumah sebab mama akak dah halau suruh balik rumah sendiri. Kesian kat akak kan.”

“Kesiannya. Takper, kalau macam tu, akak ikut jer Lin balik rumah, kan Along?” Erlina menjawab sambil memandang ke arah pintu masuk chalet yang berada di belakang Suria.

Emran tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sambil mengangguk. Suria menundukkan kepala memandang ke arah kakinya. Dia kurang senang dengan pandangan tajam dari Emran. Setiap kali mereka berpadu pandangan, Suria merasakan pandangan lelaki itu seolah-olah bisa menembusi jantungnya dan melekat di hati. Jalan paling selamat, tak payah pandang mata Emran.

“Kak Suria tunggu siapa kat sini?” Soalan dariErlina membuatkan Suria mengangkat kepalanya. Emran sudah tiada.

~Bagus. Lega jantung aku~

“Akak tunggu mama ni. Masa balik sini tempoh hari, akak tak bawak kereta, so mama akak nak hantar pergi Seremban.”

“Seremban?Rumah akak kat Seremban ker? “ Erlina bertanya pelik.

“Tak lah. Rumah akak kat Shah Alam. Sampai Seremban nanti akak naik bas atau naik komuter.”

Sedang mereka rancak berbual, Suria ternampak kelibat Emran yang menggamit Erlina. Tanpa berlengah, Erlina menuju kearah abangnya.Kelihatan mereka berbisik-bisik dan wajah gadis itu tersenyum gembira.

Tak lama kemudian mama tiba dengan wajah yang muram.

“Su, mama rasa macam tak sempat jer nak hantar Su ke Seremban. Pegawai dari Majlis Perbandaran nak datang melawat chalet. Mama minta maaf yer sayang.” Mama menerangkan tentang masalah yang dihadapinya.Tangan mama masih mengusap-usap pipi Suria yang licin tanpa jerawat. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menghantar anak gadisnya.

Its ok ma. Small matter. Su boleh amik teksi.Mama tak payah risau.” Suria menggenggam erat tangan mamanya.

“Kalau Kak Su tak kisah, boleh balik sekali dengan kami. Tapi kena tunggu Along packing barang-barang dia kejap. Kitorang pun nak balik ke Shah Alam jugak.” Erlina memberikan cadangan tanpa bertanya kepada Alongnya dahulu.

“Err.. takper la. Akak boleh amik teksi lagipun Lin ngan abang Lin kan tengah bercuti. Bukan tak biasa amik teksi dari sini.”Suria menolak dengan halus.

~Dah gila nak balik dengan dua beradik ni. Yang adik terlebih peramah, yang abang pulak pandang orang macam nak makan. Mati kering aku nanti dalam kereta.~

“Its ok. Next Monday Along dah mula kerja so kitorang memang nak balik hari ni. Along tak kisah la. Kan Along?” Erlina memandang ke arah Emran sambil mengangkat-angkat kening dan senyum-senyum kambing. Emran pula membuat muka takder perasaan dan berlalu. Mungkin balik ke chalet penginapannya.

Suria semakin serba salah. Pautan tangan Erlina menunjukkan yang gadis itu beria-ia mahu dia pulang bersama mereka. Mama pula hanya menjungkitkan bahu tanda tidak mahu masuk campur. Pasti mama mahu anak gadisnya sampai di rumah dengan selamat dan sekiranya Erlina dan abangnya boleh memastikan keselamatan Suria, dia tiada halangan.

