CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_planta

Makin Aku Cinta (U)

  [Copy link]
Post time 4-8-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 120# roti_planta


    tq tq .. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2011 05:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 4-8-2011 17:41

Pukul 2.18 pagi!


Suria dan Emran masih lagi berada di dalam kereta yang diparking di hadapan Mcdonalds Kota Kemuning. Suria yang duduk di tempat pemandu masih menjeling-jeling kearah Emran. Dia sedang berkira-kira untuk memberitahu lelaki itu yang dia ingin pulang tapi suaranya seakan tidak terkeluar bila melihatkan keadaan Emran yang nampak sangat letih.Bukannya jauh mana apartmentnya dari Mcdonalds, hanya seberang jalan. Badan Suria terasa sangat letih dan tidak selesa.


“Encik Emran…” perlahan Suria memanggil.


“ermmm…” Emran membalas tapi matanya masih terkatup.


“Saya nak balik. Dah awal pagi ni…”


Suara Suria yang lembut dan perlahan umpama lagu merdu di pendengaran Emran. Rasa letih dan sakit yang masih bersisa seakan terbang melayang. Emran membuka matanya dan memandang tepat ke arah Suria. Masih memberi pandangan tajam tapi bukan yang tajam membunuh sebaliknya Emran memberikan pandangan tajam aura pencinta wanita. Pandangan yang diharapkan mampu memberitahu rasa hatinya terus kepada Suria.


“Suria….. please don’t go..”Emran meminta perlahan.


Suria yang masih diawang-awangan akibat dari panahan pandangan arjuna Emran hanya mampu terdiam.


“This might sound crazy for you but I really need you”


“aaa….aaa….apa maksud Encik Emran”


~mamat ni perlukan aku untuk apa? Takkan la dia ada niat tak baik pulak kat aku~


“Don’t get me wrong. Saya perlukan awak sebab saya rasa saya tak mampu kehilangan awak. Sejak kali pertama kita berjumpa,saya tak tahu kenapa hati saya sentiasa teringatkan awak. Mungkin awak anggap saya gila, tapi saya sendiri pun tak tahu macam mana perasaan ni boleh hadir yang saya tahu, saya mahu awak menjadi sebahagian dari hidup saya.”


Sangat lancar dan terang kata-kata dari Emran. Dia dapat merasakan seolah-olah satu beban terlepas dari dadanya.Kini dia berdebar-debar menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut Suria pula.


Suria terkedu. Otaknya cuba mencerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Emran. Perkataan ‘saya mahu awak menjadi sebahagian dari hidup saya’ bermain-main di fikirannya. Bukankah itu bermaksud…….


“Ha!!! Encik Emran nak saya menjadi sebahagian dari hidup Encik Emran? Saya rasa gastrik Encik Emran dah menyebabkan Encik Emran tak boleh berfikir dengan waras sekarang ni.”


“Saya serius, Suria. Apa yang saya katakan semuanya serius.”


“Nope! Encik Emran sakit sekarang,sebab tu Encik Emran merapu macam-macam. Saya nak balik”


“I am serious. I know…”


“Enough! Saya nak balik sekarang.”Suria memotong kata-kata Emran dan terus meluru keluar dari kereta. Tangannya menggigil dan kepalanya pusing. Terlalu banyak perkataan yang tak tercerna didalam otaknya.


Emran bingkas mengejar Suria .Walaupun hatinya kecewa dengan penerimaan Suria, dia tetap tak mahu gadis itu pulang sendirian.


“Suria..” Emran memanggil namunSuria masih terus melangkah.


“Suria, tunggu…” masih tidak berhenti melangkah.


“Suria sayang, saya kata tunggu…”kali ini Suria tiada pilihan kerana tangannya sudah di genggam kemas oleh jari-jemari Emran.


“Please…… saya nak balik. Ini semua mimpi jer.” Kedengaran esak kecil berlagu dalam suara Suria.


“Ok….. I will send you home,sayang. Don’t cry” Emran menarik Suria ke kereta.


