CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16633|Reply: 52

[DRAMA MELAYU] TRIBUTE TO P. RAMLEE - 10 telemovie daripada 10 pengarah tersohor negara

[Copy link]
Post time 15-7-2011 06:37 AM | Show all posts |Read mode
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dengan kerjasama RTM akan menampilkan 10 buah karya telemovie yang akan diarahkan oleh 10 pengarah filem/drama tersohor tanah air. Karya-karya ini berinspirasikan lagu-lagu dan karya-karya agung tan sri p ramlee, bagi menghargai jasa beliau dalam bidang perfileman malaysia. Berikut adalah 10 buah telemovie yang bakal diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd untuk tontonan peminat drama tempatan:

1. Miang Buluh Keladi Birah (director : Bade Hj Azmi)
2. Siapa Tipu Siapa (director : Aziz M Osman)
3. Tunggu Sekejap (director : Along Kamaluddin)
4. Pelamin Di Pusara (director : Murali Abdullah)
5. Hanya Dikau (director : Amie Maziah)
6. Di Mana Kan Ku Cari Ganti (director : Osman Ali)
7. Getaran Jiwa (director : Michael Ang)
8. Kalau Dah Jodoh (director : Ismail Yaacob)
9. Selagi Cinta Berzikir (director : Eirma Fatima)
10. Titisan Kasih (director : Rashid Sibir)

10 drama ini bakal dipertandingkan dalam satu anugerah khas untuk memilih karya terbaik, pelakon, dan lain-lain lagi. Daftarkan diri anda di page facebook Drama Suhan Movies (update daripada pihak editor drama) atau Suhan Movies (update daripada pihak admin suhan movies) untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai drama-drama terbitan suhan movies.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2011 08:49 AM | Show all posts
siapakah pelakon2nya?
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2011 09:31 AM | Show all posts
erm.. excited nak tau sape pelakon2nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2011 10:36 AM | Show all posts
MIANG BULUH KELADI BIRAH

Cast list

progress : waiting for director's cut & music arrangement




SIAPA TIPU SIAPA

syed aiman
amy mastura
aziz m osman
amyza adnan
norman hakim
watie sadali

progress : waiting for director's cut & music arrangement also




PELAMIN DI PUSARA

Shah Jaszle
Raja Farah

Progress : shooting
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 01:00 PM | Show all posts
lagi????nak jugak tau haaa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 03:41 PM | Show all posts
mcm best... tp kat rtm tuh..... hrp2 aktif la promonya.... jgn suka suki tukar waktu siaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2011 05:16 PM | Show all posts
kalau dah jodoh....
selagi cinta berzikir...
cam menarik jek cite ni...
bleh tau sape hero & heroin nye nanti??
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:07 PM | Show all posts

Tribute P. Ramlee' Di Saluran Tv1, Rtm Dari 4 Nov Hingga 6 Jan










Khamis, 25 Oktober 2012 07:26






PETALING JAYA, 24 Okt (Bernama) -- Sepuluh telefiem khas yang diolah daripada senikata dan tajuk lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee akan mengisi slot 'Tribute P.Ramlee' yang akan disiarkan di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 Nov hingga 6 Jan depan.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata telefilem berkenaan yang diterbitkan di bawah produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd (Suhan Movies) bertujuan memperingati perjuangan P.Ramlee yang pernah mengharumkan industri seni tanah air.

"Buat julung kalinya, RTM menjalin kerjasama dengan Suhan Movies dan Utusan Melayu (M) Berhad bagi menganjurkan program 'Tribute P.Ramlee'.

"Ia (Tribute P.Ramlee') adalah satu program atau jenama baharu untuk RTM yang kita banggakan kerana kebiasaannya apabila mengenang P.Ramlee, kita lihat banyak program muzikal yang diadakan dan tidak pernah ada program khas contohnya telefilem seperti ini," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Norhyati berkata penghasilan 10 telefilem itu memaparkan plot cerita dan tajuk yang diolah daripada tajuk lagu dan senikata lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan legenda perfileman negara itu.



-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 04:48 PM | Show all posts
nengok ke iklan, nampak mcm suma citer best2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:11 AM | Show all posts
adifrs posted on 20-7-2011 04:16 PM
kalau dah jodoh....
selagi cinta berzikir...
cam menarik jek cite ni...

selagi cinta berzikir

pengarah: erma fatima
pelakon: beto kusyairy, sharifah amani, erma fatima

(setting: 1950an kot)

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:14 AM | Show all posts
Di mana kan ku cari ganti

Pengarah: Osman Ali
Pelakon: Faezah Elai, Arja Lee, Adik Aqish
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:16 AM | Show all posts
Titisan Kasih

Pengarah: Rashid Sibir
Pelakon: Azman Nor, Normah Damanhuri, Abu Bakar Juah

(mcm best, cerita pasal ibu yang gila)
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:18 AM | Show all posts
Tunggu Sekejap