Akhirnya Suria bersetuju untuk pulang bersama Erlina dan Emran. Itupun setelah Erlina merengek-rengek dan menarik-narik tangannya supaya bersetuju. Dia tiada pilihan kerana Erlina pasti tidak akan berhenti memujuk selagi dia tidak memberikan kata putus.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 10:29 AM | Show all posts
adushhhh
dah edit byk kali pun still tunggang langgang
sorry yer kengkawan
tak larat nak edit lagi
tensi velensi dah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2011 02:02 PM | Show all posts
best citer nie, lepas nie bagi lagi n3 byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2011 02:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 18-7-2011 14:58

Suria memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta milik Emran dengan rasa yang agak sebal. Lelaki itu seperti tidak sudi menumpangkan dia, tapi adik lelaki itu beria-ia sangat pula. Setiap kali melihat mimik muka Emran yang mencuka, Suria menjadi serba salah. Bonet kereta mewah milik Emran masih dibiarkan terbuka kerana dalam fikiran Suria, dia masih berkira-kira sama ada mahu teruskan niat menumpang atau balik sahaja menaiki bas.

“Cik Suria nak masuk dalam bonet kereta sekali ker? Tenung sikit punya lama.” Teguran dari Emran memeranjatkan Suria. Dadanya diusap perlahan.

“Saya rasa tak jadi lah nak tumpang Encik Emran.Saya lebih selesa naik bas.” Terkeluar juga suara Suria. Dia menggigit bibir menahan rasa.

“Nak naik bas? Kenapa? Takut saya jual ker?”Emran bertanya sambil berjalan menghampiri Suria.

“Saya tak nak menyusahkan Encik Emran dan Erlina. Saya dah biasa naik bas” Suria membalas. Dia mengangkat sedikit wajahnya dan tanpa disangka-sangka pandangan matanya beradu terus dengan pandangan tajam dari mata milik Emran. Secepat kilat dia menundukkan kembali wajahnya.

“Kalau awak tak balik dengan kami, awak lebih menyusahkan saya. Erlina akan fikir yang saya tak mahu tumpangkan awak. Mama awak akan fikir yang saya ni jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab. So, awak memang akan balik dengan kami melainkan awak memang suka orang berprasangka buruk tentang saya.” Suara Emran masih kedengaran tegas di telinga Suria.

“Tapi…”

“Cik Suria, saya tak suka nak ulang sesuatu perkara tuh banyak kali. Jadi saya rasa Cik Suria faham apa yang saya katakan tadi. There is nothing to discuss. Full stop.”

Terkulat-kulat Suria bila suara Emran sudah naik seoktaf dari nada biasa. Sedangkan dalam nada biasa saja sudah amat tegas,inikan pula bila nadanya tinggi dari biasa. Suria tidak mahu terus bertekak dengan lelaki seperti ini. Silap-silap boleh kena jerit macam orang gila pulak.Disebabkan rasa bengang, bonet kereta Emran dihempas kuat.

Emran yang sudah melangkah beberapa tapak dihadapan pantas berpusing. Matanya memandang kearah Suria seperti mahu dipatah-patahkan sahaja tubuh kecil molek itu. Suria pula baru tersedar dengan perlakuannya tadi. Dengan segera dia berlari meninggalkan Emran untuk pergi mencari Erlina.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 10:47 PM | Show all posts
baikk punya cerita
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:26 AM | Show all posts
wow.. cerita baru.. sambung la lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 03:58 PM | Show all posts
nak lagi......nak lagi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2011 05:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 20-7-2011 17:48

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Kereta Audi A4 milik Emran meluncur laju meninggalkan pantai Port Dickson. Suria yang duduk di sebelah pemandu hanya memandang ke luar tingkap. Erlina yang duduk di belakang menyanyi riang tanpa menyedari yang hati Suria sedang membengkak bengang. Entah kenapa Erlina seperti sengaja membiarkan dia duduk di hadapan sedangkan gadis itu tahu yang dia memang ‘kurang’ bercakap dengan Emran.


Emran pula hanya mendiamkan diri sebaik sahaja kereta bergerak. Waktu bersalam dengan mama tadi elok pula lelaki itu berbual mesra melayan pesanan-pesanan mama yang berlori seolah-olah Suria akan berangkat pergi ke Zimbabwe padahal jarak antara Port Dickson ke Shah Alam cuma satu jam tiga puluh minit sahaja.