Perjalanan pulang terasa sangat lama walaupun sebenarnya hanya seberang jalan sahaja. Suria hanya berdiam dan berpura-pura memejamkan mata manakala Emran memilih untuk tidak memaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:26 PM | Show all posts
Oh! Emran .. best nyaaa .....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:24 AM | Show all posts
alahai makin sweet la emran ni pada suria
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:31 AM | Show all posts
alamak..makin sweet laaaa...sambung laa lagik panjang2 tuan rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:37 AM | Show all posts
itulah baru digelar lelaki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 08:45 AM | Show all posts
SURIA terima je EMRAN...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 09:07 AM | Show all posts
haaaa..lelaki camni lar best...sweet jer..harap2 lepas ni emran jgnler garang2 lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 09:07 AM | Show all posts
adoila..........pepagi butta meluahkan perasaan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 09:29 AM | Show all posts
kengkawan sumer
ari ni entry baru mungkin lambat sikit
aku ader a few discussion sebelum waktu sembahyang jumaat
sabar yerrr......
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:48 AM | Show all posts
sabar menanti.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 5-8-2011 17:18

sampai saat ini rasaku bertahan di sini
rasa yang tak akan hilang oleh waktu
kau tidak di sini, akupun tiada di hatimu
jiwaku ikut menghilang bersamamu
tak terkira di sampingmu
adalah hal terindah yang pernah ku inginkan
tak terkira di pelukmu
adalah hal terindah yang pernah ku rasakan
melukiskan segenap keindahan dirimu
hanya kau yang aku mau, kamu kamu


Usai solat subuh, Suria menghantarkan sms kepada Juliana memberitahu yang dia mengambil cuti kecemasan hari ini. Mana mungkin dia masuk ke pejabat dengan mata yang bengkak akibat menangis dan muka yang pucat akibat tidak cukup tidur.


Suria merebahkan tubuh di atas katil dengan harapan matanya akan lena semula dan apabila dia bangun nanti,segala kata-kata yang Emran ucapkan awal pagi tadi akan hilang dari kepalanya.Saat-saat seperti ini dia lebih rela hilang ingatan dari terus dihantui dengan memori sesi luahan perasaan berani mati Emran. Sayangnya, semakin dia cuba melelapkan mata, semakin kerap wajah lelaki itu hadir.


Golek ke kiri, Suria ternampak renungan tajam Emran. Golek ke kanan, terbayang pula senyuman sinis lelaki itu dan bila dia menutup mata, sentuhan lelaki itu terasa masih hangat ditangannya. Sudahnya dia duduk dan memeluk kepala lutut. Airmata mengalir lagi.


~Ku Emran Ku Hashim!! Kenapa awak buat saya macam ni???~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 05:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 5-8-2011 17:21

Cinta pertama, manisnya kekal terasa tapi sayang ianya tidak lama. Kenangan tetap disimpan selamanya. Cinta  pandang pertama, segalanya serba tak kena. Sakit menusuk jiwa tapi tetap mahu bersama.


Emran menatap dan mengusap perlahan potret wajah Najiha yang tersenyum manja.


~Jiha, I fall in love again.~


Dia menutup mata, potret di tangan di bawa ke dada dan dipeluk erat.


~Abang sentiasa sayangkan Jiha.Abang doakan Jiha tenang di sana. I miss you , dear~


Air jernih membasahi pelupuk matanya. Mencintai seseorang dengan sepenuh hati kadangkala amat menyakitkan.


Emran mencintai Najiha dengan sepenuh hati dan bila Najiha pergi meninggalkan dirinya hanya kesakitan yang dia rasai dan bila kini dia jatuh cinta sekali lagi, dia masih terasa sakit.Sakit kerana dia tidak tahu sama ada cintanya akan di terima atau tidak. Sakit bila memikirkan yang peluang mungkin tidak berpihak pada dirinya.


~Suria, kalau lah awak boleh lihat hati saya sekarang, awak pasti faham.~
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:48 PM | Show all posts
nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 08:28 AM | Show all posts
suria~ smoga awak paham hati emran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2011 06:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 7-8-2011 18:40

Lagu ‘It’s All About Him’ kedengaran lantang dari telefon bimbit milik Suria menandakan ada panggilan yang masuk. Dengan mata yang separuh tertutup, Suria menekan butang berwarna hijau.


“Hello..”


“Assalamualaikum, Kak Suria. Apa khabar?” suara girang seorang gadis membuatkan mata Suria terus terbuka besar.


“Waalaikummussalam. Akak sihat jer, alhumdulillah. Lin macam mana?”


~Awal pagi tadi abang, sekarang adik pulak. Kenapa aku terjebak dengan dua beradik ni? Aduyaiiii….~


“Lin sihat, mummy sihat, daddy sihat dan…… a..long pun sihat kot. Lin ganggu akak kerja ker?”


“Tak ganggu pun sebab akak tak kerja hari ni.”


“Akak tak kerja? Kenapa? Sakit ker? Tadi kata sihat.”


