Post Last Edit by roti_planta at 2-8-2011 09:50
Jam di tangan dibelek-belek. Jika di ikutkan imaginasi melampau otaknya saat ini, mahu sahaja dia melompat keluar dari kereta dan kemudian berguling-guling tepi jalan. Dia lebih rela cedera dan patah riuk dari terpaksa duduk dalam ruangan yang sempit dan sejuk bersama lelaki yang panas dan garang ini.
“ehemmmm….. Suria”
Suria tersentak. Lelaki itu memanggil namanya.
“ermmm” pendek sahaja sahutan dari Suria.
“I’m sorry”
Tiada balasan dari Suria.
“Suria, I said, I’m sorry!” Emran mencuba sekali lagi.
“ermmm…. Ok”
“I’m not supposed to shout at you.”
“Encik Emran, do you mind if I’m asking?” Suria memandang ke muka Emran. Dia sudah tidak mampu menahan asakan soalan yang berada dalam mindanya.
Kali ini Emran pula yang terkejut. Terkejut kerana Suria sedang memandang tepat ke wajahnya. Gugup pula serta-merta menjelma.
“Err…errr… tanya jer la. Kenapa pulak nak mintake benaran.” Jantung Emran berdegup lebih kencang dari biasa.
“What bring you to my place this morning?”
“Ha?” Emran terkedu seketika.
Suria masih menantikan jawapan dari Emran.Pandangan mata yang terarah ke wajah Emran masih tidak berganjak.
“ermmm….. ermmmm…. Actually mummy yang suruh saya hantar awak pergi kerja sebab kereta awak masuk bengkel. Mummy kata dia kesian kat awak.”
~Mummy, Ku Em minta ampun banyak-banyak. Ku Em terpaksa jual nama mummy.~
“Auntie? Takper, nanti saya telefon auntie bagitahu yang saya boleh pergi kerja sendiri. Takkan la auntie nak suruh Encik Emran hantar saya sampai kereta saya siap. Lama tu.”
Suria sudah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Ku Mardhiana. Dia tak mahu wanita itu terlalu memikirkan tentang dirinya. Kemalangan yang berlaku semalam memanglah salah Erlina, tapi dia tidak mahu di layan berlebih-lebihan hanya kerana rasa bersalah dan rasa simpati.
“Jangan!!!!!!” dengan pantas suara Emran bergema di dalam kereta sehingga menyebabkan Suria melompat sedikit. Dadanya diusap perlahan.
~Dah kenapa mamat ni. Kena sawan jerit ker.~
“Encik Emran, saya cuma nak call auntie jer, yang Encik Emran menjerit macam orang kena sawan ni kenapa pulak?” berkerut-kerut dahi Suria yang masih cuba memahami kenapa Emran sampai perlu menjerit sedemikian rupa.
“Ermm…. Bukan macam tu. Tak perlu lah awak call mummy. Nanti dia ingat saya tak ikhlas pulak hantar awak pagi ni. Mesti saya kena marah, tapi kalau awak memang suka saya kena marah, awak call jer la.”
~Nasib baik sempat fikir alasan, kalau tak, dah pecah rahsia.~
“owh… macam tu ker? Then takper lah” dengan pantas Suria memasukkan telefon ke dalam beg tangan. Dia tak sanggup mendengar jeritan dari Emran lagi sementelah pula mereka semakin menghampiri bangunan Amcorp Mall, jadi Suria rasa, tiada guna untuk dia terus berdegil hendak menghubungi Ku Mardhiana walaupun dia masih pelik dengan kelakuan Emran.
Kereta Emran berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke Menara B, Amcorp Mall. Sesudah mengucapkan terima kasih, Suria terus melompat keluar dari kereta. Dia sudah tidak betah untuk berada disebelah Emran walau untuk seminit lagi.
~Lelaki ini boleh membuatkan aku jadi GILA!!~ |