Hujan lebat yang turun dan udara penghawa dingin kereta yang dipasang agak kuat membuatkan Suria menggigil kesejukan. Erlina sudah lena dibuai mimpi saat mereka melepasi pekan Lukut. Suria menggosok-gosokkan kedua belah tangannya dan meletakkan tapak tangan di pipinya yang sudah semakin sejuk dan beku. Bibirnya mengelatuk perlahan dan jari-jemarinya sudah semakin kebas. Ingin sahaja rasanya dia meminta Emran menguatkan suhu penghawa dingin supaya tidak terasa sejuk sangat tapi hasratnya dimatikan bila terpandang sahaja wajah Emran yang serius.


Emran pula tahu yang Suria kesejukan tapi dia sengaja buat bodoh. Bukan dia tidak simpati melihat gadis itu menggigil kesejukan, tapi dia mahu lihat sejauh mana gadis itu mampu bertahan untuk tidak bersuara. Ekor matanya masih tidak lepas dari menjeling wajah Suria. Air muka yang sememangnya serius semakin di seriuskan seolah-olah dia tidak terkesan dengan suhu didalam keretanya itu padahal jejari kakinya juga sudah kebas kesejukan.


“Encik Emran, boleh tak adjust sikit suhu aircond ni? Saya rasa macam dah duduk kat dalam igloo pulak. Sejuk sangat ni.”Akhirnya Suria bersuara juga walaupun kedengaran gigilan dari bibirnya.


Emran mematikan penghawa dingin dengan menekan salah satu butang yang terdapat di ruang konsol keretanya. Dia hanya memerhatikan sahaja perlakuan Suria yang masih belum berhenti menggosok tangannya dari tadi.


“How old are you, Suria?” dengan suara yang sedikit serak, Emran melontarkan pertanyaan kepada Suria.


“Saya ke?” Suria pelik. Dia tak faham kenapa tiba-tiba Emran bertanya tentang umurnya. Dah tak ada soalan lain ker nak tanya.


“Ada Suria lain ker kat dalam kereta saya ni?Kat luar pun takder bayang sang suria sebab hari hujan.” Ton suara Emran kedengaran sedikit bengang. Dia memang tak gemar jika soalannya dijawab dengan soalan juga.


“Ohh. Encik Emran tanya saya. Umur saya 28tahun.”


“Awak tinggal kat mana?” Emran bertanya lagi.Masih menggunakan ton bengangnya.


“Saya tinggal kat reban ayam” Suria menjawab dengan selambanya.


“What! Reban ayam? Aper tu?” kali ni suara Emran sudah naik beroktaf-oktaf.


“Its chicken coop la, Along. Takkan tu pon tak tau. Tak payah la nak dramatic sangat.” Tiba-tiba suara Erlina mencelah.


Dia sebenarnya hanya tidur-tidur ayam sahaja dan memasang telinga mendengar perbualan antara abangnya dan Suria.


“bukan tak tau lar, tapi tak ingat.” Emran cuba mengawal rasa segan yang bertandang. Dia tidak menyangka yang Erlina mendengar perbualannya.


“Lain kali jangan tanya pasal umur pada orang perempuan, it’s a sensitive question. Do not start an odd conversation with a lady. Failed lar Along ni.” Erlina membebel dengan mata yang sengaja ditutup.


“Mind your own business girl. It’s just a plain question. Nothing behind it.”


“Yalla..yalla….yalla… Whatever la Along.”


Suria semakin ‘hilang’ di dalam perbualan dua beradik ini. Sekejap dia memandang kearah Erlina, dan sekejap lagi dia akan memandang ke arah Emran pula. Dia memang tak faham apa yang sedang mereka bualkan. Takkan mereka masih bercakap pasal reban ayam tadi kot?


“Kak Suria, jangan pedulikan Along Lin ni. Dia memang failed bila bercakap dengan perempuan.”


Erlina mencelah di tengah-tengah antara tempat pemandu dan penumpang. Hakikatnya dia memang tak pedulikan Emran cuma Emran yang memulakan perbualan.