Pengarah: Along Kamaludin
Pelakon: Fizo Omar, Fadhilah Mansor
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:23 AM | Show all posts
Hanya Dikau (rasanya paling star studded)

Pengarah: Amie Maziah
Pelakon: Melissa Saila, Elly Mazlein, Kamal Adli, Mariani, Rahim Razali, Maimon Talib, Azlee Khairi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:25 AM | Show all posts
Getaran Jiwa

Pengarah: Michael Ang
Pelakon: kuncu2 drama michael ang (Fir AF9, Izzue Islam, etc.)
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 01:27 AM | Show all posts
Miang Buluh Keladi Birah

Pengarah: Bade Hj Azmi
Pelakon: Wan Nor Azlin, Shahrolnizam, Eyka Farhana, Hanis Kamal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 01:28 AM | Show all posts
Jodoh Kita

Pengarah: Ismail Yaacob
Pelakon: Fauziah Ghous, Iqram Dinzly
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 05:51 PM | Show all posts
mlm ni...tunggu sekejap....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 09:05 PM | Show all posts
beto and sharifah amani? kasyaf amani reunite..haha..worth waiting
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:14 PM | Show all posts


GETARAN JIWA akan menemui penonton pada 11 NOVEMBER 2012. Saksikan drama hebat arahan MICHAEL ANG di TV1.

Getaran Jiwa


Muzik adalah kegilaan anak-anak muda. Mereka makan dengan muzik, tidur dengan muzik, dan hidup sehari-hari dengan muzik. Kerana kegilaan dan ketaksuban dengan muzik inilah yang memberikan satu semangat kepada sebuah band dari Kampung Sungai Dalam yang dgelar ’Kugiran’ untuk menjadi bintang rock. Band ini dianggotai oleh empat orang, Nas selaku vokalis, Meng gitar utama, Amy bassist dan Isman pemain drum yang memainkan lagu lagu P.Ramlee dengan memberinya nafas baru.

Namun mereka hanyalah budak kampung biasa, yang jarang mendapat peluang untuk menonjolkan bakat. Kampung Sungai Dalam tidak pernah memberikan peluang kepada mereka untuk beraksi. Orang kampung yang tipikal akan ketawakan mereka bila mendengar cita-cita mereka untuk menghasilkan album dan menjadi bintang rock seperti Search, Wing, Gersang dan Bumiputera Rocker. Cumanya, mereka tidak seperti bintang rock tahun 80an. Mereka adalah generasi baru yang memainkan muzik indie rock!.

Satu hari, Nas merasakan sudah tiba masanya untuk dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia menyatakan hajatnya itu kepada Amy, Meng dan Isman. Dan ketiga-tiga mahu mengikut Nas ke Kuala Lumpur, mengembara di kota raya menjadi ahli muzik. Bagaimanapun, hanya keluarga Meng tidak membenarkannya pergi ke Kuala Lumpur. Ayah Meng sudah uzur, dan mahu Meng menguruskan kedai runcit milik keluarganya itu. Tapi Meng punya jiwa yang besar, dia tidak mahu menjadi Meng yang dikenali seperti hari ini, dia mahu menjadi Meng yang punya sesuatu dan boleh dibanggakan. Atas sebab itulah Meng mengambil keputusan untuk pergi bersama-sama dengan ahli kumpulannya itu.

Sampai di Kuala Lumpur, mereka pergi mencari Azizul – rakan kampung mereka yang ”dikatakan” sudah berjaya di kota ini. Sebelum ini Nas ada memberitahu kepada Azizul yang mereka mahu ke Kuala Lumpur dan Azizul menyangka itu satu gurauan sahaja. Bila berjumpa dengan Azizul, mereka semua terkejut melihat Azizul yang memakai baju seragam pengawal keselamatan (guard). Kerana sebelum ini Azizul bila pulang ke kampung memberitahunya menjadi pengurus bank dan sudah hidup mewah. Akhirnya penyamaran Azizul sudah terbongkar, dan dia meminta Nas, Meng, Amy dan Isman supaya tidak memberitahu tentang pekerjaan yang dilakukannya sekarang kepada keluarganya dikampung. Ini kerana keluarga sangat riak dengan Azizul yang kononya menjadi pengurus bank.

Azizul menumpangkan Nas, Meng, Amy dan Isman dirumahnya sementara, sebelum mereka mendapat apa-apa kerja. Sampai di rumah Azizul, mereka baru tahu yang rumah di maksudkan Azizul adalah cuma sebuah bilik di dalam satu rumah flat. Bila melihat keadaan rumah itu, semangat mereka mula menurun. Amy dan Isman yang sebelum ini tidak pernah berkongsi bilik apatah lagi hidup seramai itu di dalam sebuah bilik yang sempit. Masa inilah mereka melihat Kuala Lumpur bukan syurga, Kuala Lumpur adalah satu kota yang penuh dengan seribu cabaran. Mereka mula mengenal erti, ”yang kuat dan bijak sahaja akan kekal”. Jika lemah di Kuala Lumpur, akan jadilah mangsa si pantas opera yang mengambil peluang.