“Akak sihat fizikal tapi mental tak berapa sihat. So, apa cerita hari ni”


“Akak ni buat lawak la. Ada ker fizikal sihat tapi mental sakit. Tuh namanya penyakit CINTA. By the way, Lin ada berita gembira untuk akak. Kereta kesayangan akak dah siap dibaiki. Boleh pergi ambil hari ni. Seronok tak?” penuh keterujaan Erlina menyampaikan berita kepada Suria dan penuh kegembiraan juga Suria mendengarnya.


“Alhumdulillah. Nak ambil kat mana?”Suria sudah tidak sabar-sabar lagi. Kereta sudah siap dibaiki maka tidak ada alasan lagi untuk Emran datang ke rumahnya. Dia tak perlu lagi berjumpa dengan lelaki itu dan segala luahan hati versi hikayat seribu satu malam dari lelaki itu akan dia lupakan.


“Workshop tuh kat Glenmarie. Kejap lagi Lin datang ambil akak. Ok tak?”


Mendengarkan yang Erlina mahu datang, tiba-tiba jantung Suria berdebar dan tangannya sejuk berpeluh.


“Lin nak datang? Dengan siapa?”cemas sahaja suara Suria bertanya.


“Tentulah dengan mummy. Takkan nak ajak Along kot, dia kan kerja. Lagipun Along tak tinggal sini.” Bersahaja jawapan yang keluar dari mulut Erlina.


Suria mengeluh lega. Fikirnya gadis itu ingin mengajak Emran, mana tau lelaki itu bercuti sakit setelah diserang gastrik malam tadi. Menurut Erlina, abangnya tidak tinggal bersama mereka, maknanya lelaki itu tinggal sendiri.


Rasa bimbang tiba-tiba hadir bilamemikirkan yang Emran tinggal sendiri. Bagaimana keadaan lelaki itu sekarang?Masih sakitkah dia? Sudah makan atau belum pagi ini? Sudah berjumpa doctor atau belum? Awal pagi tadi, wajah lelaki itu kelihatan amat pucat dan lemah.


“Helloooo…… Kak Suriaaaa….. Are you still there???”

Erlina menjerit kuat bila tiba-tiba Suria berdiam diri.




“ermmm…ermmm… yup, I’m here. Lin cakap apa tadi?” Suria jadi termalu sendiri. Fikirannya masih mahu memikirkan tentang keadaan kesihatan Emran.


“Lin kata, bila sampai kat apartment akak nanti, Lin call. Akak get ready jer. Ok?”


“Ok boss! Assalamualaikum.”


“Jumpa nanti. Waalaikummussalam”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2011 06:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by roti_planta at 7-8-2011 18:45

Erlina menyanyi-nyanyi kecil.Sewaktu dia mengundurkan kereta, dia ternampak kereta abangnya memasuki kawasan halaman rumah. Jam di tangan ditelek.


~Baru pukul sebelas pagi! Along tak kerja ker hari ni?~


Emran keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah Erlina. Cermin tingkap kereta diketuk


“Nak pergi mana?”


“Amik Kak Suria. Along tak kerja ker hari ni?”


“Amik Kak Suria? Buat aper?”


“Kereta dia dah siap, so nak amik dia bawak pi workshop. Along tak kerja ker ari ni?”


“I’ll drive.”


Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Erlina keluar dan berpindah tempat duduk. Soalan yang dia tanya masih belum di jawab oleh Emran.


“Along! Tak kerja ke hari ni?Orang tanya tak jawab pun. Benci lar..”


“I’m on medical leave today.Gastric attacked last night.”


“Gastrik? Along tak makan ker semalam? Banyak sangat kerja ker?”


“Tak sempat nak makan.”


“Dah ok ker ni? Patut la muka pucat semacam jer.”


“I feel better now.”


~I hope I feel much better after this. Ubat along ada kat Kota Kemuning la, adik.~


Sewaktu tiba di Villa keluarganya sebentar tadi, Emran cuma bercadang untuk berehat sahaja kerana sisa-sisa gastric masih lagi dirasainya tambahan pula dia tidak dapat melelapkan mata walau untuk sepicing sekalipun kerana bersendirian di rumah membuatkan fikiran tertumpu kepada satu nama sahaja. SURIA!. Tapi tadi sebaik sahaja dia mendengarkan yang Erlina mahu ke rumah Suria, segala penyakit yang dia rasai umpama terbang di bawa angin lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:57 AM | Show all posts
BEST... BEST... BEST... BEST...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 138# yaya4075


    a'ahh best sangat kann ...jatuh cintal  dgn gaya emran tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:41 AM | Show all posts
Emran dah angau tahap kronik
dah xleh dengar nama suria
yang sakit pun boleh sembuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074511 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list