Hati Suria mula rasa tak senang. Perjalanan terasa semakin lambat. Dia sudah tidak sabar untuk tiba di rumah dan berehat tanpa gangguan dari pandangan mata Emran dan suara manja Erlina.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:19 PM | Show all posts
owhh ada gak sambungan...tengkiu2... tapi nak lagi laaa... bolehhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2011 11:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 21-7-2011 11:54

Mereka tiba di Shah Alam waktu makan tengah hari. Sebaik memasuki pintu gerbang Kota Kemuning, Erlina sudah merengek seperti kanak-kanak kelaparan.


“Along, kita pergi makan dulu lah. Lin dah lapar sangat ni. Nanti perut masuk angin pulak.”


“Lin jangan nak mengada-ngada yer. Kejap lagi dah nak sampai rumah kita kan. Makan kat rumah jer la.” Emran sudah tidak sabar melayan kerenah adiknya yang macam-macam. Bukannya jauh mana pun Kota Kemuning dengan Bukit Jelutong tu sampai tak sabar-sabar sangat nak makan.


“Kita makan kat sini la. Kak Suria boleh tolong tunjuk kat mana kedai makan paling best kat sini. Boleh lar Along.” Erlina masih belum berputus asa. Walau apa cara sekalipun, dia tetap nak makan bersama Suria dan alongnya.


“errr…… tapi Kak Su tak tahu kedai mana yang paling best sebab selalunya Kak Su masak sendiri.” Suria mencelah dengan suara yang serba salah. Dia memang jarang makan di luar kerana dia lebih suka memasak dan menghabiskan masa di rumah sahaja. Sekarang ini pun dia sudah terbayangkan sofa dan katil di rumahnya. Alangkah seronoknya jika dapat menghabiskan masa menonton tv dan bergolek-golek di atas katil saat cuaca mendung seperti sekarang.


“Rumah awak kat mana?” Suara garau Emran mematikan angan-angan yang baru hendak dilayan.


“Bulatan besar ni, amik pukul tiga, masuk kiri kat simpang pertama. Encik Emran turunkan saya kat pondok pengawal saja, nanti saya jalan masuk dalam” Suria menjawab perlahan. Dia tidak tahu kenapa hatinya jadi kecut bila mendengar Emran bersuara.


“Jalan kaki? Rumah awak blok yang mana?”


“Apartment saya belah belakang yang menghadap tasik.”


“I will send you to your unit block.”


“Eh, takper. Saya boleh jalan kaki. Bukannya jauh pun. Tak payah la Encik Emran susah-susah. Sampai pondok pengawal pun dah cukup.” Suria cuba menghalang Emran dari menghantarnya sehingga ke dalam kawasan apartment.


“I said, I will send you to your unit block.Boleh tak jangan nak melawan pasal hal kecik macam ni. Degil.” Emran sudah mengeluarkan suara tahap keduanya sehingga menyebabkan Suria terus terdiam.


“Kak Suria, biarlah Along hantar. Dia kan tak suka nak ulang banyak kali. So conclusion nya sekarang, memang takder makan tengah hari la ni?” Erlina masih ingin mencuba nasib buat kali terakhir.


TAKDER!” serentak Emran dan Suria menjawab membuatkan Erlina menunduk dan muncung.

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 12:05 PM | Show all posts
nexttttttttttt plsssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 02:25 PM | Show all posts
alaaa shikit nye.... tak puas baca lorrrr..... nexttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2011 02:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 21-7-2011 14:39

Bukannya besar kepala
Tapi nyatanya membuatku gila
Dan buatku jadi penasaran

Lihatlah tatap matanya
Getar bibirnya sungguh mempersona
Dan lihatlah bahasa tubuhnya


Emran meneliti lakaran-lakaran yang telah disiapkan untuk memastikan yang setiap satunya menepati kehendak dan kriteria yang di tetapkan oleh klien. Sekali-sekala matanya melirik ke arah jam ditangan. 10.15 pagi! Getus hati kecilnya. Masih sempat untuk dia menikmatisecawan kopi sebelum kliennya tiba. Perbincangan akan bermula jam 11 nanti.Emran bangun dan mengambil cawan di meja lantas menuju kearah pantry.