Selepas melalui beberapa minggu kehidupan tanpa kerja – mereka terpaksa mengikat perut dan berkongsi apa yang ada, kerana duit yang dibawa ke Kuala Lumpur tidaklah seberapa – akhirnya mereka mendapat pekerjaan sambilan. Namun impian mereka untuk menjadi ahli muzik tidak pernah padam. Malah, dengan hidup yang susah inilah yang menjadikan inspirasi untuk lagu-lagu yang ditulis.



Aliya adalah seorang event manager. Mereka berkenalan di atas sebuah bas yang mereka naikki setiap hari. Nas menyatakan niatnya yang sebenar datang ke Kuala Lumpur kepada Aliya dan gadis manis itu sangat impressed dengan passion yang ada pada Nas dan rakan-rakannya. Sesuatu hari, Aliya meminta Nas memainkan lagu ciptanya, pada mula-mulanya Nas sedikit malu, kerana sebelum ini dia tidak pernah mainkan mana-mana lagunya di depan orang lain. Bila Nas mula memetik gitar dan menyanyikan lagu, Aliya terus terpesona dengan lagu tersebut dan sangat yakin bakat yang ada pada The Monkiss boleh maju ke depan.



Bagaimanapun siapalah Aliya untuk menolong Nas dan rakan-rakannya. Tapi, semangat dan cita-cita itu lebih besar dari segala keterbatasan yang ada. Aliya menawarkan dirinya untuk menjadi pengurus Kugiran. Pada mulanya Aliya create account di social networking Myspace, facebook dan youtube. Lagu yang dicipta oleh Kugiran dimuat naik oleh Aliya dalam laman sesawang tersebut. Beberapa orang yang mendengar lagu itu sangat teruja dengan band dari Kampung Sungai Dalam ini. Atau kata lain, Kugiran sudah punya peminat!.



Dalam cerita mereka yang baru sahaja bermula sebagai ahli muzik, Amy sebenarnya ditipu oleh Sarah. Akhirnya Amy tahu yang Sarah mempunyai beberapa teman lelaki lain. Mujurlah, kawan-kawannya yang lain selalu ada dengan Amy, masa inilah dia mengenal betapa kasih kawan-kawannya itu tidak pernah mengecewakannya.



Saban hari, Kugiran mula popular di Myspace, dari fan yang berdaftar di myspace mereka hanyalah 50 orang kini mula bertambah kepada 2000 orang. Pada suatu hari, seorang penganjur gig, Johan, telah menjemput Kugiran untuk turut serta dalam gig yang dianjurkan. Inilah kali pertama mereka melakukan persembahan di depan penonton.



Namun begitu, semasa persembahan tersebut, yang hadir tidak lebih dari 50 orang. Mereka jangkakan satu gig yang besar-besaran, namun itu semua meleset semata-mata. Tetapi, Nas percaya, ini adalah satu permulaan yang baik. Kerana bukan semua orang dapat peluang ini. Peluang yang ada itu mereka gunakan sebaiknya, walaupun 50 orang, semua orang terhibur dan kagum dengan bakat Kugiran.



Pergolakan bermula apabila Nas meminjam duit daripada Ah Long. Nas telah mencuri video kamera Aliya dan menualnya untuk mendapatkan wang. Mereka berempat bertengkar. Amy menyalahkan Nas kerana selalu memeri muka kepada Aliya dan telah melupakan hajat asal mereka ke Kuala Lumpur.



Mereka berpecah dan membuat hal masing masing. Dalam masa yang sama Aliya cuba untuk mendapatkan show untuk Kugiran. Aliya berjaya memujuk Amy Mastura untuk mengambil Kugiran menjadi artis yang akan membuat persembahan pembukaan konsertnya nanti.

Aliya mencari Nas dan meyakinkan mereka masih mempunyai harapan dengan Kugiran. Nas memujuk kesemuanya kembali bersatu kerana minat mereka di dalam bidang muzik masih mendalam dan bakat yang mereka ada tidak perlu disia siakan.

Meng berjumpa semula dengan Nas, Amy dan Isman untuk bangkit kembali sebagai Kugiran yang baru serta lebih matang. Bersama dengan pengurus mereka, Aliya, Kugiran mula kembali dalam dunia muzik dengan nafas yang baru. Kugiran tidak lagi menjadi sebuah band kecil-kecilan sahaja. Mereka adalah bintang rock yang telah menempuh pelbagai pengalaman susah dan senang


Last edited by oddxx on 5-11-2012 05:24 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.163216 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list