Kopi di dalam cawan di kacau perlahan. Aromanya sahaja begitu menggoda. Emran tidak bercadang untuk segera masuk ke dalam bilik sebaliknya dia hanya berdiri di tepi pintu pantry. Dari situ dia dapat melihat pemandangan di sekitar Damansara. Kesesakan lalu lintas yang tak pernah reda,kereta yang bersimpang siur di jalanan dan bangunan-bangunan batu di sekeliling pejabat tidak banyak membantu dalam meredakan tekanan. Dia merindui suasana pantai yang tenang, bunyi ombak yang di selang-selikan dengan angin yang menderu. Dia memejamkan mata untuk cuba merasai perasaan itu tetapi lain pula yang muncul.


“Suria!”serentak itu juga bibir Emran menyebut perlahan sang empunya nama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2011 02:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 21-7-2011 14:44

Suasana di dalam syarikat rekaan hiasan dalaman milik Tuan Haji Malik agak lengang hari ini. Kebanyakan staff dari bahagian landskap terlibat dengan pameran landskap di Pulau Pinang selama 3 hari. Suria membelek-belek contoh material untuk langsir dan permaidani yang diminta oleh pelanggan. Air milo suam di teguk perlahan. Tiba-tiba dia tersedak sehingga menyebabkan air milo di dalam mulut tersembur keluar, mengotorkan meja kerjanya.


“uhuk…uhuk…uhuk…” dada di tepuk perlahan sementara tangannya kelam kabut mencari tisu di dalam beg tangan.


~Sapa la yangmenyeru nama aku pagi-pagi buta ni. Sampai berair biji mata aku. Aduhai~


Suria masih membersihkan kesan-kesan milo yang tersembur dari mulut comelnya sebentar tadi. Nasib baik contoh material yang ditangan tidak dicemari kalau tidak pasti satu kerja untuk dibersihkan. Dengan berhati-hati dia mengalihkan contoh-contoh material tersebut ke meja Julianna,pembantunya.


Encik Farid berhenti di hadapan tempat Suria dan melemparkan satu senyuman manis.


“Pagi-pagi dah tersedak, mesti boyfriend yang rindu ni…” kata-kata yang diucapkan oleh Encik Farid itu sekadar satu gurauan,tapi entah kenapa Suria rasa sakit hati yang amat.


“Ada boyfriend tapi menyakitkan hati buat apa.Lelaki, masa suka dia simpan la, bila dah tak suka, buang jer macam sampah.Huh!” balas Suria perlahan tapi sempat di dengar oleh telinga Encik Farid.


“Suria, sorry la kalau gurauan saya tadi melampau. Saya tak terniat pun nak buat awak marah.” Satu lagi senyuman manis diberikan kepada Suria. Jarang dia nampak gadis ini marah, pasti ada sesuatuyang berlaku sehingga emosi gadis ini nampak begitu terganggu.


“Tak ada apa la Encik Farid. Saya yang emosi sangat pagi ni. Saya yang patut minta maaf.” Suria terasa serba salah pula dengan ketuanya itu. Bukan niat dia untuk melepaskan kemarahan kepada Encik Farid tapi secara tiba-tiba moodnya menjadi kucar kacir.


Senyuman manis masih menghiasi bibir Encik Farid saat dia berlalu masuk ke dalambiliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:33 PM | Show all posts
wah baik punyer cerita rajin2lah update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2011 02:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 22-7-2011 14:21

Tepat jam 11 pagi, kedengaran satu ketukan perlahan di pintu bilik Emran.


“Assalamualaikum” satu suara yang lunak dan manja memberikan salam.


“Alaikumsalam” Emran memandang sang empunya suara tanpa berkelip-kelip. Wajah itu seperti pernah dia lihat tapi dia tidak dapat mengingati di mana.


“Boleh saya masuk, Encik Ku Emran Ku Hashim?”gadis sang empunya suara itu bertanya lembut.


Emran sedikit pelik. Gadis itu memanggil nama penuhnya sedangkan di pintu bilik cuma tertera nama “Emran” sahaja. Dia sengaja tidak mahu meletakkan nama penuh kerana dia mahu dikenali kerana usaha dan bukan kerana pangkat keluarganya.


“Silakan masuk”


Gadis itu berjalan perlahan menuju ke meja Emran. Wajah yang ayu bertudung, kulit yang putih mulus, hidung yang mancung dan sepasang mata yang berwarna coklat cair. Mata itu! Emran kenal pemilik mata itu.


“Sherly Zakaria?” Emran bertanya kepada gadis yang kini duduk di hadapannya.


“Finally, you recognized me. Tak payah la buat muka terkejut macam tuh.” Sherly mempamerkan senyuman yang bisa menggegarkan hati setiap lelaki yang memandangnya.


Dengan tudung di kepala dan baju kurung warna senada, Sherly kelihatan amat berlainan dan lebih matang berbanding 5 tahun dulu cuma lirikan mata dan senyumannya sahaja yang tidak berubah.


“You apa khabar? Dah lama menghilang, tiba-tiba muncul pulak kat pejabat I hari ni. Apa mimpi?” Emran masih mencari rentak untuk berbual dengan Sherly. Terlalu banyak perubahan sehingga menyebabkan rasa janggal.


“I sihat, alhumdulillah. Tak hilang ke mana,cuma uruskan perniagaan keluarga di Indonesia. I datang hari ni on behalf of my father untuk berbincang tentang rekabentuk hotel syarikat kami.” Tutur kata yang lemah lembut yang keluar dari bibir Sherly masih diiringi dengan senyuman manis.


“on behalf of your father? Maksud you, Tan SriZakaria?”


“Ye lar. Kan nama I Sherly Zakaria.”


“Ya Allah, I never knew he was your father.”


“Penting ker? Selama ni you kenal I as Sherly Zakaria kan. So ada Tan Sri ker atau takder Tan Sri ker, sama jer. Bukannya bila ada Tan Sri, muka I terus jadi macam Nasha Aziz.” satu tawa halus kedengaran dari Sherly.


“Now we back to business. I need to discuss with you on the hotel design” kali ini wajah Serly kelihatan serius sesuai dengan jawatannya sebagai Pengarah Urusan.


Sepanjang perbincangan, Sherly tak melepaskan peluang untuk memerhatikan gaya dan penampilan Emran.


~Masih seperti dulu. Tak banyak yang berubah.Masih lagi Emran yang kacak dan berkarisma. Kali ini aku takkan lepaskan dia.~


Memang sudah lama Sherly memendam perasaan pada Emran, sejak dari pertama kali mereka bertemu di perjumpaan ahli kelab motorsikal yang dia sertai. Tapi sayangnya Emran tak pernah memandang dirinya seperti mana yang dia mahukan. Mungkin kerana ketika itu dia berpewatakan agak kasar.


Sherly membawa diri ke Beijing sebaik sahaja dia mendapat berita tentang penikahan Emran. Rasa hati yang kecewa memang tidak dapat disembunyikan kerana Emran merupakan cinta pertama yang bertakhta di hatinya. Walaupun dia lebih selesa bergaul dengan kaum adam, tetapi belum pernah sekalipun dia menyerahkan cinta dan sayangnya kepada sesiapa. Berita tentang pemergian Najihah seolah-olah memberi satu harapan baru kepada hatinya yang semakin tertutup untuk lelaki.Bukan dia bergembira dengan kehilangan yang menimpa Emran tapi dia memang sentiasa berdoa semoga diberi peluang untuk bersama dengan lelaki itu dan kali ini dia akan pastikan lelaki itu menjadi miliknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.254581 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list